result.

assalamualaikum.

hai.sabtu dah pun.korang pon dah sedia maklum sudah terang lagi bersuluh,semalam kan result bebudak uitm keluar kan.malam sebelum tuh,kemain tak bole tido lagi.memang menyumbang peratusan insomnia lah kat aku.punya lah gigih tak bole tido siap main game rapid roll ntah berapa ratus kali aku pun tak tahu.siap bole beat higher score yang sebelum ni.pheww.tau tau esok ibu kejut subuh.bila ntah aku tertidur.

eh,aku lupa buat pendahuluan.halal je lah eh.

aku memang ada satu penyakit.yang mana aku tahu korang pon ada jugak penyakit macamni.toksah tipu lah.namanya penyakit makan tak basah,tidur tak kenyang,makan tak lena.bukan sebab rindu rindu cinta cinta.tapi,sebab cuak punya pasal nak tengok result.tapi sebenarnya bab makan memang dua pinggan jugak habis.petang petang siap bedal cekodok lagi.hmm walau cool macam mana pun,dalam situasi macam ni aku rasa nama "ascil cool" dah tak bole guna pakai dah.memang aku humban jauh jauh.tak hensem.ya,aku tahu.

kau tahu aku punya lah macam cacing kepanasan tak berapa nak panas.suam suam kuku je.Allah je yang tahu cemana rasanya.kalah weh orang nak pergi akad nikah aku punya dup dap dup dap ni.lagi lagi sem ni susah maka aku TERtarget dua fail."TER" ya.bukan salah aku.itu perasaan sehari sebelum.kau bayang beberapa minit sebelum.aku rasa macam aku tengah ada kat dalam lift yang stuck tibatiba.dalam lift tu pulak ada doplohpat orang.dalam doplohpat orang tu pulak kau sorang je warga malaysia,lain semua orang asing.boleh bayang?perghhh bau keti wacakapluuu~

over kan aku?ahhh dulik hape.

bila dah tengok result.arghhhhhh lega nya toksah nak cakap lah.bersyukur orang kata.result aku biasa biasa je.tak cantik sangat.nak bandingkan result aku dengan bunga tahi ayam,cantik lagi bunga tahi ayam aku rasa.kang cakap lebih lebih kang cakap tak bersyukur pulak kan.tak cantik sebab ada satu C.kalau dulu masa tadika,cikgu ajar C tu untuk cacing.cacing elok bagi ayam makan je.mungkin ni sekor yang sesat dalam result aku.memburukkan.tapi,Allah sayang lagi kat aku.benda yang aku target fail tu dua dua dapat B.Alhamdulillah.sebab itu penting nya doa.cepat atau lambat,Allah SWT tetap akan tunaikan.YAKIN!


sumber : google images.


so,aku nak ucap tahniah kat semua kengkawan aku dan korang korang ni.apa yang korang dapat tu usaha korang.setimpal.kalau macam aku,aku asyik layan game hangaroo je,sebab tu result aku pun macam ter'hang' jugak.padan lah muka sendiri.arghhh,cakap banyak pun tak guna nasik dah jadi bubur ,kalau bubur tu bole repair repair sikit jadi sesedap bubur mekdi takpe jugak.ini bubur kering,periuk pulak hangit.ah sudah! dah macam jatuh ditimpa escalator pulak.nasib nasib~ni kemain berkait kait lagi aku punya peribahasa.bole tahan jugak eh.kenapalah kat u tak belajar BM,kalau tak dah bole skor dah.hikhik. *mata juling,kaki terangkat.

eh ucapan tak habis lagi! aku nak ucap terimakasih kat ibu ayah,adik beradik,kawan kawan,housemate,classmate,roomate ahh segala mate yang ada.TERIMAKASIH.doa korang amat berharga bagiku.ewahhh!tak lupa jugak,lecturer yang sudi mengajar.terimakasih.kepada kawan kawan yang hampir putus asa mengajar aku.maklumlah aku ni lambat sikit.orang lain dah huruf z aku ni masih terkedek kedek belajar huruf c lagi.hahhh,macamtu lah aku punya lambat kalau nak tahu.sem depan tolong jangan trauma mengajar aku lagi ya.TERIMAKASIH. ^^

dah lah,nak pergi hiburkan diri yang berduka lara.mulai hari nih dah bole panggil aku "ascil cool" semula.bai korang!



lelaki istimewa ! ^^

assalamualaikum.

selamat tengahari nak masuk petang.ni kalau sape belum bangun ni sila sila lah sedar ek.bak kata orang tua tua matahari dah terpacak steady punya atas kepala kau tak reti reti nak bangun lagi.kang rezeki pon segan segan je nak masuk.hahh tak tauu tak tau.

padan muka korang.awal awal entry dah kena bebel dengan aku.padan muka.ahakkk!

papepon,dont worry lah ni short entry je.mesti bersyukur gila senah,kiah dengan mail.tak payah kena baca panjang panjang.eceyhh padahal memang takde orang baca pon.takpe aku syok sendiri pon takpe jugak kan. selain syok sendiri depan cermin.eh?

okay lah.aku nak wish selamat hari jadi kepada lelaki yang istimewa dalam hidup aku.hahhh jeng jeng jeng!

spoil betul senah.bila pulak aku dah bertunang.calon pon takde.=="

tak tak.ini entry bukan pasal pakwe ke tunang ke suami ke.mano hado! ni untuk lelaki yang bergelar AYAH.ya!ayah saya yang handsome tu, alaaa yang ada misai. takkan tak kenal kott.serius tak kenal?alaa yang kecik kecik kalau aku tertidur kat sofa mesti dia yang angkat aku masuk dalam bilik.macam badang ohhh anak dia dah lah berat.pastu hari hari yang hantar aku dengan adik beradik pergi sekolah tu.alaaa dia yang pergi kerja cari nafkah tu.kenalll??halohhh kenal pon.penat explain.*lap peluh

meh jom kenal dengan ayah saya!


apa pandang pandang?


hah tudiaaaa.ni lah ayah aku, encik abdul ghani.hensem tak,mail?hensem tak??hensem lagi dari kau mail.eh,ayah jangan tanya pulak mail ni siapa.mail ni kawan imaginasi aje.ntah sapa sapa ntah.okay lah,SELAMAT HARI JADI AYAH!!! semoga panjang umur,murah rezeki,bahagia selalu hingga ke anak cucu.anak dah ada,cucu belum ada lagi.doa doa lah kitorang cepat kahwin.bole dapat cucu.ahaahaha! 

terimakasih untuk segala galanya.segala pengorbanan akan kitorang adik beradik kenang sampai bila bila. =')

last sekali,moga sentiasa cool macam ascil cool.eh?tersalah ucapan pulak.okay semoga sentiasa diredhai Allah SWT dan sentiasa berada di bawah rahmatNya.


jangan lupa doakan ibu bapa kita selalu. ^^


okay bai korang!





doa doa harian untuk korang.ada lagi yang bole dikongsi?

assalamualaikum.

salam jumaat kepada semua! hari jumaat yang mulia lagi indah macam nih aku rasa taknak membebel banyak banyak lah.kang berbulu je korang nak baca.tapi,aku nak kongsi sesuatu dengan korang semua.hah teruja tak?teruja tak?? yess,sila cakap teruja pehlissss.aku paksa ni!

ok aku nak cerita pasal doa doa harian.alahhhh yang korang hari hari dok baca tuh.contoh lah kalau makan,kita baca doa makan kan?hahh macamtu lah.ok kita start dengan bangun pagi.korang tahu apa yang korang kena baca pagi pagi lepas korang bangun dari tidur?




okay,bangun pagi.Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk hidup.jadi baca lah doa di atas.aku pun selalu terlupa baca doa ni bila bangun dari tidur.yalah,yang kita tahu bangun tidur,tenyeh bijik mata laju laju.lepastu terus pergi bilik air nak mandi.aku selalu bila sampai bilik air je mesti baru nak teringat pasal doa bangun tidur nih.lepastu,barulah nak baca dalam hati.tak senonoh betul.

lepastu tengahari,ibu dah siap masak untuk kita kan.mak aihhh masak lemak cili padi.meleleh air liur ni hahh dok tengok lauk tu.amik pinggan,amik nasik,amik lauk terus bedal.ahhh sudahhh kau dah lupa baca doa makan.kalau lupa,syaitan dok join makan dengan kita tau.ish geli kottt syaitan makan sekali.so,kalau kau tengah kunyah kunyah ayam tu baru teringat nak baca doa makan so baca lah doa ini.



lepastu dah siap siap makan.brpppppp Alhamdulillah kenyang.hah mulalah tu.dah kenyang lupa pulak kau nak bersyukur dekat Allah SWT sebab dah bagi kau rezeki.jadi,macamana ni?hahhh,bacalah doa ini.




tapi,kalau tak ingat sangat,ucap Alhamdulillah pun cukup.itu tandanya kita bersyukur ya tuan tuan dan puan puan sekalian.ehemmm.lepas makan hadoihhh perut memulas.yalah,makan lauk masak lemak cili padi kann.makan banyak pulak tuhh.dah,kompom ke toilet punya lah.nak masuk toilet dah tak tahan sangat tak terfikir pulak nak baca doa ini.




aku pon baru hafal doa ni.malu wehh umur dah doploh baru blaja baca doa masuk tandas.aku belajar ni pon sebab housemate aku si nurul tuh ada buku doa doa harian.aku pun pinjam lah sekejap.tengok tengok eh doa masuk tandas ni aku tak pernah pon hafal.nurul pun cakap yang dia pon baru hafal,selama ni masuk toilet baca bismillah je pastu dah terus masuk lepas hajat.ahaha.lepastu aku pun duduk lah hafal doa ni,bukan lama pon seploh minit kau dah bole hafal.doanya bukan panjang pun.tapi kannn,tapi tapi tapi aku selalu lupa jugak baca.macam tadi lah,dalam bilik air baru teringat nak baca.baca dalam hati lagi. =="

lepastu dah lepas hajat,keluar tandas,kita baca nih.dan,yesss saya pon tak hafal lagi.jom hafal sama sama dan amalkan sama sama doa ini!




ok dah siap semua,malam bila kau nak tidur,kau jangan main terjah je katil.hamboiii mentang mentang katil empuk,bantal lembut terus nak lelap mata kan?sebelum tidur korang baca lah apa apa eh.at least berdoa.kalau tak tahan sangat mata baca je doa tidur ni hah. 




hah tengok gambar tu comel je cik adik kita nih tido baca doa dulu.ni meh kongsi sikit,malam malam sebelum aku tidur aku akan baca :
  1. al-fatihah penawar untuk pelbagai jenis penyakit.special kan?
  2. ayat kursi Allah akan hantar malaikat jaga kita sampai ke subuh. ^^
  3. surah tiga Qul boleh atasi gangguan jin tau.
  4. doa tidur ni doa yang kat atas ni. pendek je.senang nak hafal.try lah.
  5. mengucap kot lah tak bangun bangun lepas ni.takut sangat tak sempat mengucap.
memang amik masa sikit kalau dah ngantuk sangat tuh baca je lah apa yang patut.mengucap dua kalimah syahadah jangan lupa.ya Allah mintak mintak kami semua sempat mengucap sebelum Kau tarik nyawa kami.aminn.

hah ini sedikit sebanyak doa doa harian yang bole aku kongsi.kongsi ya.bukan tunjuk baik atau tunjuk alim.tak salah kan kalau kongsi ilmu.walaupun aku tahu korang semua memang dah tahu dah doa doa kat atas ni.takpe.aku tetap nak kongsi jugak.banyak lagi sebenarnya,macam doa tengok cermin,doa keluar rumah,doa sebelum nak drive.macam macam lah yang kita selalu sangat amik sambil lewa je.dont worry aku pon macamtu,tapi try lah yang mana bole tuh,try hafal dan try amalkan.moga kita istiqomah okay.

jap jap sape yang ada amalan amalan harian yang nak dikongsikan selain dari yang aku tulis ni,jom kongsi! 








abam maher zain yehuu yehuu!

assalamualaikum.

yess! toksah cakap banyak.memang aku nak update lagi.dah tau dah korang habis nyampah tengok aku update.tau dah,tau dah tak payah cakap. ahah.

ok,sape sini minat maher zain??

hahh dah kenapa awal awal entry dah tanya minat maher zain ke tak ni.kau nak bagi tiket free pergi konsert dia ke ascil?hamboihhh tudiaaa kak senah.tak sabar sabar.aku ni mane le ade tiket konsert ke tiket wayang ke tiket hape ke.aku ni pergi konsert pon tak pernah,tahu?halohh saje tanya pun tak bole.aku tau ramai mesti angkat tangan punya kalau tanya.

lagi lagi kawan sampai mati aku si elyn,diana,syiera,nadia semua tuh.dah korang tak payah pura pura pandang tempat lain.ya,korang lah yang aku maksudkan.kalau kawan kawan semua nak tahu diorang nih die hard fan si maher zain kot.pantang maher zain ada lagu baru confirm diorang lah antara orang yang pertama tama berebut carik kat youtube.weyhh apa tajuk lagu baru tu eh?apa tajuk dia?kemain masing masing nak search.

kalau tanya aku minat ke tak,aku biasa biasa je.aku suka jugak dengar lagu lagu si maher zain ni.yalah macam korang tau lagunya banyak tujuan berdakwah kan.bagi aku lah kan.lagu lagu camni lagi dekat dengan remaja.sedap.muzik pon best best je nak layan.kalau bukak time belajar pon tak sakit hotakk.yelahh separuh lagu kalau bukak time belajar kan kadang kadang berbulu je telinga dengar.semua yang kita belajar tak sempat hadam dah keluar balik ikut lobang hidung kanan.jadi,sesape yang suka dengar lagu time belajar tu bole lah layan si maher zain nih.eh salah,layan LAGU si maher zain nih.

jadi berbalik semula pada die hard fan kita tadi ya (rujuk nama nama dekat perenggan di atas).kau tahu lah kan si maher zain nih kan macam hensem hensem sikit muka dia.hmmm,sekali dia senyum,die hard fan kita sekalian tadi tak bole tido malam aku rasa.masing masing berangan jadik bini maher zain.ni kalau lah bini dia paham bahasa melayu.dan kalaulah terdetik hati nak baca belog merepek nih,kompom dia mengamuk sakan punya lah.kau dah kenapa nak suka laki hakuu?hahhhh! hahhh! hambik kau die hard fan,kau nak jawab apa nanti kat bini dia?

aku relax je.sebab aku tahu maher zain akan pilih aku.ngahahaha.bole sawan berbuih kalau maher zain baca.malangnya,dia tak tau belog nih.selamat aku.fuhhh!fuhh!*lap peluh yang mencurah curah ke ladang lembu.

ehhh aku cakap banyak lah pulak.sebenarnya aku nak share video nih je apsal bole melalut cerita pasal die hard fan dia pulak.haishh.ok lah ini lagu terbaru dia.aku kompom korang pon suka punya lahhhh.mempersembahkan abam maher zain yehuuu yehuuu!




hahhh die hard fan jangan pengsan pehlis.tak pasal pasal kena call bomba,jpam semua kang nak angkat korang punya pasal.behave ya.ehemmm,jadi saya tujukan lagu ini kepada ibu saya yang tercinta.ibu you are the number one for me oohhh ohhhh number one for me! pastu untuk ibu ibu kepada die hard fan kita,ibu jiran sebelah rumah,ibu jiran depan rumah,belakang rumah.yang paling tak lupa.ibu kepada bakal suami kelak.awwwwwww!pura pura sweet ahh lu,ascil.

layankan aje eh.

terimakasih korangggg. ^^

manusia dan cinta.

assalamualaikum.

hahhh kan dah kata cuti kali ni banyak kali update.jangan menyampah,pleaseee.
biasalah kalau si ascil update,takde benda lain lettew.balik balik cerita pasal life dia,mandi pagi tadi berapa gayung,makan nasik berapa butir,pakai baju kaler cekelet kelabu kelabu sikit,malam malam layan vanila cekelet semua lah dia nak cerita kan.ok fine lah fine lah hari ni kite citer benda lain nak?

kalau nak sila taip YES AKU NAK dan hantar ke 00000.tiada caj dikenakan.

ok boooo,merepek tak habis habis.kita teruskannn.zasssss! sekarang aku nak cerita pasal cinta.ya,CINTA. amboiii suka si senah dengan dollah bertepuk tepuk tangan lagi.mentang mentang nak cerita pasal cinta happy habis siap guling guling macam cerita hindustan.ni semua yang tengah baca ni (eh ada ke yang baca?) yang pasti aku tahu ayah stalk blog ni.takpe,ayah pon bole baca.meh jemput baca semua.

cinta ini satu anugerah yang Allah bagi kat setiap manusia.perasaan cinta itu halus kadang kadang kita sendiri pun tak faham perasaan apa itu.ewahhh kau tengok ni pak mat,intro aku pun dah jiwang air berkarat.layankan aje eh.jangan geli geli pehlis.ok sekarang ni siapa yang pernah bercinta??angkat tangan cepattt make sure semua pakai deodorant untuk elak pencemaran udara.

*satu kampung angkat tangan*

kecuali si ascil.konon foreveralone lah.hahhh ni istilah foreveralone celah mana korang dapat?tahukah korang yang kita ni tak pernah foreveralone?yalahhh,tanpa korang sedari,walaupun korang takde pakwe,takde makwe,takde boboi,gigirl,'mama','papa',abg syg semua tuhh,korang sebenarnya punya cinta.sedar tak pak mattt??silalah sedar kita punya cinta dari Allah SWT,iaitu Pencipta kita.yang amat amat sayang kat kita semua,cipta kita dengan sempurna,beri akal,beri hati,beri jantung,limpa semua.takda manusia pun boleh cipta manusia atau mana mana ciptaan Allah kan.hebat betul Allah!

jadi,berhaklah kita beri cinta kita yang pertama tama dan yang paling agung buat Pencipta kita yang satu ini.patuhi suruhanNya,jauhi laranganNya.benda nih aku sebagai manusia ni susah gila nak buat.biasalah manusia,lagi dilarang,lagi dibuatnya.tapi tak mustahil kalau kita cuba sedaya upaya kan?kalau nak berubah,jangan tunggu hidayah datang golek golek,usaha sendiri.kalau cerita bab solat,aku tahu susah sangat nak khusyuk.aku pun kadang kadang lari lari jugak khusyuknya.cuba jugak sehabis mungkin.lagipun time solat lah kita nak jumpa Pencipta kita yang satu nih.jumpa sekejap pulak tuh.jadi kena try jugak khusyuk.

kedua,tak payah cinta dengan abang sasa macam aron ajis pon takapa.kita dah dapat cinta yang lebih besar nilainya.cinta dari siapa??tentu tentunya dari Rasulullah SAW.yaaaa, nabi kita.tahukah korang nabi kita amat sayang umatnya?? tahu takk?? kita je tak tahu.kalau tahu pun buat buat tak tahu.aku pun macamtu.masih banyak benda aku tak buat nak balas jasa Rasulullah SAW.penat tau dulu nabi dengan para sahabat pejuangkan Islam,kita yang sekarang ni senang senang je ambil mudah pasal Islam.so,buktikan cinta kita pada Rasulullah SAW.ikut sunnahnya,selalu berselawat ke atas baginda pastu ahh banyak lagilah.start buat sikit sikit okay,daripada tak buat langsung.*pesanan untuk diri aku jugak.

lepastu cinta daripada siapa?

menjerit kak limah cakap " tentulah ibu dan ayahhh!" ya pandai kak limah.nah lukis bintang bintang seploh bijik bagi kat kak limah. suka lettew.

ok sambung.cinta dari ibu dan ayah.korang rasa apa je yang korang dah buat nak balas jasa mereka waktu ngandungkan korang,waktu nyusukan korang,basuh kencing berak korang,bagi makan pakai kat korang,ape je?duit??hmm memang tak terbayar wa cakap lu.aku nih lagilah.cepat marah.kadang kadang kalau ibu marah,mesti ada je aku menjawab. lagi lagi kalau benda tu bukan salah aku tapi dipersalahkan.ya Allah moga moga tak jadi anak derhaka aku nihhh.nauzubillah.serius weyhh.syaitan tu jahat sangat suka bisik bisik kasi orang panas hati.aku ni pulak susah nak kawal marah,hmm memanglahh.jadi,korang yang spesies macam aku ni kenalah banyakkan sabar.orang yang paling kuat adalah orang yang tinggi sabarnya.ingat tuhh!

*lagi lagi dah anak dara ni,kang bakal mak mertua tengok tak jadi pulak nak minang.hikhik.

lepastu dah siap bagi cinta dekat Allah SWT,dekat Rasullulah SAW,dekat ibu ayah,barulah beri sisa sisa cinta itu pada manusia manusia yang kita sayang.opsss bukan bererti cinta yang aku bagi kat kawan kawan semua ni cuma yang sisa sisa! maknanya aku perlu dulukan yang mana paling utama,selebihnya baru untuk korang.aku yakin korang juga begitu.ahh asal ayat baku sampai beku nih.layankan aje eh tolong tolong jangan geli lagi sekali.hmm yalah kata orang spread our love kan.tapi jangan main spread aje sampai tak kenal batas hukum agama.aku syukur aku punya sahabat yang baik baik belaka.seronok betul kalau kita berkawan kerana Allah ni.saling tolong menolong,susah senang sama sama.yang mana pernah terasa dengan aku,aku mintak maaf.serius,aku ni memang pemarah orangnya,kalau dah marah tak fikir apa yang dicakapkan.jadi from bottom of my heart,sorry again.ewahh speaking mentang mentang nak ambil MUET.

cinta untuk bukan muhrim aku tak reti lah nak cakap.padahal yang inilah paling ditunggu tunggu si senah dengan dollah awal awal tadi.sampai guling guling bagai dia hengat aku nak cerita cintan cintun sehidup semati sama sama.you hidup,i hidup.you mati,i mati.ish tak reti lah makk.yang pasti aku tahu jatuh cinta itu fitrah manusia.perasaan kadang kadang tak boleh nak halang,tapi kita boleh kawal.sebaik baiknya kalau mampu nikah terus dengan pasangan korang tuh,bercouple secara halal.alololo sweetnya.haha.best bercinta nih sampai aku pun pernah terikut ikut dulu tapi itu DULU zaman baru kenal dunia,dah besar besar aku fikir itu semua buang masa.belajar dulu sayang diri sendiri.ini tak.yang lelaki merokok semua tuh tak sayang diri sendiri lettew,cemana nak sayang anak dara orang?*jap lagi smokers bangun baling kerusi.haha.

takpe orang kata lah kan,beruntung wanita yang jadi cinta terakhir si lelaki dan beruntung kalau lelaki jadi cinta pertama si wanita.pada aku lah kan,beruntung kalau dua dua jadi cinta pertama.tapi zaman sekarang ni mustahil lah kan.siapa jodoh kita,terima aje seadanya.

ok lah,aku nak buat entry ni pendek je sebenarnya tak tau apsal bole jadi panjang lebar macam gini.lagipun laptop letak atas lantai sakit tengkuk aku kena tunduk.eh,mintak maaf eh korang kasi entry bosan panjang panjang gini.ahhh tak payah mintak maaf  pon semua entry kau memang stok panjang panjang cam gini kan ascil.eleh eleh eleh.siapa yang baca sampi habis,syabas!anda memenangi ucapan tahniah dan terimakasih dari saya.moga kita istiqamah dalam setiap perkara.ingat! cinta kan bunga akan layu,cinta manusia akan mati, cinta Allah kekal abadi.

^^




header baru lagi! =)

assalamualaikum.

cuti cuti nih perkara selalu dibuat haruslah mengupdate blog dengan jayanya.takde lah macam dulu,selang seminggu baru nak update,selang dua minggu lagi baru nak update lagi kan.so,dengan bangganya aku nak mengupdate lagi ya malam ni tuan tuan dan puan puan.harap anda tak bosan tengok entry saya up dekat dashboard anda selalu.ehemmm.

eh eh,aku dah tukar header baru.nampak tak?nampak tak??meh pak mat yang duduk kat hujung sana tuh,meh dekat sikit.nah kanta pembesar biar kasi jelas sikit.sentap pulak kang si pak mat.padahal dia tak rabun lagi.almaklumlah harihari makan lobak kan.maaf pak mat,halohh gurau sekarang pun dah tak buleh kan.

inilah header terbaru aku.buatan sendiri.tapi,tak jadi macam apa yang aku bayangkan =(


dah lah korang takyah gelak guling guling sangat lah.nangis kang.dah lah pes time buat header sendiri,nak letak muka sendiri jadik header memang tak ahhh.ada jugak yang bersarang nanti blog ni,dah tuan punya blog pun takut nak bukak blog sendiri.

ntah lah korang.memang lain seratus peratus macam apa yang aku bayangkan.dah lah guna paint,dengan tangan parkinson terketar ketar,memang kompom lah tak menjadi.haishhh.aku nakkan sesuatu yang nampak matang,jadi ada apa apa komen yang bole aku tambahbaikkan tak?

kalau ada nanti,bagitau kat komen eh.*kenyit kenyit mata ^___-

hahhh kalau nampak tak serasi,dont worry happy go lucky.aku akan tukar balik  ke header lama ada budak kecik dok ngecat pelangi tuh.seriously,itulah satu satunya header yang paling serasi dengan blog nih.ehem serasi dengan blog ya,bukan dengan tuan blog.tuan blog dah besar tak tau nak letak theme macamana untuk blog ni.


header paling ngam wacakapluuu~

p/s : oklah,any comment??



cerita cuti.

assalamualaikum.

pekabo orang kampung?lama bebenor kita tak berjumpa ye.jom borak borak gosip gosip makan makan!

eh,jap jap.sebelum korang baca terus terusan,awal awal aku nak cakap,entry ni tak penting jadi dengan secara hormatnya siapa nak baca sila teruskan,siapa tak nak ehemmm paham paham lah eh.hewhewhew.

so,sekarang cuti sem.ya,cuti sem yang sangat panjang.lama gila tak cuti panjang panjang nih.aku baru jejak kaki ke rumah petang semalam.Alhamdulillah,sampai dengan selamatnya.ya,aku ulang lagi sekali,SAMPAI DENGAN SELAMAT!bayangkanlah dari penang berbekalkan duit dua hengget dengan takde kreditnya kalau apa apa berlaku camana nak gitau family nih,camana??nasib ayah topupkan lepas dapat tahu aku takde kredit.berani betul ascil si bendul nih jalan jauh tapi takde duit kat tangan.banyak kali dah ibu dengan ayah pesan,kalau jalan jauh jauh make sure ada duit buat spare part kalau ada apa apa berlaku nanti.tapi,biasalah kan,budak ascil ni kan tak reti bahasa sikit.

kau tahulah 31hb ramai budak u habis paper,mesti parents ramai amik masa 31hb kan,aku pon beli tiket 1hb dengan harapan jalan takdelah sesak sangat.hmm,tak sesak lah kau cakap,dengan jalan yang jem dari penang ke kolumpo,stuck dekat perak.berapa kali dah tidur,bangun,tidur,bangun apenihhh apsal kat perak lagi nii???pastu mulalah nak emo siap hentak hentak kaki lagi.rupanya bila bukak langsir,pandang jalanraya masyaAllah banyak betul kereta.aku ingat pakcik bas tu yang bawak lambat.ha itulahhh tidur aje tau kan.mintak maaf eh pak mat.ingat pak mat drive 80 km/h sambil dengar lagu dangut.rupanya tak. ==" ahh gasak!sesuka hati aku je bagi nama pakcik tu pak mat kan.nasiblah.

balik balik je terus carik muffin yang kakngah gembar gemburkan dua hari sebelum aku balik.kemain lagi masa dekat fesbuk dia kata dia buat muffin untuk aku.mana?mana?tunjuk sikittt.letak beg terus pergi dapur.YA,memang wujud muffin tu weyhh.aku ingat dia main main je.terperanjat maimon tau, sejak bila you rajin buat kerja dapur ni nyahhh?kelasss~ so,
aku pon malas nak banyak soal terus makan je lah.hmmm rasa boleh tahan tapi rupa dia masyaAllah! senget benget.muffin dia naik sebelah je.tergelak gelak aku tengok. bila aku tanya kenapa,dia boleh jawab "alaaa macam proses fotosintesis lah,daun pokok berebut pergi ke arah cahaya.muffin aku berebut rebut pergi arah api lah agak nya."lol,sejak bila buat muffin ikut kaedah sains pulak ni.=="


amaran keras! tengok tu siap smash meja lagi. ada sape lagi 
berani nak komen muffin dia?


dah dah.lepastu malam buat laksa,harinih pulak buat rendang ayam.apa nih?apa nih?hari nih hari raya ke?weyhhh nak buat rendang kena waktu hari raya je ke.terus sentap jiran sebelah bau rendang dari rumah kitorang.dah lah dua dua orang tu duduk berjauhan dari keluarga.mesti teringat family kat kampung kan kan.hakhakhak jangan sentap kak senah oiii nah rendang semangkuk! yang aku ni pulak kerja makan aje.semalam bukan main semangat cerita ibuu,berat orang dah turun dua kilo.nah! sekali balik penang takkan nak kata kat ibu,ibu berat orang dah naik doploh kilo.mahu tak menangis kau.apa taknya,dari mula mula sampai rumah,makanan macam macam dah terhidang.kalau lapar,bukak peti ais,bukak tupperware ibu,bukak lemari,kompom jumpa makanan .hahhh kat kolej mana ada cenggitu,memanglah kurus senah oii.

lagi?aku dah tak tahu nak cerita apa,asyik cerita makanan aje kang pak mat baca blog nih meleleh pulak air liur kan siap lap lap dekat lengan baju lagi.jadi,kita tutup kisah makanan.bukak pula kisah kerja.cuti dua bulan takkan asyik nak ternak lemak berkualiti aje kan.mesti lah nak kena kerja.lagi lagi bila dapat tahu sem depan ada banyak site visit pergi sana sini. ( eh,tak sabar nak cerita lagi kat korang pasal site visit! ) masalah sekarang ni,ibu suruh duduk rumah ajar adik matematik.adoii,aku ni dah le sawan bila nampak nombor.kena pulak jadi cikgu tak bertauliah kat rumah.takpe lah ibu,nanti akan saya pertimbangkan* sambil usap usap dagu.ehemm, nampak professional betul.

jadi,kepada korang yang tengah cuti sem tu,cercita sikit cemana korang isi masa cuti korang tu.kerja jugak ke??ke kena jadi cikgu tak bertauliah jugak macam aku??


p/s : kakngah jangan sentap pulak kalau terbaca entry nih.takpe first attempt memang selalu tak jadik.percubaan kedua pulak selalunya rupa cantik,tapi rasa pulak kureng.jadi,kau kena buat tiga kali.kali ketiga kompom perfect punyalah!hikhikhik.mau kena pelangkung ni kang kalau kakngah baca.