aku terlambat ke?tolonglah kata tak!

assalamualaikum.

haha.gua datang lagi.tadi takde idea.sekarang pon takde idea jugak.
tapi,gua datang nak kasi lu olang tengok gua punye gambar raya.gua lambat.ya,gua tau.tapi,ade gua kesah?

ceittt,dah lah menyemakkan dashboard orang,nak cakap kasar pulak.ok lah,maafkan daku wahai orang kampung semua.

nah,gamba raya yang dah basi baru nak post dekat blog pada hari raya ke, eh ke berape ek?
dush!sejak sejak final exam nih.hari waktu semua tak tau.kira sendiri lah.

ok,mempersembahkan . . .*guna mikrofon ok*




GAMBAR RAJAH PERTAMA




GAMBAR RAJAH KEDUA




gambar diedit kasi tambah efek basi sikit.yalah dok peram lama lama,raya nak habis baru nak upload.ok fine lah.aku je yang ketinggalan.eh,ade wilcha.gila cool nenek aku.geng usop wilcha dia nih.eh,mintak ampun nenek!bukan,bukan.wilcha tu bukan dia yang punya.ahmad albab yang punya!kan,nek?

eh ape?ape?
bila pulak aku buat pertandingan CARI PERBEZAAN ANTARA DUA GAMBAR?
amboi kemain lagi senah membahan aku ye.mentang mentang lah gambar dia malam raya lagi dah posing pakai baju raya terus upload kat blog.jadahnya.

hmm,ini je gambar raya yang aku ade.sadis,bukan?orang lain punye lah berjuta juta juta gambar.aku?cuma ada dua gambar yang lebih kurang sama je cuma ambil dari angle lain lain.cis cis cis ini sungguh tak cool.tapi,sape kesah?kau mampu ambik gamba dua keping je di hari raya?hah mampu?mampu?

takpelah.tunggu dslr jatuh dari langit,siaplah kau senah.

ok lah,nak pergi layan lagu raya sambil menatap gambar raya dua ratus keping nih.bai!

beku beku beku!

assalamualaikum.

otak aku beku.dah lama tak mengupdate,korang rasa apa aku nak cerita hari nih?

hah betulll tu kak senah! sembilan setengah markah untuk kak senah.yehuu,yehuuu.tepuk tangan.cis! = ="

aku takde benda nak cerita.kenapa ya agak nya?aku dah takde semangat nak menaip entry.satu pun idea gedik gedik menyampah taknak keluar.kang aku cerita aku makan apa hari nih,mandi guna air berapa gelen, baju basuh berapa helai,nasik makan berapa butir,aku kompom! paling cikai pon dapat maki hamun sebakul dua.ala,tapi aku memang suka tulis macam tuh pon.gedik!

ade idea tak?ade idea tak?kongsi lah.jangan kedekut.bagitau mak kang baru tau.

sape bagi idea,nah royalti sebab sudi bagi cadangan!*hulur duit seposen*

eh eh senah,mail,kiah!cadangan belum ditutup lagi lah.melampau.kemain lagi si kiah kata "cadangan ditutup,cadangan ditutup".amboiii,nak royalti sensorang la tuh.




eh ok la ok la.nak pegi cairkan otak yang dah beku nih.bak lighter!

aku masih orang lama

assalamualaikum.

ini short update ye.kalau aku taip panjang panjang hari nih korang tolong ketuk jari aku boleh?

ini kerana, (ewahh ahli dewan bahasa le tu) ok, ini kerana aku takda benda pon nak cerita.

ya,blog dah berubah.eh,korang perasan eh?malu malu malu.menyampah!
tapi,ingat eh!tolong tolong dan tolong wahai mak jemah,kak senah bang mail serta suku sakat beliau.blog je berubah.ascil tetap yang dulu.tak maen lah kiut kiut nih.jiwa kiut takpe.

haishhh, aku rasa blog aku kali nih macam tak kena je dengan gaya aku.terlampau kiut.
tapi,takpalah.sekali sekala buang tebiat apa salahnya.kau kisah?eh salah,awak kisah?dushh
terlupa pulak.blog dah comel.bahasew pon kenew lah comewl comewl.euwwww,baru nam patah perkataan cakap cenggitu boleh tercirit aku kat sini.

okelah.janji tetap janji derr.gua behenti setakat ini saja.short entry kan?tak payah nak gatal tangan tu menaip lagi.

behenti ascil,behenti! oh man,sumpah degil tangan nih! 

"kelekuuukkkk!"kan bang mail dah ketuk jari aku.

ok lah,ok lah.bai!



ni lah padahnya teringin nak jadi princess.

assalamualaikum.

yaww bro bro dan sis sis.bro yang jelita dan sis yang hensem,anda apa khabar?

cis!mukadimah gedik betul.

dah lama aku tak update ini blog.perghhh rasa macam dah dimamah usia je blog aku ni.makin hari,makin tak terjaga.makin hari,makin bersepah.sama sepah macam tuan dia.tuan dia jalan bersepah.macam ketam ajar anak jalan menyenget.pftttt.

eh, aku baru lepas jawab paper BEL. hah gila tak gila hari nih paper BEL semalam baru terkedek kedek beli dictionary.oh man!makin nipis lah duit raya aku.ada sesape nak bagi duit raya lagi?kemon lah, ni bulan raya lagi.*tadah tangan*

ehem ehem,kengkawan semua!nampak tak header blog aku yang gedik tak berapa nak gedik tu?ala,tak nampak pon tolonglah buat buat nampak.please weyh.
hah,nampak?nampak?
cer teka sape yang editkan untuk aku?
tekalah,tekalah.

maka,aku berdialog sengsorang.hey,mana semua orang nih?tak menyahut pon.takpelah aku bebel sengsorang pon,aku yang gila.kan kan kan?

hah,header di atas tu diedit oleh kawansampaimati aku.hah sape?korang tau ke?

ni lah orang nya.jeng jeng jenggg!!





*oh man!sorry aku tak bole printscreen gambo dia.tak tahu apsal*
korang pergi la add dia.mana le tau gambo korang pulak yang diedit.ahahah.


serius terharu.walaupon aku yang paksa dia buat.ni kes paksaan tau.tapi,kesungguhan dia nak buat tu memang aku salute ah!dah lah kitorang tengah final exam nih.entah celah mana masa dia buat ntah.aku rasa aku tak cukup masa je study week nih,dia pulak lebih lebih masa sampai boleh edit gambo nih.aku pikir after exam baru dia nak editkan.so sweet lah nadia.cewahhh,dah edit gambo baru nak puji sweet lah?




hah cantik tak?pandai kau edit nad.
puji lebih sikit,kang boleh dia editkan lagi.kuikuikuii,sumpah jahat.
eh,jap!abaikan puteri yang macam tersepit kat celah tingkap tuh.
amboi kemain nak jadik princess kau ya ascil.

eh bukanlah,ni konon konon tengah tunggu putera idaman naik kuda selamatkan dari dunia tak berapa nak magika tuh.
tapi,tak cool la derrr.meh kita adaptasikan dalam dunia moden ni.
cool sangat ke naik kuda tu?
aku tengah tunggu putera bawak formula one.jom kita test semput tak semput aku naik.

apa apa pon aku nak ucapkan jutaan terima kasih ya kepada kawansampaimati aku,sebab tolong editkan gambo nih.hah,tak kire puteri tersepit ke tak tersepit ke.janji cantik kau edit.nanti aku belanja air milo secawan ek siap free kepak warna warni lagi.amboi,laju kau mengangguk ye nad?pantang dengar belanja.

hmm,terimakasih lagi sekali.last skali meh nak cakap.aku puas hati dengan usaha kau nad.
camna bahagi masa ek?kenapa aku rasa macam aku tak cukup masa?bagi tipss sikit.
papepon,gua salute sama lu derr!tenkiu so much!
*eh cover!cover!dah duablas cm persegi dah mengembang hidung tu nad oiii.

hah sape berani komen gambar nih?baik bagitahu,nanti aku sampaikan dekat nad.

ok bai!




test,exam,salah chapter,henset punya hal.hah!panjang tak title aku?

assalamualaikum.

awas!entry ini sangat panjang.

hai kawan kawan semua.kawan lama,kawan baru,tak kire lah!semua aku ucap hai!

hah lamakan aku tak update blog?serius busy minggu nih.dah nak dekat final ingatkan makin free,rupanya makin busy.dengan esaimennye,testnye.kemain lagi.haishhh bayangkan,minggu depan pon aku ade lagi dua test.sedangkan,final exam dah nak start dah.oh man!separuh gila jadinya.nasib separuh lagi otak aku nih masih waras.tapi,jangan risau lah.aku tak gila sepenuhnya lagi.janganlah malu nak kawan aku.kita kawan kan kan kan?

update kali ni penuh cerita sedih.jadi,tolonglah bagi sedikit simpati kepada tuan punya blog nih.sobsobsobbbb.*muka tak malu mintak simpati*tolonglah,tolonglah,tolonglah.tak berenti sampai ada orang baling kasut.oh,ini bukan simpati yang aku dapat,tapi kasut.takpelah,tau tau je kasut pergi kelas aku dah haus tapaknya.jalan jalan asyik licin nak terjatuh je.serius rasa nak kaki ayam pergi kelas.

eh,tengok tu.apa yang aku merepek pon tak tau.

ok sambung cerita.semalam hari sabtu aku ada dua test iaitu ECM dengan CSC dan!ada dan ya murid murid.dan juga aku ada exam JPAM.hah tau tak JPAM tu apa?subjek koko kitorang iaitu pertahanan awam.serius menyibuk.kalau semalam takde exam JPAM kompom aku boleh fokuskan bijik mata dekat CSC yang bapak susah dengan ECM yang abah susah tu.

malam sebelum tu,aku bacalah ECM yang memang perlukan kita untuk membaca kalau tak,kompom kaupergihantarkertasdanbalikjelah.huh!aku pon dengan khusyuk dan tawadhuknya membaca,dan baca,dan baca.sampai lah aku dah habis dua chapter baru aku perasan salah satu chapter yang aku baca ialah chapter yang SALAH!terus aku nangis sebab ada lagi dua chapter aku tak cover lagi.pulak tu,aku tak baca lagi CSC dan JPAM.jadah apa aku baca salah chapter!

lepas dah kena tendang,eh,kena tenang dengan kengkawan aku yang semua berlagak nak jadi super mak untuk tolong aku,maka aku pon ok semula dan terus baca dan baca dan baca sampai lah pagi sabtu tu.kalau nak tau,aku tidur satu jam setengah je.tak bagus ye anak anak.jangan tiru aksi ini.kalau ada exam atau test esok hari,tolonglah jangan tido lambat lambat.nanti otak blurrr.pesanan khidmat masyarakat nih ditujukan khas untuk anda anda semua.eh,termerepek lagi.sambung balik!

pukul 10 pagi,aku pergi test CSC.Alhamdulillah,dengan kuasa pakai hentam yang aku ada sejak azali lagi,dengan cool nya aku menjawab soalan tu.yalah,pakai hentam kan.apa pon boleh.eh jap,tak sangka aku berbakat dalam 'ilmu pakai hentam' nih.hah sape nak berguru dengan aku?

kemudian,pukul 2.30petang pulak aku pergi menjawab soalan JPAM.dengan muka bajet perwira negara aku pergi menjawab.ya,aku ahli pertahanan awam yang sangat berdedikasi ya.maka,setengah jam aku menjawab dan selebihnya aku qada tido aku yang malam tadi tu.nasib tak berdengkur kuat kuat macam kelas tu tok abah aku yang punya.tak pon, tido tak hengat sampai dah macam naek roller coaster dah berpusing 360 darjah.eh,sorry sikit.aku tidur sopan ya.air liur basi pon segan segan je nak keluar.

3.30petang habis paper JPAM terus berlari marathon *sumpah tipu* eh aku terus berjalan ke laman perdana sebab pukul 4petang pulak aku ada test ECM.ya,aku ingat lagi aku duk kat tangga laman perdana tu baca balik nota nota dan cover balik chapter yang aku tersalah baca tu.dah macam melukut di tepi tangga pulak.sebelum aku masuk dewan nak menjawab.*eh takdelah dewan sangat* aku sedar henset aku hilang!ya,macam tak percaya je aku akan kehilangan henset aku tu.sedangkan pergi memana pon aku tak bole tinggalkan henset tu.tiap saat kalau boleh.


inilah henset aku yang hilang tu.sejibik weyhhhhh.rindunya!
ok aku tau ini henset cikai.bai!

aku tak sempat nak cari,terus masuk dewan nak menjawab.masuk dewan tak boleh tahan.rasa nak nangis kuat kuat siap dengan hentak hentak kaki lagi.tapi,kalau nak pelempang free cuba jelah kau buat.hah siap ada extra kerusi lagi.'eh kerusi ni dari langit ke?'pelik.lepas dua saat,baru sedar.oh,ada orang baling kerusi rupanya.huh,aku taknak amik risiko macam tu.jadi,aku tahan jelah.paper tu sepatotnya dua jam tapi sebabkan aku asyik pikir pasal henset aku sampai aku lupa apa yang aku belajar,satu jam je aku hentam buat dan terus keluar dari dewan.

aku pergi cari henset kat semua tempat yang aku pergi.tapi,tak jumpa.terus aku balik. menangis terus!gila weyh.itu henset pertama kesayangan aku.henset tu pon tak birthday lagi tau.birthday dia akan datang tak lama lagi.sebab aku beli henfon tu bulan 9 tahun lepas.tak sempat dia setahun dengan aku.cis cis cis!

lepas menangis dua baldi,aku terpikir pulak.betapa penatnya aku study ECM sampaikan aku tak tidur,aku tak dapat jawab pon test.semua sebab asyik dok pikir henset kat mana,henset kat mana.padahal soalan semuanya senang.aku tau aku baca malam tu tapi aku tak ingat apa apa.terkilan weyh.lagi terkilan bila aku tak dapat kol mak aku.aku dah set dah.habis test nak kol ibu.tapi,tak sangka camni jadinya.

malam tadi baru aku kol ibu guna henset kawan aku.sebabnya,petang tu aku tak de keberanian lagi nak bagi tau kat ibu aku pasal benda nih.dan,malam tadi aku dah buat pon report kat pak guard.harap harap jumpa.terima kasih kawan sebab kasi pinjam henfon.

pagi tadi,aku dah macam meracau dah bangun bangun tidur terus raba raba bawah bantal.lepastu,terus tanya "mana henset aku ea?" dush!tepuk dahi.lupa yang henset aku dah hilang.sekarang asyik sindrom seluk poket pastu gelabah cari henset.tepuk dahi lagi sekali.ascil,kan henset kau dah hilang.oh man!baru sehari aku dah rindu kau henset.harap kita berjumpa lagi.sobsobsobbb.



p/s : aku terpikir.ini baru henset yang hilang.dah meracau tak tentu hala.aku tak boleh 
         bayangkan kalau kita hilang orang yang kita sayang.contohnya,orang yang hilang anak 
         tu,macam mana lah perasaan diorang kan?bersyukur.dugaan aku ni baru seciput.orang 
         lain lagi lah dugaan mencabar.bersyukur ascil,bersyukur.
p/s lagi : eh aku dah nangis dua kali.tulah,selama ni susah menangis.sekali,hambik kau!

ok lah bai!






perut.

assalamualaikum.

kami datang nak beraya!!!

oh man,*sambil tepuk dahi*bebudak ni dah mai dah.takpe takpe.jemputlah masuk ke dunia magika saya!dah nama pon magika kan?duit raya pon magika lah ek.tutup mata dan bayangkan je.

apa?nak duit raya real?oh tidak!aku pon tak dapat duit raya banyak gara gara tertidor (memang tido mati) masa tetamu tetamu datang.pfffttt burn berpuluh ringgit,tido punye pasal.
eh eh ascil,apa nih?niat nak dapat duit raya je ke?astaghfirullah.almaklumlah syaitonirrajim dah terlepas.perangai tamak haloba tu pon datang lah!
*dah lah,dah lah,kalau dah memang dasar tamak haloba tu tak payah nak selindung selindung.

aku dah sampai penang sekarang.ingatkan nafsu nak buat esaimen tu melonjak lonjak.rupe rupenye sama je.kerja tak gerak gerak.hantuk sikit kepala dekat lantai.

disebabkan aku dah sampai penang,nafsu raya aku pon dah takde.haishh.tengok header pon dah bertukar semula gara gara takde semangat nak raya.ingatkan nak letak header hari raya tu selama sebulan beraya.tapi,tak senang hati lah kalau bukak bukak blog tak dapat tengok budak kecik tengah mewarna pelangi,tapi tengok budak pakai shawl senyum ayu konon bajet cun la tuh.oh,ini sungguh tak best.untuk mengelakkan efek makan rendang sampai tercirit,lebih baik aku remove header hari raya tuh.

ok,remove dah.sekarang,lebih selesa.

kepada kengkawan.makan ketupat rendang segala jangan banyak banyak.kang tercherry berry sape nak tanggung.habis pulak duit raya nak kena beli pil chi kit teck aun.ini kejadian benar ye.selalu berlaku pada minggu pertama beraya.pernah tak alami apabila jamban rumah anda dah rupa jamban awam kat stesen minyak?penuh orang beratur.penat berpikir "oh,ini jamban rumah i rupenye."aha,pernah la tuh.baik mengaku.

jadi,moral of da story yaww,sayangilah perut anda setiap hari.*iklan vitagen*


nak jaga perut?hah nah hambik nih.


ok chowww!