entry jujur

assalamualaikum.

hi how are you??ahahah.jangan risau kawan kawan.ini bukan virus 'hi how r you?' yang dok serang fesbuk tuh.ini bukan COBAAN.ini betul betul aku yang tanya.jadi,anda bebas menjawabnye okayy.harap korang semua sihatlah hendaknye kan.kan dah nak puasa.tak mau sakit sakit.

amboiii.tu diaa kemain panjang intro aku.

ok lah.nih nak citer sikit nih.korang,korang dan korang minat nasyid tak?

siapa yang jawab ya tu,Alhamdulillah.
siapa yang jawab tak,jangan malu malu,jangan segan segan,sepp sikit.kita sama.
*opsss terjujur pulak.

ok lah ye,secara jujurnye,dulu aku kurang berminat la nak dengar nasyid nasyid nih.even kumpulan nasyid sekolah aku pon.dushh tepuk dahi.lagi sekali,terjujur pulak.

but,semalam.

waktu majlis penutupan majlis unifes untuk uitm kali nih diorang jemput kumpulan mestica.ya,MESTICA.first first dengar,what?mestica?sejujurnye untuk ketiga kali.aku tak pernah dengar pon.yalah,even aku kurang minat nasyid pon tapi aku still layan jugak lagu lagu dari kumpulan macam UNIC,in team,devotees,dehearty semua tuh.kirenye aku bukan lah zero sangat bab bab nasyid nih.tapi,lagu lagu dari mestica,erkkk mungkin ada tersilap pandang ke sampai aku tak sedar wujudnye kumpulan tuh.maaf lah.sentap pulak abang abang mestica ni kang.


ni hah kumpulan mestica.

semalam,disebabkan housemate aku semua keluar ntah kemana,aku pon terus mesej su,kawan klas aku ajak dia pergi tengok majlis penutupan tuh.sementara free ni kan,apa salah nya sekali sekala memeriahkan majlis.ewahh!su pon okayyy je sebab dia minat kumpulan mestica tuh.hah kau,aku maen sarung je tshirt hard rock cafe tu.tak kena gaya nak tengok nasyid pakai cenggitu.habislah kalau mak mentua tau.

mula mula tu,aku rasa cam bosan jugak lah.jujurnye lagi sekali aku tak dengar pon ucapan kat depan tuh.pasang earphone memang fevret aku bila masuk dewan dengar ceramah.jahatnye aku kan?pastuh last last, time dah nak start konsert mestica tu tengok tengok pehal mamat uitm yang ada atas pentas.diorang kata mestica tak jadi datang and diorang yang akan ganti.su kat sebelah dah rasa nak baling kerusi dah.ini tipu.haha.bukan su je,senah,joyah dengan rokiah pon cenggitu.aku buat cool je sebab tak tau kenapa instinct aku kuat mengatakan yang diorang mesti saje je nak buat gimik.

then,cer teka?betul apa yang aku pikir.hah kau.time korus tetibe lak mestica masuk.wacakaplu su!diorang mesti blakang pentas punye.nasib su tak bangun pergi belakang pentas carik diorang.

lagu first diorang nyanyi tajuknye layar keinsafan.tak tau knape dan apa daya tarikannya,aku terus cabut earphone kat telinga.memang tertarik lah orang tua tua kata.terus sebak.haishhhh.bila diorang muncul atas pentas,tak tau kenapa aku eksaited kemain macam lah abang abang mestica tu jiran sebelah rumah aku.padahal aku tak kenal pon diorang.

diorang pon jenis pandai attrack orang.klakar.semua orang gelak gelak.aku pon same.lagi terok agaknye aku gelak.lagi satu kan,lagu diorang memang best best wacakaplu.terus ubah pemikiran aku,nasyid bukan satu musik je weyh.ini nasyid bukan typical nasyid.semua jenis melodi diorang boleh bawak.yang terkejut,ade jugak lagu dia yang unsur musik hard rock.teros aku pandang baju hard rock cafe aku tuh.tak sia sia aku pakai baju nih.ahahah*gelak dalam hati*

ni nak cakap lah korang,nasyid sebenarnye best.nasyid sekarang bagi aku lebih dekat dengan remaja.musik and melodinyalah maksud aku.tapi,bukan tu yang kite patot amik tau.bak kata mestica sendiri,bukan musik dia yang penting.tapi,lirik liriknya tu.aishhh rugi tak pernah amik tau pasal nasyid.lagu lagu diorang boleh buatkan tenang.even musik dia hard rock.=p

serious,lepas nih,aku harus ambik tau.yeah mestica harus kembang hidung sikit tarik nafas lega sebab bertambah lagi sorang peminat.haha!

ok lah perut bunyi bunyi.dah lebih kurang irama nasyid mestica.gua nak pagi makan.

chow dulu!



p/s : alahaiiii,niat nak bermimpi mestica nyanyi untuk aku,tapi sir saipul pulak yang masuk mimpi aku.cis cis cis!

p/s lagi : cer tengok http://mymestica.blogspot.com/.








puasa jangan tak puasa

assalamualaikum.hai sabtu!hai kawan kawan!

hah lame kan aku tak update blog.baru korang tau betapa busynye aku.mak jemah pon tak busy cenggini apatah lagi kiah yang menjual karipap tuh.

haisshhh bilelah assignment and test nak berenti menghantui aku.*silalah bersimpati.

bulan puasa nak dekat dah.tak sabar rasanya kan.eh eh,tak baik tau.bukan sebab tak sabar nak pergi bazar Ramadhan pastuh habiskan duit beli murtabak dengan tepung pelita..ish korang nih.mentang mentang nak puasa,ingat makanan je.

bukannya apa,bulan puasalah kita boleh kumpul pahala banyak banyak,pastu kawal nafsu serakah kita dalam semua benda kan.hah,kawal nafsu makan pon ye jugak.tu diaa kiah,boleh kurus lah kau bile puasa sebulan.jangan waktu berbuka kau balun segala jadah sampai nak terkeluar isi perut sudah.aishhhh,dapatlah kite insaf sikit.kite at least dapat jugak makan.orang orang yang hidup susah tu cemana lah kan?*ok,nak nangis pulak rasanya.sobsobsobbb.kite ni untung lah,kais pagi makan spaghetti,kais petang makan mekdi.sila tadah tangan dan bersukur okayyy.

Alhamdulillah.

lagi satu,puasa jangan yangyuk,pagi pagi bukak periuk.aku tak tau yangyuk tu ape,tapi dulu time kecik kecik mak aku selalu sebut.dia dah tau anak dia ni perangai cemana.suka pura pura terbatal puasa.apalah salah aku.selalu tersuap diri sendiri bila waktu puasa ibu suruh suap adik nestum.korang rasa itu salah aku ke?aku tak rasa salah aku.semuanya salah nestum sebab bau dia sedap sangat.tengok,kan aku dah termakan!

aku start puasa umur 6 tahun.aku puasa penuh weyh.takde istilah puasa sekerat sekerat hari dalam kamus hidup aku even time tuh masa kat tadika budak india tuh makan twiggies depan aku sambil cakap "SEDAPNYEEEE".ah,tak perlu begitu ye.aku tetap nak puasa penuh.*tapi mata tetap pandang twiggies tu jugak*.dalam hati,takpe petang karang nak pergi bazar ramadhan beli tepung pelita.elehhh.itulah budak kecik,puasa puasa jugak,tapi,mintak habuan pulak.tak duit raya lebih,kena pancing beli benda best best.aku pon tergolong jugak.tak senonohnye aku.=____=

korang pulak camtu ke dulu?ke aku sorang je tak senonoh cenggitu?
share lah.mane tau kite same boleh seppp sikit.

ok lah kawan kawan.ape ape pon,
.
.
.
.
.
.
ini kiah dan suaminya.

















putus cinta?

assalamualaikum.

malam malam memang syiokkk berjalan jalan di alam maya.itu yang aku tengah buat tadi.sampai terlupa homework atas meja berlambak.buku sepah sepah.konon ulat buku lah.ascil,ascil kau ni ulat bulu adelah.ataupun ulat beluncas.mungkin lagi comel.

penatlah.tak sangka jalan jalan kat alam maya pon boleh penat.kan best ade takikopta doraemon tu.senang nak terbang ke sana,terbang ke sini.boleh singgah dekat blog kak senah kejap.pastu pergi blog gayah,dah baca baca habis boleh pergi blog mail.hah,kan senang?

'bro,kasi pinjam piring terbang atas kepala u tu boleh ka?'


tak boleh!nanti kau salahgunakan!


elehhhhhhh,ingat aku ni macam nobita ke?aishhh.takpelah.demi menyahut seruan 'kempen berjalan kaki'.maka,berjalan kaki pon tak apalah.boleh sihatkan tubuh badan dan boleh kurangkan lemak lemak tepu jugak.cuma,berjalan di alam maya boleh ke hapuskan lemak??
=___=

terpaksa akur yang otak masih belum matang.haishhh.maaf ye tuan tuan dan puan puan.

ok sekarang kita berbincang secara matang ye *sambil betulkan spek mata*.muka dah habis serius nih.so,korang pon kena serius okayy.aku pelik dengan keadaan sekarang.ini bukan program pelik tapi benar ye kawan kawan.cuma,aku je yang tengah kebingungan sorang sorang sambil buat muka pelik eksotik.

ok.aku pelik kenapa aku dikelilingi oleh orang orang yang tengah ada problem dengan relationship diorang sekarang.sana aku pergi,orang kat sana putus cinta.sini aku pergi,orang kat sini tengah perang besar dengan partner dia.kalau sinun aku pergi,ade pulak yang tengah bersedih nangis nangis bagai.

semuanya sebab apa?sebab CINTA.

bukan nak kata rimas.cuma aku pelik je.sampaikan kadang kadang dalam sehari je aku mengalami tiga situasi yang sama.semua nak putus cinta.ayat lebih kurang pulak tuh.kopi n pes ke ape korang nih.

bagi orang yang takde pengalaman bercinta macam aku,memang aku rasa pelik lah kot.
menangis untuk lelaki bagi aku sangat tak cool.memang senang bila cakap,tapi,mungkin aku sendiri tak pernah rasa sakitnye putus cinta tuh.mungkin satu hari nanti,mana tau kena batang hidung yang kurang mancung nih kan.tapi harap harap tak lah,mintak dijauhkan.





inilah penangan orang bercinta rupenye.

yang aku tau,masa sebelum dapat seseorang yang disukai tuh,kemain ayat baek punye.pijak semut pon semut segan segan je nak mati.jadi,semut pura pura mati jelah.eh termerapu pulak.dah lah tu,setiap saat kalau boleh nak mesej.sambil berak pon nak mesej.nasib tak baik,maunye henpon termasuk dalam lubang jamban.

bak kata kawan aku punye kawan punye kawan,sebelum kapel nak korek hidung pon tak sempat.apa taknya,baru nak korek,mesej pulak masuk.bila dah kapel,hahhh hambikk kau korek dua dua lubang hidung sampai jadik besar gedabak pon boleh.mesej tak masuk masuk pulak.aku rasa memang betul cakap kawan aku tuh walaupon macam geli geli je dengar ayat dia kan.

haishhhh,ape nak jadilah.



p/s : nyah kau,perasaan pelik.aku nak tidur dengan aman.







terpaksa lah.

assalamualaikum.

tak tau nak cerita apa.esok ahad.ya,aku tau esok ade cerita melodi,ade cerita nona ade cerita macam macam.yang penting hindustan takde hari ahad.ala,tak dapat nak tengok kojol,preity zinta a.k.a ascil atau semua semua yang khan khan tu menari guling guling atas tanah sambil ganti ganti baju dengan kadar cepat.=___= 
tapi,lagi penting ni nak kasitau nih.esok aku dah kena chiao berambus balik penang.oh,tidak!rasa nak pura pura pengsan atas tilam empuk saiz king je.*gedebuk*

Alhamdulillah sekarang perut belum lagi merajuk tak mau makan.semua ibu masak,aku tedas dengan sungguh sungguh.benda sedap,takkan tak makan kan.membazir weyh.membazir tu amalan syaitonnirajim.tak baik ye anak anak.

hari nih je aku dah makan dengan penuh suka hati.bila perut senang,hati pon senang la kan.jangan esok perut buat hal sudah.'jangan perut,jangan.esok kita kan nak jalan jauh.jangan buat pasal nak meragam pulak ye.'biasalah,perut ni kena kasi pujuk pujuk sikit.kang dia buat hal tak memasal aku suruh drebar bas tuh benti tepi jalan pulak.huh,mintak dijauhkan.

kalau nangis sambil hentak hentak kaki sebab tak mau balik kang kena marah pulak,sah sah kena gelar 'otak senget'.mak mentua elok elok berkenan nak buat menantu pon terpaksa reject.tak sihat agaknya budak nih.jadi,untuk mengelakkan terjadi benda benda cenggini,terpaksa lah akur.esok ahad,dah memang sah kena balik penang.redha je dah tak boleh bergosip lagi dengan markonah,latipah dan joyah.sobsobsobb lagi.

solutionnye,sambil duduk tunggu bas pura pura buat iklan tak berbayar.pastu kata 'kawan kawan,saya tak mau balik ke penang.anda pula bagaimana?'*angkat kening sikit ya kasi tambah efek sombong bongkaktahap mega*
*dush!sah kena penampor sulung dari pakcik yang duduk kat sebelah anda.
.
.
.
.


sekarang rasa nak nangis sambil makan otak otak je.sobsobsobbbb*ini nangis sopan ye*
sila bayangkan dengan kadar segera.alahaiii.






esok nak menyorok belakang kertas camni lah.tak nak balik penang!



tak sedia lagi. . .

assalamualaikum.

hai kawan kawan baru,selamat berkenalan okayyyy.*salam*
jap,ada bau bau cemburu lah kat sini.oh,terlupa pulak!hai jugak dekat kawan kawan lama.tak mau jeles jeles.hari nih kan hari jumaat.buang sikap jeles jeles tuh okayy.bukan setakat jumaat,hari sabtu pon tak boleh jeles,hari ahad pon tak boleh jeles hatta hari hari apa sekalipon.paham ye murid murid?
.
.
.

sedih lah weyh.esok nak sabtu dah.lepastu,kompom kompom ahad pulak menjengukkan diri.tak suka,tau?

ahad dah nak balik penang dah.ah!mula dah,mula dah.sobsobbbsobb.*lap hingus sebab air mata dah kering*

lepas ni tak dapat rasa masakan ibu yang sedap kemain tuh.tak dapat nak bergurau dengan ayah.tak dapat jugak nak gaduh gaduh manja mintak dilempang dengan kaklong,kakngah,kakak,adik.pulak tu,tak dapat aku nak bergosip dengan orang kampung,senah,markonah,latipah dan mail lambung sekalipon.nak makan kuih karipap yang kak kiah jual tu apatah lagi,kena tunggu cuti sem akan datanglah gamaknya.

tengok,betapa ruginya kalau cuti yang diberi secoet cuma sampaikan nak betul betul hirup oksigen  tercemar bersih dekat kolumpo ni pon tak sempat.pasar malam pon sempat pergi sekali je.tu pon sebab nak puaskan nafsu makan apam balik cheese yang gila awesome tu.kalau tak,haram tak pegi joyah oiii.lebih afdal badan ni dibiarkan rehat je untuk persediaan mental dan fizikal untuk ahad nanti.apa taknya,ahad kena angkat beg yang berpikul pikul.kalah orang nak berpindah.padahal,midsem seminggu je.ini normal ye,kawan kawan.jangan buat muka pelik.


cemane aku nak angkut nanti?huhhhh*mengeluh sambil lap dahi*


takpelah kawan kawan.doakan aku selamat dalam perjalanan dan selamat sampai jeti penang .macam tu aku naik bas,macam tu jugaklah aku turun bas.

cuma kalau gemuk time aku naik,harap harap kuruslah bila turun bas nanti.kan best?



p/s :aishhhhh,kena on diet balik next week.





teringat pulak . . .

assalamualaikum sekalian manusia!
ini dia jun jun atun penjaga ahmad albab yang diimport dari dunia magika sudah datang.HA HA HA!*gelak harus besar besar sikit okayy*

*erk,tercekik tulang*

tulah,gelak lagi kuat kuat,memekak je.

oklah,sangat geram ye hari nih.sobsobbbb,jap,nangis dulu.pagi tadi lepas mandi,carik carik lah seluar tracksuit untuk dipakai sebab seluar semua dah dibasuh.seluar yang elok elok pulak tak bawak balik rumah.tinggal je dekat penang.kalau bawak alamatnya,senget sebelah lah bahu aku nih.barang yang aku bawak ni pon dah terlalu banyak sampai terkeluar semua peluh jantan dari uitm nak ke jeti pikul beg.perghhh,berat nak mampos!tapi,itu bukan lah isu yang mahu dikupas pada hari nih ye hadirin hadirat sekalian.*nada serius*

ok,kita teruskan.lepas tu aku carik punye carik sampai juling mata.ahhhhhh!tak jumpa.

yup,tak jumpe.tapi,aku terjumpa dua helai seluar.

cer teka,cer teka!

hah,aku jumpa sluar slack PLKN yang dapat dua helai tuh.cis,aku ingat seluar nih and barang barang PLKN aku tu dah terlupus ditelan bumi,rupenye wujud lagi dekat bilik nih.cis!cis! dan cis!

aku pon belek belek lah seluar tuh.ah,gasakkk lah!dah takde seluar tracksuit langsung,jom buang tebiat pakai seluar slack dalam rumah.maka,aku pon pakai lah.

lagi satu hal,tak muat pulakkk dahhh.dulu time kat PLKN,longgar kemain.siap pakai tali pinggang lagi.sekarang,masuk sebelah kaki pon tak boleh.dulu nampak straight cut,sekarang seluar slack tu dah macam skinny.oh,tidak!!ni satu petanda buruk.tolong weyh,rasa nak talipon bomba sekarang nak bagitau betapa sedihnya aku.=(

solutionnye,terpaksa pakai tracksuit yang dah uzur mintak dibuang dalam tong sampah.
lebih baik ada,daripada takde kan.

ish,teringat pulak zaman PLKN,walaupon aku tak suke,tak suke,tak suke waktu nak pergi.tapi,time nak balik rumah pulak aku jadik tak nak,tak nak,tak nak balikkkk.huh,dasar anak tak kenang budi.tak hengat nak balik rumah ke.

bukannya ape,banyak kenangan tak boleh lupa.indah indah semua.erk,kecuali kenangan muka dah jadik hitam belegam,berkilat kilat kalah kuali mak aku.oh,itu bukan kenangan indah.syuhhhh,syuhhh!nasib waktu balik,mak aku masih kenal aku.tak payah buat kawad cam nak carik anak sendiri.dah aku memang dilahirkan gelap pon,ape ade hal?

tapi,memang serius lah.banyak yang best.nak cerita pon susah.kena pakai bahasa isyarat gamaknya.ataupon translate kepada bahasa alien.ahh!pokoknya,memang susah lah nak cerita.meh,kasi tengok gambo jelah ye.meh,meh semua.





ini aksi gedik.sila abaikan.


kenangan ku,bersamamuuu lalalla *mood : ahmad jais*


ini kawan baik lain mak,lain bapak.tengah makan aiskrim harga singgit 
tapi rasa setanding koneto.


ini pulak rombongan cik kiah.bersatu menentang sesiapa yang
 berkuku panjang.


tu diaaa bersama senah,bedah,latipah,joyah dan lain lain.



sekian saja segmen 'teringat pulak' kita pada hari nih ye.semoga hadirin dan hadirat berpuas hati dengan gambo yang seciput cuma nih.tak mampu den nak mengupload banyak banyak gara gara kelajuan berukband yang sama tahap dengan siput babi .terpaksa salahkan siput babi.sape suruh jalan sambil dok berpikir sama ada dia siput atau babi.orang dah kata kamu tu siput babi,siput babilah!toksah dok pikir sangat lah.tengok,kan dah lambat berjalan mengensot tu.





ini SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER.


assalamualaikum anda anda yang disini,disana,disinun.daripada tak buat apa apa.meh meh sini nak habaq mai nih.

hari ni,saat ini,detik nih.pertama kalinya aku nak join benda benda macam nih.

sangat bagus ye anak anak,adik adik,kawan kawan,ibu ibu dan bapa bapa untuk menambahkan lagi follower korang.

dan sangat sangat bagus untuk aku yang ketandusan follower nih.sobsobsobbb=(

eh eh,sape kate tamak?tak,bukan bukan.tujuannye macam yang kita cakap tadi lah.plus plus kan follower.i follow u,u follow me back.lepastu boleh jadi model iklan follow me.ok ini tipu.

ok sape mau join,sila silalah dan sudi sudilah klik di bawah skali nanti.

hah,kak kiah,kak senah,bang mail,apa lagi??

jomlah!




p/s : terima kasih cik atin yang penat sampai berpeluh peluh ajar aku nak print screen.jenuh beliau ajar sambil lap lap peluh lagi.penat kan.sorry lah,saya ni memang benak sikit.ajar berkali kali pon tak paham.terima kaseh!



kuku oh kuku

yawww!assalamualaikum kawan kawan.
ya,kawan kawan.bukan sawan sawan.huh,mintak dijauhkan.

terasa nak mengurangkan kadar mengupdate blog.sobsobbb.ni semua gara gara kakak sendiri yang sedarah sedaging,tapi lemak lain lain.beliau kata beliau tak pernah baca blog aku sebab beliau tak suke baca blog perempuan.cis,kau bukan perempuan jugak ke?*nangis sambil hentak hentak kaki*

ahhhh!ade aku kesah.janji aku ade jugak follower,yang sudi baca blog aku,pengalaman aku,cite merepek aku,gosip gosip dengan aku,dan tak takut nak masuk dunia magika aku.ok,yang ni,harus lempang.tak habis habis dunia magika dia.

jadi,terima kasih lah kepada melati,senah,joyah,pak sood bin bongek,jabit,dan semua semua yang sudi membaca blog yang terang terangan tidak berilmiah nih.terima kasih.jap,lap air mata guna hujung lengan baju.

ok ok,bukan itu yang nak diceritakan sebenarnya.ini yang aku nak citer ni senah,kiah.semalam aku pergi ikot family aku pegi jalan jalan pusing key ellll.cara cakap harus slang sikit ya."key elll".

eh,itu intro je.ceritanya,semalam adik aku mintak beli waffle sebab rasa lapar pulak jalan lama lama.aku pon belikan jela.aku kan kakak yang baik.*sila puji,kalau tak nahas kau*

aku pon mintaklah kakak yang jual tuh.aku tak tau nama akak tu memandangkan keje sebagai pembuat waffle tak memerlukan dia untuk memakai name tag.jadi,aku bagi name untuk dia.senang sikit korang ingat.aku bagi nama dia zabedah.ya,nama glamer dia kak bedah okayy.sila berkenalan dengan kak bedah.*shake hand*

"nak waffle blubeghi campur coklat satu dengan peanut campur butter satu"

kak bedah tu pon angguk angguk.macam tak mesra alam je aku nengok dia tuh.muka tawar hebehhh,sikit pon tak senyum.

takpelah,time dia syok syok buat waffle,tibe tibe aku tengok.argghhhh kuku dia panjang gile.oh tidak!aku ni dah lah penggeli sikit.walaupon dia tak guna tangan,tapi aku tetap geli.nk cancel order tapi kak bedah dah nak siap buat dah.jadi,aku pon tutup mata jela dan anggap dia dah  baru lepas pergi manicure pedicure kejadah tu semua pagi tadi.


macam kuku bedah.

ni kalau dapat kat adik aku yang second last tuh,kompom dia ajak kak bedah bersila pastu tolong potongkan kuku dia.jangan tanya kenapa,dah memang itu hobi adik aku.
memotong kuku.

aku rasa adik aku tak perasan.yalah,yang dia pikir waffle,waffle,waffle.dasar perot tong macam kakak dia jugak.tau makan je.

dah selesai tuh,aku pon bayar.5 hinggit weyh untuk waffle kak bedah.kalau beli karipap kak kiah kat simpang tuh kompom dapat limablas ketol.huh!adik oh adik.keje kau memang rabakkan poket kaklang kau ni je kan.takpe,takpe.

adik aku pon girang kemain dapat waffle.dalam keta dia teros makan.dia jemput semua orang makan,tapi kurang mendapat sambutan.lagilah seronok dia tedas benda ala tu sorang sorang.eh,jap.aku makan jugak tau.tapi,sikit je pasal lapar sangat dah.

hmm.maka,habis riwayat seketol waffle.

lepas tuh,kami pergi carrefour pulak.kak ngah nak carik henpon baru.kat situ henpon murah murah lah gak.aku dulu pon beli kat situ.lepas survey survey,akhirnya sampai lah satu kedai nih.tokey dia tuh boleh dibawa runding and mesra alam semesta sikit daripada sanak saudara dia yang dekat kedai lain lain tuh.apek nih aku bagi nama dia ah chong je lah.senang sikit korang nak sebut.

masa tengah runding runding harga sambil kenyit kenyit mata tuh,aku tak pandang benda lain dah.aku pandang,KUKU dia!dan,aku buat muka pelik lepastu senyum lebar lebar kalah patung mekdi.

kuku dia pendek!


ini kuku ah chong.baru potong pagi tadi agaknya.

sampaikan,terkial kial dia nak bukak sim card,bateri,pastuh nak letak skin protector tuh kat henpon.dalam pikiran aku,selalunya orang jual henpon kuku nya panjang.kadang kadang aku yang jadi cuak takot henpon bercalar.tapi,ah chong tak begitu.dia kemas je orangnye.

aku pon duduk sambil pikir pikir.orang yang jual bukan makanan pon reti potong kuku lah daripada orang yang jual makanan.

entri nih khas untuk kau kak bedah.cube tengok si ah chong tuh.dia pon reti potong kuku.yang kau nih jual waffle tak reti reti jaga kebersihan.kuku kalau bersih tak pe,tapi kotor!
*ish!malangnye,kau tak baca blog nih.

lepas taip taip nih,aku baru terpikir.salah aku jugak.beli tak tengok tengok dulu kebersihan orang tu.pengajaran,pengajaran.lepas nih.tengok kuku dia.lagi geli,kalau orang tuh pakai cincin jari kiri .dalam kepala otomatik terus terbayang bayang dia baru keluar dari toilet kendian terus menguli tepung nak buat karipap.oh kiah,harap kau tak begitu. 

hmmm,itu je ceritanya.sila ambil pengajaran ya.ok,habis dah.tepuk tangan semua.

sekian,trimas!

enjoy reading.



kalau kak kiah jual karipap tu kuku dia macam nih,apa korang buat?

aku dan makanan.makanan dan aku.

assalamualaikum.

sila jawab ye kawan kawan.terima kasih.

balik ke rumah memang gila awesome macam tetibe sesat dalam dunia magika kan.*eh tersebut nama blog sendiri pulak.lepuk mulut sendiri*

okay okay.aku nak nyatakan disini.
aku dah balik!anda bila lagi?
*uhuk3! sila jeles dengan kadar segera.

oh ya!satu je benda yang aku kurang pasti benda nih best ke tak bila balik ke rumah.

berat aku akan naik berganda ganda!

ibu masak macam macam,tak boleh tahan lah nak diet.
sia sialah diet aku selama dekat penang.balik rumah jadi tong dram balik.tong dram pon masih nampak lagi slim nye.

tapi,

kalau tak makan,rasa rugi and membazir pulak.kesian makanan semua macam merayu rayu nak mintak penyepak aku makan mereka.ish,teringat pesan ustazah.tak baik membazir tau.bukan ustazah je cakap.kak senah,kak kiah,kak salmah hatta mail lambung sekalipon cakap macam tuh.jadi,itu adalah fakta!jangan membazir makanan ye kawan kawan.

eh ok lah.ok lah.

nak pegi makan lagi nih.

kepada diri sendiri,takpelah ek kalau tak diet seminggu.alah seminggu je pon.paling paling pon naik  5 kilo je.pastu kau balik penang,jangan makan apa apa sampai sembelit terbelit belit usus kau tuh.mana tau boleh kurus balik.

ok,tekad makan banyak banyak sementara dekat rumah nih.

jangan kata apa apa ya kawan.kalau nampak lemak terlebih ke,double chin ke,tak larat nak bawak diri sendiri ke,korang buat tutup mata je.ingat!jaga hati kawan itu penting.=p

ok lah babai!

mood : makan lagi dan lagi.