site visit lagi ! =)

assalamualaikum pak mat,mak eton,kak kiah dan orang kampung sekalian.ah sudah!balik balik intro nih yang kau ulang tayang ascil ooii.pak mat tengok pon dah naik terbalik balik bijik mata dia.nasib hang lah pak mat.

ok,perenggan kedua dah takde modal.jadahnya.

kita ke perenggan ketiga ya tuan tuan dan puan puan.baik, aku cuba menulis dengan elok kali ini. *tarik nafas,lepasss.tarik nafas,lepassss*lepas angin ikut hidung ya,bukan lepas angin ikut bawah.ok,memandangkan dulu aku pernah berjanji akan buat entri pasal site visit sem 4 kan (sila rujuk entry ini!) ,maka hari nih aku tunaikan.meh duduk bersila sini pak mat.kita dengar cerita dari ascil si tukang karut.eh pak mat,TUKANG KARUT lahh,bukan tukang urut! dengar elok elok ya pak mat.

tapi,dalam entry ni aku ada bagitau yang kitorang akan ke ventilation system punya tempat kan.?malangnya salah sama sekali.kalau dah nama ascil tu,memang selalu bagi info yang salah.sebenarnya kitorang melawat ke tapak yang sedang buat construction.nak kaji tanah,nak kaji soil exploration nya,nak kaji kaedah apa yang digunakan,nak kaji engineer itu hensem ke tidak.arghhh,tak hensem tak apa.janji poket tebal.*sambil buat muka datin datin yang mata duitan*ok,aku malas cerita panjang,meh tengok gambar.biar sampai korang muntah darah kaler hijau.padan muka.

ini dah bukan dikira bagai itik pulang petang lagi dah.sebab ini pagi.
jadi peribahasa sesuai,bagai itik pergi kerja pagi pagi.tak caya pergi tengok itik 
kat belakang rumah opah.macam ni lah pagi pagi.serupa!


ya! satu lagi projek dari UDA Holding.femes kot UDA Holding nih oii.banyak projek.


ini site officenya.tengok luar macam pondok dekat depoh bas je.mesti panas ni.bila masuk
gembira sanubari ada aircond hoiii,bole tido barang lima nam minit hoii.patut lah 
terciptanya kata kata dont judge a book by its cover.ni lah dia,ni lah diaa contohnya.

lepas satu jam engineer tu bagi penerangan pot pet pot pet pasal tanah,pasal treatment of soil pasal tanah lebuq blablabla semua tu,lepastu kitorang keluar jalan jalan sekitar site.


hah sepanjang perjalanan pemandangan dia macam ni lah.takdenya pantai pantai pastu nak feeling feeling ombak rindu.takdenya.
toksah pikir ini kulit buaya yang dah tertimbus tanah akibat derhaka dekat tuannya.
ni geotextile.salah satu cara nak treat soil.
*eh,ke aku sorang je pikir ini kulit buaya?*


dan pemandangan ini juga.jangan bayang ini piramid giza pulak.
sekali tengok memang macam dekat padang pasir.dua kali tengok,padang pasir jadahnya.
ini TIMBUNAN PASIR!

maka,timbunan pasir pon timbunan pasir lah labuu.
demi efek ayat ayat cinta,sanggup bergambar dekat timbunan pasir ni hah.
terpijak taik kucing nasiblah.

kering kontang.tetiba teringat somalia,teringat afrika.hah agaknya macam ni lah kan
tanah diorang.eh eh eh,tapi orang somalia takdenye pakai kasut cenggitu.
depa kebal.kaki ayam je.bersyukur lah kita selalu ya.sobsobsob =(
*tetiba mood somalia*

laaa pak mat tengok gambar ni terus sentap.pak mat,ini bukan batu nisan pak mat.
ini vertical drain.untuk kasi air keluar dari tanah.sentap pulak dia kan. =="

ini bukan gadis litar ya tuan tuan dan puan puan.ini gadis bulldozer.
ahhh sudahhh ! sesuka hati je aku bagi nama menatang nih bulldozer.
apa nama menatang ni ek?pengorek tanah?

lima minit doblas saat kemudian,ahli bulldozer bertambah.
welcome geng!

kumpulan mpop paling femes abad ini.aku syak album diorang 
paling laris di pasaran.HAHA.sesuka hati aku je.kang kena baling bom dalam kelas esok
jangan tanya kenapa ascil oii.

rombongan cik kiah yang macam itik pergi kerja pagi pagi tadi masih berjalan.
tapi kali ni,bagai itik pulang tengahari nak makan lunch.

sebahagian bakal engineer.InsyaAllah =)

haishhh lenguh jugak nak mengupdate gambar.aku pulak yang rasa macam nak muntah darah kaler putih *bajet mahsuri lettew*.banyak sangat gambornya hahhh.

ok lah sampai sini saja.mungkin aku tak update dalam jangka masa yang lama sebab terlampau busy dengan test dan esaimen.doakan kami semua,okayy?

terimakasih semua! =)















asrama dan rumah.

assalamualaikum.

selamat pagi kawan kawan! lepas subuh gigih aku tak tidur balik sebab nak siap kan dua lab report.hah nampak tak ada kerajinan tersembunyi kat situ?nampak tak?nampak tak?ok fine,aku lapar sebenarnya =="dah lebih seminggu aku tak update,terlupa pulak yang aku nih ada blog.nasib blogger izzati liyana ingatkan aku untuk update blog.terima kasih ya.

pagi ni,adik aku yang last tuh pergi daftar diri kat mrsm, serting.bahahaah.aku nak gelakkan dia puas puas.padan muka kena masuk asrama!baru form 1 dah kena masuk asrama.aku dulu masuk teknik masa form 4 pon dah menangis sampai KL banjir.siap homesick lagi.bukan seminggu homesick,bukan jugak sebulan, tapi tiga bulan beb!ni kalau aku lah yang masuk asrama time form 1 nih aku rasa satu dunia kena siap sedia hadapi banjir lah nampaknya.

tapi adik,alang tahu kau kuat.kau pandai berdikari,beli sari,makan kari.semua kau boleh.jangan jadi lembik macam kaklang kau nih.hidup asrama bukan macam kat rumah.



semua benda kena berkongsi.yang paling tak best kalau kat asrama tak bole guna toilet dengan aman.yelah,kalau kat rumah kau mandi setengah jam,kat asrama jangan harap ah!baru siram air dua tiga gayung dah ada orang ketuk ketuk pintu.bila keluar toilet,hahh tudiaa punya lah ramai tunggu giliran.mencangkung depan toilet,towel kat bahu,pegang baldi,sampai tersengguk sengguk tunggu kau mandi.ni biasanya berlaku kat orang orang yang bangun lambat lah.tapi,kalau orang yang selalu bangun pukul 4 pagi semata mata nak mandi (aku lettew) memang kau nak mandi sampai sejam pon takpe.tapi kena berani lah.suasana 4 pagi serius seram,bunyik air setitik setitik pon kita bole dengar.tapi,demi nak mandi lama lama,sanggup nihhh!daripada kelam kabutt tunggu giliran. =="

lepastu,kalau time makan kau jangan nak banyak songeh.apa yang orang sediakan kau bedal aje.lagipon,ibu dah bayar duit makan,kalau tak makan rasa membazir pulak.memang lauk tak sesedap macam kat rumah kan,tapi daripada tak dapat makan langsung?hah,ni aku lah dulu dulu,semua tak makan.sayur tak makan,buah tak makan,ikan tak makan.sudahnya pergi sekolah macam zombi berjalan.tak bermayaaa je.dalam kelas tidur,waktu prep petang tidur,waktu prep malam tidur.waktu kat bilik tidur.semua nak tidurrr je.ntah bila aku tak tidur pon aku tak tahu.

kalau bab kawan kawan memang ketara berbeza antara kawan kat sekolah biasa dengan sekolah asrama.kalau kat sekolah biasa kita jumpa masa sekolah je.tu pon kawan dalam kelas.kalau luar kelas siapa yang peramah terlebih tu untunglah dapat ramai kawan.kalau yang jenis diam,confirm orang yang kenal kau cuma budak budak kelas je (tu pun kalau aktif dalam kelas),kalau tak aktif memang budak sebelah meja,depan meja dengan belakang meja je lah yang kenal kau.kalau perempuan,depa selalu buat geng waktu kat sekolah.geng yang kautimm punya siap boleh open table nak bergosip.tapi ni dah cukup dikira kawan baik ke?

kalau kat sekolah asrama,pergi sekolah jumpa kawan,balik sekolah jumpa kawan,dekat asrama jumpa kawan.so,kita dapat ramai kawan kawan.kat asrama,kita lebih kenal kawan kawan kita.yalah,dah hari hari jumpa orang yang sama.tidur sama sama,basuh baju sama sama,makan sama sama,pergi sekolah sama sama,homesick sama sama.semuanya sama sama.kalau tak kenal jugak,buta hati lah tuu.lagipon,hidup kat asrama,kalau kau menyombong,dipersilakan lah untuk dapat tiga lori caci maki dari kawan kawan.lagi lagi senior.

hah ni lagi satu.bab senior-junior.kat asrama memang nampak ketara lah bab bab nih.menyampah pulak.memanglah untuk buatkan junior hormati senior dan tak buat perkara perkara yang dilarang.tapi,dah kalau senior sendiri tak reti hormat junior,sama je.porak peranda jugak.ini boleh cipta jurang antara senior dengan junior.nak beramah mesra dengan senior pon rasa macam takde mood.lagi lagi junior yang baru masuk asrama tu.elok elok budak tu duduk diam tak menangis,dapat pulak senior macam monster terus rasa nak lari balik rumah.lepastu homesick.malam malam nangis bawah selimut.kesian tau.

kalau belajar,aku rasa suasana asrama lagi efisien kot.tapi,bergantung jugak lah dengan siapa kita berkawan.kalau dengan orang yang kuat belajar,kita pon serba sedikit terikut sekali.dah kalau semua orang study pastu taknak layan kau merepek,takkan kau nak bercakap dengan meja pulak kan.otomatik terus bukak buku dan pura pura belajar.kalau kat rumah mana bolehhh.banyak dugaan.dengan sinetron petang petang,cerekarama malam malam,lepastu cerita seram lagi.doplohpat jam cerita best,celah mana kau nak study?belum kira internet super laju,sms tak henti,dengan adik adik buat bising lagi.kan?

senang cerita asrama dengan rumah dua dua ada kelebihan dan kekurangan sendiri.kalau nak list memang tak habis.ni pun aku rasa dah macam nak buat karangan SPM tajuk "perbezaan duduk di rumah dan di asrama".hah! sesuka hati aku je nak bagi tajuk kan.eh eh eh aku rasa macam pes time je buat entry yang ada ilmu sikit.takde lah ilmu sangat.tapi siapa yang dapat asrama tu boleh le tahu serba sedikit kehidupan kat asrama kan.sobsobsob,berjaya jugak aku buat entry sebegini.yalah,selama nih entry aku banyak yang sampah!

terimakasih pada sesape yang baca sampai habis =)