BAZIR MASA.

assalamualaikum.

hai kawan kawan! yang tak kawan pun kita hai jugak niii.lama bukan si ascil dunia magika tu tak update?kengkonon busy lettew.

heyyy busy tau! i dah masuk sem 5.SEM 5 tahu?takde masa dah nak main main,walaupun sekarang ni terang terang tak payah suluh haku tengah main main.kihkihkih.ibu kata kalau nak on9 hujung minggu je bole.tapi kan ibu,hujung minggu internet tak dapat.selow ya amat padahal broadband baru je bayar.dak ascil siap main hentak hentak kepala dekat dinding lagi bosan punya pasal.dah penat hentak kat dinding,hentak kat lantai pulak.tragik!masa ada kelas lah sang broadband ni laju kemain macam badak main poco poco harimau pulak menari samba.cis!

sementara berukband kittewwww ni tengah laju kan *laju?* hahhh sementara tu,meh le kittewww update sepatah dua kata.hoiii sekarang dah seratus patah perkataan dah,sepatah dua kata pekebendenya.ahhh biar lah aku membebel puas puas.jarang oiii berukband ni bersikap sopan santun baik hati berbudi bahasa.puji ni,pujiiii.dengan harapan esok esok dia(berukband) akan terus mengamalkan nilai nilai murni macamni lagi.

tadi kelas malam straight 3 jam takde nye aku dengor lecturer tu kata "ok,take 5".perghhh sakit sakit urat tengkuk aku,pinggang toksah cakap ah.dah berbelit 360 darjah agaknya.bila habis je kelas terpontang panting aku jalan balik kolej.dan sekarang,waktu ini,saat ini,aku berada di atas katil,di tepi tingkap sambil menyaksikan bulan dan bintang serta angin sepoi sepoi bahasa menyapa muka.oh syahdunyaaa~HOIII TOKSAH NAK ROMANTIK SANGAT LAH ASCIL! padahal tengah taip entry ni je pun.propa tau --'

hmm sebenarnya aku takde modal pun nak cerita.padan muka korang,BAZIR MASA je siapa bukak link blog aku ni.padan muka,padan muka.haha.
.
.
.
.
.

btw,rindu aku tak? *pangggggg!soalan yang minta pelempang percuma* tapi nak tanya jugak.ok kita tanya lagi sekali.ada ke orang rindu? kalau ada,sila korek hidung guna jari kaki. kbai.


mai ke penang yawww!

assalamualaikum.

okay lah seperti yang dijanjikan,aku tunaikan lah entry ke penang yang dah berhabuk tebal 5 inci.takut punya pasal kan kalau tak tunaikan janji,tak baik.aku bukannya hape,malas sungguh nak upload gambar,sebab aku ni jenis tak reti pilih gambar.kalau aku jahat aku upload semua kat blog,biar muntah pelangi korang tengok.tu pun kalau ada yang nak tengok lah,kalau taknak wa tak kisah.babai jelah.

tengok,aku memang suka bebel panjang panjang.ehemmm,sambung balik.entry ni sebenarnya entry sambungan lagi daripada entry persiapan wedding awesome dengan wedding awesome haritu.kira macam episod ketiga lah.amboiii kelasss tauu dak ascil.kemain berepisod episod lagi dia punya entry.

okay,lets go kawan kawan! kita nak ke penang dah ni.kitorang pergi haritu sehari lepas wedding abang izwan.yalah,takkan pergi penang jauh jauh tu takmo jenjalan pulak kan,so,family aku,family ayahlong,family busu,hah dua kereta jumlahnya,kitorang pergi ke tempat yang nak naik feri tu.pastu naik lah feri nak ke pulau.ada dua pilihan.kau nak naik feri ke nak guna jambatan.ewahhh sesuka hati aku je nak bagi pilihan kan.



kau ingat venice je ada sampan sampan cenggini.penang pon adaaaa.


atas feri kena amik gambo jugak.bukti hahhh! sampai banggla sebelah tu pun
nak interprame jugak.bagi bukti untuk bini yang ada dekat negara dia.
ni hahhh abam dah pergi penang sayang oii.yuhuuu!


adik aku taknak kalah.posing tetap posing.pedulik hape orang usha pelik kan.

pastu dah turun dari feri tu,destinasi pertama haruslah padang kota.ya,padang kota lama.aku tengok ramai yang tengah buat photoshoot kat situ.jadi kami yang takde kamera besar gedabak ni pun mana bole kalah,keluar jugak lah kamera cinonet dari beg pastu posing posing sebelah orang photoshoot.hehhh,ingat kitorang tak adooo?waahhahaahhh tipu.takde lah sampai cemtu.tu namanya kaki dengki.dak ascil bukan kaki dengki eh.bukan tau.



sampai sampai terus nak posing.bangunan apa ntah ni.


gambar beramai ramai harus ada jugak.tu tu yang ayahlong dah tak senang duduk
lettew.lek ar,balik pukul seploh malam,sekarang baru tengahari.
lawak lah ayahlong niii.


awas! laluan budak fixie (papan tanda) 


gambar dak ascil eksaited kena ada.wajib!





fort cornwallis ni kena bayar kalau masuk.tak silap aku lah.
sebab tu amik gambo kat pintu gerbang je.ahahah.janji ada.

disebabkan ayahlong aku yang nak balik dah naik bas pukul seploh malam tapi masih nak ikot kitorang gedik gedik kat penang maka kitorang jalan pun terpontang panting.nak cepat punya pasal kalau tak,tak senang duduk beliau.so,nampak view sana cantik,amik gambar seketul,view sini cantik, amik gambar lagi seketol,pastu dah,JALANNNN!takdenya nak duduk duduk hirup udara segar kat tepi pantai tu.masa ni kat batu feringgi.ingat nak singgah lah makan makan,tapi adik aku punya sistem kumbahan tak berapa nak elok time tuh.kena cari stesen minyak pulak. =="


ada parachute seketol.sempat snap sebelom dia fiummmmm menjunam.


budak kecik ni apa lagi?main pasir je lah keje dia.


kahkahkah sistem pencernaan punya pasal,tengok! senyum pun dah tak bole.

sebelum tu,busu punya adik yang tinggal kat penang jemput kitorang pergi rumah dia.quarters polis.hmmm kitorang apa lagi,jimat duit weollss tau datang datang dapat makan tengah hari.orang kata rezeki jangan ditolak,nanti rezeki merajuk.apa lagi,baca bismillah nahhh terus bedal.kat situ dah jimat dah kan tuan tuan dan puan puan?



anak dia comel kauu.nampak je cinonet cemni,garang kemain lagi.


jangan main main,dari rumah dia dah bole nampak komtar.
belum tengok kat bahagian dapur.memang pemandangan penang lah orang kata.

lepastu dah bedal kat rumah dia,kitorang mintak diri lah.takkan nak lepak rumah orang lama lama layan pemandangan komtar kan?so,kitorang gerak ke bukit bendera pulak.ayahlong dah makin risau dah.yalah dah petang time tuh.takut sangat dia tak sempat naik bas malam nanti.hampir hampir kitorang tak jadi pergi bukit bendera tau.tapi,mak aku kata,alang alang dah pergi,pergi aje.singgah pon takpe.



inilah bukit bendera!nanti sampai korang beli tiket tau.satu kepala rm8.untuk warga emas dengan OKU separuh harga.


masa ni dalam cable car.cable car dia macam komuter,dah tak macam dulu lagi.
sekarang ni rasa macam selamat sikit lah nak naik.



view dari bukit bendera.Subhanallah.


masa ni nak hujan.nasiblah tak lebat sangat.


owl museum.tak masuk pun.tumpang amik gambo kat buaian dia aje.



dengar citer ni cable car yang lama.betul ke?gila,kalau cemni
memang aku tak naik ahh.


alololo siap hambik gambor kat cengkerang hahhh.ada seketol mutiara.
jom curik pastu gadai.hhaha.


adik aku nak klasik klasik kononnya.bak kata salamiah,
dah bole masuk museum dah cemni.


okay ini last.


rasanya itu ajelah kot gambar yang aku mampu upload.banyak lagi sebenarnya.nak bagi tengok banyak banyak kang tak tahu lah korang muntah hijau ke,sawan berbuih ke.naya lah aku camtu.lepas pergi bukit bendera masing masing balik.tapak kaki pon dah haus.overall memang best lah.tapi,kalau dapat enjoy lama sikit lagi best rasanya.yalah,ayahlong dah cuak kan time tu dah pukul berapa dahh.takot bebenor dia tertinggal bas.ahaha.

lain kali,aku harap dapat pergi lagi.pergi dengan family enjoy sikit.lagi ramai lagi best.walaupun aku study kat penang,tak pernah pon pergi dengan kengkawan.malas gilaaa.
okay lah kengkawan.babaiiiii!