jetty.

assalamualaikum.

seminggu dah aku jadi pelajar sem 6.sem 6 ya kawan kawan.ulang suara,sem 6.huk halohhh tak payah tanya apa beza sem 6 dengan sem 1.aku rasa sama je.sem 6 kelas baru.jadi terpaksa jadi macam budak sem 1 yang baru nak berkenalan dengan kawan kawan baru.hai kawan kawan! nama saya asilah.bole panggil izara atau neelofa atau nama manja saya ain hawani =="

perlu ke asilah?perlu ke?

baru seminggu tapi kalendar cuti harus ambik tahu.lagi dua minggu ya tuan tuan dan puan puan kita bercuti mid sem.makanya,tadi pergi ke jety (tempat beli tiket bas di penang) untuk beli tiket balik kolumpo! hoii tak sempat ibu ayah nak rindu,kau dah nak balik sana ya.nak buat cemana,org dah bagi cuti,cuti jelah.orang memberi,kita merasa.eh perlu ke letak peribahasa?sampai sekarang masih tertanya tanya kenapa ek nama stesen bas di penang ni kita panggil jetty?masa sem 1,mati mati aku ingat jetty tu macam tempat alaaaa tempat yang tepi laut tu.ada titi,ada bot  bot.pastu kat situ tempat orang turunkan ikan.huh,imaginasi melampaui batas namanya ni.

tak sanggup aku nak berlama lama dekat jetty.ada jugak lah rasa macam duduk kat negara asing.penuh warga warga dia aje.perghhh terpaksa tahan bau keti lagi.wahhhh asilah kau cakap macam bagus je.ghasak!jadi,tak pernah aku duduk jetty lebih dari 30 minit.sampai sampai terus beli tiket.lagi cepat,lagi bagus,lagi hebat,lagi tepat,lagi padat.eh baru perasan,perlu ke aku cerita pasal jetty sampai dua perenggan?



well,nak tukar cerita lain.



tap sebenarnya dah takde cerita.



tak payah baca lagi.



eh eh budak ni.



degil.



kbai.

duapuluhtahun.

assalamualaikum.


tahun lepas saya dapat ini daripada kawan saya yang paling ceria,nur basyirah!




tahun ini saya dapat ini daripada kawan saya yang paling baik,nadia syairah!




thank you girls! bukan kepada diorang saje.tapi kepada semua yang wish dan mendoakan kesejahteraan aku juga.may Allah bless all of you! eceyhhh speaking omputeh gitu.aku malas nak bagi ucapan panjang panjang,kang nangis meleleh ayaaq mata satu tangki hahh malas ahh cite.hilang macho nanti.oh ya,31 oktober 2012,genap lah saya nur asilah binti abdul ghani yang sopan santun lagi lemah lembut serta baik hati,berusia 20 tahun! ya 20 tahun.elyn kata kalau kahwin anak dah dua dah =="




jom lukis lukis!

assalamualaikum.

duduk rumah goyang kaki like a boss sebenarnya tak lah best mana.tapi,bersyukur jugak tak payah pikir study,esaimen,tutorial yang kena buat kalau kita dekat u kan.bila dah lama lama cuti ni,kerja aku asyik makan,tidur,makan,tidur lagi,makan lagi,tidur lagi lagi.bosan gila jadi nur asilah.hoiii sape yang cakap bosan tu??

tapi,memang bosan pun.

sebab itu,aku sambung semula hobi aku yang tertunggak tunggak sebabkan setiap kali sem tak sempat nak buat hobi aku ni.bila cuti,barulah nak terhegeh hegeh.apa lagi hobi aku kalau bukan MELUKISSSSS! hah siapa suka lukis kat sini?angkat ketiak cepat! woiiii busuk gila sape tak pakai deodoren nih woiii!

erkk,okay okay.boleh turunkan tangan tu.sekarang siapa yang tak tau nak buat apa,boring boring kat rumah asyik duk tenung dinding pastu duk usha anak dara jiran sebelah ahhh adalah lebih baik korang join aku melukis lukis.tak payah pakai duit pun.cuma,perlukan sedikit minat,seulas tenaga, sekeping masa hahh kemudian campak semuanya ke dalam kuali ya tuan tuan dan puan puan.eh?maaf ya tuan tuan tetiba darah masterchef mengalir pulak dalam diri saya.

okay,kembali semula ke sri pentas.jap jap jap sebelum tu,siapa yang belum kenal nurdani younique cepat terjah ke blog beliau.aku belajar tutorial microsoft excel dari blog dia lah! kalau korang pergi,korang bole tengok ya artwork dia.memang sangat sangat cantik.nak banding dengan aku ni hahhh bagai matahari dengan pluto,jauh beza woiii.jadi cik nurdani,boleh saya jadi anak murid awak? *kelip kelip mata*

ni hahhhh anak murid awak nak tunjuk hasil kerja.mohon komen,bole saya improve lagi.hekhek.



ni kalau bagi quiz cuba teka ni sape kompom ramai tak dapat jawab.
asalnya nak lukis maher zain tapi acane tah aku tengok macam remy ishak pun ada,
macam ashraf muslim pun ada,ahhhh bak kata elyn ini bukan 
maher zain,ini anuar zain.a'ah,jadi mari saya perkenalkan,
ini maher zain baru lepas cukur jambang,mata tak cukup tidur sebab nak buat lagu baru.
hensem tak beliau?



adik aku kata,boleh lah,ada le jugak rupa wardina tu.ada ada ada,wardina versi seram =="
korang tak rasa ke wardina yang ini nampak garang gila?
rasa tak apa yang aku rasa?




yang ini birthday card untuk kawan aku.yalah ascil,yalah. mentang mentang
dah reti guna excel,birthday card pun nak guna excel.hek helehhh sape yang cakap 
tu.aku cepuk kang baru tau.
kata ilmu harus dipraktikkan.ye dakk?




yang ini yang terbaru.agak selekeh sikit lukisannya,sebab aku dah ngantuk gila.aku ni memang cepat bosan 
sikit.buat apa pun kalau rasa ngantuk,memang aku takde mood.nasib dia ni cantik.
oh,yang ini kenalkan indah nada puspita .
fashion blogger dari indonesia.sangat cantik dah fashionable.
jom lah jenguk jenguk blog dia =)


jadi,walaupun tak secantik lukisan lukisan orang lain,tapi aku nak berterima kasih jugak pada nurdani sebab buat tutorial tentang excel ni.at least aku ada jugak kerja kat rumah ni.takdelah asyik renung cicak dekat siling je kan.TERIMAKASIH DANI!








simple.

assalamualaikum.

masih kenal??takkkkkk?oh tak kenal.kbai.

eh tak tak.jangan lah cemtu pak mat,kak bedah,kak senah.meh sini duduk keliling saya,banyak cerita terkumpul dah ni.sila,sila!

phewww,terlalu banyak.mungkin kawan kawan bole alami penyakit muntah hijau campur kaler pelangi kalau baca cerita saya hari ni.oh sebelum tu,saya masih nur asilah,cuma harini saya nak gunakan perkataan 'saya' untuk kata ganti diri.asyik 'aku kau','gua lu'.bosan!so,sebagai remaja yang dah nak meningkat umur jadi pra dewasa,harus ya tuan tuan dan puan puan.harus saya menjadi wanita yang lebih sopan santun.dan anggun.dan jelita.dan ayu.dan dan je kau ascil!arghhhhh

okay,kembali semula ke mode 'saya'.

seperti yang diketahui umum ya,saya pelajar diploma in civil engineering part 5 sedang bercuti sem.cuti sem yang tak berapa nak lama ibarat kentut hari ni,esok nak balik kampus pun boleh bau lagi.wahhh kemain,apasal macam karangan ni! almaklum lah lama tak menaip.ampun ampun.hmm pasal final exam jangan tanya.saya sangat teruk sem ni.sampaikan setiap kali habis je paper asyik terpikir mungkin engineering is not my passion.*sambil tu nangis bertangki tangki* ahh sudah!sem lima baru kau nak kata 'not my passion' bagus asilah bagus.terlajak perahu bole u turn,terlajak pilih course . . . sila isi tempat kosong.lapan markah saya bagi.

tapi ilmu kan,kalau tak belajar subjek sem 5 ni,saya takdenya nak memerhatikan highway.eh itu,gutter,itu curb,itu median blablablaaa.selalunya,masuk kereta atau bas atau kereta lembu atau kuda,mungkin berdengkur lah jawabnya.eh bukan mungkin,tapi memang.lepastu,kalau tak belajar subjek sem 5 ni,mungkin takde nya software nak bina highway dalam laptop saya ni hahh.sketch up cikai cikai tu pun,janji dah hado sekarang.kau hado?design pun,kalau tak belajar,kau reti nak design beam,column,foundation kejadah semua tu?takdenya.selama ni saya suka design baju je.lalalalala~

walaupun statistik keguguran rambut meningkat ya tuan tuan dan puan puan,nak taknak,saya kena habiskan jugak diploma yang lagi sikit je dah nak habis ni.ahhh tak kira lah passion tak passion,dulik hape kan.kalau mengalah awal awal ibarat kau lagi sikit je nak menang lari sambil bawa bola ping pong dalam sudu,tapi malangnya tetiba bola ping pong terjatuh,kau pergi patah balik ambik.eh apa punya peribahasa kau asilah tak bole pakai langsung.ahh tak kisah!yang penting,tak bole jadi ni perjuangan mesti diteruskan.kawan kawan,sila bagi semangat kat saya.semangat saya hampir hilang ditelan gelap malam,ibarat ombak tanpa pantai,bulan tanpa bintang,lagu tanpa asilah.eh?cis kenapa begitu jiwang malam ini?

saya dah bagitau ibu,taknak tengok result sem ni.ibu saya cuma cakap,jangan nak mengada!bestnya jawapan ibu.mudah dan sesimple mr simple simple simple~







kongsi sama sama.

assalamualaikum.

garu garu kaki,mukadimah pun dah tak reti nak buat.lama gila kentang oii aku tak update blog ni.fuh fuh fuh!memang bukan setakat sarang labah labah je dah memenuhi ruang,sarang tebuan,sarang semut,sarang burung,sarang badak tengah menari samba pun semua ada hahhh.kau ado?

kalau nak ikutlah,banyak cerita nak kasi korang dengar.biar sampai cair taik telinga tu.tapi mampu kau nak baca?buku sejarah separa tebal tu pun tak habis baca lagi.dah dah yang nak SPM tu tak disyorkan untuk baca.gi study lagi bagus.

cerita raya aku?tak payah tahu.dah basi dah semua tu.eh tapi nak bagitahu jugak,duit raya tahun ni Alhamdulillah banyak sikit dari tahun lepas.tips dia senang aje bro,kalau ada orang nak bagi duit raya,cepat cepat lah kau beratur belakang sedara mara yang masih sekolah tu.make sure muka kasi nampak inesen sikit sesuci embun pagi,budak baru nak akil baligh katakan.tahun depan ikut tips ni okay?

aku terlalu busy.test terlalu banyak.esaimen macam nak bunuh aku.kalau aku ni lemah semangat,dah lama aku mintak berhenti pastu suruh ibu kahwinkan aje aku ni.eh?itu bukan lemah semangat,itu menggatal namanya.takdelah ibu,kita gurau je.*bunyi petir* tukar topik tukar topik study week dah nak dekat weyh,maknanya korang tahu tahu lah kan final exam pun dah nak dekat.korang doakan aku eh.dan kawan kawan aku.mana aci kita tak doa untuk kawan kawan kita kan.nanti kita doa sama sama okay?

oh ya,sepanjang sem ni aku dapat belajar sesuatu yang baru.macam macam sangat berlaku.insyaAllah akan amik iktibar dari semua tuh.pertama,mati itu pasti.tak mengenal usia,tak mengenal kau pangkat apa,tak mengenal rupa.baru baru ni,aku dapat berita seorang kawan sekolah rendah aku telah meninggal dunia.innalillah hiwainnailaihiroji'un.takziah aku ucap untuk keluarga dia.MUHAMMAD FADHIL BIN RAJELIN,semoga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Al Fatihah.

tak lupa juga untuk arwah YASMIN JOHAN EUSOFFE atau YASMIN HUNWICK.korang pun mesti kenal kan blogger cantik ni?aku baru kenal,tapi selepas dia dah tiada.sekarang ni selalu jenguk blog arwah sebab yang control blognya sekarang ialah ibunya.umur 17 tapi Allah lebih sayang dia.bulan june telah pergi menghadap Pencipta.Al Fatihah.

sebab itu kena sentiasa bersedia,mati tak mengenal masa.kematian tak tunggu kita.insyaAllah mari sama sama kita siapkan bekalan untuk dibawa semasa menghadap Pencipta kita nanti.

yang dah pergi,biarkan ia pergi dengan tenang.yang masih hidup,mari teruskan perjuangan.aku nak kongsi satu blog dengan korang lah.blog ni betul betul bagi inspirasi.cepatlah buat muka teruja sikit.kita nak kongsi benda best nih! jom ke blog encik abil ni.seorang suami yang ada seorang isteri.eh,mestilah ada isteri kan.apa aku taip nih?okay encik abil ni mempunyai seorang isteri yang menghidapi brain damage.dulu isteri dia sihat walafiat,tapi isteri dia diserang asma.aku pun belum khatam baca blog dia lagi.tapi,ikut teori aku yang ntah pape ni mungkin waktu isteri dia diserang asma tu,oksigen tak sampai ke otak,sebab tu menyebabkan brain damage.entahlah sesuka hati aku buat teori.

ya Allah.siapa je yang tak sedih kalau orang yang dicintai tiba tiba jadi macamtu.aku yang baca ni dok kesat kesat je air mata hahhh.tapi make sure orang kiri kanan takde,nanti kantoi nangis.haha.aku syorkan korang baca sebab encik abil ni seorang yang tabah,penyabar,susah senang masih di sisi isteri dia.boleh kira macam suami mithali lah.sebabtu Allah bagi dugaan begini untuk encik abil,sebab Allah takkan beri ujian yang berat kalau kita tak mampu.aku hanya mampu berdoa semoga isteri dia cepat sembuh.kawan kawan pun jom lah kita doa sama sama!dan semoga encik abil dikurniakan pahala yang banyak banyak banyak atas kesabaran dia tu1 ^^

eh eh ibu ayah jangan jeles,ibu ayah tetap selalu dalam doa kita.

okaylah menaip panjang panjang pun aku tahu yang bacanya tetap dak asilah si empunya blog tu.korang mampu ke nak baca blog aku panjang panjang lebar ni?takpe lah kasi can sikit aku dah lama kot tak update.

kbai.



SHRMZB

assalamualaikum kawan kawan blogger!

'short update' lagi sekali.sebab kejap lagi nak buat kuih raya.gila kentang kottt budak asilah buat kuih raya! silalah percaya saya. dengan ini saya nak mengucapkannnnnnnn . . .




salah silap mohon maaf.halohhhh halal kan aje lah yang mana mana pernah tersilap tu eh.kita kan kawan.kawan di alam maya pun tetap kawan apa.ehemmm duit raya hulur hulur le sikit.nak buat beli buku baju nih hikhikhik =)

aku raya kat melaka.korang?




nurdani younique

assalamualaikum.

aaaaaa janji janji janji ni entry kontot je.dak asilah ni memang kalau tak update,memang lama gilaaaa dia tak update.tapi bila dah update pulak,keja nak mengupdate je.nyampah tau.

wahahah.okay,entry ni khas untuk seseorang,bukan dua orang bukan tiga orang.kira macam bole buat pantun lah,dua tiga kucing berlari,mana nak sama si kucing belang,dua tiga mari baca,tapi entry ni khas untuk seorang.eh?? hebat jugak aku berpantun.tak sangka!marilah mari sape nak jual pantun mari.nak berguru dengan aku pun boleh,silakan.




agak agak ni kalau tak bagitau siapa empunya tukang lukih ni pun mesti semua tau kan kan kan?halohhhh tahu dah.siape je tak kenal cik younique kita ni kan?dia punya lukisan hebat hebat bak hangg,tak caye gi jenguk blog dia cepat.kalau rajin komen,dapat lah doodle free dari dia,ehemmm macam haku ni hahh.

serius,aku tak tau pun akan dapat lukisan free dari dia.aku main komen je pun blog dia,tapi baik betul hati dia nak bagi.mak aku kata,rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.dia suruh emel gambar supaya dia bole lukih.wahahaha aku apa lagi pantas,laju,efisyen walaupun mula mula bebal tak reti hantor gambar guna emel.nasib ada kawan tolong. =="



gambar ni lah aku bagi sebab kan kan kan ni je yang aku rasa gambar yg nampak 
dekat sikit.cik dani younique nak yang dekat,senang nak lukih,katanya.


jadi kita nak ucap terimakasih banyak banyak kat cik nurdani sudi bagi lukisan ni kat kita.terharu gila babeng tahu dakkk?nak berucap panjang lagi sebenarnya tapi dah janji ni entry pendek.kalau anugerah bintang popular dah lama dah dia suruh stop berucap wahh kemain panjang tau ucapan.

sebagai tanda penghargaan meh lah kita nak bagi jugak lukisan kita kat cik dani ni *tutup muka* tak smooth lah macam cik dani punya,tapi tolonglah terima.paksa ni! hahahaha.lukisan ni guna paint,baru je berjinak jinak sejak cuti sem yang lepas dengan paint ni.pastu masuk sem dah lama tak melukis,cemni lah jadinya. 



ahhh larikkkkk!



kbai.









assalamualaikum.

ya,dah pertengahan puasa pun tuan tuan dan puan puan,adik adik akak akak abang abang.wehihohuuu.Alhamdulillah,adik adik yang berjaya puasa sampai ke hari ni,ni hahhh meh  ahkakkkk asilah ucap tahniah meh,raya nanti toksah nak claim duit raya pulak.ahkak belum keja dik oiiii.

esok pulak kita sambut Nuzul Quran, di mana peristiwa turunnya ayat Al Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW kita yang tercinta melalui perantaraan malaikat Jibril dan diturunkan sewaktu baginda beribadat di gua Hira'.ingat tak surah apa yang pertama diturunkan?hahhhhh ingat tak ni??wahh,pandaiiiii pun senah,bedah,pak mat!ya, Surah Al Alaq ayat 1 sampai 5.lepas tu,ayat Al Quran diturunkan berperingkat peringkat sampailah lengkap sebuah Al Quran,yang mana sampai sekarang menjadi petunjuk cahaya kebenaran kat kita yang beragama Islam ni. 



sumber: google images

itu serba sedikit lah tentang Nuzul Quran.ni semua dah baca al Quran belum ni?asyik berfesbuk je takkan lah tak bole luang sikit masa baca al Quran.amboiii kau asilah,sesedap je kata orang.okay fine,ini peringatan bersama.alamakkk janganlah kata kita tunjuk baik pulak.bukan itu maksud kita wuwuwuwwuwuu apa ni.okay lah okay lah,kalau belum,apa kata kita pergi belek belek dan baca.takkan lah nak letak Al Quran tu atas almari  je pastu biarkan berhabuk pulak kan.ahhh sudahhh,sayang sungguh kalau tak baca sedangkan itu salah satu cara untuk kita tenangkan hati dan dekatkan diri kita kepada Allah SWT.tak reti tak apa,kan boleh belajar =) 



^^


test dah habis.Alhamdulillah.doakan result test 1 aku ni tak lah teruk sangat.lepas buat makan anak bini pun dah kira okay dah.serius risau habis rasa nyawa nyawa ayam dah ni.

ehhh pssstttt,kalau risau kan kan kan,
solusinya kembali lah kepada al Quran.insyaAllah hati tenang.  ^^


p u a s a

assalamualaikum.

eh serius lah nak start buat entry pon dah tak tahu dah ni.lama kot tak update.sepanjang aku sem 5 ni,bole kira lah ni entry aku yang ke tiga.baru yang ketiga kau tahu?itu pun berpeluh sebaldi nak carik idea.hasilnya?mana ada senah oii.hamboiiii macam lama sangat je.padahal sem 5 ni baru sebulan lebih.normal lah entry dua tiga ketul dalam masa sebulan.kalau hari hari,kau nak cerita apa senah?untunglah banyak idea~

haip sambil baca entry ni jangan terkorek hidung pulak.mana le tau dok leka baca blog,pi korek hidong pulak.oii batal puasa tau. 

sebelum terlambat,aku nak ucap salam ramadhan untuk semua kaum muslimin dah muslimat.moga ramadhan kali ni lebih bermakna,hikhikhik.ya!puasa kelima baru nak wish.finelah ni kira okay lah ni,kalau wish lagi lima hari nak raya tak ke naya tu.apa ni,apa ni.

aku tidur pukul 3 pagi tadi konon sahur terus lah,tak tahu acane bole tertidur balik.sahur aku terjaga tapi mamai nya kau tahu lah,aku teguk air dua kali, tahu tahu aku dah tidur balik.bangun bangun je dah dengar azan subuh dah.ceh baru wa nak makan biskut,lek lek dah azan.lain kali kan korang,kalau dah tergerak time sahur tu bangun terus,pastu pi makan apa yg ada dalam laci tu *yalah,org dok kolej,makanan letak dalam laci lah,yang dok rumah tu jangan nak bangga ada peti ais* .ni haku warga pemalas letak botol air tepi katil mana taknya,teguk air pun sambil tutup mata.jangan jadi macam aku ni.


sumber : google images


hahh meh adik adik,kakak kakak,abang abang,mak mak,ayah ayah.
jangan lupa pulak baca niat puasa.adik adik yang tadika tu,meh ahkak asilah ajar meh,alololo.kalau takut lupa,tu hahh baca yg sebulan punya terus.






p/s : dulu kecik kecik kan kan kan, aku ingat time puasa tak bole kentut.ceh,penat aku tahan sampai berbuka.aku syak korang pun mesti camni kan?ngaku jelahhh.~




BAZIR MASA.

assalamualaikum.

hai kawan kawan! yang tak kawan pun kita hai jugak niii.lama bukan si ascil dunia magika tu tak update?kengkonon busy lettew.

heyyy busy tau! i dah masuk sem 5.SEM 5 tahu?takde masa dah nak main main,walaupun sekarang ni terang terang tak payah suluh haku tengah main main.kihkihkih.ibu kata kalau nak on9 hujung minggu je bole.tapi kan ibu,hujung minggu internet tak dapat.selow ya amat padahal broadband baru je bayar.dak ascil siap main hentak hentak kepala dekat dinding lagi bosan punya pasal.dah penat hentak kat dinding,hentak kat lantai pulak.tragik!masa ada kelas lah sang broadband ni laju kemain macam badak main poco poco harimau pulak menari samba.cis!

sementara berukband kittewwww ni tengah laju kan *laju?* hahhh sementara tu,meh le kittewww update sepatah dua kata.hoiii sekarang dah seratus patah perkataan dah,sepatah dua kata pekebendenya.ahhh biar lah aku membebel puas puas.jarang oiii berukband ni bersikap sopan santun baik hati berbudi bahasa.puji ni,pujiiii.dengan harapan esok esok dia(berukband) akan terus mengamalkan nilai nilai murni macamni lagi.

tadi kelas malam straight 3 jam takde nye aku dengor lecturer tu kata "ok,take 5".perghhh sakit sakit urat tengkuk aku,pinggang toksah cakap ah.dah berbelit 360 darjah agaknya.bila habis je kelas terpontang panting aku jalan balik kolej.dan sekarang,waktu ini,saat ini,aku berada di atas katil,di tepi tingkap sambil menyaksikan bulan dan bintang serta angin sepoi sepoi bahasa menyapa muka.oh syahdunyaaa~HOIII TOKSAH NAK ROMANTIK SANGAT LAH ASCIL! padahal tengah taip entry ni je pun.propa tau --'

hmm sebenarnya aku takde modal pun nak cerita.padan muka korang,BAZIR MASA je siapa bukak link blog aku ni.padan muka,padan muka.haha.
.
.
.
.
.

btw,rindu aku tak? *pangggggg!soalan yang minta pelempang percuma* tapi nak tanya jugak.ok kita tanya lagi sekali.ada ke orang rindu? kalau ada,sila korek hidung guna jari kaki. kbai.


mai ke penang yawww!

assalamualaikum.

okay lah seperti yang dijanjikan,aku tunaikan lah entry ke penang yang dah berhabuk tebal 5 inci.takut punya pasal kan kalau tak tunaikan janji,tak baik.aku bukannya hape,malas sungguh nak upload gambar,sebab aku ni jenis tak reti pilih gambar.kalau aku jahat aku upload semua kat blog,biar muntah pelangi korang tengok.tu pun kalau ada yang nak tengok lah,kalau taknak wa tak kisah.babai jelah.

tengok,aku memang suka bebel panjang panjang.ehemmm,sambung balik.entry ni sebenarnya entry sambungan lagi daripada entry persiapan wedding awesome dengan wedding awesome haritu.kira macam episod ketiga lah.amboiii kelasss tauu dak ascil.kemain berepisod episod lagi dia punya entry.

okay,lets go kawan kawan! kita nak ke penang dah ni.kitorang pergi haritu sehari lepas wedding abang izwan.yalah,takkan pergi penang jauh jauh tu takmo jenjalan pulak kan,so,family aku,family ayahlong,family busu,hah dua kereta jumlahnya,kitorang pergi ke tempat yang nak naik feri tu.pastu naik lah feri nak ke pulau.ada dua pilihan.kau nak naik feri ke nak guna jambatan.ewahhh sesuka hati aku je nak bagi pilihan kan.



kau ingat venice je ada sampan sampan cenggini.penang pon adaaaa.


atas feri kena amik gambo jugak.bukti hahhh! sampai banggla sebelah tu pun
nak interprame jugak.bagi bukti untuk bini yang ada dekat negara dia.
ni hahhh abam dah pergi penang sayang oii.yuhuuu!


adik aku taknak kalah.posing tetap posing.pedulik hape orang usha pelik kan.

pastu dah turun dari feri tu,destinasi pertama haruslah padang kota.ya,padang kota lama.aku tengok ramai yang tengah buat photoshoot kat situ.jadi kami yang takde kamera besar gedabak ni pun mana bole kalah,keluar jugak lah kamera cinonet dari beg pastu posing posing sebelah orang photoshoot.hehhh,ingat kitorang tak adooo?waahhahaahhh tipu.takde lah sampai cemtu.tu namanya kaki dengki.dak ascil bukan kaki dengki eh.bukan tau.



sampai sampai terus nak posing.bangunan apa ntah ni.


gambar beramai ramai harus ada jugak.tu tu yang ayahlong dah tak senang duduk
lettew.lek ar,balik pukul seploh malam,sekarang baru tengahari.
lawak lah ayahlong niii.


awas! laluan budak fixie (papan tanda) 


gambar dak ascil eksaited kena ada.wajib!





fort cornwallis ni kena bayar kalau masuk.tak silap aku lah.
sebab tu amik gambo kat pintu gerbang je.ahahah.janji ada.

disebabkan ayahlong aku yang nak balik dah naik bas pukul seploh malam tapi masih nak ikot kitorang gedik gedik kat penang maka kitorang jalan pun terpontang panting.nak cepat punya pasal kalau tak,tak senang duduk beliau.so,nampak view sana cantik,amik gambar seketul,view sini cantik, amik gambar lagi seketol,pastu dah,JALANNNN!takdenya nak duduk duduk hirup udara segar kat tepi pantai tu.masa ni kat batu feringgi.ingat nak singgah lah makan makan,tapi adik aku punya sistem kumbahan tak berapa nak elok time tuh.kena cari stesen minyak pulak. =="


ada parachute seketol.sempat snap sebelom dia fiummmmm menjunam.


budak kecik ni apa lagi?main pasir je lah keje dia.


kahkahkah sistem pencernaan punya pasal,tengok! senyum pun dah tak bole.

sebelum tu,busu punya adik yang tinggal kat penang jemput kitorang pergi rumah dia.quarters polis.hmmm kitorang apa lagi,jimat duit weollss tau datang datang dapat makan tengah hari.orang kata rezeki jangan ditolak,nanti rezeki merajuk.apa lagi,baca bismillah nahhh terus bedal.kat situ dah jimat dah kan tuan tuan dan puan puan?



anak dia comel kauu.nampak je cinonet cemni,garang kemain lagi.


jangan main main,dari rumah dia dah bole nampak komtar.
belum tengok kat bahagian dapur.memang pemandangan penang lah orang kata.

lepastu dah bedal kat rumah dia,kitorang mintak diri lah.takkan nak lepak rumah orang lama lama layan pemandangan komtar kan?so,kitorang gerak ke bukit bendera pulak.ayahlong dah makin risau dah.yalah dah petang time tuh.takut sangat dia tak sempat naik bas malam nanti.hampir hampir kitorang tak jadi pergi bukit bendera tau.tapi,mak aku kata,alang alang dah pergi,pergi aje.singgah pon takpe.



inilah bukit bendera!nanti sampai korang beli tiket tau.satu kepala rm8.untuk warga emas dengan OKU separuh harga.


masa ni dalam cable car.cable car dia macam komuter,dah tak macam dulu lagi.
sekarang ni rasa macam selamat sikit lah nak naik.



view dari bukit bendera.Subhanallah.


masa ni nak hujan.nasiblah tak lebat sangat.


owl museum.tak masuk pun.tumpang amik gambo kat buaian dia aje.



dengar citer ni cable car yang lama.betul ke?gila,kalau cemni
memang aku tak naik ahh.


alololo siap hambik gambor kat cengkerang hahhh.ada seketol mutiara.
jom curik pastu gadai.hhaha.


adik aku nak klasik klasik kononnya.bak kata salamiah,
dah bole masuk museum dah cemni.


okay ini last.


rasanya itu ajelah kot gambar yang aku mampu upload.banyak lagi sebenarnya.nak bagi tengok banyak banyak kang tak tahu lah korang muntah hijau ke,sawan berbuih ke.naya lah aku camtu.lepas pergi bukit bendera masing masing balik.tapak kaki pon dah haus.overall memang best lah.tapi,kalau dapat enjoy lama sikit lagi best rasanya.yalah,ayahlong dah cuak kan time tu dah pukul berapa dahh.takot bebenor dia tertinggal bas.ahaha.

lain kali,aku harap dapat pergi lagi.pergi dengan family enjoy sikit.lagi ramai lagi best.walaupun aku study kat penang,tak pernah pon pergi dengan kengkawan.malas gilaaa.
okay lah kengkawan.babaiiiii!