arghhhhh,novel lagi!

assalamualaikum.

hai kawan kawan!kawan lama,kawan baru,kawan dari kampung,kawan sekolah tadika,kawan olok olok,tak kisah lah,janji anda KAWAN KAWAN saya.kepada kawan baru,selamat berkenalan okayy!

ermm,kawan kawan.nak tau tak?esok aku ade quiz CSC tapi aku sekarang asyik kemaruk baca novel je.apa nak jadilah dengan aku.baru hari tu aku dah habiskan sejibik novel,hari nih aku sambung baca lagi novel yang baru.aishhh penat,penat.mana taknye.penat nak baca kisah hidup orang yang belum tentu ade kat dunia realiti nih.tapi,nak buat cemana?kalau tak habis baca kang,tak tau pulak apa endingnye.yang aku sure sangat sangat ending dia mesti happy punye.dun worry lah.tak perlu bazir air mata baca cerita sedih diorang,last last bahagia jugak.

tapi,tak kisah lah pasal tu,yang penting sekarang aku addict pulak menatang novel nih.ni semua eni,budak bilik aku punye pasal lah nih.dia ade banyak novel,pastu tunjuk kat aku.manalah aku tak terliur nak baca.yalah kan!isi novel ni jauh lagi seronok dari baca CSC atau ECM atau ECG.yang paling bestnye,tak payah buat calculation.baca je sampai kau nak terlelap,ataupon tertonggeng tonggeng sebab sanggup tahan lapar nak habiskan isi novel tuh,ataupon sampai kepala kau pening baca cerita mereka yang complicated tuh.

itu yang aku rasa sekarang.pening baca cerita yang dah makin complicated.cinta bukan tiga segi dah,tapi bersegi segi.rasa macam nak muncul jadik pari pari dalam novel tu dan selamatkan makhluk makhluk dalam novel tu je biar hidup masing masing aman.kalau lah boleh lah kan.

sekarang aku baru tau,aku suka baca novel!untuk beli novel,oh tidak sama sekali.mahal kemain,boleh buat duit makan sebulan.so,jalan penyelesaiannye,pinjam lah dari kaki novel.paling baik pon pinjam dari library.(buruk beno perangai)
tapi kawan kawan jangan salah paham,aku bukan kedekut ye.ibu aku tak kasi kalau kitorang bazir duit beli novel.kalau beli buku,takpe.tapi sampai sekarang aku pelik jugak.novel tuh bukan buku ke?tapi takpe.tak baik jadi anak derhaka.maka,aku pon tak belilah novel.*selamat duit aku.fuhhhh*




ni hah!baik korang baca novel dari tengok citer dia.lagi best!


aku gi library tadi.aku dah aim dah beberapa novel untuk aku pinjam.cis!library buat besor besor,nak pinjam buku tak boleh.almaklumlah kan.library baru.proses kemaskini tengah buat.yang merana kitorang.nak pinjam buku untuk reference pon tak boleh.sabar,sabar.
tapi,kalau nak tau.aku masuk library tuh untuk selain dari nak dapat air cond free,aku jugak nak merasa feeling feeling jumpa bakal suami di sebalik rak buku.oh,tidak!gurauan melampau saje tu.

selain tu,aku nak usha novel lah.itu je sebabnye.kalau tak,haram aku nak pegi library gara gara  kejadian sem 1 yang memalukan aku.apa tak nya,masuk library dengan perut lapar.dengan kesenyapan tahap maksima yang sinonim dengan library,maka seluruh penghuni yang berada di dalam tu terdengarlah irama dangdut bercampur rock yang berlagu dengan megahnye.aku pon terlena dengan irama yang mengasyikkan tu.

lepas dua saat,baru aku tau itu bunyik perut aku.perghhhh,malu sangat sangat time tuh sampai rasa nak meniarap bawah rak buku.nasiblah badan aku tak berapa nak kecik.ini bukan nak mengaibkan diri sendiri ye kawan kawan.nak bagi pengajaran je.masuk library pastikan perut comel anda tak lapar.kalau lapar,bawak je masuk donat tiga singgit yang mak bedah jual tuh.jangan kau bawak nasik lemak pulak.free free kena halau.paling baik pon,staff library tu join sekali makan dengan kau.

ok ok.kita refresh balik.pengajaran pertama,jangan beli novel,pinjam je.jimat sikit.
pengajaran kedua,jangan masuk library dengan perut lapar.itu je.

sekian trimas.

enjoy reading!

 
arghhhhh sweet ohhhh.

ye ye ye aku tau gambau kat atas nih macam muka aku tapi jangan buat spekulasi macam macam ye.aku belum kahwin lagi.

ehem eheemmm.ok.lupa pulak bagi salam.ASSALAMUALAIKUMMMMMMMMM!
KAMI DATANG NAK RAYA NIH.

''masuklah.tapi duit raya takde ye.harap maklum.''kata kak senah.

kerek lu senah.''takpelah.tibe tibe tak jadi pulak nak beraya.sakit perut.balik dulu ye kak senah.''cis!kedekut.

eh eh eh.merepek pulak aku nih.lempang sikit aku .suka buat cerita merepek tahap kerepek kak eton simpang belakang rumah.*pandang atas*haaaa tengok tuuuu.merepek lagi.

ok back to the main point ye pelajar pelajar semua.hari nih kita akan bercakap pasal . . .


''cinta''

ye saya tau anda semua suka ye bab bab macam nih.takpe,dun worry.saya pun suka.*cis,gatal!bagitau mak jiran sebelah baru tau.

takde apa yang aku nak cite sebenarnya.aku sendiri kurang berpengalaman bab cintan cintun nih.kalau pasal megi cintan tu aku tau lah!*''makan je kau ingat,''kata aku kepada aku.*

ok,sekarang saya nak bawa anda ke dunia imaginasi saya.ehhh jangan tutup mata pulak kak bedah,kak eton.cemana nak baca kalau tutup mata.saya suruh bayangkan je.

bayangkan . . .


 indahnye bercinta selepas kahwin.merasa semua nikmat percintaan selepas akad dilafazkan.menyalurkan nafsu secara halal.mungkin lebih indah dari berkapel.

lepas tu,dapat baby comel comel macam nih.
alalaaaaa comelnye.mata ikut macam ummi,hidung ikut macam walid.
kulit cerah macam ummi,perangai  macam walid.
awwww awww sweeetttttnye.*gedik*

kalau pompuan,boleh gaya gaya kan dia macam nih.hah!
pastu cakap kat dia "dulu mak tak dapat pon merasa pakai baju kembang kembang camni"
sambil sambil tu dok pikir 'cemana lah rupa aku kalau aku pakai macam nih,mesti cun!'

kalau anak lelaki ramai pulak,boleh buat geng otromen.
asyik nak buat satu pasukan bola  sepak je.bosan taw.
ummi bukan minat bab bab bola nih.walid pon kaki bangku.*tipuuuu*


untungnye kalau satu hari nanti bila kita kahwin,kita dapat suami atau isteri yang soleh/solehah,anak anak yang comel comel dan mendengar kata,keluarga yang bahagia dan diredhai Allah SWT.

bukan ke semua ni satu kebahagiaan?

cinta tu milik setiap insan.Allah telah memberi kita satu perasaan yang halus dan sukar dimengerti.itulah cinta.dan sebenar benar cinta ialah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.tanam lah rasa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya dulu sebelum mencintai seseorang

ya,aku pon manusia biasa.pernah melakukan kesilapan.aku pon pernah berkapel zaman dulu dulu.*eh jujur pulak*tapi tak salah.manusia boleh berubah.

harap aku tak melakukan kesilapan untuk kali kedua.aku belum layak lagi nak bercinta sebab aku sendiri tak tau aku nih dah serahkan sepenuh cinta aku kat Allah dan RasulNya ataupon belum,aku dah bertanggungjawab kat ibu,ayah dan keluarga aku atau belum.aku dah sayang kat diri sendiri atau belum.

aku dah 19.*walaupon aku belum befday lagi.*kirenye aku dah matang,boleh pikir mana baik,mana buruk,mana dosa,mana pahala.kalau aku tersalah,maafkan aku.aku manusia biasa yang kadang kadang terleka.

ish!ayat pelik je kan ascil nih.takpe takpe.sekali sekala peringatan tu penting.aku buat entry nih pon sebab semalam aku baru habiskan novel "aku cinta dia" karya Sharifah Abu  Salem.ye,citer dia sangat best and banyak pengajaran.korang bacalah.tak rugi pon.citernye berkait jugak lah dengan entry aku nih.kita kena cinta pada Yang Maha Esa dulu sebelum menyerahkan cinta pada manusia.jangan cinta manusia melebihi dari cinta kepadaNya.

ni salah satu dialog dalam novel tu.

''Ada syarat yang harus saya letakkan andai nur dania asilah ingin mencintai saya.nur dania asilah haruslah lebih dulu menyerahkan cinta kepada Maha Esa,kemudian RasulNya,kemudian ibu dan bapa nur dania asilah,dan jika tersisa . . . berilah cinta itu kepada saya."

hah! sweet tak?sweet tak?kan best bakal suami aku cakap camtu kat aku.*berangan lagi*

ok lah,kawan kawan.moral of da story . . .

lu pikirlah sendiri.

ok,tata!


huh!mengantuk tengok blog ascil nih.


baby punye baby.ade ke patot dia kata blog aku ni mengantok.suke hati kau le baby.pepsi persepsi masing masing.kalau nak baca,kau baca.kalau taknak,blah!gua tak paksa pon.oh ye,menguap tutup mulut ye.nasib lah kau comel.

ok.intro yang membosankan.

aku tau.tapi aku saja saja buat tak tau.biar korang pon rasa boring macam yang aku rasa sekarang.

hah sekarang imagine tahap ape aku punye bosan.imagine!imagine!
.
.
.
.
.
.
.
.
dah rasa apa yang aku rasa?

terima kasih kawan cube mendalami perasaan aku.itu je motif aku.tengok entry dah tau cemane bosannya aku waktu nih.itu je.

ok bai.



pura pura takde quiz

assalamualaikum ye atok nenek,aboh mak,kaklong,kakchik,mokcik,kak senah,kak bedah,pak jabit dan sekalian orang kampung semua!fuhhhhhhh.

*tarik nafas sekejap*

ok.takde ape ape cerita untuk malam nih.cuma nak bagitau esok aku ade quiz mat235.yo orang kampung!aku ade quiz esok.korang ade??takde kan.elehhh.

takpe takpe kak senah kak bedah oiii,jangan jeles jeles.apa kata korang pegi study.mane tau esok aku demam ke,sakit ke,tak dapat datang ke,pegi dating ke,korang boleh lah ganti tempat aku.daripada korang dok sini dengar ceramah tak berapa nak free dari aku (ketua kampung yang muka gangster kalah awie ) ,lebih baik korang pegi stadi.

oh mood yang paling dicintai sepenuh jiwa bakul raga ku,datanglah kepadaku.datanglah kepadaku.
puhpuhpuhhhhh!
*sampai tersembur air liur dekat muka pak jabit yang ternganga sakan dengar ceramah aku*
(cis!abaikan unsur khurafat yang takde mengena langsung dengan cerita khurafat nih)

''maaf pak jabit.''kataku,lepas aku tengok mulutnye tetibe macam nak mengeluarkan kata kata kesat.sebelum dia hambur aku,lebih baik aku guna cara sopan lagak gadis melayu zaman dinasour dulu dulu.

''amboiii pak jabit.bagitau mak kamu kang.tak baik mencarut tau.''
lepas dua saat baru aku ingat,mak dia dah ada dalam tanah.cis!tengok tuh,pak jabit dah menangis lari balik rumah.gatai betol mulut aku nih.(sambil tampar mulut orang sebelah sendiri.)
.
.
.
.
.
.

ok lah.tetibe aku tersedar.aku bukanlah ketua kampung muka gangster,tapi cute aje rupenye.
*abaikan unsur perasan di atas.*

aku dekat meja study rupenye,bukan dekat kampung bagi ceramah kurang free.

aku sorang sorang je.aku ingatkan aku tengah bagi nasihat pungpangpungpang dekat kak senah,kak bedah,kak eton semua.

ah mood studyku,datang lah cepat.

huh!takpe biar aku bagi semangat kat diri sendiri.kemonnn ascil.lu boleh buat punye.eleh setakat math tuh.pejam mata lepastu bukak mata,kompom takde jawapan.pfffttt,memang lah takde.kalau kau tak buat,cemana nak ade.

ok lah orang kampung semua,gua nak chow dulu.gua rasa mood gua dah mula nak ''come to mummy''.yeahhhhhhhhh!doakan aku.walaupon quiz weyh,markah dia tetap bagi sumbangan weyh untuk orang yang kalah siput dan babi bila masuk bab kira kira nih.

p/s : esok jangan lupa ingatkan aku untuk bawak sempoa.kalau tertinggal,cemana nak kira kira weyh.

esok tengok lah.kertas quiz aku mesti jadi cenggini.semangat punye pasal kan?







unifi dan hari jadi.

assalamualaikum.

mari lompat lompat!


yaaaaaa!seronok seronok seronok!

korang tau ke sebab ape aku seronok?

tak tau kan??hah!korang nak tau tak??

sila angguk,kalau tak kepala lu hilang.ini satu amaran ye!

ok ok.ceritenye cenggini.uitm penang dah ade kemudahan wifi.ya!tak lain tak bukan ialah unifi!!laju gile beb!sumpah cool.ni yang buat aku sayang gile uitm nih.  

lepas nih nampaknya aku kena lah mengadap lappy hari hari untuk mengupdate blog dan on9.eh tak tak.untuk membuat assignment.tersasul pulak.ini baru namanye,orang memberi,kita merasa.kan kan kan?ish,tapi serius rasa nak loncat loncat macam beruk pastu tunjuk muka eksen dengan berukband tuh.hah!lembap lagi.kan aku dah simpan kau dalam beg lappy.duduk lah kau dalam tu sorang sorang.

terima kasih unifi!terima kasih uitm! i lup u!

ok,second chapter untuk hari nih pulak ialah 
.
.
.
.
.
.
.
.
.

mak aih.banyaknye lilin.nak makan kek ke nak makan lilin nih?

happy birthday to you,
makan ubi kayu,
lalalalalalalalalalaaaaaaa*malas nak sambung lagu nih.

korang tau ke hari jadi sape?

elehhhhhhhhhhh.tak tau le tu.

nak tau??

yang ini pon kena angguk jugak.kalau tak,kaki kau pulak hilang.
*sambil buat muka ganas tapi still cute.uek!!*

ok.sambung balik.merepek je lebih.

hah kalau nak tau hari nih,sempena 15 jun,ibu yang paling disayangi oleh anak anak nye yang comel dah genap umurnye 4* tahun.ok ibu,dun worry.orang tak kecoh kecohkan umur ibu kat sini.paling baik pon,orang bagitau kat status fesbuk je.hahahah!

*tiba tiba terbayang ibu cekak pinggang*alamakkkkkkkkkk!

eh,ok ok!sorry ibu.orang takkan bagitau kat orang lain umur ibu berapa.shhhh!rahsia kita je tau.

ni ade sedikit ucipan untuk ibu ku yang cantik.zaman muda muda muka macam azean irdawaty tanpa tahi lalat.sungguh,tak tipu!ibu aku memang cantik.tengoklah anak dia macam mana kan.*kembang hidung selama 5 minit*

kepada ibu :

  1. saya yang berada di perantauan nih mengucapkan selamat hari jadi yang ke *teettttttt*.
  2. semoga dipanjang kan umur.
  3. dimurahkan rezeki,dapat banyak tempahan jahitan
  4. semoga menjadi ibu yang paling baik di dunia.
  5. semoga berkekalan dengan ayah ku tercinta.*romantik tak?*
  6. semoga sihat selalu.macam anak mu yang dekat sini.
  7. semoga hepy hepy,jangan marah marah selalu.
  8. semoga masak sedap sedap bila saya balik nanti.
  9. semoga dapat keberkatan dari Allah SWT.
  10. semoga menjadi ibu saya selama lamanya.takde sape yang boleh ganti ibu.
*background music : lagu tangkap leleh*

hah!hambikkkk.banyakkan wish aku.kepada ibu,jangan menangis pulak baca,tak rock lah macam nih.yeyeahhhhh!

kalau nak nangis jugak,tisu ade atas tv tuh.sobsobsob!aku nak nangis tak boleh.kat bilik nih takde tisu.untung laaa kat rumah ade tisu.*hek elehhh,alasan.abaikan je.*

ok la.ni gambo paling cool aku dengan ibu yang aku jumpe.nah!


hah comel tak?






cerita semalam tapi hari nih baru nak update.

assalamualaikum.

rindu,rindu,rindu . . . dekat blog aku.eheheh,jangan perasan pulak.

tapi,

kat kau,kau dan kau pon rindu jugak.*elehhh,kembang hidung = . . =

hmm,dah dua hari aku tak update blog.tengok,betapa busynye akuh.wanita bekerjaya memang macam nih.pfffttttt,padahal beruk band aku nih dah mula buat perangai beruk dia.asyik tak boleh connect je.hari nih,baru bolehhh.penyabar betol aku.tak sangka.=p

ok.cite semalam nye bukan ape pon.juz kitorang dapat menghabiskan sisa sisa hidup sebagai mahasiswi berjaya dengan keluar berpoya poya sampai tak hengat dunia.oh,indahnya!indah sekejap je,lepas tu melopong.duit habis cenggitu saja.nasiblah aku beli benda benda yang nampak.maksud aku,benda yang aku beli dan aku akan guna sampai dia dah rosak.contohnya,wiper ni hah!tak tau la aku benda nih boleh berkhidmat kat aku berapa lama.aku beli murah je,nampak macam mainan budak budak je.eh tau tak wiper apa?alaaa,yang korang guna nak keringkan lantai bilik air tuh.hah tau?ok,pandai.

penat gile semalam.mula mula pergi sunway.tunggu prebet kemain lame lagi.hai pakcik,macam tak mau amik kitorang je.sabor jelah kan.hmm,sampai sampai sunway teros pi makan.terserlah kat situ tahap kerakusan dan pelahap masing masing.kesiannnn.lapar ye?
tak pe,takpe.pi makan.

lepas dah jalan jalan kat sunway,tiba tiba rasa nak tengok wayang pulak.cerita kartun pulak tuh.terasa comel pulak tengok kartun.*perasan*tajuknye hoodwinked too.aku rasa lah.macam salah tajuk je.tapi,ade aku kesah?korang mesti tau punye kan cite tuh.alaaa yang kartun dia semua kiut miut tuhhhh.ok tau dah?pandaiiii.malas nak citer feedback citer tu.lu tengok lah sendiri.

lepas keluar wayang,jalan lagi.itu yang pasti!mesti lah jalan kan?takkan kau nak merangkak pulak.ok ok.aku ingat boleh lah balik walaupon barang barang aku satu pon tak beli lagi.tapi,aku diamkan je sebab kaki aku dah penat.skru lutut pulak dah nak tercabut,nasib aku sempat ketatkan balik.

tapi,malangnya.ade TAPI tuh.tetibe rasa nak pergi jj pulak.sebab pikir nak beli wiper tuh punye pasal lah.aku takkan cuci bilik air selagi wiper takde.huh!kalau korang nak tau aku nak pi jj pasal barang barang dia lagi murah.pastu kat jj ade mr d.i.y.haaa korang tau ke itu ape?itu bukan pakwe aku.tapi itu nama kedai.barang kat situ murah murah.sape tak suka benda murah weyhhh?cakap sikit.kalau boleh nak percuma lagi.hah!kat mr diy ni lah aku beli barang barang aku.bukan kedekut ye,tapi berjimat.kuikuikuiiii.

hmm,lepas tuh apa lagi ek nak citer.tak ingat lah.yang aku tau penat semalam terasa lagi sampai hari nih.terok betol impak bila keluar dengan 'kaki jalan' nih.sejujurnya,aku bukan lah jenis perempuan yang suka bershopping.aku akan eksaited before pergi je,tapi bila da sampai kat shopping tu,20 minit pertama aku boleh enjoy lagi.tapi,kalau dah terlalu lama,aku akan rasa bosan yang amat pastu kaki rasa lenguh sangat sampai aku pikir,kalau lah aku budak kecik,dah lama aku mintak orang dukung aku.mengada ngada,bukan?

ok la,penat tau nak menaip.tangan lenguh lagi sebab angkat barang semalam kemainn banyak.nampak benorrr shopping sakan.

takpelah.esok malam aku upload gambar pulak.penat sangat sangat sangat sekarang.

ok,bubye~


kuat lah konon

assalamualaikum.

patotnye aku tak on9 malam nih.PATOTNYE lah.

aku tak tau macam mana  aku tiba tiba amik beg laptop,keluarkan laptop,tekan on,pergi bukak fb,blogwalking.rasa macam tiba tiba je berlaku semua nih.magik kan?

hmm.alang alang dah berlaku perkara magik,apalah salahnye update blog yang magik nih.*masok troli,tolak sendiri*

pagi tadi bangun tido terus niat.ya!malam ni aku tak mau on9.''kalau boleh''.

pukul 8 sampai 10 malam,Alhamdulillah aku dapat bertahan lagi.tapi . . .
bila housemate aku masing masing dah start keluar,pegi mana pon ak tak tau,huh!aku apa lagi,pasang musik kuat kuat,bukak laptop,kol syiera suruh naik atas teman aku dan bukak pintu rumah luas luas.ini semua nih bukan sebab aku takot ye.tapi saje je nak hilangkan bosan.harap maklum.=___=
*padahal,kecut perut sampai nak terberak rasanye.

ish ish ish.ascil ascil.nak tahan diri dari on9 tak boleh,nak tahan diri dari makan tak boleh,nak tahan diri dari tengok wall dia tak boleh.semua tak boleh.apa pon tak boleh.

bilalah aku nak jadik kuat tahan nafsu aku dari terus buat benda benda nih.kemonn lah ascil!

masa kau untuk belajar lagi banyak bila kau kurangkan on9.

kau boleh jadik kurus kalau kau kurangkan makan.

hati kau takkan sakit kalau kau kurangkan tengok wall dia.bukan kurangkan.kalau boleh,tak payah tengok langsung.

please guys!bagi semangat kat aku. 

terima kasih baca.kalau takde orang baca pon,aku terima kasih kat diri aku sendiri.

''sama sama''jawab aku.

ok lah,nak sambung study stado.bubye!




TOOODIAAAAAA!

ku ingin kau tahu
diriku disini
menanti dirimu
meski ku tunggu hingga hujung waktuku
dan berharap rasa inikan abadi untuk selamanya

*bunyik petir berdentum.kilat menyambar.puting beliung datang.*

ewah ewah.hah hambik kau.ribut petir semua datang.memekik lagi kuat kuat.

tu lah.asal nyanyi je mesti nak invite ribut petir jadik follower.ingat suara kau hebat ascil?

ok lupakan aje pasal suara tak sedap.ape kena nih ascil oii?hmm,bunyik macam orang tengah kecewa,angau,jatuh cinta dan yang lain lain yang sewaktu dengannye je?gedik lah kau.
.
.
.
.

huh!jawapannya.''entah,jawapan tu milik aku je.''
*aku akan ingat ayat nih sampai bila bila.

full stop!

assalamualaikum.

ya ya ya!dah start busy dah aku minggu nih.tapi dont worry,be happy.aku akan usaha jugak untuk update blog setiap malam.walaupon aku tau takkan ade orang yang baca.tapi syok sendiri pon apa salahnya kan?kadang kadang syok sendiri itu penting ya kawan kawan.

hmm.aku masih tengah usahakan assignment untuk subjek bel aku.(bel=english).
semalam carik tajuk untuk essay yang kitorang kena buat.ya!kami dah sebulat suara seleper perut dan sehelai sepinggang *ok merepek* untuk pilih tajuk pasal 'all about women''.memang terlampau broad tajuk tu tapi kami dah narrowed kan dia jadik woman needs.aku tak tau lah betol ke tak aku mengejanya.sungguh!aku lemah betol guna bahasa penjajah nih.

ok sambung lagi.kalau women needs kami ingat nak masukkan point point pasal beauty,fashion,health,wealth,blablablaaaa ape kejadah semua tuh.lagipon senang pasal kami pon pompuan jugak kan.pompuan mesti akan tau pasal pompuan,bukan?masalahnye sekarang.lecturer tak berapa suka dengan tajuk kitorang.beliau suruh carik banyak banyak tajuk then dia beliau pilih yang mana terbaik untuk kitorang.

kitorang pon list lah tajuk tajuk yang nak dipilih.antaranye (cewahhh ayatttt!) chinese culture,photography,BLOGGING and pekejadah ntah.and lecturer suka dengan tajuk photography.ok fine!aku takde point langsung dengan tajuk nih.tapi,actually aku suka jugak.ni pon idea nad.idea aku pulak,tu hah!blogging.tapi tak diterima.sob sob!takpe takpe,mak tak kisah nakkkk.

sekarang memang aku takde idea langsung.please please please idea meh meh datang sini.come to mummy.=___=.aku tau assignment nih kene hantar at the end of the semester tapi kenalah start dari awal kan?lagi lagi kena ada banyak research untuk support point kitorang tuh. research?hmm pastinye dari buku buku okayyy.online research boleh jugak tapi tak semua ade kene mengena dengan tajuk kan.cakap pasal buku buku aku teringat pulak pasal library uitm nih.bilalah nak bukak.tak sabar tau.aku dah la  ada misi penting kat situ.

nak tau apa misi penting tuh?
ya!misi aku untuk ambik gambar banyak banyak dalam library tu.posing sana,posing sini.wowowow!best.

*siot punye ascil.ingatkan misi nak study kat situ.hambikk gambo rupenye.

opsss!bior le.tempat baru.cantik pulak tuh.maka,akan terjadi lah beberapa perkara jakun disitu.jangan marah nakkk.

ok lah.esok ade class kat perda.kena tido awal.kalau tak,bye bye la ascil.

p/s : alamak!!aku baru teringat esok pukol 8, kat perda ada class . . . BEL!
         homaigoddd!aku tak buat research question lagi!

interbiu interbiu.

assalamualaikum.

apa macam semua?sihat?sakit?biasa biasa?harap sihat lah.

kalau korang tanye aku pulak.ini jawapannya : aku sihat,sakit dan biasa biasa.boleh gitu?

ade sebabnya.aku sihat sebab luarannya memang nampak sihat.bukan sihat je tapi terlebih sihat.ya feedback dari kawan kawan sangat banyak.hampir semua akan kata macam ni,''hey ascil,tembam sekarang!''.tembam?aku rasa maksud diorang gemuk.cakap je lah.mak tak terasa sikit pon nakkk.

aku sakit sebab memang aku tengah sakit sekarang.jangan pikir bukan bukan pulak.aku bukan sakit terok sampai tak boleh bangun langsung.sakit kepala je.small matter meyh.doakan aku cepat sembuh okayy.*amboi ascil,cakap macam sakit terok je kan.huh!mintak dijauhkan lah dari sebarang penyakit.korang pon.jangan main panas.jangan main hujan.jangan main mercun.jangan main teng teng.jangan . . ok jangan melalut.aku rasa penang panas sangat sampai efek kat kepala hotak aku.tapi,abaikan je.enjoy hidup!

aku biasa biasa sebab aku memang orang biasa.aku orang kebanyakan.kalau dalam bentuk carta piramid (aku lupa namenye).aku kategori lapisan yang ketiga,second last sebelum hamba.pftttt,aku melalut lagi.jangan marah.nanti kena jual.

tapi sihat ke,sakit ke,biasa biasa ke,bukan ini yang aku nak cerita.cuma intro je.saje buat intro panjang panjang biar korang semua sakit kepala macam aku.huahuahua,padan muka.

ok ok.point asal nye ialah hari nih aku pergi interbiu.takde kene mengene pon dengan intro kan.ceritanya,p'ces ataupon nama glamour nye ''penang civil engineering society'' nak carik exco baru.kalau ikotkan aku,memang tak mau lah pergi interbiu.cuakk makk!tapi,sebabkan elyn dah ajak and syiera pon nak cuba nasib.maka,aku pon join sekali lah.rupe rupenye interbiu nye takde la formal bebenor.dia tanya,kita jawab.dia tanya,kita jawab.tapi  tadi tak pasal pasal aku pulak yang tanya kakak tu,suruh dia explain pasal exco akademik.time dia syiok syiok explain kat aku tuh,tiba tiba aku terpikir. ''aik!dia interbiu aku ke aku yang interbiu dia nih?''pelik,pelik.

feedback dari diorang :

kakak tuh kata aku patot masuk exco akademik sedangkan aku tick exco keusahawanan.wow!akademik tuh.kelakarlah.aku?akademik?tak patut tak patut.dia tak yakin kot dengan aku sebab bila dia tanya kenapa aku amik keusahawanan?jawapan aku ''sejujurnya saya main tick je''.aku rasa sebab itu kot.

abang tuh kata (aku tak tau lah dia abang ke tak).tapi dia kata ''eh budak nih kelakar lah!''aku buat muka pelik.ade kene mengena ke kelakar dengan exco keusahawanan nih.mungkin ada kot.cuma aku dok pikir,bila pulak aku buat lawak depan diorang.tapi,suka hati ekau lah abang.

abang lagi sorang pulak kata ''muka budak nih innocent''.lagi sekali,ade kena mengena ke?tapi aku translate kan kata  kata dia,munkin dia nak kata aku comel kot.tapi dua saat je aku fikir macam tu.tiba tiba fikiran jahat datang kat aku.''ok.kau nak kata muka aku blurrr.aku paham.''susah betol jadik manusia macam aku.selau pikir negatif.tapi,itulah aku kan.nak buat cemana?

ok lah.interbiu tak hengat dunia lupa pulak ade assignment bel.nak pergi siapkan.chow dulu!

p/s : tidur basuh kaki.jangan lupa baca doa tidur.mengucap sekali.takut esok tiada hari untuk kita.lagi??dah pi tidur!

silap silap aku pon tidur jugak kang.assignment ke mana,aku ke mana.




seth tan betol!

assalamualaikum.

mari  mari on9.ye!sebabnye kelajuan bb aku tengah mencapai tahap maksimum sekarang nih.tapi,kalau kat rumah sekarang nih aku rasa inilah paling minimum.takpelah ascil.bersyukur.

hari nih nak share kat korang satu lagu nih.jom kita layannnn dulu.




tau kan lagu dalam cerita apa?yup!betol.nora elena.9 setengah markah untuk anda!

aku suka lagu nih.harap korang pon suka jugak.kadang kadang rasa sentap pon ada bila dengar.macam ada kena mengena je lagu nih kat aku.perasan kan aku?

cis!biarlah.

hmm,cerita ni adaptasi dari novel.aku tak pernah baca pon but aku ingat lagi waktu form 3.mira (iaitu kawan gosip gosip aku,yang duduk sebelah meja aku waktu form 3).ya,mira namanya.dia selalu cerita kat aku pasal novel nih.time tuh aku buat bodoh je dengan cerita dia.sebab?bukan sebab aku tak minat novel ya kawan kawan,tapi mira tuh banyak sangat ceritanya.sampai telinga aku boleh bernanah mendengornye.oppsss!terjujur.susah pulak jadi orang jujur nih.

takpelah.kepada mira,mintak maap le pasal terjujur pulak dekat sini.sebenarnye aku tak dengar sangat apa yang kau cerita dulu dulu.kadang kadang kan,kalau kau cerita,aku mesti dok berangan.bila otak aku terlampau tepu,aku rasa setiap perkataan perkataan yang kau cakap kat aku macam menari menari depan mata aku.senang cerita,waktu kau cerita tuh 99% aku tak dengar cuma 1% aku dengar.melampau,bukan?*sila baling kerusi dekat aku.
huahuahua.aku lari dulu.

tapi,nak tau tak mira cemana aku boleh detect cerita nora elena ni ialah novel yang selalu kau cerita kat aku dulu dulu tuh?sebab nama SETH TAN!ya,seth tan.aku ingat yang tu je.yang lain lain,sumpah aku tak ingat.

aku suka seth tan.seth tan ye bukan setan.sila baca dengan berhati hati.iaitu
suami idaman aku selain adam.(adam dalam cerita adamaya dan adam dalam nur kasih.ok.sumpah tamak!)semua kat setan seth tan nih aku suka,selain dari perangai dia yang setan sebab jadi perogol tak bersiri tuh.slekk disitu ye.haa!aku ingat cerita kau mira.kau kata si setan nih yang rogol nora elena dulu dulu. opsss tersasul pulak.seth tan  ye bukan setan.

aku tak tau cerita nih sampai mana dah.sebab aku dah tak tengok.orang busy lah katakan.apa apa pon sepanjang aku tengok series dia,sangat best!sesuai lah dengan jiwa-muda-mudi aku nih.tapi jangan ingat muda mudi je suka follow series nih,tua tui pon suka taw!tak caye tanya mak aku.

hmm.ok lah.tu je.gua chowzz dulu beb.



jom kahwin dengan gua!

ok fine.dia melamar aku secara tak romantik dan seriusnye.seth tan betol.

p/s : takpela.dia dah kahwin dah pon.dalam dunia realiti dan dunia lakonan.nampaknya aku kena setia menanti adam lah.huahuahua.pfftttt.perasan.