duapuluhtahun.

assalamualaikum.


tahun lepas saya dapat ini daripada kawan saya yang paling ceria,nur basyirah!




tahun ini saya dapat ini daripada kawan saya yang paling baik,nadia syairah!




thank you girls! bukan kepada diorang saje.tapi kepada semua yang wish dan mendoakan kesejahteraan aku juga.may Allah bless all of you! eceyhhh speaking omputeh gitu.aku malas nak bagi ucapan panjang panjang,kang nangis meleleh ayaaq mata satu tangki hahh malas ahh cite.hilang macho nanti.oh ya,31 oktober 2012,genap lah saya nur asilah binti abdul ghani yang sopan santun lagi lemah lembut serta baik hati,berusia 20 tahun! ya 20 tahun.elyn kata kalau kahwin anak dah dua dah =="




jom lukis lukis!

assalamualaikum.

duduk rumah goyang kaki like a boss sebenarnya tak lah best mana.tapi,bersyukur jugak tak payah pikir study,esaimen,tutorial yang kena buat kalau kita dekat u kan.bila dah lama lama cuti ni,kerja aku asyik makan,tidur,makan,tidur lagi,makan lagi,tidur lagi lagi.bosan gila jadi nur asilah.hoiii sape yang cakap bosan tu??

tapi,memang bosan pun.

sebab itu,aku sambung semula hobi aku yang tertunggak tunggak sebabkan setiap kali sem tak sempat nak buat hobi aku ni.bila cuti,barulah nak terhegeh hegeh.apa lagi hobi aku kalau bukan MELUKISSSSS! hah siapa suka lukis kat sini?angkat ketiak cepat! woiiii busuk gila sape tak pakai deodoren nih woiii!

erkk,okay okay.boleh turunkan tangan tu.sekarang siapa yang tak tau nak buat apa,boring boring kat rumah asyik duk tenung dinding pastu duk usha anak dara jiran sebelah ahhh adalah lebih baik korang join aku melukis lukis.tak payah pakai duit pun.cuma,perlukan sedikit minat,seulas tenaga, sekeping masa hahh kemudian campak semuanya ke dalam kuali ya tuan tuan dan puan puan.eh?maaf ya tuan tuan tetiba darah masterchef mengalir pulak dalam diri saya.

okay,kembali semula ke sri pentas.jap jap jap sebelum tu,siapa yang belum kenal nurdani younique cepat terjah ke blog beliau.aku belajar tutorial microsoft excel dari blog dia lah! kalau korang pergi,korang bole tengok ya artwork dia.memang sangat sangat cantik.nak banding dengan aku ni hahhh bagai matahari dengan pluto,jauh beza woiii.jadi cik nurdani,boleh saya jadi anak murid awak? *kelip kelip mata*

ni hahhhh anak murid awak nak tunjuk hasil kerja.mohon komen,bole saya improve lagi.hekhek.



ni kalau bagi quiz cuba teka ni sape kompom ramai tak dapat jawab.
asalnya nak lukis maher zain tapi acane tah aku tengok macam remy ishak pun ada,
macam ashraf muslim pun ada,ahhhh bak kata elyn ini bukan 
maher zain,ini anuar zain.a'ah,jadi mari saya perkenalkan,
ini maher zain baru lepas cukur jambang,mata tak cukup tidur sebab nak buat lagu baru.
hensem tak beliau?



adik aku kata,boleh lah,ada le jugak rupa wardina tu.ada ada ada,wardina versi seram =="
korang tak rasa ke wardina yang ini nampak garang gila?
rasa tak apa yang aku rasa?




yang ini birthday card untuk kawan aku.yalah ascil,yalah. mentang mentang
dah reti guna excel,birthday card pun nak guna excel.hek helehhh sape yang cakap 
tu.aku cepuk kang baru tau.
kata ilmu harus dipraktikkan.ye dakk?




yang ini yang terbaru.agak selekeh sikit lukisannya,sebab aku dah ngantuk gila.aku ni memang cepat bosan 
sikit.buat apa pun kalau rasa ngantuk,memang aku takde mood.nasib dia ni cantik.
oh,yang ini kenalkan indah nada puspita .
fashion blogger dari indonesia.sangat cantik dah fashionable.
jom lah jenguk jenguk blog dia =)


jadi,walaupun tak secantik lukisan lukisan orang lain,tapi aku nak berterima kasih jugak pada nurdani sebab buat tutorial tentang excel ni.at least aku ada jugak kerja kat rumah ni.takdelah asyik renung cicak dekat siling je kan.TERIMAKASIH DANI!








simple.

assalamualaikum.

masih kenal??takkkkkk?oh tak kenal.kbai.

eh tak tak.jangan lah cemtu pak mat,kak bedah,kak senah.meh sini duduk keliling saya,banyak cerita terkumpul dah ni.sila,sila!

phewww,terlalu banyak.mungkin kawan kawan bole alami penyakit muntah hijau campur kaler pelangi kalau baca cerita saya hari ni.oh sebelum tu,saya masih nur asilah,cuma harini saya nak gunakan perkataan 'saya' untuk kata ganti diri.asyik 'aku kau','gua lu'.bosan!so,sebagai remaja yang dah nak meningkat umur jadi pra dewasa,harus ya tuan tuan dan puan puan.harus saya menjadi wanita yang lebih sopan santun.dan anggun.dan jelita.dan ayu.dan dan je kau ascil!arghhhhh

okay,kembali semula ke mode 'saya'.

seperti yang diketahui umum ya,saya pelajar diploma in civil engineering part 5 sedang bercuti sem.cuti sem yang tak berapa nak lama ibarat kentut hari ni,esok nak balik kampus pun boleh bau lagi.wahhh kemain,apasal macam karangan ni! almaklum lah lama tak menaip.ampun ampun.hmm pasal final exam jangan tanya.saya sangat teruk sem ni.sampaikan setiap kali habis je paper asyik terpikir mungkin engineering is not my passion.*sambil tu nangis bertangki tangki* ahh sudah!sem lima baru kau nak kata 'not my passion' bagus asilah bagus.terlajak perahu bole u turn,terlajak pilih course . . . sila isi tempat kosong.lapan markah saya bagi.

tapi ilmu kan,kalau tak belajar subjek sem 5 ni,saya takdenya nak memerhatikan highway.eh itu,gutter,itu curb,itu median blablablaaa.selalunya,masuk kereta atau bas atau kereta lembu atau kuda,mungkin berdengkur lah jawabnya.eh bukan mungkin,tapi memang.lepastu,kalau tak belajar subjek sem 5 ni,mungkin takde nya software nak bina highway dalam laptop saya ni hahh.sketch up cikai cikai tu pun,janji dah hado sekarang.kau hado?design pun,kalau tak belajar,kau reti nak design beam,column,foundation kejadah semua tu?takdenya.selama ni saya suka design baju je.lalalalala~

walaupun statistik keguguran rambut meningkat ya tuan tuan dan puan puan,nak taknak,saya kena habiskan jugak diploma yang lagi sikit je dah nak habis ni.ahhh tak kira lah passion tak passion,dulik hape kan.kalau mengalah awal awal ibarat kau lagi sikit je nak menang lari sambil bawa bola ping pong dalam sudu,tapi malangnya tetiba bola ping pong terjatuh,kau pergi patah balik ambik.eh apa punya peribahasa kau asilah tak bole pakai langsung.ahh tak kisah!yang penting,tak bole jadi ni perjuangan mesti diteruskan.kawan kawan,sila bagi semangat kat saya.semangat saya hampir hilang ditelan gelap malam,ibarat ombak tanpa pantai,bulan tanpa bintang,lagu tanpa asilah.eh?cis kenapa begitu jiwang malam ini?

saya dah bagitau ibu,taknak tengok result sem ni.ibu saya cuma cakap,jangan nak mengada!bestnya jawapan ibu.mudah dan sesimple mr simple simple simple~