wedding sempoi=) kau ada?

assalamualaikum!

hai nampaknya ada lagi ke orang dok baca blog yang dah duaratuspatplohnamhari tak berupdate nih?ewahhh kemain hiperbola lagi kau ascil.sebenarnya baru berapa minggu tak update.kesah pulak pak mat kan siap nak bagitau lagi berapa hari tak update,bukan pak mat baca blog ni pon.aku busy almaklumlah nak dekat final exam kan.malam jap lagi pon masih ada test lagi =="

sekarang ni aku sendiri keliru.bukan itu yang aku nak cerita.ada yang lebih meriah,pak mat! ya LEBIH MERIAHHHH!

okay,jumaat minggu lepas aku dapat kol daripada makngah aku yang tinggal di area penang nih.elok lepas test habis pulak tu makngah call,gila ah timing makngah mmang terbaek.tahu tahu je aku baru habis test.dia tanya aku pergi ke tidak majlis kahwin kak kiah (anak sedara makngah).jadi aku yang dungu lagi bendul nih pon bertanya,bulan berapa majlisnya??terperanjat boboy si makngah.dah kenapa pulak kau nih?majlis kahwin dia besok! besok,tahu?bukannya bulan depan.bukannya tahun depan.maka,menganga sakan lah aku depan dewan besar tempat aku jawab test tadi.

esok???aku pun berpikir pikir nak pergi ke tidak.tapi,disebabkan semua test pun dah habisnya punn maka aku pun tanpa segan silunya punn terus cakap nak ikuti nya pun.sekarang,berapa banyak 'punn' yang kau nak taipnya punn?apa ni ascil ayat serupa orang mabuk.pendek cerita,aku pergi lah majlis kahwin depa esok harinya.orang kata amik berkat.untung untung lepas ni kita pulak yang naik pelamin kan?hakhak.ni kalau ibu baca mau aku kena kejar dengan parang tumpul ni.belajar tak habis lagi,dah gatal.eh eh chillax ah ibu,kita calon pon belum ada.

sampai sampai je,first mata terpegun tengok banner.ya,maju hape sekarang kahwin ada banner tempek gambar pengantin besar gedabak. mengamuk sakan pak mat,dulu zaman pak mat mana ada,ye dakkk?



ni banner nya.amboiii segak aih masing masing.

sebabkan aku datang kemain awal macam nak join orang catering hidangkan makanan je,maka aku pon habiskan lah masa tolong tolong sedara mara buat kerja.lepastu kerja aku pergi toilet,keluar toilet,pergi toilet,keluar toilet.gila.nak habiskan masa punya pasal kan.bayangkanlah awal sangat time tu mak pengantin pun masih pakai tshirt dengan seluar lagi,tahu?

bosan punya pasal jadi jalan jalan lagi, nampak pelamin pulak.tudiaaaa baq ang. memang bom kebabommm ahh orang putih kata.meletops uollsss.simple je tapi unik.cakap sikit sape je yang nak buat pelamin pakai kayu?penat pak mat si tukang kayu menukang sampai malam siapkan pelamin.ok ini tipu.tapi,percayalah, walaupun aku suka tipu korang.hari nih hari khamis malam jumaat,tak baik tipu.serius wa cakap lu pelamin diaorang memang cantik ahh.*muka habis serius dah nih*


gambar ni aku amik dari fesbuk kak kiah je.sorry kak kiah.takde sumber gambar.

aku jalan lagi,masuk dewan,keluar dewan,masuk dewan,keluar dewan.macam orang takde hala tuju.masa ni,mak pengantin dah balik rumah,tukar baju.menganga sakan aku dekat dewan yang masih belum ada orang tu.bila ada orang datang,gembira.kemain berkejar kejaran aku hulur doorgift dekat tetamu.semangat nih!makin lama,makin ramai,makin lama,makin ramai lagi.patplohminitnamblassaat kemudian,semangat dah pudar.tak pasal pasal budak kecik sorang tu ganti tempat aku tolong bagi doorgift.haha.sorry dik.

aku ni cepat bosan sikit buat satu satu kerja.maka,aku beralih arah.fuiyooo kemain lagi kau ascil.ayat tak bole blah.haha.ala,aku curang dekat geng doorgift,pergi pulak dekat geng guestbook.jaga guestbook seronok sikit.suruh orang tulis pape note atau mesej kepada pengantin dalam buku tuh.seronok tengok!


hmm aku jaga sini, peluang nak menconteng buku nih agak besar ya tuan tuan dan
puan puan.tak pasal pasal satu muka surat
aku penuhkan.hewhewhew.

lepastu,aku dengar pengantin dah nak sampai.semangat punya pasal nak tengok kak kiah.ni dah kenapa pulak ada mini cooper banyak banyak ni oii?oh ramli,sudin,ajis bawak geng nampaknya.bunyik macam nak gadoh dengan sarip dol samseng kampung dusun.lol.


gambar dari photog.sorry amik.


lahhhh salah tekaan! rupanya dalam van volkswagen tu ada si pengantin rupanya.
ku sangkakan sarip dol si samseng kampung dusun.lol lagi sekali.


main renjis renjis bunga rampai.masuk lobang hidung nasiblah kannn.


yang pengapit pengantin perempuan tu adik pengantin perempuan.
kalau tak silap yang lelaki tu pun adik pengantin lelaki.
eh,perlu ke aku bagitau?


yang ini pulak kakak dengan mak pengantin perempuan.
eh lagi sekali,perlu ke aku bagitau?
PERLU.sebab diorang cantik.awww!


antara kawan kawan kak kiah.eh eh eh gambar ni pun curik 
dari fesbuk kak kiah.sorry.


family belah pengantin perempuan.sempoi habis baq ang.

tapi yang paling best photog n crew diorang ah.sporting gila.siap bawak props bagai hahhh.sapa yang nak kahwin tu ,tengah carik carik photographer,nak hire diorang pon bole jugak.pergi like facebook diorang cepat!>>>art photography .nanti bole tengok hasil kerja diorang.



ehem ehemm kepada pasangan pengantin,kak naqiah dan suaminya saufi.
selamat pengantin baru!
semoga berbahagia bukan saja sehingga ke anak cucu,
tapi sehingg akhir hayat,
insyaAllah bercinta hingga ke syurga nanti.

p/s : ehemmm semua gambar aku amik dari facebook kak kiah dan kak dirah.dah mintak izin dah.tapi mintak izin kak kiah je.muahahaha.sorry=)

p/s lagi : jangan tanya gambar aku mana.tunggu si sepupu aku,wanie uploadkan sampai kucing bertanduk lima ekor lima kaki lima, pon dia tak upload upload lagi.merajuk.

okbai!