bola itu bulat.

hmm.assalamualaikum semua.


bosan ohh sekarang.tak tau nak wat apa.lagi lagi kalau bosan , mesti aku mengadap bende ni.kongsi kongsi cerita dengan kau , kau dan kau.harap harap kau , kau dan kau tak bosan baca entri nih.


oh ya!tadi p.ramlee datang nak bawak aku pergi  taman bunga temankan dia dating ngan saloma.mula mula aku excited gile nak ikut tapi saloma jegilkan bijik mata dia kat aku.eleh.tak kasi aku ikut la tu.takpe.aku tak kisah pon tak dapat ikut.lagipon apa kelas pergi taman bunga.tak cool lah.hmm.sebelum mereka pergi , sempat lagi aku nyanyikan lagu 'kalau berpacaran'.HAHAHA!


alih alih sekarang ni terpaksa lah aku dok rumah tengok bola dengan famili aku.berdasarkan pemerhatian aku bila tengok perlawanan ni,bola tu bentuk bulat.eh!tengok lagi sekali,macam bujur.aku gosok gosok mata.hmm macam kuih donut pulak.hmm.aku ngantok rupenye.maka.aku pon update lah ini blog.malas nak layan bola ni.


hah! masa aku taip perkataan 'DONUT' , Malaysia dapat jaringkan gol.perghhh.good job Malaysia.makin bangga aku.walaupon aku tak tengok.tak sangka pemerhatian pertama aku betol.bola tu bentuk bulat!bagus ascil!aku dah tak ngantok lagi lepas Malaysia jaringkan gol.


eh eh apsal pulak?takde kene mengene pon.


huh!bosan semula.aku tak tau nak citer apa lagi.


tiba tiba rasa lapar.mungkin lepas taip perkataan 'donut'.


uwaaaaa.nak donut seketul berketul ketul.




p/s : siapa baca , buatkanlah donut untuk aku.taknak beli punye.
p/s kedua : harap harap salah sorang ahli-keluarga-darah-daging aku baca entri ni.
p/s ketiga : harap harap mereka buatkan donut.tak puas makan hari tuh!


sekian trimas!

dengar sini semua!!

ok.pengumuman!pengumuman!dengar ni wahai seluruh jagat raya.
aku akan balik ke penang untuk sem ke 2.uwaa.malasnye.keldai pon takde malas ini macamlah.
unta kat padang pasir pon lagi rajin.


aku tak tau lah kenapa , mengapa , bagaimana dan beribu jenis soalan lagi , kenapalah ada sifat malas dalam dunia nih?


kalau takde penyakit 'M'  mesti penduduk bumi ni lebih rajin dari alien.


oh ya!aku tau.kalau sesuatu benda tu kita minat mesti kita rajin untuk melakukannya kan kan?


betol jugak statement aku nih.nmpak nye..


''hey ascil!maknanye ko tak minat belajar lah??''

actually,aku bukan tak rajin,tapi kurang rajin.bukan tak minat,tapi kurang minat.lagipon semua tau,kalau belajar,kenelah ikhlas kerana Allah SWT.but the problem is,ramai yang belajar bukanlah untuk mengamalkan ilmu tu tapi belajar semata mata nak lulus exam.atau lebih hebat-tepat-cepat lagi,untuk skor A semua subjek.barulah semua orang pandang kita kan?huh!kalau tak amalkan,sama jugak weyh.

kalau boleh,aku taknak lah jadi macam tu.eleh eleh eleh.alasan je tu ascil.hakikatnya.

dah malas tu malas jugak!


takpelah.yang penting aku tak tipu.aku mengaku aku pon tergolong dalam orang yang belajar sebab nak lulus exam je.tengok tengok.ascil bukan jenis suka menipu.


aku harap next sem,aku bolehlah bertukarrr!!
bukan bertukar jadi sailormoon ataupon action karmen.tapi bertukar niat aku tuh.harap lepas ni aku belajar ikhlas kerana Allah.lepas tu amalkanya.


hah.aku baru belajar pedajal orang tadi.hmm.nak amalkan ke taknak?



rasa bangga ah!

assalamualaikum.

haha.im proud to be malaysian!kalau bukan sebab malaysia menang pon semalam,aku tetap bangga ohh jadi rakyat malaysia.

ok.semalam tiga kali aku hampir kene sakit jantung.ni semua gara gara ayah aku menjerit bila malaysia dapat jaringkan gol.bukan takat ayah aku je yang menjerit.satu flat ni macam orang kene histeria ohh.perghh.aku yang tengah on9 menunggu maut je.alhamdulillah aku hidop lagi!
kalau aku ada sakit jantong,darah tinggi hatta penyakit penyakit yang berkenaan,kompom!mesti aku pon dah gol.

aku tak minat bola pon sebenarnye.tapi untuk menyokong malaysia,aku pon duduk lah makan kacang bersama ayahku sambil tengok bola.eh tak.aku tipu.aku tak tengok bola.aku tumpang makan kacang je.haha.ayah aku lagi terok.belom start bola,sebungkus kacang dah abis.bile start bola,terkebil kebil kacang dah takde.nasib baik ade lagi sebungkus.kalau tak,menganga jelah kan ayah?

lagi satu.ayah aku kalau tengok bola mesti kaki dia yang sakit.dulu dulu sampai pakai bandage skali.ape kene lah ayah aku ni kan.kelakar ohh.

erm.semalam tak sangka aku yang facebookers semua sepantas kilat.baru jerit gol,mereka teros mengupdate status fesbuk.ada yang lagi best,sorang mamat ni hantar chat kat aku suruh aku like status dia.dia kata lagi ramai,lagi bagus.aku pon macam orang dungu kene tindik hidung,terus like status dia.malaysia punye pasal,takpe.

oh ya!hari ni hafizham daftar masuk uitmpp.padan muka kau,mesti kene mds (minggudestinisiswa).
minggu yang paling 'best' buat aku.sumpah sampai bila bila aku ingat.nanti kau akan dengar.

hey berjalan pakai kaki bukan pakai mulut!




apa apa pon tahniah kat atok.aku bangga jadik cucu kau.

*atok=hafizham.atok sebenar dah takde.uwaaaa!=(

hitamputih.

ntah apa apa je aje aku punye tittle.macam taik cicak pulak.eii.cicak.geli aku.panggil anak anak sidek suruh mereka lastik cicak mesti awesome!


ok.semalam aku kata aku suka warna warni.ini hari aku nak kata aku suka hitam putih.ataupon,orang kampung aku sebot 'black and white'.
macam keling botol betul lah.semalam kata lain.hari ni kata lain.ceh!biarlah.aku kan ade spesies hindustan sikit.warna kulit dah agak agak sama kan.muka pon dah macam pretty zinta.aww aww~huahuahua.


warna warni vs hitam putih.sape menang?


dua dua!itu maknanya aku ni versatile orangnye.haha!perasan sebentar.


actually hitam putih ni klasik lagi antik.serasi dengan aku.aku suka something yang klasik.tak kire lah lagu,movie,fashion and whatsoever.lagi klasik,lagi elegant.tapi!aku tak suke dengar klasik nasional!haha.pelizzz.pening bile dengar pak burn pasang lagu lagu klasik nasional bila dia berkebun belakang rumah.huh!aku nak duduk kat jamban lama lama pon tak senang.


ok.aku suka p ramlee.eh tak!p ramlee yang suka aku.tapi aku tolak lamaran dia sebab aku tau saloma jelessss.eleh.kau amiklah dia saloma.aku tak kisah pon.aku suka tengok mereka main wayang dolu dolu.semua hitam putih.masa tu yusof haslam dalam perut mak dia lagi.yang ada director ahmad nisfu.walaupon rupamu tidak ku kenal.tatapi lobang hidongmu tatap menjadi pojaan hatiku!cuttttttt!!!hah.dulu KRU production takde lagi.yang ada Cathay productions.banyak filem yang dah bikin.tapi.tak tau lah meletup lebih rm40 juta.kalau tak.dah kalah 2 Alam.


lagi best dulu ada pesta muda mudi.sebab tu pak maun menari tak ingat dunia.sampai tak perasan bini dia datang.siap pakai seluar yankee lagi.kalau korang perasan sekarang trend zaman takde warna tu dah kembali.tengok jelah muda mudi dan tua tui sekarang.pakai dah macam saloma,saadiah,mariani dan seangkatan dengannye.kalau badan macam kerengga takpelah jugak.huh!tapi.takpe.aku suka fashion diorang.retro gitu!


lagi satu hitam putih ni menggambarkan kehidupan kita sendiri.hitam itu kenang pahit.putih tu kenangan menakutkan.yala!putih macam cik han_u.takpon nenk aku sebot bittersweet.aww aww.jangan maen maen ha.nenek gua dulu duduk zaman tanah melayu kene jajah ngan british.keje dia asyik speaking speakung je.aku pon tak terer macam dia.kalau ade test muet suruh nenek jelah ek.=p


ok.picture dulu dulu kalau amik mesti kaler itam putih.sekarang pon orang buat macam tu.edit sana.edit sini.kasi itam putih.macam budak ni.




aishhhh..apa nak jadilah.tapi.takpe lagi.aku suke.wink wink wink~~

ok lah.gua lapar.makan dulu.daaaa.

aku dan pelangi.

aku dan pelangi.pelangi dan aku.dua dua tak dapat dipisahkan.tapi aku bukan hujan.bukan jugak matahari.aku tetap manusia.
maka,kenapa tak dapat dipisahkan?kerana aku suka warna.
warna apa?warna warnilah.macam pelangi tu.cantik bukan?


hah.warna warni.tak pening ke cik ascil?
taklah!cantik.dunia kita pon warna warni.so,korang  rase pening tak duduk dalam dunia ni disebabkan kerana warna je?tak ,kan?kalau pening.sendiri pikirlah.korang pergi lah planet pluto ke.tak pon planet zadora.macam dalam cerite putera katak tu.


warna.terlalu subjektif untuk dicakapkan.macam macam jawapan boleh jadi.kalau masuk dalam exam.semua jawapan aku bagi betol.*kalau aku lah yang jadi penanda kertas.


cuba bayang kalau dunia tanpa warna?


eh eh macam dalam citer p.ramlee lah!hitam putih semua.hmm.tapi nampak klasik.aku suka jugak.
tapi lagi best kalau ada warna.


pelangi pon macam tu.kalau hitam putih,mesti dah macam apam basi.tak lalu nak tengok.


sebab tu aku suka pelangi.


dan sebab tu jugak lah.kalau aku lukis apa apa mesti ade pelangi.walaupun kecik je.
kalau aku tak tau nak jawab exam,mesti aku lukis pelangi dekat paper exam tu.penoh aku lukis.ok.patot lah result terok.
kalau aku tulis apa apa yang orang pesan mesti sebelah tu ada pelangi.


aishhhhhh.sabar jelah.


jangan marah kalau lepas ni aku lukis pelangi besar besar kat dinding bilik.=p


oh ya!hari tu aku buat nih.










ok.promote sebentar.kami jual ice blended di rumah.aku pon buatlah benda ni sebab nak advertisekan kitorang punya perniagaan.ceh!macam business besar pulak.

mesti pelik kenape tak design guna komputer je.zaman dah modern.dunia dah maju bertapak tapak.tapi still guna cara zaman pak maun dulu dulu.yelah.sebab ice blended selalu budak budak yang beli.jadi nak tarik budak budak kenalah guna cara budak budak jugak kan?

*aku jual ice blended,bukan jual pelangi.jangan tanya aku kenapa aku lukis pelangi lagi besar       dari ice blended.pelangi tu aku punye.ice blended je korang boleh beli.hee~

okayy.dah lah.sambung lain hari!







a s c i l p e l a n g i

grrrrrrrrr!!

result kolej dah keluar.


aku dapat tau pon sebab atin yang kol pagi pagi tadi.wah superb lah atin!kol aku pagi pagi pastu kata ''ascil..baru bangun eh??''.tak lah.aku tengah menyapu sampah taw time tu.


ok.aku pon on9 le teros.tengok tengok........


nama aku takde.uwaaaaaaa.!!


tension tak?perghhh.aku diuji lagi.takpe ascil.sabar.aku kol uitm,orang tu kata maybe aku tak aktif aktiviti kolej.tipuuuuuuuu.aku pergi taw aktiviti aktiviti tu.


erk.yeke?ok.ini lagi tipu.senang citer aku jarang jarang pergi.kadang kadang tak pergi.


ermmm.patutlah.


ok.tak kisah lah.aktiviti tu aku malas nak pikir.lagi satu faktor.pointer!duhhh.pointer aku pon tak bagus.padanlah tak dapat!tapi.kawan aku yang dekan pon tak dapat.ape cite??


kenapalah dia tak tengok slip gaji ek?sedih betol.


nasib baiklah kawan aku ni baik hati.aku tanya dia pasal rumah sewa.dia teros accept aku jadi housemate dia.lega~
kalau tak,memang masalah besar timbul lah.kene cari rumah sewa lagi.


sebab tu lah aku kata.


bila result keluar,macam macam masalah timbul.benci betol!


oh ya!lepas ni kene belajar masak lah!duduk rumah sewa mesti kena masak punye.kan?
hah!tapi jangan risau.aku memang takde kepakaran dalam memasak.tapi..aku hebat mengemas rumah.kompom rumah korang bersih.hahaha!erk.yeke?


renung renungkan!!

bila dah sihat>

alhamdulillah.akhirnya aku dah sembuh dari demam.
yeah!yeah!yeah!


semalam :


ibu masak nasik lemak.aku bangun pagi pagi dah bau nasik lemak.aku ingat mimpi.biasalah!aku memang suka mimpi tak habis.kadang kadang luar mimpi pon macam dalam mimpi.aku ingat nak sambung tido balik tapi bau yang mengancam tu buat aku teros bangun tegak.macam mayat tiba tiba bangun tu.terkejut mereka!


aku bangun tapi duduk.maknanya,aku tak berdiri.aku rasa dahi aku.oh,tak panas lagi.maknanya aku dah tak demam.syukur!aku pon nak pergilah luar.manalah tau dah siap terhidang ke nasik lemak untuk aku.aww!melampau.berangan lebih.


aku keluar bilik.baru nak bukak mulut,tekak sakit.suara sekat sekat.lahhhhh.ingatkan dah ok.demam dah ok,batok pulak menjelma.takpe.Allah sayang aku.Dia nak uji aku.aku diamkan aje.aku mandi lepas tuh aku nak makan.sedapnyeeee.belom makan dah kata sedap.huh,memang tau dah.malangnye.aku makan semua rasa tawar.sambal ikan bilis tak boleh lalu kat tekak.pergghhhh.pedih ohh.


ok.nasi lemak makan tak habis.padahal aku suka gila.


rojak ibu beli pon aku makan dua tiga puluh kali suap je.tapi tetap tak habis.padahal dari hari tu aku teringin.


waktu dinner kami makan kat luar.aku pesan kuey teow kung fu.sebab aku mengidam jugak.
aku makan sambil berkung fu.ni semua gara gara kucing mana ntah.tiba tiba nak panjat kerusi aku.huh.takpe.tapi malangnye.benda ala ni pon aku tak habis makan.adik aku yang bedal kasi habis.kakngah order sate.saje kasi nafsu makan aku bergelora!aku tak lalu.tapi tetap telan 7 cucuk!wah orang demam ke nih??


senang cerita.semalam selera makan aku terputus di tengah jalan lah.perghh.semua benda yang aku idam idam tak dapat aku nikmati.uwaa.nangis sekejap lah.takpe lagi sekali.tuhan sayang aku.


oh ya!ada baik nya juga.aku kan nak diet.
selama 3 hari aku demam,agak agak ade tak 3 kilo berat aku turun??


ok.aku tahu.hari ni aku dah sihat.aku rasa berat aku naik 3 kilo balik.ahh sudah.


tak mau diet lah macam ni.



apabila nur asilah kurang sihat...

assalamualaikum.


semangat aku 0n9 pagi pagi buta.ingat dapatlah tau result kolej.ceh!takde pon.
tipu tipu tipu.kata ari ni keluar result.


sudah sudah lah budak budak uitm oii.tak payah cek da.memang takde pon.


huh!aku dah lah tak larat ni.


tuhan sayang aku.sebab tu aku demam.haha!


perghh.hari ahad  lepas.ade kenduri khwin.aku semangat gila nak pergi.tau tau sebelom pergi tu aku rasa lain macam.sakit kepala sangat.rupe rupenye demam lah beb.


dah lama tak demam.last tak silap aku waktu aku kene kuarantin kat sekolah.demam takot kene h1n1.menyirap betol time tu.aku nak balik rumah.tapi kena kuarantin pulak kat sekolah.


ok.sambung balik citer demam tadi.masa kat kenduri khwin tu memang aku tak larat langsung lah.nak senyum pon time tu susah.padan muke kau,kau dan kau.hee.sorry aku bukan tak nak senyum.tapi kepala aku pening.muka pon tak semena mena berkerut kerut.


tapi!


hah ade tapinya.posing tetap posing.walaupon muka pucat.


maka.


taraaaaaaaaa












muke budak demam.haha!



tengok tu.posing mengalahkan orang sihat.



ok.dah.itu je yang aku mampu upload.aku tak larat lah nak upload banyak banyak.


p/s : benci bile makan semua rasa tawar.doakan aku cepat sembuh!

fantasi.imaginasi

hmm.bilalah aku boleh jadi macam barbie tu.cantik + ada kuasa magik lagi.

perghhh.berangan lebih.before tu,assalamualaikum semua!

pagi sabtu yang indah.sebenarnya sama je dengan sabtu sabtu yang lain.tapi hari ni.ade citer barbie.ok.actually.sabtu lepas pon ade citer barbie.yang membuatkan sabtu ni lain dari sabtu lepas-sabtu lepas aku tak dapat tengok citer barbie tu sebab ikut parents aku pergi kl beli barang sekolah adik- adik- sama- mak- sama- bapak aku tu.ceh!pasal korang kaklang tak dapat tengok citer tu.

citer tadi best!ape ntah tajok dia.yang pasti-mermaid!

perghhh sekali lagi.tahniah kepada aku.

sebab?tahap imaginasi aku semakin meningkat dengan cemerlang.aku pon tak tau lah kenapa dengan aku.suka berangan lebih.

berangan nak jadi cantik-fesyen-stylo macam barbie lah.
        berangan masuk sekolah magik macam harry potter lah.
berangan nak lawan lawan macam ultraman lah.
        berangan nak jadi macam detective conan.siasat sana sini.

perghhh untuk kedua kali.ascil oh ascil.sedarkah anda sudah 18 tahon??

tapi aku rasa aku normal lagi.cuma hormon zaman-muda-mudi aku masih banyak lagi.senang cite.aku kurang matang lagi.bukan tak matang tapi KURANG.

wahai faizah.lepas tilik punye tilik macam ahli nujum dah aku ni.baru aku sedar.betol jugak cakap kau.aku memang kuat berangan serta punya imaginasi yang tinggi.haha!tak sangka!

tapi.dunia realiti tak seindah dunia fantasi.sebab fantasi tu kita yang cipta sendiri.kalau terlalu imaginasi pon susah jugak kan?so, hiduplah dalam dunia realiti walaupon kau,kau dan kau suka berfantasi.

itu saje aku nak cerita.sekali lagi aku nak bagitau.aku normal lagi.


p/s : sabtu depan ada cerita barbie lagi.jangan lupa tengok!


rambut sama itam.hati lain lain.

erm.assalamualaikum.

manusia oh manusia.hari hari jumaat macam ni.aku tetibe nak tulis pasal manusia.alah.manusia.takkan tak tau kot.kau manusia. aku pun manusia.spesies yang ada mata.ada hidung,ada mulut.ada tangan.ada kaki.kecuali yang kurang upaya.tapi tak bermakna mereka tak digelar manusia.manusia.ada hati dan punya perasaan.yang paling penting.ada akal.special!kita ade akal sedangkan kucing,ayam,gajah,lembu dan seangkatan dengannya takde akal.cuma ade otak lah nak pikir,nak sayang famili,nak sayang anak.

tapi.tulah.manusia adalah spesies-makhluk-hamba yang tak pernah bersyukur kan.

macam dalam iklan kat kotak-peti-suara.ok singkatannye tv.dalam dunia haiwan tiada manusia.tapi.dalam dunia manusia ada haiwan juga setan dan iblis.ok tipu.yang tu aku yang tambah tambah.

betul sebetul betulnya ape yang diorang cakap tu.

sedangkan binatang,anjing,kucing yang merayau rayau kat kawasan rumah korang,yang buat  baja kat rumah korang, and even binatang haram sekalipon sayang anak mereka jugak.

tapi manusia yang buat anak haram pon boleh buang anak merata rata.ohh.ko tu manusia weyh.tapi pakai topeng setan.ceh!baru aku tau kau manusia.

fuiyoo.bertambah emo pulak aku.

ok.peribahasa.rambut sama hitam.hati lain lain.

aku tak setuju sama sekali , dua kali , tiga kali dengan peribahasa ini.sebab salah tu!
rambut pon dah tak sama hitam apatah lagi hati,limpa,hempedu hatta juga pancreas anda.
kan kan kan??rambut pun sudah terblonde dengan sendirinya gara gara air di rumah dah berkarat.nasib baik kat rumah aku dapat bekalan air bersih.syabas kepada SYABAS!

manusia.lain orang,lain cara,lain perangai,lain citarasa,lain dari segala galanya.

mana boleh sama.kembar sehati sejiwa selimpa pon perangai lain lain.macam aku dengan darah daging aku lah.walaupon kami sedarah sedaging.kepala tetap lain lain.mana boleh sama.keje kami di rumah berwrestling tak kira masa. 

jelas!manusia ada perangai yang berbeza.

aku nak sambung penaipan aku ni.tapi masa suka jealous sama aku yang awesome nih!

itu je.sekian terima kasih-sayang-cinta-whatsoever.

salam.

awesome!

aku terasa awesome pagi pagi buta nih.

opss!salah.aku tak tengok jam.ikut waktu malaysia.sekarang dah 11.55 a.m.maknanye bukan pagi pagi buta lagi.malah.pagi sudah celik.bak kata golongan mak mak.''matahari dah terpacak atas kepala!''

hari nih semuanye awesome!

roti + scramble egg(ntah btol ke tak aku eja nih),nasi goreng + lauk padprik semalam.bergabung.meletupp bila dah jadi nasi goreng padprik yang awesome.bebola ikan ke udang ke ketam ke.aku pon tak tahu.see??sarapan pon sudah membuatkan aku terasa awesome hari nih.

ibu dah membuatkan perot saya bertambah bulat umpama bola cantik pasukan malaysia malam tadi.terima kasih kepada beliau.oh ya!tahniah jugak kepada malaysia.
*ceh!macam tengok bola je aku nih.takpe.malaysia memang awesome!

tapi.tulah.panas tak selalunye hingga ke petang.kadang kadang ribut,taufan,puting beliung bagai akan muncul.

tengok lah.adakah aku akan terasa awesome hingga ke malam,esok,lusa,tulat,tubin,bulan depan,tahun depan atau mungkin 2 minit dari sekarang akan hilang ke'awesome'an aku?

ahh.tu semua tak penting.

aku nak menikmatinya puas puas!





p/s : setan mula bisik bisik suruh aku on9 terus.kurang ajar betul.


sirap menyirap

assalamualaikum..
aku bagi salam ni..
hah..
jawab..jawab..

ape tittle aku nih??
korang faham tak??
aku pun tak  faham derrr..

ape ke bengap le ascil nih..
sendiri taip ini tittle,sendiri tak paham..

''sirap menyirap''

pekebende alah lah aku mencarut nih..
tapi takpe..
as we know..sirap ialah sejenis air..
alaaa..air yang selalu time ary raye  hidang kat orang tu..
*tapi bagi makcik makcik yang ada class..dia hidang ribena time hari raya..wee~
''classs lah makcik..''

menyirap pulak sejenis perkataan bila kita hangin dengan manusia yang suka bikin panas..
kadang kadang jugak digunakan bila degree kemarahan sudah meluap luap..
jarang jarang digunakan untuk ''air sirap''..
pernah ke anda pergi ke kedai atau restoran atau seangkatan dengannya lalu
anda meng'order'
''abang..kasi air meyirap satu!!''
tak pernah kan??
kalau nak try lah..'
konpom mereka menyirap dengan anda..

ok..korang mesti tak paham apa yang aku mencarut sekarang nih..
takpe takpe..

senang cerita..
aku sedang menyirap dengan manusia durjana tahap durja ningsun nih..
takpe ascil..
sabar tahap menyabar..

cuma aku nak cakap..
ok bukan nak cakap..tapi nak taip disini..

''gua bukan hati kering la weyh!!''

hati aku basah..
penoh air bertakung..
aku pun ade perasaan la der..
aku bukan kucing kau..
kucing pon ade perasaan lah..!

ok korang tak paham lagi??
takpe..aku malas nak citer pasal manusia nih..

kiter citer benda lain yang korang korang lebih faham..


mak aku tak habis habis cakap pasal result aku..
ok lah..
''ibu..orang mintak maaf lah sangat sangat sebab tak dapat result yang bagus''
ikhlas dari aku..=p
nampaknya isu result ni akan berlanjutan selagi aku tak tunjuk sesuatu kat mak aku..
i mean..bukti yang boleh buat mak aku puas hati..
ok..lepas ni nak tukar profile pic kat fesbuk lah..
letak pic aku tengah study..
haha!
tu kire bukti lah kan??

isu result :

aku tak tahu bile berakhir..
macam macam reaksi dan respon orang lain bila dengar result aku..
respon negatif..
respon positif..
ok..respon positif lagi banyak dari respon negatif..
tapi aku tau..
respon positif tu hanya nak sedapkan ati aku je kan..
elehhh..tau da..
takpe takpe..
thanks lah kat korang sebab dah berjaya buat hati aku sedap..
sesedap donut cik nab..
seenak roti canai pakcik kat simpang tuh..

''sekali lagi..terima kasih..''

oh ya!
hari tu aku wat statement yang bikin penyepak free..

ibu tanya..''nape pointer tak lepas 3.0..''

lalu aku dengan selambanye..

''ibu..kalau 2.8 tu..kite bundarkan..dia akan jadik 3.0 kan??''

perghhhhhh!!
maka menyirap lah mak aku..

hee~~
sorry ibu..




perghhhhhhhh!!bengang doh!

hmm..
sabar cik ascil..
aku bukannya apa..
ramai dok tanya tanya result aku berapa..
tekanan tau tak..

ni aku nak buat pengumuman ni..

''RESULT AKU SIKIT SAHAJA''

harap maklum..

ok kalau tak puas hati jugak..

aku dapat
two point eight one

sikit bukan??

padanlah dengan muka aku!
sape suruh tak belajar..

suka hatilah korang nak kata aku apa..
nak kata aku tak pandai ke..
kurang pandai ke..
atau dalam bahasa kasarnya bodoh..
peduli apa aku??

yang penting..
aku tau ni jelah kemampuan aku..
mungkin belum rezeki aku..

ok.tipulah kalau aku kata aku tak kecewa.manusia mana tak kecewa bila tak dapat apa yang dia nak.sumpah dan secara tak hipokritnya aku kata.aku kecewa.aku pun manusia biasa jugak.aku nangis kot tengok result aku.haha!sumpah malu sebab ibu ternampak mata aku merah.habis aku kena perli!

dan lagi sekali aku kata.tipulah kalau aku kata aku tak belajar.
aku belajar gila gila taw.sampai tak tido malam.sampai hampir hampir kena insomnia.tapi dah rezeki aku sikit ni je.apa nak dikato?

selama ni exam aku tak pernah target apa apa.start dari upsr,pmr,spm,and apa apa exam sekalipon lah.aku tak pernah ada target.sekarang pon aku tak target.tapi.bila aku tengok kawan kawan aku dapat pointer tinggi.tiba tiba aku rasa.aku perlu ada target.

ish.tapi bila aku start nak ada target.aku jadi cuak.aku takot aku tak dapat capai target yang ditargetkan tu.macam mana ni?

sekali lagi.aku keliru.

ish..
ascil buat ayat touching pulak kan...
haha!
belah lah kau!

ok..
aku rasa sekarang aku perlu ada target lah..
tak boleh main main dah lepas ni..

hah..sepupu aku..
izzat anak pakcik isa..
dapat banyak ohh pointer..
three point three three..
hari tu ada chat dengan dia..

* aku : ejat dapat berapa?
ejat : 3 lebih je..kau??
(aku tak bagitau)
aku : 3 berapa?
ejat : 3.33 je..
aku : cantik nombor...haha..

alahai...pandainye kau...
mesti pointer lebih sebab kau hensem macam dr rozmey kan kan kan??
haha..gurao jer..

kasi pointer kau sikit kat aku boleh??

erm..xpe..
next sem masih ade..
walaupon aku tak mungkin dapat 4rata..
tapi aku akan dapatkan yang lebih baik..

yeahhhhhhhh!!

go ascil go!!!













aku nak cakap .tapi aku malu.

assalamualaikum.salam 1 malaysia.ewahhhhhhhh=p


biasa.mulakan hari isnin dengan ceria.lupakan kisah semalam semalam.persoalan persoalan semalam.malas dah nak pikir.esok esok pon boleh pikir jugak kan.so.KIV dulu lah.haha.


hari ni cerita hepi.


aku nak cakap.tapi aku malu.seperti tajok di atas kan.


aku sebenarnya....


rindulah kat kawan kawan aku!


ish malulah.tapi takpe.bukan diorang baca pon blog aku.hee~


masa tadika dulu :


aku nih antara kanak kanak yang suka pura pura malu lah.tapi aku kawan ngan semua orang.betul.tak tipu.kawan baik aku time tu aku ingat lagi.nama dia mastura.bukan mastura anak mashyur al buaya tu.ni mastura lain.muka dia comel macam amy mastura.sesuai dengan nama dia.haha!tipulah kalau aku kata aku rindu kat dia.aku tak rindu sikit pun kat dia.sebab aku yakin dia pon mesti tak rindu kat aku.cuma.sampai sekarang aku ingat dia.gambar dia pon aku ade lagi.mana ntah dia sekarang ni?lepas tadika teros tak jumpa jumpa dah.memandangkan dia sekolah rendah kat tempat lain.itu cerita kawan tadika.


masa sekolah rendah :


sekolah je rendah.tapi.kelas aku tinggi.masa darjah satu kene panjat tangga sampai tingkat atas sekali.penat ohh.dah lah bawak beg besar macam dalam tu ade batu bata.badan pulak time tu halus macam kuman.(tapi sekarang tak).terok betol.kawan baik kat kelas time tu.filzah and nashrul faiq.waa.kami tiga serangkai.suka tengok kamus bergambar.pastu time english.iaitu kelas yang amat membosankan bagi kami yang dah memang terer english ni.kami suka main kahwin kahwin.nashrul faiq lah kene jadi pengantin lelaki tetap.pengantin perempuan pulak.aku n filzah gilir gilir.haha!rindu ohh nak main kahwin kahwin.manalah korang berdua??lost contact jugak sekarang.


*baru aku tahu filzah anak kumpulan rock dulu dulu.ari tu aku rasa aku jumpa dia cuma tak berani nak tegur.aku rasa tu dia sebab rambut dia yang kerinting macam bapak dia si rockers tu.haha!ntah ntah silap orang.


tu antara kenangan paling manis!! 


lepas tu darjah dua.kawan yang paling baik dengan aku time tu.
nureen afiqah.nadiah.pastu sape ntah lagi.aku lupe lah.


*keychain yang nureen bagi dulu aku simpan lagi.dia kata mak dia beli kat australia.oh ya!aku jumpa diorang kat fesbuk.


darjah tiga.kawan baik aku syafiqah.ak jeles dengan lesung pipit dia.dulu aku selalu tanya.kenapa aku takde lesung pipit macam dia.dia senyum je.lagi sorang nadiah.dia suka nyanyi nyanyi.sama macam aku.kitorang lah suka jadi penyanyi tak bebayar time kat kelas dulu.haha.tapi aku dapat tau syafiqah dah pindah kat terengganu.nadiah pulak dah tak rapat lagi macam dulu.rindulah jugak kat korang.walaupon belum tentu korang ingat aku.


*aku tengok fb diorang tapi tak add.jadi stalker sementara.haha.


kawan kawan darjah empat kebanyakannye aku masih kawan lagi sampai sekarang.tapi darjah empat tak best.sebab aku bodoh melampau.malas nak cerita lebih.haha.


darjah lima aku kenal mira.budak baru pindah kat sekolah kami.kawan baik aku sampai sekarang.
tak lupa.fahqirra sekali.sayang diorang tahap meraban lah!rindu.


darjah enam baru rapat dengan awatif,haziqah,fati n blablabla.
nadia??bile ek aku start rapat dengan dia?lupelah.tapi jodoh aku n nadia kuat.kite sekelas time kat uitm.haha!kembang lah tu nadia.


*ingat lagi time bufday aku.nadia datang malam malam kat rumah aku kasi hadiah.sampai sekarang aku simpan tau nadia.ada mkna tu.maknenye kau kena bagi lagi lah hadiah kat aku.=p


sekolah menengah :


form 1 sampai form 3 kawan kawan aku sama je.cuma makin bertambah.form 3 lagi best.tambah tambah ade mira,hana,zack,alip,nizam,reza.diorang sumpah kelakar.tak best kalau korang takde ohh.rindu ketat ketat kat korang.sekarang semua busy dah kan.dengarlah ni.


mira:rindu nak bergosip dengan kau.pergi tuisyen dengan kau.
hana:rindu nak study dengan kau.saing saing markah exam.
zack:si kecik ni.mulut kepoh.haha
alip:rindu nak panggil kau taik lalat.
nizam:sweet sangat kau n mira dulu.
reza:rindu nak tengok kau marah.kau panas baran melapau.


sekolah teknik :


form 4 kawan kawan yang sangat best!happening tahap pening.
pelat,nizsa,mimi,wawa,syaza,iera,fatin!!serius rindu sangat kat korang.terbaekkk!!!


datang pulak dayana,wanie,azri,hafizham.lagi gempak siot!


form 5 pon lagi terbaek dari ladang!
ade pieka,elza,atien,arda,aj,ejat,pipz,fiq dan yang sekutu dengannya.
rindu.....................................................


plkn :


lagi ramai susah nak diungkap...lagi ak malu nak cakap.hee~


uitm dihatiku :


sekadar rindu roomate aku n classmate aku.sebab aku kurang kenal lagi korang.




ok la itu je..




cukuplah aku kata.


aku rindu korang sangat sangat!

keliru

aku dah mula keliru dengan diri aku. aku tak tau lah kenapa.post post aku kebelakangan ni semuanya agak bermasalah.soalan yang lepas lepas pon tak terjawab lagi.

kadang kadang kan.aku rasa aku ni hipokrit.sumpah tak tipu.
tapi kadang kadang jugak aku rase aku ni bukan hipokrit.cuma tak jumpa lagi identiti diri aku yang sebenar benarnye.entahlah.yang ini pon aku tak tipu.tengok tu.serius keliru.

zaman aku kecik kecik dulu tak pernah aku pikirkan diri aku.
tak pernah aku keliru dekat diri sendiri.

waktu skolah rendah pon aku belum matang lagi nak pikir pikir benda yang aku rase sekarang pon aku tak matang lagi nak pikir.

naik sekolah menengah.ok.lebih tepat.time masok teknik lah!
serius aku rase aku ni hipokrit.zaman form four.sumpah aku benci gile senior yang betol betol bajet gile time tu.ok tak tak.tak semua senior aku benci.aku sayang lah jugak sesetengah tu.tengok tu benci benci aku,adalah rasa sayang jugak .
*saya ulang.sesetengah je.bukan semua.

tapi sebabkan aku junior time tuh.maka aku pon pura pura lah baik kan.padahal aku memang baik pon.pstt.perasan.yang penting.hipokrit!

aku tak paham lah kenapa orang lain especially senior senior aku cakap.aku dah berubah.yeke??aku rasa aku sama je.aku benci gile.
korang yang tak penah paham aku.tak kenal aku.suke suki nak cakap aku dah berubah.pengaruh dari kawan kawan aku.hek la korang.diorang tak bersalah papepon tau?! kalau tak tau,ni yang aku nak bagitwu.

kesal.sebab kehidupan aku waktu form four sangat tak best.macam orang selalu kata.form four honeymoon year.yalah sangat!

and sekali lagi.waktu form 5.aku dapat kawan kawan yang sangat baik.tapi tak bermakna kawan kawan form 4 aku tak baik.kami nakal sikit je.orang orang yang tak reti menilai manusia je cakap kitorang jahat.serius.kalau tak reti menilai manusia,janganlah nak menilai.lagi lagi kalau tak betol betol kenal dengan orang tu.

berbalik kepada cerita tadi.form 5 aku dapat kawan kawan yang sangat baik.dan.aku pon turut jadi baik macam diorang.biasalah.influence dari kawan.time ni aku betol betol keliru.betol ke ini aku??aku takot untuk berubah sebab aku takot orang kate aku hipokrit.tak!aku tak hipokrit.aku tak berlakon.
aku cuma nak orang tau inilah aku yang sebenarnya.bukan nak kata aku baik.tapi susahlah.aku tak tau nak cakap macam mana.

senang cerita aku cakap.aku lebih sesuai jadi macam mana aku waktu form 5.

tapi sebabkan aku jadi orang yang baik dari sebelomnye pon aku kene terok jugak.banyak sangat mak joyah kat skola aku ni.ok.diorang kata aku ni dah berubah.dushh!!sekali lagi.

''ascil dah berubah''menyampah btol aku dengan ayat ni.

salah ke kalau aku nak berubah pon.bukan ke lumrah hidop kalau manusia berubah.
apa korang ni bukan manusia ke?hmm.agaknyalah.

bila terjadi benda benda macam ni.macam macam yang aku pikir.aku cuba nilai diri aku sendiri.aku ni sebenarnya hipokrit ke tak dalam hidop aku ni.aku nak cari identiti aku sendiri tanpa ade sorang pon manusia yang pengaruh aku.tapi.sampai sekarang.aku tak jumpa lagi.

plkn tak dapat membantu.walaupun kelas kelas kat sana ajar kita kenal diri sendiri.tapi.sumpah.aku rase kelas tu sikit lebih kurang macam kelas tadika je.
*ataupon aku yang tak cuba kenal diri sendiri time tuh.

perangai aku berbeza beza ikut keadaan and orang sekeliling.

tapi tu normal lah kan?korang pon sama.jangan tipu lah.
itu tak bermakna aku hipokrit.

entry kali ni panjang gila.aku tak rasa sikit pon penat nak menaip.sebab kali ni aku rase nak ber emo selama mungkin.nak luahkan sebanyak mungkin.tapi.sebabkan waktu tak mengizinkan.aku kene stop sampai sini je.mana taknya.dah berjam jam dah aku on9 fb.tibe tibe terdetik pulak nak update blog.kene lah bebel denagan ibu aku.dia suruh off dah.aku tak puas lagi nak tulis.

hakikat.sekarang pon aku masih keliru lagi.