konon brader brader lah?

assalamualaikum kawan kawan!

ini dia ascil sudah mari sambil pakai sari dan makan kari.hah cer bayang! cer bayang! 
tak sangka inilah intro aku paling berjaya pada abad ini.

oh ya.dan intro paling pendek juga.*tepuk tangan,tepuk tangan.*

aku tak tahu pasal apa aku update.tapi sebab class cancel kan,gigih jugak nak dok taip taip.geram punya pasal kita dah bangun pagi,gosok gigi,cuci muka,terus mandi,pakai baju,minum kopi,pergi kelas jalan kaki~eh eh eh tengok dah ternyanyi pulak dah.sepuk mulut sikit.ok sambung.geram punya pasal kan pergi kelas lari lari sebab dah lambat,sampai sampai je kelas cancel,maka aku menaip entry nih pakai baju kurung pergi kelas tadi.ini bukan menunjukkan semangat ya,tapi protes yang amat amat.

geram.

cuti pat hari aritu aku tak balik rumah.ini juga kejayaan terbesar dalam hidup.bayangkanlah aku tak balik! aku! nur asilah! ya ,saya ulang.saya tak balik rumah pada cuti kali ini.ok tepuk tangan lagi.tepuk,tepuk!tengok pak mat nih.orang suruh tepuk tangan,dia pergi tepuk dahi.haishhhh pak mat,pak mat.ok memandangkan housemate aku si joyah (bukan nama sebenar) tu ada kereta,maka cuti kali nih,rasa cool gila lagak macam brader brader.pagi celik mata,keluar carik makan,petang balik,masing masing terbongkang,bangun petang,keluar lagi carik makan,malam tengok movie puas puas sampai movie tengok kau balik.ya,ini kisah benar.

ini sangat cool.cuma yang tak cool nya duit mengalir deras macam air sungai.lepas cuti pat hari masing masing bina empangan elak duit mengalir makin deras.apa lagi?diet balik ah macam sediakala.gila kau kalau dah pat hari boleh naik patploh kilo,takkan nak teruskan usaha bina lemak,ye dakkk?so,diet! diet! duit pon automatik tersave dengan sendirinya.tapi,aku tak tau lah cemana cuti haritu tetiba rasa macam masuk program jalan jalan carik makan pulak.aku rasa joyah,bedah,marqonah dengan milah ni ada potensi ganti pengacara program tu.ada aje tempat diorang dok cadang.aku nih dah lah noob bab bab tempat makan nih.balik balik jusco jugak yang aku pergi kalau bosan.oh foodcourt jusco tak sedap.kbai.

kalau ibu baca,percayalah ibu.anak ibu nih jarang keluar merata rata.ini pes time keluar pergi macam macam tempat.yang paling tak bole bla tempat yang sebelah uitm pon bole tak tahu.gila noob.*ok,perenggan ni macam ada unsur unsur bodek je.wahahaha!*

apa apa pon terima kasih lah kepada joyah empunya kereta,pak ramlee tukang bawak kereta,marqonah tukang cadang tempat,dan milah si tukang kayu.eh salah,milah si tukang "takpe,kita ikut aje".anda membuatkan cuti saya bermakna.walaupun rasa nak menangis guling guling tengok orang lain tarik luggage sambil kibas kibas rambut,jalan dabik dada.sukeww lettew dapat balik rumah.ok fine!fine! *emo tetiba kan* takpe,thaipusam nanti aku balik.walaupun ada test tapi tetap MUKTAMAD! aku nak balik.ini baru macam "lautan api sanggup ku renangi.bola bola api sanggup aku baling baling."



ada sesape kenal pakcik piano ni tak?apsal muka dia macam 
familiar ek?



fasa kehidupan yang tak best.

assalamualaikum.

hari ni hari jumaat.jadi mari bilang pakai jari tangan dan jari kaki berapa lama aku tak update.LAMA.ni semua gara gara test plus takde wifi plus lab report yang kerepot.oh serius ini tidak adil! cerita terkumpul tinggal masa je nak meletus.banyak sangat nak cerita sampai tak tahu nak mula dari mana dulu.

jadi kita dok sembang satu satu sambil pekena kopi secawan ,okay pak mat?

suka lettew pak mat.dengar kopi je terus cerah bijik mata.

bermula dengan TEST.seumur hidup di uitm tak pernah lagi aku ada test straight sampai macam tu sekali.bayangkan lah hari hari ada test.dari selasa sampai ahad.dari pagi sampai malam.dari kaki tidur jadi kaki ulat buku.jadah tiba tiba bertukar jadi ulat buku ni ascil.ya,ini sesuatu yang serius sampaikan tak tercapai dek akal pak mat.asilah anak pakcik ghani tu ulat bukuu???demmm pak mat,demm.ulat buku,ulat buku jugak bila tiba hari nak test entah kenapa bertukar jadi ulat bulu pula.kenapa tak bole jawab?study kemain lagi.tapi,tak bole jawab.cis.oh lupa pulak nak cerita,klimaks test sangat best.tiga paper dalam masa sehari.aku suka gila! teruja! korang ada??


disebabkan test berlambak sampaikan tak kasi kami budak awam jeling cicak sambil makan biskut cap ping pong sekalipon,maka,abis je test terus qada' tidur yang tak berapa nak cukup.movie marathon lagi.basuh kain baju pon rasa bahagia sebab dah takde test.serius.rasa nak basuh baju kawan kawan sekali pon ada.*hipokrit betul ayat* pedulilah kan.lagi satu haaa,student ipta kan dapat voucher.apa lagi,kami (menunjukkan bukan aku sorang) telah amik keputusan untuk ponteng kelas.haa apakah?demi voucher apa pon bole.jadi,konklusi.ahli keluarga pencil box aku dah bertambah.SERONOK!


episod seronok tu tak lama.macam sinetron yang mak mak kita selalu tengok tu juga.kadang seronok,kadang sedih,kadang stress.eh,apsal ayat nak sastera aku harinih?hmm,abaikan.kenapa aku cakap camtu?lepas episod seronok,terus masuk episod tak best.ada ke patut lab report sangat banyak macam busut jantan.patut tak pak mat?patut tak?hahhh,tak patut kan.nasib baik pak mat angguk.dan,lab report ni lah penyumbang paling besar aku datang lambat hari hari pergi kelas minggu nih.haha.tak pasal pasal nak salah kan lab report.padahal kau ni dah memang suka bangun lambat,kan.


oh,fasa kehidupan "tak best" tak habis macam tu je.hari ni pendrive aku telah dicerobohi virus haramjadah mana ntah.maka,aku yang bendul lagi tak tau apa apa terus cucuk pendrive dekat laptop.maka,dengan laptop laptop sekali terkena virus.trojan pulak tu.menyampah pulak aku.ingat trojan,terus teringat muka abang gagah berambut penyapu warna warni dalam iklan trojan tuh.ingat hensem lah buat rambut macam tuh? *emo tetiba* jadi,sekarang ini si bendul ini sedang bermuram durja sambil bercerita segala masalah dekat blog ni.beliau sudah meletakkan nyawa laptop dalam bahaya,mampu ke nak tidur nyenyak malam ni?

jadi,sekian sahaja laporan dan cerita dari si bendul ni.terima kasih lah pak mat sebab sudi dengar.camni lah bestpren namanya kan pakmat??meh gimme five sikitttt.

ok lah korang.bai.

Hobi =)

assalamualaikum.


selamat tengahari nak masuk petang! hoiii sesape yang belum bangun dari tidur tuh,meh kasi simbah  asid air sikit. bangun timah,bangunnnn! kau jangan timah, kang bakal mak mertua nampak terus kena reject pulak kang dari jadik menantu.menganga lah kau tak dapat bersuamikan mail si tokey lembu.


jadahnya aku cerita pasal si timah future wife kepada mail si tokey lembu?


jadi,kita kembali ke topik asal ya.entry semalam aku gigih jadik peminta sedekah mintak idea segantang dua dari korang kan.terimakasih lah sesapa yang bagi idea tuh.idea korang amat bernas umpama beras cap bernas.sedap dimasak,enak dimakan.akan aku gunakan di masa akan datang.sobsobsob=(


jadi hari ni,aku guna idea sendiri.idea yang budak budak sekolah rendah dulu kalau nak buat karangan.sekolah rendah pon sekolah rendah lahhh labuuuuu~


memandangkan sebelum nih kita bukak topik cita cita! mari bercakap tentang hobi pula.ya HOBI.bukan hoki mahupun dobi.takde kena mengena langsung.hobi ialah sesuatu benda yang kita suka buat di masa lapang.*see?ayat pon dah macam sekolah rendah!cis =="




aku juga normal macam senah,kiah dan mail.punya hobi dan minat.salah satu darinya yang paling paling paling aku suka ialah melukis.aku tak tau lah sejak bila.tapi yang aku ingat sejak umur pat lima tahun macam tu lah.aku pantang nampak buku kosong mesti terus amik buat hak sendiri jadikan buku lukisan aku.pastu mulalah kakak kakak aku terjerit jerit carik buku diorang.ngehehehe.dah jadik milik aku dah.kalau nak balik pon takde gunanya.semua mukasurat ada lukisan aku.hah nak balikkk?amiklah,amiklahhh.jenuh korang nak padam=)




bila time belajar,mesti kat bawah buku belajar aku ada buku lukisan.bila ibu tak nampak je terus aku mula keluar tanduk setan lukis macam macam dekat buku lukisan tuh.bila ibu aku bukak je pintu bilik nak check aku belajar ke tidak,mulalah oh mak kau! torkojot den.sambil terbaling pensel ke belakang.hah hambik kau!hambikkk! orang suruh belajar kau pergi melukis.ini makan diaaa.dapatlah cubitan 'manja' secubit dua.woahhhh nostalgik betul.tapi,sekarang adik aku dah mula ikut perangai aku yang satu nih.nak buat cemana kan, kakak borek,adik terkitik-kitik.hewhewhew.


dekat sekolah memang pendidikan seni jadik subjek yang paling khusyuk dipelajari.kalau pendidikan jasmani?oh itu yang terakhir sekali.=="walaupon grade pendidikan seni tak masuk dalam UPSR,dulik hape kan.aku gigih gila buat exam seni kalah struggle jawab math dengan science.memang tak pandang orang kiri kanan depan belakang dahhh.Alhamdulillah berkat kekhusyukan aku fokus dalam kelas,dapat jugak A beserta bintang sepuluh bijik percuma.gembira tau.korang apa tau,budak kecik pantang dapat bintang dekat hasil kerja diorang.haha! indahnya dunia kalau math dengan science pon dapat camni kan. =="


benda nih berlanjutan sampai aku sekolah menengah.masih ada buku lukisan di bawah buku sekolah=)


sampai lah aku masuk sekolah teknik.aku rasa hobi aku nih terus terbatas.kalau dulu kat rumah,boleh lukis sorok sorok.orang lain tak nampak.bila kat asrama,satu dorm doploh lapan orang,celah mana kau nak sorok?cakap sikit,celah manaaa?aku nih dah lah pantang orang tengok aku tengah melukis.memang kaku membeku lah aku kat situ jadi patung cendana tibatiba.kang pelik pulak kawan kawan lain,dah kenapa pulak budak nih jadi patung tetiba nih?serius,aku tak boleh.aku maluuu.huahuahua.kalau dah siap,baru boleh tengok.


jadik,hobi korang korang dan korang apa pulak?cer cita sikit.kalau sama,meh kita sep sep tom tom sikit!


babai korang=)








p/s : gambar semua pakcik google punya.











nak idea,pleaseeee =(

assalamualaikum.

dah seminggu aku tak update.biarkan je entry satu haribulan satu berhabuk macam tuh.rasa kejam tetiba dengan blog nih.pastu tetiba teringat entry pertama tahun 2012 tentang azam tahun ni yang salah satu darinya ialah taknak abaikan blog.tapi,macam tahi lah.baru tulis,terus dah abaikan azam yang berkobar kobar ibarat peserta komanwel bawak obor menyala tuh.cis cis cis.

jadi,bagi tebus rasa bersalah,meh kita bukak balik rancangan 'sembang bersama ascil' meh.eh? rancangan lah sangat kan.wakluuu~
.
.
.
.
.
.

ok,aku dah takde modal nak cakap apa. jadi tutup semula rancangan 'sembang bersama ascil' yang dibuka lima minit yang lepas. serius aku dah dua hari dok perah otak nak update apa.tapi,macam biasa.idea tuh gedik main sorok sorok belakang otak.cis.tu lah duk serabut asyik terpikir pasal test,esaimen dan lab report yang hensem kan.

botak kepala. =="

jadi,aku tinggalkan entry kali nih dengan muka seposen lagi mintak kaki.kepada sesape yang dah terlebih banyak idea sampai sehari sepuloh entry tuh boleh lah sedekah barang dua kat aku.serius ni.

please bagi idea please.alahhh,idea je kan.*kenyit kenyit mata.


idea,meh come to mummy mehhhh.


p/s : rasa loser pulak buat entry macam nih. =="