pergilah.

aku tak rasa aku perlu update waktu waktu macam nih.kejap lagi ada class.tapi tangan dok ligat tiba tiba nak bukak fb.seperti biase,mula mula kompom aku akan stalk dia.*saya seorang stalker.harap maklum*.jadi berhati hatilah anda ye.

hmm.aku tak tau la apasal aku suka betol tengok wall dia.jangan salah kan aku ye,itu memang habitat habit aku since mula kenal dia.sampai sekarang tak boleh nak elak dah.tangan aku nih macam dah tau tau je login fb tros bukak wall dia.hai la tangan,bilalah kau nak stop click click button pegi wall dia.gatai naaa.

dah kecewa tengok wall dia,aku update blog pulak.nak tau kecewa sebab apa?haaa adalah.

kepada kau : aku tau kita makin jauh.tapi tak tau lah kenapa rasa macam tak boleh lupa kat kau.takpelah.aku fikir balik.bukan ini ke yang aku nak sampai kau teros jauh dari aku.so,aku kena biasakan diri tanpa kau*tak bole bla ayat aku.tapi abaikan je okaay*hmm.selalu aku harap kau tegur aku.tapi sekali sekala je kau mesej aku.itu pon dah buat aku senyum senyum macamlah ade orang nak masuk meminang aku,tahu tak?aku taknak mesej kau.nanti kata aku perigi cari timba pulak.harap kau faham.kalau tak faham,sila translate kata kata aku nih dalam bahasa yang kau faham.ade 4 pilihan kat sini.kau boleh pilih nak baca dalam bahasa melayu,bahasa inggeris,bahasa tamil atau bahasa cina.okayy?

tapi aku rase dia takkan baca.

takpelah.aku syok sendiri sorang sorang lah.bukan selalu pon nak syok sendiri kan.

ok lah.bubye!




kembali

assalamualaikum.haha.aku datang lagi.baru lepas maghrib tadi aku post entri yang sebelum nih,sekarang aku post lagi.hah!jemu kan balik balik aku je.nak buat cemana.hormon berblogging aku tengah aktif.kalau korang malas nak baca takpe,tak marah pon.
*tak kire!kena baca jugak.ini amaran.*
eh.korang nak tau sebab apa aku post lagi?mesti korang jawab taknak kan.takpe,tak marah pon.
*ah!tak kire.korang harus tau.*


apa lagi.ayat tipikal aku lah.=BOSAN=


kau,kau dan kau ni tak bosan ke?malam malam korang buat apa ek?pelik ah aku.tapi aku rasa korang nih lebih kurang dengan aku je.mesti bosan gak an.tiba tiba aku rasa aku nih normal.kalau nak tau, aku lagi rasa tak normal bile aku tak bosan.gila ape!aku tak pernah jumpa manusia yang tak penah tak bosan.tipu bebenau le kalau ade orang cenggitu.dalam cerita fairytale yang mak mak korang bacakan kat korang before tidur tu pon tak pernah wujud watak orang yang tak bosan.


hmm.aku duduk duduk,aku pikir pikir.sambil mandi mandi sambil pikir pikir.sambil gosok gigi pon pikir.sambil duduk,sambil makan,sambil tidur pon aku pikir pikir lagi.


oh ya!aku dah tau apa puncanya.


mungkin sebab sekarang nih tak busy lagi.lecture pon tak start lagi.setakat masok kelas pastu ice breaking pastu tros balik bilik krohh kroohh,memang lah aku bosan.cuba tengok lagi dua hari.korang rasa aku nak ke update blog banyak banyak kali macam nih?hmm,harapan jelah.boleh memang boleh tapi mustahil tu lebih tinggi peratusnye daripada mungkin.


lagi satu punca yang baru je dapat dikenalpasti,ni hah!bilik baru,rumah baru,housemate baru,serba serbi baru.agak susah nak sesuaikan diri.aku belom kamcing lagi dengan diorang.nak ajak borak pon sipu sipu.
mau terkejut diorang tiba tiba aku ajak menari 'gee'.huahua!


takpe la.aku pon tak tau nak bebel apa lagi.tibe tibe mood kroohh kroohhhh aku datang.semalam kemainn lagi tak bole tido.nih sume takde langsir punye pasal ah nih.apa lah nasib aku.dari sem lepas dapat bilik takde langsir.katil aku pulak memng terbaekkk.strategik gile sebab betol betol menghadap tingkap.hmm so,matahari terbit,aku pon bangun.rajinnye anak mak.banggalah kerana dapat anak seperti saya.pagi pagi dah bangun.*memang selimut aku jadik mangsa lagilah gamaknye.ibarat selimut menjadi langsir.hasilnye memang tiptop!


dah la.aku tak tau aku dah mencarut apa sekarang.ok la u olls.gudyte!=p



baru sedar.

seperti biasa.mulakan kata kata dengan salam.assalamualaikum semua.harap korang sihat ye.sihat je taw.jangan terlebih sihat pulak.nanti jadi macam aku.pipi terlebih baking powder.badan terlebih serbuk penaik.*aik baking powder dengan serbuk penaik tuh same tak?


lepas maghrib teros rase nak update blog.ntah pape je.orang lain pi surau dengar ceramah,aku kat bilik dok taip sana,dok taip sini.tolong jangan kata aku pemalas okayy.dari bilik aku dah boleh dengar dah ustaz bagi tazkirah kat pusat islam.so,tak salah kan kalau dengar dari bilik je.


hari nih hari isnin.korang tau tak ada apa dengan isnin ni?hah tak tau le tuu.meh aku habaq mai sikit kat hangpa semua.hari nih first class aku untuk sem ketiga nih.even aku masih belum tukar holiday mode kepada study mode,tapi aku still rasa tak sabar nak pi class pagi tadi.gila awesome kan?


apa??asilah tak sabar nak pi class??bisik bisik sang syaitan.


oh mungkin baru dapat hidayah gamaknye,kata si baju putih yang berwajah suci.


kuajaq hangpa takmau percaya.ok serius.aku memang tak sabar nak pi class tadi.tak sabar nak jumpa kawan kawan,tak sabar nak cerita cerita pasal cuti,sampaikan 10 tahon lepas punye citer pon terkeluar sekali.gosip tak payah cakap lah kan.memang tak beringat lah kalau dah start bercerita.berbakul bakul  dosa pagi pagi buta nih.nah!amik kau.astaghfirullah.
tapi sorry sikit.gosip kitorang tak sehebat mak joyah mulut besau yang ada dekat kampong korang tu eh.memang silap besar le.


ade jugak kitorang sembang sembang kongsi kongsi pasal isu semasa okayy.ingat kitorang haprak sangat ke tak baca paper,tak dengar berita.isunye bukan lah harga minyak naik lagi atau MU kalah atau apa.tak minat la mak nak bincang bincang perkara ni nakk.antara isunye,ane hensem bajet hensem pakai helmet yang menjadi dambaan mimpi ngeri wanita wanita zaman nih yang fevret nya suka main simbah simbah asid kat orang awam.memang ayam,lembu,cacing betol la!gara gara beliau aku pon takot kluar rumah.gara gara beliau jugak la aku tak dapat tengok citer nur kasih tau.mental ah luuu,brader!


selain itu, (ewahhh bahasa kemainn lagi.)kitorang jugak dok cakap cakap pasal isu tanah runtuh yang berlaku baru baru nih.alaaa,yang melibatkan madrasah tu.alahaii,sebak kalau nak citer.kita tak payah citer la okayy.semua orang tengok berita kan.apa apa pon takziah kepada keluarga atau sedare mara mangsa.semoga roh mereka dicucuri rahmat.


eh ada lagi tapi aku dah lupa lah apa yang kitorang dok khusyuk sangat cerita pagi tadi.
tapi,jangan kata aku tipu pulak.sumpah banyak gila kitorang cerita tadi cuma tak ingat je. sampai kering tekak walaupon dah minum dua botol air mineral paling sejuk kalau boleh sama suhu dengan kutub utara.bagi aku waktu panas panas memang air mineral sejuk yang paling buat aku tergoda.*terdapat di kafe kristal,koperasi atau kedai serbaneka terdekat.dapatkan segera okayy!penang sekarang panas.panas dia sama tahap dengan padang pasir.nak sejukkan hati,ingat je. .ni baru panas dunia,belum neraka lagi cik asilah oii.maka,aku bersabar jelah.lagi banyak komplen,lagi banyak haba keluar,lagi panas lah kan,tak gituu?


tiba tiba kan baru aku sedar.aku dok pot pet pot pet dari atas sampai bawah,tak pulak aku sebut ''aku tak sabar pi class sebab nak blajar.sem baru,azam baru,semangat baru.sem ni mesti dapat 5 flat.fullstop.''ade tak?ade tak??hmm.takde pon.itu ayat budak budak nerd saje okayy.tak sangka aku tak tergolong dalam golongan nerdy nih.orang kacak macam aku akan kate ''aku tak sabar nak pi class untuk borak borak dengan kawan kawan''sumpah ni bukan kacak namanye.ini namenye mintak penampor laju laju.ok kawan kawan.kita memang kena study.usaha mesti ada.kalau nak dapat 4 flat tapi borak tak hengat dunia camana.takpon keje asyik on9 and update blog.*memng tuju kat aku lah kan.sentap hati mak , nakk.aku rasa korang pon harus terasa.=p


ok lah.mari pasang niat,kita menimba segala ilmu pada sem ni kerana Allah SWT dan untuk mengamalkannya.okayyy.ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah.ewahh cik asilah kita nih.tapi betol lah kan.ini bukan untuk korang saje tapi peringatan untuk diri aku sendiri jugak yang degil dan kepala keras dari batu konkrit.ok fine!aku memang degil.memang tak dinafikan.


lain hari aku cerita pasal lecturer aku sem nih.aku pon tak kenal semua lagi.first day lah katekan.


p/s : nadia,cepat lah balik.amboi kau bercuti tak hengat dunia kan.
p/s lagi : nadia,aku nak ole ole dari sana.kalau tak,kau tak payah balik pon takpe.
p/s lagi lagi : nadia,aku gurau je.enjoy reading!

setelah sekian lama,boleyhhhh?

assalamualaikum bapak bapak , ibu ibu , kakak , adik , pekabo? harap harap  semua okeyhhhh ye.

hmm.aku tak tau nak tulis title apa.setelah sekian lama.aku rase ok la kot title tuh.sesuai dengan keadaan aku nih.apa taknya, dah berapa minggu aku tak boleh bukak blog aku sendiri.rasa macam hampir hampir nak sawan babi je.nasib baik tak kena.kalau tak , abis lah kena samak.ah sudah!satu hal lagi.

sepanjang aku tak boleh bukak blog aku , aku hanya dok usha baekkk blog blog orang laen je.macam macam stori mori dorang.aku??alahai . . . mampu baca je la.nak update tak bole.pelik betol aku apsal aku tak bole bukak.orang lain ok je.tapi takpe.sekaang dah ok.Alhamdulillah.

hah berita baik!aku dapat kolej.ahahah selamat duit aku.kalau tak memang duit kena save lah.nak bayar duit sewa rumah lagi , duit api , duit air.huh!tu tak masuk yang duit untuk belajar lagi.dengan nak beli buku , potostat lagi.yang paling penting makan kena bersekat kalau duduk rumah sewa.aku nih dah la jiwa kosong bila tak makan.memang tak gagah la kalau aku tak dapat nasik satu hari.dasar perot tong dram!sekarang dah dapat duduk kolej memang bersyukur lah.Alhamdulillah.

lagi satu gud news.hmm pointer aku meningkat dari sem lepas.Alhamdulillah.even tak banyak tapi berbaloi baloi.sebab aku belajar pon kadang kadang pura pura khusyuk je padahal hati dah berdengkur.tapi , bersyukur sangat sangat.terima kasih le kat sesape yang letih dok mengajar aku.almaklumlah,otak aku nih kena dua tiga kali terang ,baru nak paham.terima kasih daun keladi , sem ni ajarlah lagi.jangan trauma pulak nak mengajar aku okeyhhh.


itulah.manusia memang harus bersyukur ye.kalau bersyukur kita sebut apa anak anak?


Alhamdulillah.


ok pandai adik adik.bole pi tido sekarang.


selamat malam semua!

gila aku jadinya !

assalamualaikum.selamat petang u olls!


okayy setelah sekian lama,finally aku dapat jugak bukak blog nih.naik gila aku jadinya sebabkan virus haram jadah mane ntah.'malware detected'.blogger blogger sume,korang penah kena tak benda alah nih?ape benda ni ek?buat kacau hidup aku je.tergendala semua cerita cerita aku taw tak!hmm . . . sabo je la kan.


ok.sebabkan banyak sangat benda nak cite kan.so aku rase tak perlulah aku citer semua kan?sikit sikit sudehhh.


yang paling paling penting kan.nak tau tak?aku tak dapat kolej oh.macam sem lepas jugak.sinopsis and kronologinya pon lebih kurang same je macam sem lepas.boring betol!


ni kronologinye.


aku log in uitm student portal > cek name > name takde > kene bebel seploh doploh patah ngan mak aku (sebab takdapat kolej okayy) > esok pagi ibu kejut pagi pagi gila sebab nak suruh kol pejabat kolej > then aku dial , tapi mak aku yang cakap dengan orang pejabat kolej tu > orang pejabat mintak pass fon kat aku >mak aku pass kat aku > puan tu kate kenapa suruh mak yang cakap?kenapa tak cakap sendiri? > (kali ni berbeza sikit dari sem lepas) disebabkan aku baru bangun tidur and suara aku masih serak serak basah ala ala mintak ditampar then aku pon jawab ''sorry , saya takde suara.''yaaaaa!dalam hati ,wahh berdosanye aku dah tipu dia. > puan yang suara manja manja gedik ala ala fasha sundal sandha mintak nama aku , no id ,no ic dan segala galanya.dalam hati aku ,oh nak jadikan aku menntu dia kot. >aku pon bagi jela.orang dah mintak kan. > sampai ke sekarang nih.hari hari aku mengadap laptop nak tunggu jawapan dari pihak lelaki uitm.


kawan kawan!doakan aku dapat kolej ek.aku takk mau dok luar.takot.penat.kena jalan kaki jaoh jaoh.muka yang dah gelap bertambah gelap.duit habis bayar sewa rumah.kena jimat makan.dan macam macam lagi lah!


tapi . . . 


andai ditakdirkan tak dapat duduk kolej.tetap kena redha okayyy.*nada teresak esak.over gitu!


hah!rabu nih.rabu nih.nak buat buat pengsan lah.result nak  tersembul okayy!cuak nokk.


ape ape pon aku doakan yang terbaik untuk korang.erk . . . dan diri aku sendiri.


ok lah.banyak lagi nak citer sebenarnya.tapi dah ujan.kilat-ribut-petir semua ade.tak boleh jadi.kena off nih.kalau tak habis mesin taip laptop baru aku.bukan show off okayy.hasil simpanan ptptn aku sepanjang dua sem nih.dapat la sebijik kan.hah!korang nak beli lappy ,simpanlah duit okayy.


bye kawan kawan!


mood : lapar =.=
assalamualaikum.


''hmm.sempena hari guru nih,aku rase bangga le sangat sangat sebab aku dah menyumbang bakti kat sekolah ni selama dua hari setengah dan mendapat jawatan guru praktikal paling voque kat sekolah ni.harap harap aku dah dapat menyumbangkan semua ilmu dan kuasa kuasa yang aku dah dapat dari cikgu cikgu tadika aku sampailah cikgu cikgu sekolah menengah,seterusnya lecturer lecturer yang dah ajar aku di uitm penang dan universiti oxford dan blablabla . . .''


cis!aku bermonolog dalaman je nih.abaikan okayy!


ok.kali nih betol betol punya ucipan ucapan.


selamat hari guru!kepada : 



  1. cikgu cikgu sekolah tadika aku.
  2. cikgu cikgu sekolah rendah taman kosas
  3. cikgu cikgu sekolah menengah taman kosas
  4. cikgu cikgu tuisyen suria
  5. cikgu cikgu kat plkn sinaran suria,sungkai
  6. lecturer lecturer uitm penang.
  7. sesape yang ade ajar aku secara formal atau tak formal.*itupon dikire guru.
  8. sesape yang ajar aku pedajal orang.*itupon aku anggap cikgu.
  9. dan kepada diri aku sendiri.*ni berangan je.tapi salah satu impian aku.
terima kasih cikgu ajar saya membaca,menulis,mengira,melukis,menconteng,memadam dan sebagainya.


terima kasih jugak dulu cikgu denda saya.kalau tak,sampai sekarang saya tak hebat dalam semua subjek (hebat ke?).


terima kasih untuk segala galanya.


i lup u ollsss!!=p

nur kasih kah nur ascil???

lewat ini ku rasakan
kasih kian ku dambakan
resah hati yang ku pendam
pada takdir dan harapan

detik waktu dan suratan
siapa tahu ketentuan
ku mencari cahayanya
dalam bayang kegelapan

nur kasih . . .
nur kasih . . .

nasib hidup dan pilihan
lain untuk setiap insan
melayarkan kehidupan
dalam maya kesamaran

nur kasih . . .
nur kasih . . .

aku kembali
kerana masih
mencari yang hakiki
sinar pasti
janji suci yang abadi

nur kasih . . .

hah!korang nyanyi le sendiri okayyy.
kang aku nyanyi kalah pulak tiz zaqyah.'sedap' sangat.
just nak bagitau,tak sabar giler nak tengok citer (nur kasih the movie) nih!
dulu time drama bersiri,ingat lagi time tuh form 5.tak pernah miss okayy (even time tuh kat asrama).
mula mula citer dia agak lembab sikit.*serius mula mula aku pon tak suka.
lama lama tengok best lah pulak.yelah,jarang kan malaysia buat citer citer yang islamik gitu.tapi perasan jugak lah,after nur kasih banyak pulak kisah kisah islamik yang ada kat tv.kire orait lah tu.

hmmm . . . tengok cite nih buatkan aku pon berangan angan.nak jadi macam nur konon!huh.jauh panggang dari ayam panggang okayy.siap suruh orang panggil aku nur lagi.haha!*nama aku pon ade nur okayy!
tapi bukan nur amina lah,saya nur asilah!
nur amina tetap nur amina.dan,saya nur asilah tak boleh jadi macam nur amina.saya tetap diri saya.and i love to be myself!
*tapi jangan terkejut ye!ade tau orang yang sudi panggil aku nur.haha!

ok ok.aku dah start berangan balik.hmm apa nak jadilah.
kesian housemate aku si azie tuh.aku paksa dia jadik sara aku.
sape jer yang jadik nur??aku la weyhhh.
malam malam takde keje mesti berlakon lakon,buat dialog macam dalam citer nur kasih tuh.haha!memori.memori.sumpah aku ingat sampai bila bila!

hmm.ni lah antara impak citer tuh kat aku.

tapi nak buat macam mana kan?
aku ni taklah cantik macam nur tu(tiz zaqyah)
aku pon taklah baik macam dia.*perangai aku macam antu okayy.jangan terkejut!

tapi nak tau tak??

aku ni ibarat macam . . . nur yang menantikan adamnya.
dengar macam lawak je kan.tapi aku kan suka berangan.biarlah!
aku pernah cakap kat kawan kawan aku, aku nak suami nama adam.
*itu berangan je okayyy.jangan kata aku gedik pulak!
tapi . . . jodoh tu kan di tangan Allah.kalau ada jodoh dengan orang nama adam,nak buat cemana kan.hah!

ok lah kawan kawan.sebelum imaginasi aku makin terok,lebih baik aku stop dulu.aku chowz dulu ek!

assalamualaikum.

p/s : harap harap movie nih best.jangan iklan je gempak.

hari ini . . .

assalamualaikum!

hari ini hari ahad.
hari ini aku bangun lambat.
hari ini ibu dengan ayah pergi pasar.ibu kejut suruh buat sarapan.
hari ini aku yang buat sarapan.ok.adik aku banyak tolong.kakak dia kan tak reti masak.
hari ini aku kena marah dengan ibu.sape suruh aku pegi kemas barang barang jahit dia.
hari ini aku merajok.pura pura pergi dapur basoh pinggan.
hari ini aku terus kemas bilik tidur.kemas gila gila punya gila.penat taw.
hari ini aku marah adik adik aku sebab tak mau tolong kemas bilik.
hari ini ibu masak tapi aku tak tolong.aku kan tengah kemas bilik.bukan malas ye.
hari ini kitorang makan pukul 1.3o petang.tepat tepat time berita.
hari ini tengok nona.pasal perkahwinan raja william.
hari ini aku on9.adik kate pukol 3.30 dia nak on9 pulak.lek luuu.baru pukol 3.10 sekarang nih.
hari ini(sekarang) ibu tengah tengok citer anak mami , ayah tengah tidur ,adik tengah buat ice blended , kakak pulak tengah mandi(lambat giler okayy)

tapi . . .

baru aku sedar . . .

hari ini kan hari ibu.

kenapa aku tak sedar dari tadi??

kalau aku tau . . .

hari ini aku takkan buat ibu marah.
hari ini aku takkan kemas ibu punye barang jahit tuh.mana aku tau.aku tengok sepah sepah,aku pon kemaslah.
hari ini aku tolong ibu masak *walaupon aku tak reti masak*
hari ini aku jaga hati ibu.
tapi. . .
untuk pengetahuan semua.
bukan hari ni je aku sayang ibu aku.
tapi selama lamanya!

sampai aku pejam mata.

i love you ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!



maaf gambar ibu saya tak dapat disiarkan.ibu saya terlampau cantik.

merajuk

merajuk ngan mr google ni hah!
tiba tiba hilang.
tengok!
aku dah tulis blog separoh jalan dah.kan dah hilang dah!
aku malas nak taip balik apa yg aku citer tadi.
malas kau tau??!grrrr~
tengok!
kan dah lari semua idea aku!
nak kejar balik,dah jauh dah lari.
kau tau kan berat badan aku tak sesuai untuk jadi pelari.
uek!malas nak kejar.


dah dah dah!


tak mau kawan selama satu hari!




ascil gila!
cakap sorang sorang.

















semut vs lipas

lipas dua ekor ada kat dapor.bala!bala!sebabkan lipas,aku kena teman adik aku masak nasik tadi.kau tak tau ke akak kau nih pon spesies antilipas?yang kau panggil aku suruh teman kau nak buat apa.takpe.takpe.aku pura pura kool teman adik aku.dalam hati,kecut tahap cipan.


erkkkk.ok.aku lupa bagi salam *lepas satu perenggan*
kalau tulis teks untuk ucapan nih dah kompom kompom salah format.
ok.assalamualaikum dan selamat. . . erk selamat tengahari.tak sangka dah tengahari.


sebenarnye banyak yang aku nak kongsi dengan kau,kau dan kau.tapi aku lupalah.semalam kemain banyak lagi idea menari nari depan mata aku,meliuk lentuk macam penari ballet tak dapat imbang badan sendiri.tapi,hari ni nih.,satu pon tak klua.cis!!


ok.aku lupa aku dah tertelan separuh badan semut pagi tadi.memanglah lupa!


pagi tadi sarapan minum nescafe.ermm,aromanya . . . buat aku jadik ketagih.
masa aku nikmati hirupan terakhir,aku rasa lain.
cis!rupenye semut tengah tergedik gedik ada dalam air aku,ibarat perenang nak buat kuak lentang sambil berdoa berharap menang sukan olimpik.
tapi . . .badan dia tinggal separuh.jangan jangan lagi separuh aku dah telan.langsi lu semut!


aku harap lepas nih.aku jadik rajin macam semut.*hmm.harapan lah . . .
.
.
.
.


ceitttttttttttt!!lepas gua merepek panjang panjang,gua masih tak ingat apa yang gua nak citer sama lu orang.


memang power rupenye kuase semut.gua memang lupe gila vavivu.nasib baik gua tertelan semut bukannye lipas.kalau lipas,gua rasa gua muntah darah sebulan.


takpelah.citer esoklah.ok bye lu olang!



selesai.

assalamualaikum.

bukan hantu kum kum yang bagi salam.ni kompem kompem aku yang bagi salam.
jawab.jawab.

hmm.selesai sudah final exam yang buat aku separuh hidup separuh mati.tapi probability untuk hidup sangat tipis dari mati.lu langsi,lu mati! ( eh!takde kena mgena pon )

sekarang!rasa lega aku macam rasa baru kluar dari beg plastik sampah yang  diikat ketat ketat.

finally,aku dekat rumah sekarang ni.bukan mimpi tapi realiti.penat aku cubit pipi adik aku.ye!btol sangat sangat.aku sure aku tak bermimpi sekarang.rindu gila vavivu kat rumah.macam orang orang muda spesies darah masih panas kata , rumahku,syuragku.rumahku,istanaku.rumahku,taman permainanku.rumahku,bukan asramaku.dan lain lain lagi.sumpah rindu gila rumah. ( yela dua bulan lebih aku tak balik ).

seronoknya!tapi biasalah,bila aku balik rumah.akan terjadi beberapa perkara :

  1. jumlah guni beras yang harus dibeli dalam masa sebulan akan bertambah.
  2. nasi yang dimasak cepat habis dari kadar biasa.
  3. tidur yang semakin berkualiti.
  4. rumah semakin bersih.
  5. adik adik akan bengang sebab adanya kakak yang conquer  komputer sepanjang hari.
  6. jumlah baju yang akan dibasuh bertambah dua kali ganda.
  7. kredit cepat habis.
  8. bil elektrik melambung.
  9. dan macam macam lagi.
nah!amik kau.bila aku balik semunya jadi berganda ganda.jangan aku balik penang nanti berat aku naik berganda ganda sudah!

sem 2.sem yang sangat best bagi aku.macam perkara yang menyebabkan aku kata best.housemate,lecturer,class,trip yang macam macam.semuanye awesome!

hari ni hari kedua aku kat rumah.tapi dah rindu kat housemate.
eh tak tak!diorang yang rindu aku.

tapi memang dah adat la tu. maen rindu rindu.

terima kasih untuk semua housemate aku.

tira , thanks sebab selalu jaga aku,tido ngan aku,malam malam tido lambat mesti kita borak borak.kan kan kan?kau kalau citer,semangat gila!kalah  mat kilau yang nak berjuang kat medan perang.tapi sebabkan sifat semangat yang melampau kau tulah yang buatkan aku lagi nak dengar kau citer.sampai kite dua dua tak jadi nak tido malam malam.

yaya , thanks sebab selalu ajar aku.kau ajar,aku paham.aku ajar,kau tak paham.haha!takdelah.hmm.patotnye kau jadik cikgu.tapi, sayang sebab kau tak minat.tapi takpelah.kalau kau jadi cikgu, mungkin kes penderaan kanak kanak akan meningkat.haha!garang sangat!hah!thanks jugak sebab malam malam selalu teman aku pi toilet.heee~

syiera , hmm.sebelum aku citer aku gelak dululah.hhahahahaha!ok cukup!bukannya apa.syiera ni suka gelak.kalau korang tak buat lawak pon dia akan gelak ( sambil tutup mulut.hmmm sopannya anak mak ).tak paham aku.tapi kalau takde syiera tak best lah.takkan ada tukang gelak nanti.thanks jadi ahli aktif 'sengal sudah' sama sama ngan aku.penat kan praktis lagu gee.?nak last last baru dapat catch up dia punya step.memang sengal sudah pon!papepon thanks for everything syiera!

elyn , antara orang yang banyak tolong aku.elyn kental.dan sangat sangat kuat.kuat dari aku yang  besau nih.elyn ade pakwe.nama pakwe dia mukmien.nama anak patung dia pulak mukman.mukman tu objek kaler pink.kadang kadang dia macam patrick star.jadi,sila panggil elyn, elyn patrick.opssss!mati aku kene cubit ngan dia kang.elyn baik.aku selalu maen sep sep tom tom dengan dia.bila aku kalah,dia akan gelar aku cucu cina.dussshhhhhhh!rasa loser gila.tapi takpe.sayang elyn!

farahin , orang yang kenalkan aku dengan bintang k pop.kalau tak,mana aku layan benda benda nih.huh!hari hari tengok korea.fanatik sangat.farahin pendiam.tapi bila dah bukak citer,sumpah lawak!bagus farahin.potensi kau untuk masuk maharani lawak sangat besar.hmm.farahin senang bangun tidur.dia selalu kejut aku subuh.thanks farahin.hah!farahin.aku lantik kau jadi pengurus 'sengal sudah' ok tak?

azie , yo!tu dia.orang melaka kita.ok ok syira pon mlake jugak.sori syiera.lupa nak mention tadi.azie selalu telepon mak dia.hmm.pakai bil la katakan.hee.azie pon suke melayan aku.dia suka suruh aku berjoget joget.tahulah aku ni setanding hyoyeon snsd.tapi aku malas je nak tunjuk kebolehan aku tu.haha!choy!aku menipu je.azie thanks la sebab sudi jadi sarah aku.teringat pulak kita tengok nur kasih sama sama.

bila ingat balik,best sangat rasanya.harap harap kita dapat dok same lagi.hmm kalau tak dapat kolej kita dok rumah maklang sama sama ek?

ni pic kita.









hahaha!


no 32-ascil.no24-yaya.no11-syira.no7-tira.no 21-elyn.no 12-azie.no 9-farahin.