AZAM anak makcik limah.eh?AZAM di tahun baru=)

assalamualaikum.

hai kawan kawan yang menawan! seperti yang kita semua maklum ya kawan kawan,kita sekarang sudah berada di tahun baru.ya,tahun baru!katak bawah tempurung pun tahu.apa tak nya,bunyi bunga api berdentam dentum,mau tak terkejut melompat lompat katak bawah tempurung tuh.maka,tahulah beliau tahun baru sudah tiba.

tahun baru,semua pon nak baru.yang paling ketara perlu ada dalam buku nota masing masing mesti AZAM kan?hey,bukan azam anak makcik limah belakang rumah tuh.azam tuh nak buat apa,buat calon suami boleh lah.kita sekarang bercerita tentang azam di tahun baru.semua orang ada azam kan.tak lupa juga aku nih.azam taknak kalah.

azam aku?hmm,aku rasa kena cerita sikit dekat entry kali nih biar kasi ingat bila terlupa.mana le tau kalau terlupa kan,terus godek godek entry satu haribulan satu duaribuduabelas.oh hai azam! saya terlupa awak.maaf.


ok kita teruskan dengan azam ya kawan kawan.


diri sendiri


ok,mengenai diri sendiri.aku nak kasi sedar diri sikit.umur dah doploh tahun nih.maka,aku nak menjadi lebih matang.*serius* selama nih mereka mereka suka kata aku macam budak budak,ntah bila nak matang.meh kita tengok meh nur asilah yang sudah matured.saya takkan menari guling guling dan main sep sep tom tom dengan anak jiran sebelah lagi.oh ya! belajar memasak sepatutnya berada di top list.lupa pulak umur dah doploh.hikhikhik.





family


aku nak jadi anak yang baik,kakak yang baik dan adik yang baik.korang tahu kenapa perenggan ini semua nya nak baik baik?yalah,untuk family,semuanya nak terbaekkk kan.oh ya! masukkan semula list belajar memasak dalam perenggan nih.biar depa tahu aku nih reti memasak cuma malas tunjuk bakat je.hewhewhew.habislah kena pelangkung kalau ibu baca perenggan nih.terus beliau hambat aku ke dapur suruh masak ayam masak lomak cili padi.hah,mampu kauu?





study


erk study nih takmo cakap lebih lebih.takot apa yang diazam tak terbuat.cukup lah untuk aku berazam nak menjadi konsisten.aku taknak result naik terlalu tinggi kerana takut akan turun terlalu rendah pula.kawan kawan,doakan aku dapat yang terbaik dalam pelajaran.eh eh eh,seriusnya ayat budak doploh nih.





cinta


wow! cinta pon kena ada azam ke?dulu azam untuk cinta takde dalam list aku.tapi,bila umur dah doploh dan dalam kira kira lagi lima tahun aku dah boleh kahwin,jadi list untuk cinta dah diwujudkan ya kawan kawan.aku harap aku tak terjebak dalam cinta monyet.ini zaman skolah skolah dulu boleh lah cerita kan.sekarang,aku hanya berharap dengan jodoh yang Allah dah tentukan untuk aku.biarlah sekali bercinta,terus hingga ke syurga.ewahhh!yang ini pon,kalau ibu baca habislah aku.sembunyi dalam lemari terus.





blog


ehemmm aku nak cuba untuk tak mengabaikan blog yang tak reti reti nak tukar header nih.hee,bukannya apa korang.aku suka tengok header pelangi nih.sayang pulak nak tukar.papepon,aku hargai orang orang yang membaca blog nih walaupon aku tau blog aku merepek.terimakasih korang.lebiu!ahahaha.





itu aje.kang list banyak banyak kang mau tercirit nak buat satu satu kang.dun worry azam di awal muharam haritu sedang dilaksanakan dengan sungguh sungguh.moga ia tercapai.


jangan lupa letakkan azam "menjadi hamba Allah yang lebih baik" dan "cuba patuhi suruhanNya dan jauhi laranganNya" di top list anda.ingatlah,makin bertambah tahun,makin bertambah usia,makin bertambah juga dosa dosa yang mungkin kita tak sedari.solutionnya,kembalilah semula kepada Allah.jangan mencariNya ketika susah je,waktu senang Dia dilupakan.


semoga kita menjadi yang lebih baik di hari hari mendatang.peringatan untuk diri sendiri dan kawan kawan jugak.renung renungkan~


SELAMAT TAHUN BARU KAWAN KAWAN!




p/s : kepada yang kekal zuhud,aku doakan kau kekal zuhud selama lamanya.=)
p/s lagi : all pictures credit to Google,ewahh.





pilihan.

assalamualaikum rakyat jelata yang tinggal di merata rata.

ok pendahuluan nak kasi nampak sweet,nak amik hati pembaca lah katakan.tapi,sebenarnya tengok pendahuluan pon dah macam harommm.haishh,minah nih tak reti buat ayat ke?

pedulikan beliau.

apa khabar anda sekalian?harap harap khabar terbaik dari ladang.*ayat amik hati lagi.
eh kau nih dah kenapa ascil,duk amik hati pembaca je.

pedulikan beliau lagi.

sebenarnya entry ini takde motif.jadi,aku juga takde modal nak bercerita.

tapi,

aku teringat satu perkara.

masa mula mula sampai ke rumah dari penang.

ibu : kenapa kau dah makin gelap nih?
aku : *sentap* biasalah,orang main rugby.

kakngah : kenapa kau makin kurus?
aku : ehemmm,well diet lah katakan.

selepas dua hari duduk di rumah.

ibu : duk rumah putih sikit.
aku : *kembang lobang hidung*

kakngah : apsal kau dah gemuk?
aku : *sentap* alaa,gemuk sangat ke?

jadi jika anda diberi dua pilihan ya wahai pembaca yang dihormati.apa pilihan anda?

pilihan 1 : duduk di hostel dan jadi kurus tetapi kulit gelap mintak disuluh.
pilihan 2 : duduk di rumah dan jadi putih melepuk tetapi gemuk pula.

oh ya.masa namploh saat diberi.hah jawab,jawabbbb!
ok,saya tahu anda tak dapat nak jawab sebab anda bukanlah saya.kalau anda adalah saya pon belum tentu anda dapat jawab.sebab saya pon tak boleh jawab.=="
*sape paham perenggan nih,wa salute sama lu.apa aku taip pon aku tak tahu.ayat tertonggeng tonggeng.

jadi,moral of the story,aku bersyukur je dengan apa yang aku ada sekarang.tak semua orang sempurna dalam dunia nih.pedulik hape kan kalau kita nih jenis kulit gelap tak berapa nak terang,badan tak berapa kuruih ke,mata kuyu macam tak reti nak bukak ke,kurang ketinggian ke.eh macam dah tau je ciri ciri sapa.hikhikhik.pedulilah kan.janji kita tak kacau hidup orang lain ye dakkk?


kulit gelap pon boleh ketawa mengilai lagi.kau ada?


silalah lempang sayaa=)



sekian.





 

perihal bas.

assalamualaikum.

ya tuan tuan dan puan puan.nampaknya saya update kali nih tanpa membawa sebarang khabar berita ya.jadi sesiapa yang nak baca silakan,dan yang taknak baca silakan juga.tapi silakan angkat kaki segera.huiii bunyi garang tu.

ok,abaikan.

aku dah balik ke rumah.selamat naik bas,selamat turun bas,selamat sampai rumah dan sekarang selamat menternak lemak.baru berapa hari tapi berat naik berkati kati.cis.lemak nih kenal aje perut aku.pergi lah kat perut orang lain.kacau!

oh bercakap tentang bas,jiwa raga terus sentap.apsal lah selalu dapat bas yang bikin panass.sepanjang empat sem aku berada kat uitm,takde satu pon bas yang betul betul buat hati aku sedamai di taman firdausi,limpahan kasih,sayang sejatiiii~eh,apsal ternyanyi pulak nih??ok ok kita teruskan.

bas pakcik google.

selalunya bas dari uitm nak balik ke kuala lumpur,ada je masalah nya.ya,bukan lah terlalu besar masalahnya.tapi nur asilah kan,budak nih memang selalu besar besarkan hal.contoh masalah kat sini,main tukar tukar bas.kata pakcik bas tuh,nak senangkan kami supaya kami cepat sampai,eleh eleh eleh pak mat,macam lah saya tak tahu.sebenarnya nak senang kan keja pak mat kan?pak mat malas nak berhenti kat jalan duta dulu sebelum pudu sebab nanti leceh.kan kan kan?takpe,saya paham.

satu lagi masalah,pakcik bas yang suka menyanyi kuat kuat masa memandu.ya,pak mail taknak mengantuk sebab tuh pak mail nyanyi rock kapak kuat kuat.yang menjadi masalah nya kitorang nih yang hilang mengantuk.dah lah pak mail nyanyi salah lirik,dan tak bunyi lagu sebenar.vokal dah cukup baik tuh,cuma polish sikit sikit je lagi.saya kompom jamal abdillah menangis mintak tunjuk ajar.tapi,kenapa tak bunyik lagu?kenapa macam bersyair?kenapaaa?nasib saya tak amik microphone dan join pak mail menyanyi.ingat saya tak layan rock kapak ke pak mail?hahhhh?hahhhh?

lagi satu tak suka kena tukar tukar tempat duduk.ermm pak . . . alamak pak apa ye kita nak bagi nama?*berpikir* hah pak jabittt! ok pak jabit. saya beli tiket duduk seat 6A tapi pak jabit suka suka suruh saya duduk seat depan sekali.saja je nak suruh saya tengok pak jabit tunjuk skill bawak bas 80km/j kan?elehhh.lepas tuh pak jabit bawak bas sambil makan kerepek pedas tak bagi sikit pon kat saya.lalu,saya merenung tajam kerepek pedas tu.cis.oh ya!pak jabit sangat berhati hati memandu sebab tu 80km/j.mak saya kata baguslah bawak perlahan,selamat! tapi tahu kah pak jabit saya dah naik kejung duduk lama lama dalam bas tuh?

ok,tak tahu dah nak nyatakan masalah apa.masalah bawak terlebih laju pon ada jugak.yang tiket pukul 10malam tapi gerak pukul 12 malam pon ada jugak.macam macam lah.tapi,masalah lambat tu macam biasalah kan.kita manusia mampu merancang je,Allah yang tentukan.jangan terlalu merungut macam si nur asilah tuh.janji selamat pergi dan balik sudah.oh,entri kali ni aku banyak gunakan kata ganti diri pertama 'saya' sebab kita banyak deal dengan orang orang veteren ya tuan tuan dan puan puan.

mintak maaf terpaksa guna nama pak mat,pak mail dan pak jabit.jangan nanti saya nak naik bas,korang dah tunggu bawak senapang gajah sudah.tak jejak tanah nanti saya lari.

haishhh.ok lah itu saja.bai! =)

p/s : aku update nih sebab si budak bertuah syafiqa karim kata aku dah bertunang pasal dah lama sangat tak update.hey,aku belum bertunang lah.aku busy.bakal bakal mak mertua,ehem saya belum bertunang.percayalah.


cita cita!

assalamualaikum.

disebabkan aku kekeringan idea,maka aku malas nak update.nak kata kerja banyak, takde lah sangat. Alhamdulillah boleh manage lagi. kerja sampingan lagi banyak sebenarnya. oh,actually kerja sampingan tu ialah aktiviti-merenung-dinding-sampai-tembus dan tidur-gaya-bebas.bukan kerja part time sambil belajar ye.bukannn. biasalah, student. tipulah kalau korang tak macam tu.takkan aku sorang je ABNORMAL. =_____=

ehem.harinih kita bercerita tentang cita cita ya tuan tuan dan puan puan.ya,cita cita bukan cercita,cercita.mau kena lempang.saya percaya lagi yakin tuan tuan dan puan puan serta pondan pondan sekalian,eh?,anda mesti punya cita cita kan?tipulah kalau kecik kecik takde cita cita nak jadi polis,atau cikgu,atau bomba,atau pilot.semua nak hebat je cita cita.taknak kalah.

dun worry,happy go lucky.bukan korang je macam tu.aku dulu pon terjebak jugak dengan cita cita hebat-taknak-kalah.kalau kawan sebelah nak jadi cikgu,aku nak jadi lecturer.kalau jiran depan rumah nak jadi polis,aku nak jadi ketua polis.yes,mana boleh kalah dengan anak si senah! dengki. haha.

jadi,apa cita cita korang masa kecik kecik dulu?

masa sekolah rendah,ingat lagi tak kena tulis form ke ape ntah.mesti dia tinggal kan tiga  ruangan kosong untuk cita cita.ingat tak?ingat tak?tolonglah angguk mail sebelum aku hentak kepala kau kat bantal gebu nak kasi ingat.*eh,gengsternya wa!
ehemmmm,

*bertukar semula kepada mode sopan santun*

wahai tuan tuan dan puan puan.tahukah anda masa isi tiga ruangan kosong tu masing masing dusta belaka.gara gara nak penuh kan ruangan tuh.masing masing tulis cita cita hebat belaka tanpa berpikir.

contohnya masa darjah satu:

cita-cita utama : polis
cita-cita kedua : cikgu
cita-cita ketiga : pereka fesyen

tapi,bila masuk darjah dua,

cita-cita utama : pensyarah
cita-cita kedua : model
cita cita ketiga : bomba

darjah tiga kena isi lagi. =="

cita-cita utama : businesswoman
cita-cita kedua : cikgu
cita-cita ketiga : akauntan

ceittt setiap tahun kena isi,maka ulang balik cita-cita darjah satu. dah tak larat nak pikir nak jadi apa. bagi budak budak kecik, common lah nak jadi cikgu,polis,tentera.kan?

aku lah salah sorangnya. selalu tanya kawan sebelah, hey kau isi apa? kawan sebelah pon baik hati jawab kau isi je apa yang patut.maka,dua dua isi suka hati sambil makan kacang.huh! soalan kacang je nih. takde yang lagi adventure ke dari tanya cita cita?

tapi ketahuilah anda,aku sebenarnya nak jadik cikgu.japppp! jangan gelak dengan cita cita aku.aku tau aku tak reti mengajar.suara pon slow slow tak bervoltan tinggi.selalu kena buli dengan adik,heyy ascil nanti kau kena buli dengan student kang.wakluu?bak tang lahh.

gengster lagi. =="

*tukar semula ke mode sopan santun*

jadi,untuk kedua kalinya.apa cita cita anda?

hah,jawab jangan tak jawab.aku tanya dua kali soalan yang sama.ini bermakna aku tengah serius bertanya nih.takde yang lebih serius melainkan yang serius.*muka habis ketat dah.tolonglah bayang*

ok itu saja.bai! =)

aku ada diari.kau ada?

assalamualaikum sekalian alam.

hari nih hari rabu.sepatutnya nak buat wordless wednesday.tapi,tak jadi lah.sebab nanti tak boleh nak membebel banyak banyak.eh,membebel sikit sikit pon tak boleh.wordless wednesday tak boleh membebel langsung ya tuan tuan dan puan puan.

aku ada satu kelas je hari nih.baru nak bergumbira atas katil qada' tidur yang tak berapa nak cukup.sekali petang nih ada kelas ganti untuk lab concrete daaa.bukan petang je kiahhh.malam pun ada kelas ganti.wahhh,ini sudah parah nih.*pengsannn*

hmm,apa nak cerita tadi ek?perlu ke aku menyimpang cerita pasal kelas?

ok masuk isi penting.perenggan keempat baru isi penting?jadahnya.takpe,sabar mail.hari nih aku nak cerita pasal diari.korang korang semua ada diari tak?baik ngaku cepat.haaa.lagi lagi lelaki.mesti taknak ngaku kan.biasanya pompuan je dok buat diari nih.kalau lelaki ada diari,aku berdiri tabik spring!serius nihhh.


ini diary aku! gambar webcam je.sebab tu blurr dan nampak 
macam buku terbalik. =)


semalam aku duk cari cari buku dalam box yang dah lama tak bukak tuh.sekali terjumpa pulak buku diari aku.haishhh.terus pandang kiri kanan make sure takde orang nampak.kan dah tak hensem dah aku ada diari.cis.aku bukak bukak,selak selak,khusyuk gila baca cerita dulu dulu.rasa macam geli mat,geli mat,geli mat mat matttt pulak bila baca.ya,geli.tapi aku takdelah tulis jiwang jiwang dalam diari tu.jangan bayang aku tengah tulis diari sambil senyum,menangis mahupun ketawa terkekek kekek.itu bukan lah aku.jangan bayang pelizzz.

aku pelik macam mana lah aku boleh ada diari dulu.nak kata takde kawan nak bercerita,kawan ramai.tapi,tu lah.tak semua benda kita boleh cerita and kongsi dengan orang lain kan?contoh,kalau kau suka dekat mail lambung.takkan kau nak cerita kat si jemah,kiah dan bedah betapa kau sukanya dekat mail lambung.kalau cerita sekali tak apa.kalau banyak banyak kali?aku rasa diorang pon tak perlu beli cotton bud nak korek telinga.sebabnya,taik telinga cair sendiri.dah asyik dengar kau bercerita pasal si mail je.

ataupon,kau tak suka kan si peah.takkan nak cerita kat timah sedangkan timah dengan peah kawan baik.kamcing gila kecik kecik main guli sama sama.mengumpat dah satu hal.kalau luah kat diari takde sape tahu.kecuali ada orang curik curik baca.

hah cakap pasal curik curik baca,ni nak habaq mai nih.sape yang curik curik baca diari aku,mesti pastu tobat taknak curik lagi.HAHAHA.gelak jahat.sebabnya aku tulis perkatan secara kecik kecik dan rapat rapat.
contoh : ngantukgilaakuharinihtaktausebabapablablablablaaaaa
tanpa noktah atau koma atau tanda soal atau apa apa jelah.aku rasa korang baca lima perkataan pon dah cukup insaf taknak lagi baca diari aku.aku je yang paham.

kalau dapat failed addmath atau physics,gigih tulis dalam diari.lepastu sorok diari dengan harapan orang lain tak tau aku failed.padahal kalau  failed satu kelas bole tau kot.kalau frust bercinta pon tulis dalam diari.setakat nak buat hajat kat toilet pon sanggup tulis dalam diari.hah,kau mampu jemah?mampuuu??

sekarang,aku tak berdiari lagi.dah maju bak kata orang.ada belog pulak.tapi,kat blog tak boleh luah perasaan banyak banyak sebab orang akan baca.jadi kat sini,kelebihan diari terserlah ya tuan tuan.lebih misteri.=)


eh,terbalik lagi!


tapi beza sangatlah diari dengan blog.aku tulis diari pendek pendek je,tapi blog aku entry semua panjang panjang tak nak kalah.lagi satu perbezaan yang amat ketara lah.tulisan diari. nauzubillah.apsal lah buruk benorrr.lagi lagi time marah,tulisan dah ghupe cakor ghimau dah.kalau blog,taip taip je.mana orang tau tulisan buruk ke cantik ye dakk?

tapi masing masing blog ataupun diari.dua dua ada kelebihan dan keburukannya.aku ada dua dua.jadi saling melengkapi lah kita ya wahai diari dan blog.mungkin aku kena aktif balik berdiari supaya nanti aku dah kahwin,bole tunjuk kat suami.bang,ini diari saya bang.dulu saya selalu kutuk abang.tak sangka abang suami saya.hahhh! takmo gitu kiahh.kalau suami kau tu orang yang selalu kau kutuk dalam diari tu,cepat cepat lah pergi bakor diari tuh ye.

hah.penat dah taip taip,aku nak pergi sambung baca diari.haha.aku pon konpius sebenarnya apa yang aku tulis.tak paham. =="






site visit !

assalamualaikum.hai kawan kawan.

bertemu lagi kita dalam rancangan 'sembang bersama ascil' aww aww! amacam?lama kan aku tak update.harituh pon re-post balik entry lama yang dah berkepam bawah ketiak bau nivea. eh?jadah nya bagitau =="

hmm,aku sekarang sangat lah busy dengan pakwe baru yang mak bapak beliau beri nama MR. LAB REPORT BIN ESAIMEN.oh man! beliau sangat kacak sebab itu aku tumpu sepenuh perhatian kepada beliau.orang hensem mana boleh tinggalkan ye dakk?

sebab itu lah telah lama ku abaikan blog yang konon magika tapi sebenarnya kosong tiada apa apa makna ini.sobsobbbs.jadi kawan kawan maafkan lah aku kerana telah separuh abad tidak kendalikan rancangan 'sembang bersama ascil' ini.
*oh patutlah rating jatuh.kau punya pasal ya ascil!

ok now kita nak sembang pasal apa,jemah??oppsss gosip tak dibenarkan ya jemah.

aku takde modal sebenarnya nak cerita.tapi meh lah cek habaq mai satu aktiviti yang perlu dialami oleh student engineering di sini.eh,panggil aktiviti ke?ahhh pedulik lahh.tapi namanya site visit.ya,site visit.bermula dari sem dua memang kami student civil engineering dah terjebak dengan site visit.eh,terjebak pulak dah.aku rasa ayat aku tunggang terbalik malam nih.korang paham sendiri lah ye.

ok,banyak ya perbezaan site visit yang kitorang pergi time sem 2 dan sem 3.meh sini aku kasi tunjuk sikit perbezaannya kemudian korang pilih mana yang best bagi korang.okay?

tapi aku rasa ramai pilih site visit sem 2! =____=

SITE VISIT SEM 2






site visit yang penuh suka ria tanpa perlu pikir pasal kerja yang berlungguk di uitm.naik bot pakcik yang laju dan kona baring serupa rempit.tengok formation of rock dekat gua gua yang ada kat sekitar pulau.berjalan jalan sekitar langkawi macam langkawi tu abah kita yang punya.takde pengawasan orang dewasa sebab lecturer kata ikut suka kitorang nak pergi mana.and dapat borong cokelat sampai terlupa duit bawak seciput je.hambik kau!apa lagi?apa lagi yang kau nak senahhhh?

cool ke tidak?

now,kita teruskan dengan site visit sem 3.

SITE VISIT SEM 3






site visit yang membosankan.pemandangan penuh debu.tangkap gambar pon rasa hidup segan,mati pon segan.satu je yang best,engineer yang conduct kitorang tu hensem bukan main.lepas siap lab report semua,terkial kial nak present depan lecturer.mana taknya,dok usha engineer hensem je.hilang fokus!tapi malang tidak berbau,beliau dah berkahwin.cis.punah impian daku.

tapi.

persamaan untuk kedua duanya,aku dapat A untuk subjek ini.tak tau mana dapat markah markah tu.cuma yang perlu kita ucap Alhamdulillah banyak banyak lah.ye dakk?hmm,sem 4 punya site visit kita akan pergi ke tempat ventilation system pulak ya tuan tuan dan puan puan.nanti aku update bila dah melawat ke sana.

ok bai!

p/s : jadi,apa pilihan anda tuan tuan dan puan puan?
























re-post : kuku oh kuku

kawan kawan,aku takde kesempatan nak menaip entry.busy gila gilos dengan lecture,tutorial,lab report segala.eh,macam lah korang nak tahu kan?haha pedulik hape aku kalau korang taknak tahu pon.tapi,disebabkan aku ni tak boleh kalau tak berblog sehari,mesti tangan jadik gatal nak tampar orang.ish,parah dah aku nih.

papepon aku tinggalkan korang dengan entry lama aku yang dah berlapuk ada tahi lalat banyak.nah! sudi sudi lah baca entry . . . bulan JULAI kot. ok bai! 

kuku oh kuku

yawww!assalamualaikum kawan kawan.
ya,kawan kawan.bukan sawan sawan.huh,mintak dijauhkan.

terasa nak mengurangkan kadar mengupdate blog.sobsobbb.ni semua gara gara kakak sendiri yang sedarah sedaging,tapi lemak lain lain.beliau kata beliau tak pernah baca blog aku sebab beliau tak suke baca blog perempuan.cis,kau bukan perempuan jugak ke?*nangis sambil hentak hentak kaki*

ahhhh!ade aku kesah.janji aku ade jugak follower,yang sudi baca blog aku,pengalaman aku,cite merepek aku,gosip gosip dengan aku,dan tak takut nak masuk dunia magika aku.ok,yang ni,harus lempang.tak habis habis dunia magika dia.

jadi,terima kasih lah kepada melati,senah,joyah,pak sood bin bongek,jabit,dan semua semua yang sudi membaca blog yang terang terangan tidak berilmiah nih.terima kasih.jap,lap air mata guna hujung lengan baju.

ok ok,bukan itu yang nak diceritakan sebenarnya.ini yang aku nak citer ni senah,kiah.semalam aku pergi ikot family aku pegi jalan jalan pusing key ellll.cara cakap harus slang sikit ya."key elll".

eh,itu intro je.ceritanya,semalam adik aku mintak beli waffle sebab rasa lapar pulak jalan lama lama.aku pon belikan jela.aku kan kakak yang baik.*sila puji,kalau tak nahas kau*

aku pon mintaklah kakak yang jual tuh.aku tak tau nama akak tu memandangkan keje sebagai pembuat waffle tak memerlukan dia untuk memakai name tag.jadi,aku bagi name untuk dia.senang sikit korang ingat.aku bagi nama dia zabedah.ya,nama glamer dia kak bedah okayy.sila berkenalan dengan kak bedah.*shake hand*

"nak waffle blubeghi campur coklat satu dengan peanut campur butter satu"

kak bedah tu pon angguk angguk.macam tak mesra alam je aku nengok dia tuh.muka tawar hebehhh,sikit pon tak senyum.

takpelah,time dia syok syok buat waffle,tibe tibe aku tengok.argghhhh kuku dia panjang gile.oh tidak!aku ni dah lah penggeli sikit.walaupon dia tak guna tangan,tapi aku tetap geli.nk cancel order tapi kak bedah dah nak siap buat dah.jadi,aku pon tutup mata jela dan anggap dia dah  baru lepas pergi manicure pedicure kejadah tu semua pagi tadi.


macam kuku bedah.

ni kalau dapat kat adik aku yang second last tuh,kompom dia ajak kak bedah bersila pastu tolong potongkan kuku dia.jangan tanya kenapa,dah memang itu hobi adik aku.
memotong kuku.

aku rasa adik aku tak perasan.yalah,yang dia pikir waffle,waffle,waffle.dasar perot tong macam kakak dia jugak.tau makan je.

dah selesai tuh,aku pon bayar.5 hinggit weyh untuk waffle kak bedah.kalau beli karipap kak kiah kat simpang tuh kompom dapat limablas ketol.huh!adik oh adik.keje kau memang rabakkan poket kaklang kau ni je kan.takpe,takpe.

adik aku pon girang kemain dapat waffle.dalam keta dia teros makan.dia jemput semua orang makan,tapi kurang mendapat sambutan.lagilah seronok dia tedas benda ala tu sorang sorang.eh,jap.aku makan jugak tau.tapi,sikit je pasal lapar sangat dah.

hmm.maka,habis riwayat seketol waffle.

lepas tuh,kami pergi carrefour pulak.kak ngah nak carik henpon baru.kat situ henpon murah murah lah gak.aku dulu pon beli kat situ.lepas survey survey,akhirnya sampai lah satu kedai nih.tokey dia tuh boleh dibawa runding and mesra alam semesta sikit daripada sanak saudara dia yang dekat kedai lain lain tuh.apek nih aku bagi nama dia ah chong je lah.senang sikit korang nak sebut.

masa tengah runding runding harga sambil kenyit kenyit mata tuh,aku tak pandang benda lain dah.aku pandang,KUKU dia!dan,aku buat muka pelik lepastu senyum lebar lebar kalah patung mekdi.

kuku dia pendek!

ini kuku ah chong.baru potong pagi tadi agaknya.

sampaikan,terkial kial dia nak bukak sim card,bateri,pastuh nak letak skin protector tuh kat henpon.dalam pikiran aku,selalunya orang jual henpon kuku nya panjang.kadang kadang aku yang jadi cuak takot henpon bercalar.tapi,ah chong tak begitu.dia kemas je orangnye.

aku pon duduk sambil pikir pikir.orang yang jual bukan makanan pon reti potong kuku lah daripada orang yang jual makanan.

entri nih khas untuk kau kak bedah.cube tengok si ah chong tuh.dia pon reti potong kuku.yang kau nih jual waffle tak reti reti jaga kebersihan.kuku kalau bersih tak pe,tapi kotor!
*ish!malangnye,kau tak baca blog nih.

lepas taip taip nih,aku baru terpikir.salah aku jugak.beli tak tengok tengok dulu kebersihan orang tu.pengajaran,pengajaran.lepas nih.tengok kuku dia.lagi geli,kalau orang tuh pakai cincin jari kiri .dalam kepala otomatik terus terbayang bayang dia baru keluar dari toilet kendian terus menguli tepung nak buat karipap.oh kiah,harap kau tak begitu. 

hmmm,itu je ceritanya.sila ambil pengajaran ya.ok,habis dah.tepuk tangan semua.

sekian,trimas!

enjoy reading.



kalau kak kiah jual karipap tu kuku dia macam nih,apa korang buat?

untuk MOK yang berada di rumah =)

assalamualaikum.

entry ini perlu ditaip selaju mungkin supaya dapat tidur lena selepas ini.esok ada kelas.tak cool ada kelas di pagi isnin.haishhhh.nak buat cemana.nak jadi contoh nusa dan bangsa berjaya,mesti lah gagah kan diri jugak.ye dakk?

ok merepek.

tujuan menaip (eh perlu ke formal?) ok,motif kat sini aku nak ucapkannnn


h a p p y   b i r t h d a y ! !

kepada wajah ini.*eh,formal lagi.cis.




ini dia askar-moden-dah-reti-pakai-shawl!! ohhh,happy birthday kepada beliau.tabik springggg cepat,tabikk springggg*toinkkk toinkk melantun.
dah besar rupanya adik aku nih.happy 14th!

kaklang (ehemm,diorang panggil aku kaklang) ok kaklang doakan kau bahagia dunia akhirat.belajar rajin rajin especially math tuh.kau dengan kaklang kau nih dua kali lima je,math memang bebaiii sikit.tapi,kalau kau belajar lebih lagi,kompom kau bole challenge alang.alang dulu malas serupa keldai.kau nk jadik macamtu?kalau taknak,BELAJAR!

hamboiiii,nasihat lebih.sweet pulak aku rasa.

sorry lah brader.hadiah takde.jangan nak call tanya hadiah,kompom terus ada suara perempuan tak berbayar "nombor yang ada dail tiada dalam perkhidmatan.tuttt,tuttt".yess,dah biasa dah buat camni.kehkehkeh.

aku ingat lagi,dulu kalau birthday adik adik aku ke,kakak kakak aku ke,mak aku atau ayah aku,mesti aku buat kad.alahhh kad-hari-jadi-buatan-sendiri.cis.reaksi mereka "kad aje?" atau lebih pedas lagi, "asyik asyik kad,bila nak bagi hadiah?".oh man,korang sangat memilih. 

yalah.zaman sekarang,semua nak pakai duit.beli hadiah pon nak yang mahal mahal aje.jadi,guna cara lebih bijak lah kawan kawan.tanpa duit,hanya perlu sedikit kreativiti.lukis kek,lukis belon,lukis pelangi pelangi sikit.warna situ,sana,sini sikit.tulis besor besor happy birthday,nahhh! terus siap.beli kertas lukisan seploh sen je.pastu warna curik warna adik.haaa,kan dah jadi.tak payah guna duit brader.

kejam ya amat.ok fine!

esok esok tunggu kerja jadik engineer,baru lah korang merasa hadiah dari aku.hakhakhak.

itu pun dikira kejam lagi?

ok lah takde mood lah macam nih.sobbsss.apalah nasib.ibu bapa jauh di kolumpo.aku merantau seorang diri di penang.sobsss lagi.

eh,merepek apa nih?

ok lah bai!


p/s : selamat hari tua mokkk! esok jangan lupa kol alang.