update laju laju

assalamualaikum.

hai semua! sementara internet bole connect nih,aku nak update laju laju supaya takde lah rindu sangat nak update nanti.haha,alasan cam harammm.

serius,internet sangat lah lembap.

bayangkan,call makayah kat rumah,line tak clear.mesej dengan kawan kawan,aik?sending failed!berukband?hmm,lagi macam haramm.

sementara aku tunggu nak connect brukband ,aku sempat buat benda alah nih.




memang gila.aku melukis guna paint first time.susah dia sama susah macam nak buat soklan basic solid mechanic.cis!tapi,bosan punya pasal kan.buat jugak kasi habis.

kau tahu punya lah lama nak siapkan lukisan nih.4 jam weyh.kau bayangkan lah aku nak connect internet berapa jam.toksah congak congak lah kiah.lepas ditambah,tolak,campur,bahagi total dia memang 4jam.

haishhh,berukband,berukband.*sambil geleng geleng kepala*

jadi kesimpulan kat sini,aku rindu kat korang.haha.takde kene mengena pon dengan entry kan.ahh pedulik hape aku.

okbai!


cerita belum basi.

assalamualaikum semua.

yang disana apa khabar?yang di situ?yang disinun?harap kalian sihat sihat belaka.adinda di sini sihat sahaja.
puiiii! surat kiriman tak rasmi lah tu konon.hebat jugak aku nih.

hmm,memandangkan aku rasa macam dah lama gila tak update,maka *ewahhh bahasa kemain lagi* ok maka hari nih aku update lah entri yang sungguh sungguh tanpa ade pekdah dan isi isinya.

mail,kiah dengan senah mesti bosan penat penat loading tapi kau dah kenapa ascil,entry takde isi penting nih.ok fine lah mail,pergilah tengok tibi tuh malaysia lawan indon kan.ok FINE!

eh,nak cerita ape ye?

sang kancil dan buaya?arnab dan kura kura?ah tak payah.kompom dua minit lagi korang terlelap sambil berdengkur tak hengat dunia kalau aku cerita.lagipun common sangat cerita nih.anda bole dapatkan buku buku cerita nih kat popular bahagian kanak kanak.kau carik kat kedai basikal kompom lah tak jumpa,senah.eh,merepek lagi.

meh sini lah kasi cerita sikit life aku sebagai student-baru-masuk-sem4-omg-muka-innocent-gila.cerita aku nih kompom tak dapat kat popular mahupun kedai buku dekat sekolah.kan?

macam lah ade orang nak tahu. =.=

ahh tak kira nak cerita jugak.aku daftar semalam,20 haribulan.Alhamdulillah dapat kolej.sem nih semua siswi dapat kolej.so,tak payah ke hulu ke hilir bawak perut boyot nak cari rumah sewa.nasib tak macam dua sem lepas.ada ke patut kitorang nak sewa kat rumah makcik nih tapi dia terlupa kitorang nak sewa.pastuh rumah dah bagi kat orang lain.nasib lah makcik.eh tak,tak.sebenarnya dia dah baya baya nenek aku tapi dia gelar kan diri dia makcik.amboi,awet muda aje.kiah,kau jangan macamtu pulak ok.

dah terkinja kinja masuk kolej,dua minit lepas tuh sedih.kenapa?sebab kawan kawan aku semua dapat kolej baru.nun jauh di ceruk kampus.cis.kenapa aku sorang tercampak kat sini?adakah aku dianaktirikan sebab sem lepas aku selalu tidur bilik kawan tak tidur bilik sendiri?oh tidak!sekarang kawan dah jauh.tidur lah kau kat bilik sendiri,ascil.padan muka lu,padan muka lu.HAHA.amboi senah tak payah nak gelakkan aku.cis.

tapi bersyukur,semua dah settle.bilik aku bawah sekali.paling best dekat gila dengan dewan makan.ini penting ya tuantuan dan puanpuan untuk kesejahteraan perut sejagat.gembira perut dapat tahu bilik dekat dengan dewan makan. =)

pastuh aku nak buat muka seposen kat korang nih.semalam aku kemas kemas bilik nih.ade lipas bawah katil aku.dia tak mati lagi tapi badan dia dah terbalik.aku nak mintak jasa baik korang tolong buangkan lipas tu bole?ish geli lah.taip perkataan lipas nih pon sambil geli geleman.kesian.dia makhluk tuhan jugak.tapi,aku memang geli pada beliau.kenapa mesti bawah katil aku?kenapa?kenapa bukan katil kiah,mahupun senah?

eh,tapi jangan ingat aku tak kemas bilik eh.aku dah siap sapu semua.kecuali bahagian lipas tuh.memang aku tak sentuhhhh.ergghhh!

lagi?lagi?cerita ape eh?

hah,thanks sesape yang sudi jenguk blog hingusan eh bukan hingus kaler hijau tu eh.hah terimakasih.tak sangka ada orang tunggu aku update.ceh,perasan kau ascil.padahal dorang bosan harihari tengok kau tak berupdate.berukband nih lambat gila serupa macam siput babi tak cukup zat besi.cis!tapi,takpe.aku akan ke blog korang bila berukband laju tahap impak maksima okayy.

sesape yang dah follow aku tapi aku tak follow korang balik tuh,sila sila lah bagi mesej dekat shoutbox ,hoii ascil pehal aku follow kau,kau tak follow2 aku lagi.ahh tulis lah macam mana pun.sebab kadang kadang aku terlepas pandang.biasalah,manusia kan.

ok lah,merepek banyak pon belum tentu korang nak baca.

setakat disini saja adinda mampu menulis.dakwat pen dah habis nih kekanda.nanti dinda pergi ke kedai bunga eh kedai buku beli pen baru jenama stabilo okay.
goodbye kanda.

pftttt.


eh eh atilia-monoloque.
nak nyanyi le tu.

oh kekanda jangan iri hati
dinda tak berupdate lagi lalalaa
*silasambung sendiri*

ok bai kawan kawan!




segmen kreatif bersama pendambamawar

assalamualaikum.

salam jumaat kepada anda anda semua.sobbssss,esok sabtu dah.kena balik penang.haishh.takpe lah sementara duduk rumah tak buat apa,jadik hari nih aku nak terkinja kinja hati dan sanubari mengjoinkan diri untuk segmen pendambamawarberduri.eh?suka suka je aku tambah nama dia.

sekarang cakap kat aku,sape je tak kenal pendambamawar kan?hah mesti ramai kenal.

tanpa buang masa tenaga dan usia,dengan ini mari kita sama sama join segmen beliau.ewahhh,beliau tuuu.




pewittt,ha nampak tak banner di atas?nak join sila buat muka tak malu klik ya.jangan malu,jangan segan.yang jauh,mari rapat rapat.yang dekat,kita dekat dekatkan lagi.

segmen ni senang je.buat dialog untuk gambar kartun yang ada kat banner tuh.

ini dialog yang aku nak bagi.panjang bole tak PM?
  
L : tadaaaa.yaww zabedah sukiman.i baru beli patung nih dekat pasar  
      malam tadi.nah! untuk you.harga dia RM9.90 tau.nasib baik i dapat    
      diskaun tadi lepas tawar menawar dengan bhai yang jual patung nih.ada
      ke dia nak bagi i harga RM10.melampau!
P : *lempang*you tak tau ke ini patung chucky?si chucky dah lah
      hodoh,gatal pulak tu.i taknakkkk! you pergi pulangkan balik kat bhai    
      tuh. i nak teddy bear harga RM50 beli dekat bukit kayu hitam.tak
      kiraaaa!*menangis guling guling serupa tenggiling nak kena 
      gulai.*
L : ish,i habiskan duit RM10 semata mata nak beli menatang nih. you pulak   
      taknak. ish,kalau i tau i beli sate namblas cucuk.perut pun
      kenyang.bazir, bazir. ok jangan nangis! jom pergi makan sate. you  
      belanja. sebab duit i dah tinggal seploh sen baki duit beli si chucky nih
      tadi.
P : saliman,saliman.nasib lah you boipren i. jom! kita pergi tolong bakar
      sate.untung untung bole dapat free. i pon takde duit sekarang
      sebenarnya.

= ="


romantik,bukan?tak sangka tomantik jugak aku nih.hakhakhak.

menarik kan segmen ni?sape nak join,jom lah! tarikh tutup 19 november,9 malam.terma dan syarat bole pergi tengok kat blog pendambamawar okayyy!

ok bai!



soalan SPM untuk hari nih.

assalamulaikum ya habibi,ya maulana.mari sini,singgah baca.*eh?pehal cam pantun.

ok lah jangan buang masa banyak banyak,masa di rumah tinggal sikit je.jadi nak nikmati cuti dengan jayanya.
aku diTAG untuk game TAG nih lagi.

orang yang tag aku ialah kawan sekolah teknik aku dulu.hoiii,sekarang pun kawan jugak eh.

sebelum jawab soalan,aku nak mintak maap sebab aku taknak ikut rules game nih.agak agak dimaafkan tak?ke kena lempang sepam dua?ahh dorang tak kisah agaknya kot.lalalala~

aku nak terus jawab soalan.mak aih.soklan omputih.lemah sendi aku.

Who's the funniest person you know?
kak limah depan rumah.

What is you happiest chilhood memory?
happy jatuh longkang.rasanya masam masam manis tambah satu parut kat lutut.bakal suami,sila terima daku seadanya.

Where do you like to go or what you did when you got stress?
pergi tepi tingkap sambil korek hidung.eh?tak lah.aku suka layan lagu jiwang bila stress.sape kacau,memang nahas.

Do you have any pet names? How did you get them?
pet?takde takde.pet pon takde,inikan pet names.*ke aku salah paham soalan nih.

What would you like me to call you as? *other than your name*
hmm panggil aku tiz zaqyah ke,juliana evans ke.takpun neelofa.sekian.

What school activities most you dont like? Why?
paling tak suka kalau ada aktiviti koko atau sukan.terus rasa nak pura pura pengsan.why?sebab aku memang tak suka bersukan.*patot lah engko dengan tong drum pon dah takde beza ascil!

The most bitter memories of what you went through.
kena brainwash dengan senior.sumpah,sampai bila bila aku akan ingat.

If you had one day in your life to live over, which would you choose and why?
err,jap nangis jap.*lepas lima minit* aku pilih FAMILY.sebab?banyak sebabnya.

What do you think is the single best decision you've made in you life so far?
masuk UITM,bukan matrik.*student-last-minute memang akan buat pilihan macam nih.

Who was your first girl/boyfriend? *be honest okay ;)*
ehemmm! takde soalan lain agaknyataknak jawab. sekian.

What is the thing you love most about me?
keupayaan kau mengeTAG aku harinih.eh,tak tak.jangan marah.hmm,KAU PANDAI.pinjam otak boleh?

noktah.

itu aje soalan kita untuk harinih ya tuan tuan dan puan puan.aku malas nak mereka soalan dan aku malas nak tag orang.

sekali lagi,aku tak ikut rules.hakhakhak.

kalau marah,meh aku nyanyi lagu p ramlee.maafkan kami jeng jeng jeng maafkan kami MAAFKAN KAMI.*sambil pukul bonggo.eh bukan ikut perut ya,ikut halkum.bonggow.hah pandai pon ramli.

ok,merepek dah.bai semua!

penat jawab exam,jom pergi makan eskrem!









sekolah dan kereta lembu.

assalamualaikum kawan kawan.

kadar mengupdate aku makin lama,makin berkurang.silap silap tak update langsung sampai bila bila.cis! apsal malas sangat eh?

kemon ascill,kemon!

fuhhh!

penat jugak nak bagi semangat kat diri sendiri.

hmm,sabtu lepas aku pergi sekolah rendah aku semula.bagi aku,banyak dah berubah.tapi bagi adik aku pulak,eh apa berubahnya?mana ada apa apa berubah.LOL.mungkin sebab dah lama tak pergi mesti ada rasa camtu kan.kau tu pergi sekolah hari hari,memanglah tak rasa perubahannya.

nasib lah kereta lembu ada lagi,kolam kura kura ada lagi.kalau tak mesti tak kenal dah sekolah sendiri.eh,dulu masing masing berebut nak duduk kat kereta lembu tuh tau.dia macam pondok tapi replika kereta lembu,tahu?amboi eksaitednye aku explain satu satu pasal kereta lembu.

aku rasa macam nak bagi cadangan bernas pulak dekat guru besar.beliau tak tahu ke kereta lembu tuh tempat fevret kitorang?apa kata buat banyak banyak sekeliling sekolah.ini tak.satu je mana cukup.muridnya beribu.yang satu tu pon naik reput dah.mana taknya,semua dok berebut nak makan nasi lemak dengan mihun goreng kat situ.haishhh.

eh cerita banyak,kitorang pergi sekolah harituh sebab nih.




adik bongsu aku dapat anugerah.cis,anugerah lah sangat.ala cemana nak cakap eh?ok la kot perkataan 'anugerah' tu.eh pentas tu tak senget tau,orang yang amik gambar tu yang senget.maafkan beliau.




yang tengah tu adik aku.yang sebelah tu tentu tentu kawan dia,bukan kawan aku.
cis tiba tiba rasa macam gambar ni satu penghinaan.kenapa aku sama tinggi dengan budak darjah 6?




aku tak tau kenapa ibu dengan ayah pandang tempat lain.mesti ada anasir lain yang nak amik gambar mereka jugak.ohhh mentang mentang kamera kitorang cap ayam serama je,ibu ngan ayah tak mau pandang sini eh.hahah.mati aku kalau ibu baca kang.



ini lagi.




ya! ini tugu versi baru.aku rasa aku memang dilahirkan untuk bergambar secara berdiri tegak tangan di sisi.ah pedulikan.kalau nak tau dulu zaman aku mana ada tugu kejayaan siap ada jam nih.yang ada cuma baldi baldi bergantungan.kenapa mereka ada jam,kami cuma ada baldi?kenapa?



tiga kali naik pentas,tiga kali gambar blur.bukan atas alasan parkinson tapi adik aku tu jalan laju sangat.ibu berkali kali pesan suruh berhenti pandang kamera.rupanya,cikgu dia pesan lebih awal dari ibu,jalan cepat sikit ya atas pentas tuh,ramai lagi nih.=="

maka,atas sebab tak puas hati gambar atas pentas takde yang elok,sanggup tunggu majlis habis .pastuh buat macam pentas tu macam abah kita yang punya.



tak cukup takat tu.kat rumah pun sempat lagi.cis,memory full lah.




Alhamdulillah.apa apa pon tahniah kat adik aku berjaya mendapat nombor satu dalam kelas,pelajar terbaik pemahaman dan pelajar terbaik penulisan.hoiii aku dulu mana pernah hoiii,pernah sekali je naik pentas masa darjah satu.itu pon dapat nombor tiga.cis tarak guna.

adik,jangan lupa.tolong sampaikan cadangan kaklang kau nih kat guru besar.fuhhh mana tau esok esok datang,kereta lembu dah banyak.silap silap dengan lembu lembu sekali dia hangkut letak kat sekolah.amboii,perli nampak,guru besar.

itu aje cerita basi untuk hari nih.

bai!









hey si 100.come here!

assalamualaikum.

hai rajin pulak aku update harinih.sampai dua kali.buang tebiat agaknya.mungkin sebab tarikh cantik.hakhakhak persetankan tarikh cantik.tarikh cuma nombor je.takde apa2 pon yang berubah.haishhh,harap korang sudi singgah sini dengar aku merepek lagi.

ini short entry saja.jangan risau tuan tuan dan puan puan.

ok,tujuannya cuma nak bagitau.blog aku dah mencapai 100 follower.dan follower yang ke-100 ialah budak yang suka nombor cantik.awal awal dia bagitau kat aku.dia akan follow blog aku tapi tunggu nombor cantik.so,boleh lah.100 tu kalau dalam markah exam dikira full mark kan.cantik lah kot agaknya.

sekarang jom kita terjah si follower ke 100 nih.dia tak lain tak bukan ialahhhhhh
.
.
.
.


*tepuk tangan.tepukkkk!*

hmm iqa,aku takde benda nak bagi kau.TAPI kalau kau sudi amik lah benda nih.








ok aku tau buruk kau tak payah nak gelak guling guling sangat lah.cis!

aku tak tau lah kau nih suka pink ke tidak.kalau tak suka,sorry.aku ada highlight kaler pink and purple je.hakhakhak,kantoi.nampak sangat pakai hightlight je.ekceli,benda nih dah lama aku buat.pernah jadi header aku pon.tapi,dalam masa terdekat nih,takde apa yang aku mampu bagi.nah kau amik lah.kalau taknak amik pon takpe.aku tak kisah.sukati lah nak printscreen ke hape ke,simpan dalam laptop kau sampai berkepam ke,pon aku tak kisah.

kepada semua follower aku,kalau korang nak pon bole,amik je.*hahaha.macam lah ada orang nak. 

eh,aku lupa ini 'short entry'.cis,apsal korang tak ingat kan aku?

ok bai.


BLOG ini blog merepek.sekian.

assalamualaikum!

senah,kiah,mail jom singgah sini.aku nak update nih.lalalala~

aku saja nak update.bukan sebab tarikh hari nih cantik.11.11.11.cantik kan?tapi bukan  sebab tuh.tujuannya sebab nak bagitau blog aku dah mencapai umur setahun.cis,baru setahun jagung rupanya.

mesti korang terkejut,tak pun "eh eh tanjat boboy".kan?ape taknya.blog dah setahun.tengok follower seciput je.ahhh pedulik hape aku.aku jadi blogger,aku tak pentingkan follower sebanyak mana pon.aku tak kisah orang follow atau tak sebab itu hak dorang.TAPI yang aku kisah,orang yang datang komen.aku sangat hargai gila gilos punye sape yang rajin komen blog nih.rasa macam "wah terharu,terharu"sambil lap hingus dekat lengan baju.

aku takde modal sebenarnya nak cerita.

ehemmm,okaylah.aku nak cerita sikit lah pasal blog nih.

  1. perjalanan blog aku nih agak lembap sikit.entry pertama sampai ke entry 56,aku syok sendiri.sebab aku anggap blog aku untuk aku sorang je.tak mungkin ada orang baca.
  2. entry ke 57,barulah aku tahu ada yang membaca.sebabnya ada orang datang komen.
  3. orang pertama komen kat blog ni ialah cik atin.terimakasih kepada anda.
  4.  lepas aku sedar ada yang sudi baca and komen.aku cuba improve penulisan aku.kalau nak tahu,dulu aku lagi kuat merepek.tapi sebenarnya sekarang merepek jugak.aku dan merepek tak dapat dipisahkan.tolong jangan pisahkan kami.
  5. pertama kali aku join segmen ialah segmen mari menambah follower dari luna lanun.segmen ni bagus jugak.at least ada orang yang kenal blog aku.
  6. lepastu follower aku makin ramai.aku suka gila! baru semangat nak menulis.tapi sehari dua je diorang datang blog aku.pastu tak mai komen dah.aku sedih balik.masa tu baru aku sedar.follower banyak BEST,tapi pengkomen banyak LAGI BEST!=p
  7. blog aku pernah di review sekali.kembang kempis hidung jap. =..= terimakasih SP.cis,sampai sekarang dia panggil aku cikgu magik.haha.
  8. aku baru buat shoutbox bulan nih.tu pun sebab kim heerul dok tanya nape tak buat shoutbox.kalau tak,sampai ke sudah aku tak buat.bukannya apa,aku takut shoutbox tu kosong.tapi rupanya tak,ade je orang datang tinggal jejak.kepada yang singgah,terimakasih daun keladi,jangan miang keladi sudah.nanti aku terjah blog korang okay!
  9. blog ni takde apa apa iklan.nuffnang takde,churpchurp ke,ape ke,semua TAKDE.niat nak pasang iklan dah lama ada.tapi,aku tak tau lah kenapa sampai sekarang aku tak buat.pemalas nak mampuih aku nih.kasi lempang sikit.
  10. eheheh,yang kesepuluh dah takde modal.cuma nak bagitau blog ni hari jadi pada 7/11.tapi hari nih baru kesempatan nak sambut birthday beliau.sorry eh blog.happy belated birthday.follower currently 98.lagi? lagi? ahhh serius takde modal dah.
cukuplah 10.kang termuntah muntah korang baca sambil cakap perlu ke bagitau orang pasal blog kau ascil.ok fine,sape taknak baca silalah tutup mata.tapi,korang dah baca sampai sini.maknanya tak sempat nak tutup mata lah kan.hakhakhak.padan muka!

apa apa pon,kepada pembaca dan pengkomen tegar yang sudi singgah blog nih,aku nak ucapkan
.
.
.
.
sumber : google


ok bai!






dapat oksigen.Alhamdulillah.

assalamualaikum orang kampung semua.harap kampung kita sentiasa aman.

*jap.sila bayangkan aku seorang penghulu kampung.sangat cool,bukan?

eh merepek.
jumaat memang hari penuh rahmat.patutlah result dilahirkan pada hari jumaat.sebab penuh rahmat,maka semua orang berdoa bersungguh sungguh supaya result gempak kemain.tapi,ingat ya kawan kawan.berdoalah setiap hari,bukan waktu nak ambil result je baru lah semua nak tadah tangan berdoa,pastu status fesbuk semua pasal doa doa minta Allah kuatkan hatilah,apa lah.kalau hari hari update macam tuh kan bagus.*pesanan untuk diri sendiri.

biasalah.manusia kan cepat terleka. = ="

lepas satu malam aku tak dapat tidur.tapi,lena jugak lah sebenarnya.akhirnyaa,dapat jugak tahu result hari ni.serius,rasa macam baru dapat oksigen gara gara satu malam semputt pikirkan  result.pastu badan ketaq ketaq.mungkin memang sindrom nak amik result kot.korang alami tak?ke aku sorang je yang loser penakut nak amik result?haishhh ascil,ascil *geleng geleng kepala.

Alhamdulillah.result aku walaupun bukan dekan.dekan pon tak pernah masuk dalam mimpi aku.but still,takde repeat pon rasa macam dunia ni aku pinjam sat lima minit nak loncat loncat satu alam,guling guling sampai malam.aik,perlu ke?alaa,kalau korang ada kat tempat aku,mesti korang over lagi.baik ngaku cepat.eleh eleh elehhh~

apa apa pon aku harap malam tadi aku mimpi result.at least dapat petanda result aku berapa hari nih.malangnya bukan result yang aku mimpi.tapi budak laki masa skolah rendah dulu pulak masuk.ke hulu kehilir depan aku.jadahnya.dia macam nak cakap something kat aku,tapi tetiba aku marah "eh yang kau ke hulu,ke hilir depan aku apehal.peninglah!"

aik?

mana tahu dalam mimpi tuh dia nak cakap eh ascil lu dapat 4RATA lah.ahh sudahh tak ke seronok dapat merasa  4flat walaupun hanya dalam mimpi.cis!

malangnya,aku dah bangun dah sebab mak aku kejut suruh tengok result.
haishhhh,telan air liur je la aku gamaknya.

ok lah bai!.

mood:

ALHAMDULILLAH
sumber : google