semuanya BERTAMBAH.

assalamualaikum.

cenggini lah ye wahai blog.lama tak update bukan lah bererti dah tak sayangkan kau.sayang sangat.tapi aku busy makanya engkau aku anaktirikan.halohh sekejap aje.esok esok aku dah tak busy,aku jadikan kau anak emas aku semula.jangan lah merajuk wahai blog ='(

mukadimah je dah macam orang tak betul.cakap sensorang dengan blog.macamlah blog bole cakap semula.kang kalau blog bercakap,mau tak cukup tanah kau lari.jadinya,sebabkan aku busy *mata juling,tangan di dada* maka kita pendekkan lah sependek yang mungkin entry ni.

kau tahu lah kan,sekarang dah masuk tahun baru wohooooo tahun baru weyh padahal malam tadi aku tahun baru sambil buat assignment kottt.huh buat hape nak sambut.antara tengok bunga api dengan tidur,aku pilih tidur lagi.eceyhhh padahal nak sedapkan hati sebab tak dapat tengok bunga api malam tadi.duk celah tingkap kolej ni pun still tak nampak lagi tsk tsk tsk.dah jangan cerita keseornokan tengok bunga api dekat aku.ada kang aku yang meletup.

orang kata,masuk tahun baru maka umur kau pun akan bertambah satu lagi.ehh yeke? selagi belum bulan sepuluh,umur aku still doploh.ahh tak kira.apa apa pun,makin melangkah ke tahun baru,bukan saja umur kau bertambah,segala gala nya pun bertambah tau.kalau buat baik,inshaa Allah pahala pun bertambah.kalau buat jahat dosa pun bertambah. nauzubillah,minta dijauhkan. moga kita semua sentiasa menjadi umat manusia yang semakin baik dari sehari ke sehari.lepastu, tanggungjawab,amanah semua tu makin lama makin bertambah,ye dakk?ni hahhh,bukan takat tu.kalau makan banyak,berat pun bertambah.oh tidak asilah tidakkk.sila azam kuruskan badan.kau dengan tong drum pun orang takleh nak beza.

eceyhhh dari dulu azam yang sama.naik muak dah dengar =="

jadi,kita pendekkan lagi entry ini. saya,nur asilah binti abdul ghani yang baik lagi sopan santun *uhukk uhukkk batuk sopan* ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013.dengar citer tahun ni tahun ular ya?teringat haritu mimpi ular.eh eh ada orang nak minang ke ni?wahahahahahahha!habislahhh kalau ibu baca blog ni.

kbai.