creative candid with buddies

assalamualaikum kawan kawan.

hari nih aku gedik.aku nak join contest lagi.ala boleh lah.daripada aku merepekkan?lebih baik join contest si shahmin dengan si linda nih.ni contest pertama diorang.jadi aku tolong lah meriah kan keadaan.hakhakhak.aku tolong meriahkan?ayat tak menahan.apa apa pon contest ni sememang nya meriah.jadi sape sape nak join, jom ikut aku kembangkan hidung 
= . . =



cepat cepat klik banner di atas.*sambil buat muka rakus


syarat syarat semua bole lah tengok dekat blog shahmin atau linda.tapi aku rasa syarat penyertaan takde.cuma ada lah step step yang korang kena ikut.senang bukan?jadi marilah kita beramai ramai buat havoc dekat contest nih.

apalagi orang kampung semua,jom!

eh lupa,bebel bebel lebih.terlupa nak letak gambar.heh,yang ni pon aku tepek je.pedulik hape aku.nahhhh!


RAJAH 1.1

RAJAH 1.2

RAJAH 1.3


ok,cukuplah tiga.eh,memang maksimum tiga pon.biasalah aku.suka amik yang maksimum.bukannya apa.ada peluang letak banyak banyak,letak je.jangan sampai tigaploh keping dah lah.botak kang kepala depa dua orang.

ok tak payah tag sesapa.

sapa yang baca entry nih dan teringin nak masuk.jom je lah.

okbai.

8 TRIVIA.

assalamualaikum para pembaca.*fuiyoo ayat aku.

ok.sekarang 31 oktober dah berakhir.maka,hari jadi aku pon berakhir sudah.*tepuk tepuk*

ok fine.aku tepuk tangan sorang sorang.

disebabkan takde benda nak diupdatekan SEPATUTNYA.maka,entry kosong ni lah yang aku buat.budak merepek lah katakan.

tapi,aku nak buat sesuatu.ini dia.

TRIVIA HARIJADI BUDAK 19.

orang pertama wish di facebook.

dia jadi orang first sebab dia wish sehari awal.memang tak aci.haha.

blogger pertama yang wish di facebook.

blogger dan juga kawan aku sejak sekolah rendah.thanks beb!

orang terakhir wish di facebook.

aku ingat ingat lupa dia nih.yang aku tahu dia sekolah sama dengan aku.
tengok info eh betullah.kita satu sekolah.*sambil hantuk kepala dekat bantal.empuk sikit.

orang pertama wish di blog.

yaa!budak sepet jadi orang first komen entri aku semalam,sekaligus jadi 
orang first wish.terimakasih.

orang terakhir wish di blog.

orang terakhir ialah budak yang suka nombor cantik.tahniah kau orang 
terakhir.cantik tak nombor?haha,ini gurau kasar namanya.btw,tenkiu.

kad yang bikin gua speechless

nak nangis guling guling sebab ada yang sanggup buat kad untuk aku.
ok,muka aku sangat banyak.mana kau cilok hah?
btw,naisss! aku suka. tenkiu Basyirah.

orang yang pertama wish birthday kat rumah.

mestilah mereka semua ni.ok kecuali aku.takkan lah aku nak wish dekat diri sendiri.
gila agaknya.

masakan ibu masa hari jadi aku.nak jugak mention sini.peduli hape aku.

ayam masak lomak cili padi weyhh.sape sini suka lauk nih?
sila kembangkan hidung selama 5 minit.
yeahh,kita sama! ni lauk pebret aku.lalalla~
ok fine,gambar ihsan google lagi.

terima kasih kepada semua yang wish birthday aku semalam.hanya Allah SWT yang mampu balas.semoga kita semua diberkati-Nya.makin besar,makin banyak tanggungjawab kita sebenarnya.aku harap kita semua tak lalai sebab makin dah berumur nih,dosa pon makin banyak kan.jadi,saling mengingati lah sesama kita.MATI tu tak kira usia tahu?jadi,renung renugkan dan selamat beramal~

waaa,rupa rupanya ada isi berguna jugak entry aku nih.dah umur 19 lah katakan.hakhakhak.

okbai.


p/s : click pada gambar untuk ke fb / blog mereka.
p/s lagi : oh lupa selamat hari beranak juga kepada kaklong aku.birthday kitorang sama!    
                jimat kosss nak celebrate. hakhakhak.








hari MATANG

assalamualaikum.hikhikhik.

entry bermula dengan ketawa yang gedik.aku pon tak tau ape motif letak intro macamtuh.

hari nih aku dah tua.uhuk uhuk.salah!aku dah MATANG sebenarnya.semuanya kerana harinih memang hari tua,eh salah lagi.HARI MATANG untuk aku.

aku dah 19 weyh.

nak jerit kuat kuat rasanya.aku dah 19?tak sangka.macam semalam je baru belajar berjalan.ok ini tipu.

finelah.lepas nih.kena belajar masak sungguh sungguh.dengan harapan umur 20 bole kahwin.cis,jadahnya cerita pasal kahwin.ok,serius ascil.umur 19 tak reti masak,ini sangat tak cool okeyh?takpe.aku cuba dengan sungguh sungguh .*semangat berkobar lima minit yang lepas.sekarang tak feeling apa dah* erkkk,takpe.tengok masterchef pon bole blaja masak apa.

lepastuh,berdikari pulak.berdikari bukan bermaksud beli kari beli nasik makan sendiri.bukan.tapi,aku ni dah lah jenis manusia yang selalu bergantung harap kat orang lain.aku harap aku boleh lah selesaikan masalah remeh temeh dengan sendiri.perghhh,macam serius je perenggan nih.oh lupa! ayat budak 19 tahun lah katakan.hakhakhak.

kendian,tak boleh lah terlompat sana sini lagi macam budak tiga tahun dapat hadiah gula hacks di hari jadi.almaklumlah dah 19 kan.kenalah jadi sopan santun serta bertatasusila.untung untung ada orang ambil jadi calon menantu.tak ke senang hidup kau,kiahhhh!ahakzzz.

ehem!moga lepasnih,boleh lah aku jadi hamba Allah SWT yang lebih baik,anak yang lebih baik,kakak yang lebih baik,adik yang lebih baik,kawan yang lebih baik,budak 19 yang lebih baik,blogger yang lebih baik dan sewaktu dengannya.*amboi nak jugak letak blogger yang lebih baik tu.

disebabkan harinih hari matang aku.maka,aku nak buat baik.taknak pedajal orang.so,jom kita makan kek ihsan dari google nih ramai ramai! jemput lah semua! buat macam blog sendiri.
jangan malu,jangan segan.



ihsan google je.sobssss.*sambil lap hingus*
btw,cake nih macam sesuai lah jugak kan.nampak magika sikit..ewahhh.



oke lah.nak layan free call pulak.hahha.aku suka birthday sebab ada free call je.keji kan?



p/s : hadiah birthday aku setakat ini ialah sebijik jerawat di pipi kanan.cisss!
         kenapa kanan?adakah tandanya ada orang sayang? haha,sayang wakluuu.



nah robot tak berapa comel.=D

assalamualaikum.


post kedua untuk pagi yang tak berapa nak pagi nih.


sebab musabab kena jawab soalan soalan SPM yang mendatang.SPM jadahnya.aku diTAG untuk game maen tanya tanya soalan nih.jadi untuk feeling feeling macam artis tak bertauliah,aku gagahkan diri jugak menjawab soalan robot tak berapa nak comel nih.HAHA.


ok,kita mulakan.1,2, GO!


1.umur sekarang berapa?jujur doh.


umur aku baru setahun sembilan bulan.hikhikhik*gelak mesti kena macam budak setahun lebih jugak kan?*LOL.aku baru 19.muda lagi tuh.


2.sedang bercinta/baru putus/tak pernah?


pernah.tapi sekarang takda lagi.aku perlukan suami,bukan teman lelaki.cis,apsal ayat aku cam haramm nih.serius gila.ok lah,sekarang single.


3.apa itu kehidupan?


kehidupan itu LIFE.sekian.


4.taste untuk cari balaks/aweks?


yang boleh imamkan aku dan keluarga.hormat orang tua.hormat perempuan dan sebagainya.perokok tegar direject sama sekali,dua kali,mahupun tiga kali.


5.satu ayat untuk gambar kan siapa diri anda.


blurr yang amat.


6.percaya kepada true friend/true love?aku tak.haha


percaya kot.tapi semua tuh tak ku ketemulagi.ewahhhh.


7.pernah kena khianat?apa rasanya?


pernah!rasanya masin masin campur pahit sikit.TAK SEDAP!


8.target untuk kawen?



haishh taknak tanya target grad ke target terima anak buah ke?target kahwin,selepas bertemu jodoh.takde target aku rasa.


9.benda first yang anda buat bila bangun pagi


genyeh bijik mata sampai hilang kesemua taik mata.kott.aku mana tahu,aku mamai time tuh.


10.secara jujur,hipokrit kah anda?


hipokrit takde,hippopotamus ada!tu pon sejak duduk rumah sambil bekerja sebagai penternak lemak.


11.rasa rasa soalan wa ni mencabar tak? :)


mencabar dari soalan addmath sebab aku tak reti nak jawab soalan cam ni.sorry kalau jawapan cam haramm sikit.






p/s: aku tak nak bagi soalan bole?pleaseeeee*sambil kenyit kenyit mata.









25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

assalamualaikum,selamat pagi tak berapa nak pagi.

sejak sejak takde idea kan.cewahhh konon kononnya lah.aku dok nak join contest je.

hari nih,nak join lagi!

dengan rakusnya,aku nak join contest nih.dengan harapan,kalau join ada lah jugak benda berfaedah nak dibuat daripada merapu tak tentu hala.kan?

sebab kedua,tu diaaa hadiah dia semua syok syok belaka.konon tengah bayang aku pemenang lah kan.ahhh pedulikan.menang kalah tolak tepi.aku nak join jugak!*serius,bersemangat waja ni.




kalau anda anda semua ada sifat rakus nak join contest jugak,boleh lah klik banner di atas.perghh gila skema ayat aku.

aku nak tag :


ok itu saja.bai!



p/s : pen merah,pen biru,u marah,i join contest u.HAHA.

re-post : kecik kecik

*entry nih aku buat masa 17/7/2011.aku saja repost balik sebab aku memang sungguh sungguh takde idea semenjak dua menjak tiga menjak nih.tapi,tangan gatal gila nak post something.godek godek entry lama,hah,post lah balik.selamat membaca!*ewahhh~

assalamualaikum.

ok kecik kecik adalah zaman yang paling gembira.aku tak tau lah itu dikire gembira bagi aku ke tak.takdelah sangat sangat best tapi berbanding dengan sekarang,oh dulu sangat awesome!

ok itu intro.

''kompom ibu tak dapat carik saya,kalau saya sorok kat sini''


sebelum tu,mari kita semua masuk dalam DUNIA MAGIKA ascil lagi ye.ok jap.nak keluarkan pintu-suka-suka-hati dari poket kain baju kurung aku nih.doraeman bagi pinjam sebab dia fikir aku kawan baik dia.mana taknya,rupa aku dengan dia dah lebih kurang sama dah.sekali imbas,aku ni macam doraemon malaysia dah.takpe,redha.lagipon,mana tau boleh femes satu hari nanti kan.

ok dah.dijemput masuk.

kita akan kembali pada zaman aku masih 120 cm tinggi mungkin,zaman masih main anak patung barbie,ataupon main mak-mak,atau jugak zaman main jambatan-sudah-roboh,sape yang tak reti main dengan tahap kelajuan yang maksima kire loser lah tu.

kecik kecik bila pikir balik teruk jugak aku nih.macam macam perangai.sabarnye lah ibu ayah aku nak jaga aku kan.patut dan wajib dibalas.asilah,jangan jadi anak derhaka ye,pesan pada diri sendiri.

benda bodoh,pelik,gila yang aku pernah buat :
  1. kecik kecik suka sangat main patung barbie.kalau pergi shopping ibu tak beli,mesti merajuk tak mau jalan.mogok harus dibuat ye.rasa nak lempang diri sendiri je bile ingat balik.ni satu benda bodoh.bazir duit ibu ayah je.kalau anak aku nanti merengek rengek mintak patung,aku bagi je dia patung chucky,kompom dia tobat tak mau mintak beli anak patung lagi.*jimat duit aku*
  2. dah dapat patung barbie,bukan reti nak bersyukur dan beringat yang duit ibu guna beli mainan tuh bukanlah diimport dari daun pokok belakang rumah.boleh pulak aku cabut segala anggota badan barbie tuh.kalau sampai dekat aku,rambut barbie tak sah kalau tak kusut.konon lah nak mandikan,last last kusut kemain.lepastu sikat sampai tercabut rambut dia.jadi,barbie yang cantik dah jadi hodoh.ok,kejelitaan itu sementara.pengajaran nih.tapi,bazir lagi duit mak aku kena beli yang baru.
  3. tiap petang,usung kereta sorong bawak anak patung keliling flat kawasan rumah aku tuh.sampaikan,kakak kakak aku malu nak mengaku aku adik.diorang kate,aku nih dah rupe orang meroyan dah bawak kereta sorong tak tentu hala.bila fikir balik,aku sendiri malu nak mengaku itu aku.eii,pelik!
  4. umur 5 tahun pernah mintak beg dragon ball kaler hijau waktu pergi padang besar.sumpah ngade ngade!tak dapat,tak mau jalan sampai ayah kena dukung aku.gila weyh,aku dah besar kot time tuh.aku tak tau lah apesal aku nak sangat beg tuh.tak cantik pon.sekarang,beg tu dah humban dah dalam tong sampah.mungkin dah terlupus terus dari bumi ni.maka,tamatlah riwayat sebuah beg dragon ball.
  5. tak suke pergi tadika sebab dekat tadika ada budak india gemuk suka buli aku.weyh pompuan pulak tuh.kecik kecik dah bajet diva.benci aku dengan si gemok tuh ntah sekarang cemana lah perangai dia.ntah hidup lagi ke tak.geram nih geram!kesian dekat diri sendiri sebab dungu lembik loyak tak reti nak protect diri sendiri masa tu.
  6. tak suke kena bangun pagi pergi tadika.akibatnya,kadang kadang aku terlelap sambil berus gigi lepastu mimpi dah sampai sekolah.rupa rupanya masih kat bilik air lagi.jadi,jangan pelik dari mana aku mewarisi sifat suka mengantok ni.tentulah dari diri sendiri sebab telah ditanam sejak kecil.
  7. darjah satu sampai tiga jahat kemain.dapat markah exam sikit,terus keronyok keronyok sampai jadi kecik pastuh simpan dekat zip beg paling kecik.kalau ibu tanya,cakap cikgu tak bagi lagi.sampai lah terbongkar semua rahsia,bile ibu cek beg.time tuh peluh keluar mencurah curah ke ladang gandum.perghhh cuak sangat sangat sampai sakit perut dua hari.
  8. oh ya!kecik kecik jarang main benda benda kotor.ibu marah.jadi,kami selalu main kat dalam rumah jelah.maka,bila ibu dengan ayah takde kat rumah,masing masing mula keluar tanduk atas kepala.habis selimut,sepit baju,tali bersepah.ni semua gara gara nak buat khemah dalam rumah.nak tambah efek terbaik,tutup semua lampu.biar jadi gelap macam dalam hutan.lagi real bile time hujan.konon adventure. =_____=
  9. selalu main cinderella dengan kaklong and kakngah.main dekat tangga flat kitorang tuh.lagi feeling jadi cinderella bila konon konon dah tepat pukul 12 malam,terus lari turun tangga sampai tertinggal satu kasut.paling tak boleh bla,kasut tak tertanggal pon,tapi,berusaha jugak untuk pura pura tertanggal.yang membengangkan mereka,bila turn aku jadik cinderella,aku nak main,tapi bile turn diorang mesti aku cakap,''penat lah,kita main besok jelah nak?''maka,menyiraplah mereka.
  10. paling macam haram,mula ade minat kat seseorang time kecik kecik.macam bodoh je kecik kecik nak bercinta.tapi,time tuh aku takdelah terpikir nak bercinta.cuma,dalam kelas terutamanya kelas english,mulalah kitorang ubah kerusi macam pengantin,pastu berlakon jadi pengantin.dia lah pengantin lelaki aku.dia tak nak jadik,aku paksa jugak!yang sedihnya,kawan baik aku time tuh merana kena paksa jadik pengapit.ish.kesian.apelah,kecik kecik dah gatal aku nih.
itu lah antara pengalaman aku.so,kategori kenangan indah ke bukan nih?aku rasa tak mau ingat semua tuh.tapi,macam best.kalau takde aku yang dulu,maknanya takdelah aku yang sekarang.pengalaman kan mematangkan kita.

so,aku dah cerita.korang pulak,bila nak citer nye pengalaman korang tuh?share lah,mane tau lagi terok dari aku ke.

ok lah.thanks teroka dunia aku.dah kembali pada abad ke-21.kali nih kite naik mesin masa pulak ye.




ok dah nak sampai.





*entry nih saja nak tunjukkan betapa panjangnya entry dulu berbanding sekarang.hah,mampu nak baca?hakhakhak,kejinya.saja nak suruh korang baca panjang panjang.



ALERT okayy!

assalamualaikum.

lama kan tak update?hah,aku busy?itu tidak mungkin.kerjaya aku sekarang cuma menternak lemak yang berkualiti dengan harapan ade orang nak beli lemak lemak nih,pastuh kuruslah aku nanti yehuuu!ok, dan kerani cabuk di rumah je.taip itu,taip ini.tak ke macam kerani tu?

korang bole abaikan pendahuluan yang cam haromm di atas.

aku sebenarnya terus kehilangan idea.beku macam iceberlg otak nih.mungkin tunggu kapal titanic langgar,baru cair agaknya.

entry lepas aku ada tanya pandangan pasal blog aku, entry entry aku yang semua panjang berjela kan.hah,adalah beberapa maklum balas daripada pembaca.cewahhh,pembaca tuhhh.

aleen aiden dengan iela yaacob bagi pandangan yang lebih kurang.jadi aku simpulkan kat sini.entry yang panjang panjang tapi kalau di hurai dengan menarik,jalan cerita boom kebaboom for sure orang baca punya.panjang macam novel cinta pon dah tak jadi satu masalah.ye dakk?

kim heerul si peminat korea tuh pulak kata dia ikut mood kalau baca.wowow!memang betul jugak eh.kalau takda mood,tengok pulak entry panjang berjela,dapat pulak entry yang merepek.tak ke rasa nak baling laptop ke lautan paling dalam?tapi,kalau aku pulak.ada mood ke takde mood semua aku tibai baca.sebab aku rasa tak puas kalau baca separuh separuh.macam cinta terputus di tengah jalan.aik?ah,ghasak!

bekas banduan.ya,walau bekas banduan tapi pendapat beliau juga diterima.tak ke rasa gua ni adil?hikhikhik.aishh,dia kata entry yang best dan bermanfaat kalau panjang sampai 3 page pon dia tak kisah nak baca.ok tipu.dia tak kata pon macam tuh.tapi,ayat lebih kurang jugaklah.kalau entry NTAH PAPE,kompom dia carik main point je.hah,hambik kau.at least dia still baca and komen.dari tak baca terus kan.

hah sape lagi?sape lagi?ni diaa el janna.comel comel je orangnya.alahaiii.dia siap bagi tips lagi.perenggan pertama main peranan penting katanya.kalau kepala dah tak best,kompom orang pon dah tak selera nak baca yang bawah bawah kan.hah amacam pulak intro aku yang selalu macam haromm tuh?kompom semua tekan butang pangkah.haishhh.kena perbaiki lagilah nampaknya.lagi satu,pentingnya bold dalam kehidupan entry seharian.kalau dah takde selera nak membaca lepas baca intro yang failed,ayat yang di bold pulak lah yang main peranan utama.aku cuba praktikkan okayy.

last but not least,*sumpah skema*.mempersembahkan ustazah pilihan pada hari ini.didik wanita,terdidik generasi.tudiaaa.umie si peminat komik + robot + bergambor + apa apa jelah yang dia minat.katanya,dia suka entry pendek pendek dan banyak gambar.entry pendek aku cuba usahakan,tapi kalau banyak gambar tu susah sikit lah.aku takde banyak gambar.apatah lagi,sejak ketiadaan henfon berkamera cabuk tuh.aku dah malas nak upload gambar.google images?ah,lebih baik korang pergi google sendiri ye dakk?

ini je feedback yang aku dapat.

kalau korang terpikir kenapa tak printscreen je feedback yang aku dapat tuh pastu tepek kat entry nih?maka,korang memang tak ALERT.bukan ke title entry ni pon berbunyi 'ALERT okayy'?

masih lampi lagi?

bukan ke aku sedang mempromote blog mereka yang baik hati dan selalu bagi komen yang membina ni?hah tak alert lah tu.

apalagi?pergi lah terjah blog mereka kalau korang belom follow,follow sekali okayy. 

ok,aku google je.





lagi sekali,aku FAILED untuk membuat entry yang pendek.mintak maap kawan kawan!=p

bai!


perhatiannnn!

assalamualaikum.

yehuu yehuu,perut tengah berdengdang.aku pon tengah bergendang.*ini pantun dua kerat kau apa tahu*
ok fine,aku lapar sebenarnya.

sikit lagi masa lunch.sabar lah wahai perut oiii.

ok,hari nih aku nak main tanya tanya lagi.aha,bosan le tu hari hari main tanya tanya.ala,bole lah,pleaseeee.untuk kepentingan kita bersama.cewahhh,macam nak ajak discuss pasal kahwin je.




soalan hari ini : 

korang suka entry panjang panjang ke pendek pendek?
aku taip entry panjang panjang nih,sebenarnya korang baca ke tak?
ataupon korang scan je mana point penting pastu komen berkenaan main point je?*kecik kan mata.
ataupun korang tak baca,terus ke bahagian komen?*sambil betulkan spek.
ataupun korang tengok komen komen orang lain je pastu korang buat komen yang lebih kurang sama?*sambil kecik kan mata lagi.hah betul betul nak kepastian nih.

woiii ascil,pesal kau nak tanya banyak banyak nih?aku cepuk kau kang!

maaf.tapi sejak akhir akhir nih perasaan ingin tahu tu memang membuak buak.cewahhh,ayat aku!

sebab pertama : 

adik aku punye kawan punye boipren punye adik angkat punye kakak.senang cite kawan adik aku jugak.dia kata,dia malas baca blog aku sebab entry semua panjang panjang.

jawapan aku : 

aku memang selalu berniat nak buat entry pendek pendek,tapi nak buat cemana selalu jadik panjang.sebab aku nih selalu membebel ke lain.dah nak masuk perenggan ketiga baru nak masuk isi penting.sumpah kalau buat time exam spm dulu,FAILED tahu?sebab tu kalau korang perasan,aku pernah buat wordless wednesday sekali je.ntah lah,aku rasa tak puas selagi aku tak membebel.korang pulak?

sebab kedua :

mak aku punye suami punye anak yang kedua punye kakak.senang cerita,kakak sulung aku.dia cakap dia tak suka baca blog perempuan,sebab kadang kadang blog perempuan bosan.entri lebih kurang sama je.tak macam blog lelaki.sempoi,kelakar pastu lelaki ada banyak idea.oh?

jawapan aku :

tak semua blog perempuan macam tu.ada je banyak yang sempoi,pastu kelakar pulak tuh.aku suka je baca blog perempuan.sebab selain dapat buat kawan,kadang kadang aku rasa pemikiran diorang sama macam aku.mungkin inilah maksud kakak aku yang lebih kurang sama tu.eh,yeke?lantaklah.tapi,satu je.aku ada masalah bila baca blog jiwang jiwang.kalau bole semua entry pasal cinta.blog macam ni kadang kadang je aku baca.korang pulak?

so,komen sikit blog aku nih.

a)bosan.entry panjang.
b)bosan jugak.entry takde faedah.
c)boleh lah.aku suka!
d)boleh boleh je.*mata ke atas*

cadangan :_________________________________________________( /2m)

komen anda amat dihargai.sebarang pertanyaan sila hubungi nombor public berdekatan rumah saya.

sekian,terima kasih.

Yang Benar konon kononnya,
    ascil asilah
(ahli aktif geng wonderpet)

eh lupa,baiiiii!
















entri pertanyaan dan ade sikit sikit entri perasan.alaaa,SIKIT JE.

assalamualaikum.

aku selalu tak tau ape aku nak update.keringgg bhai!

tapi aku cuba ok.*ceh,bajet ade orang nak baca je.sape nak baca,angkat tangan,sape taknak baca,angkat kaki okayy.

hari nih aku nak tanya,korang kalau update entry tulis tajuk dulu ke tulis entri dulu pastu baru pikir pikir tajuk ape sesuai?
ceh,semenjak dua menjak nih asyik main tanya tanya je kan aku nih?dulik hape aku.perasaan curiousity tuh melambung lambung macam mail lambung!

kalau aku,jawapannya,aku taip entry dulu baru aku pikir title.terbalik?yalah,aku memang failed buat tajuk.kadang kadang kalau buat tajuk dulu,mesti aku lari dari tajuk.kalau tajuk LEMBUKU SAYANG,aku pergi cerita pasal kucing.kalau tajuk PAK MAT JATUH LONGKANG,aku pergi cerita pasal pak mat menang lari dalam guni lawan kampung sebelah.ya,memang macamtu pon aku.*ah,aku memang selalu lari dari tajuk pon.SEBENARNYA.


jadi,anda pula bagaimana?




p/s: makin ramai pulak cakap muka aku iras najwa latif.haishhh percayalah.mungkin ade iras sama.tapi kalau tengok depan depan,bukan takat tak sama macam najwa,malah iras pak latif pon takda.







adik aku kata gambar nih sama gila dengan aku.tapi . . .
ada TAPI tuhh.dia kata 
"tapi najwa seribu kali comel dari kau"


korang rasa apa aku buat?nak je aku baling terompah kayu dekat kepala dia.kelekukkk!biar dia tahu siapa ASILAH GHANI,siapa NAJWA LATIF.


ok bai!

allergic yawww!

assalamualaikum pembuka bicara.ewahhh.kemain ayat.

niat nak berpantun serangkap dua sebelum ke main point kita hari nih.tapi FAILED!pantun tak kena langsung.

ah sudahhh,kita teruskan.

korang korang korang semua nih ade allergic tak?ala senah,allergic pon tak tau.ALAHAN tahu?hah pandai pon.aku rasa ramai je yang ada allergic nih.allergic air lah,allergic panas lah,allergic seafood,allergic cinta.(eh?)ade ke?pedulikan.tapi,aku sure sangat ramai yang ada allergic.kesian tau.lagi lagi yang tak bole makan benda benda sedap macam ayam,ketam,seafood bagai.aku mampu kesian jelah ye.

aku?hmm,aku tak tahu lah ini allergic ke bukan.

aku tak boleh makan BUAH BUAHAN dengan SAYUR SAYURAN.




so,ini allergic ke?

jawapan mak aku,ini bukan allergic,ini namanya penyakit mengada ngada!
hah hambik kau kiahh.sentaphatinakmak.aku dari kecik tak makan dua benda di atas.serius.mak aku pernah je curik curik sumbat buah buah kat mulut aku.kalau aku tak demam pon,aku akan muntah.kalau demam,teorinya senang aje.DEMAM TERKEJUT lah.sape suruh curik curik bagi aku makan buah.kan dah homakk-kau -terkojutt -den.

ada orang kata,ini mindset aku je.yalah,dari kecik tak makan,sampai ke besar aku akan set kepala hotak aku supaya cakap dua benda di atas tak sedap,tak sedap dan tak sedapppp!yang ni pon bagi aku YA jugak.tapi,bukan aku tak cuba makan.pernah je aku cuba cuba makan dengan penuh kerelaan tanpa paksaan.sudahnya>>MUNTAH jugak.

selalu je aku kena bahan tau.dulu kat asrama pernah je kawan kawan aku letak sayur penuh dalam pinggan aku masa aku pergi amik air.kejam tak kejam?bila aku dah balik ke meja aku and tengok pinggan aku tuh,terus aku marah.merajuk.sumpah buruk tua tua camni merajuk.time tuh tak pikir dah kawan tak kawan,kalau buat aku marah memang nak kena lah.biasalah kalau marah kan,syaitonirrojim penuh atas tengkuk.cis!

niat kawan kawan aku baik sebenarnya.diorang nak aku makan makanan berkhasiat.diorang kata sekarang memang kau takde masalah,tapi pikir sepuluh tahun akan datang.bila kau dah besar,dah kahwin,dah mengandung.macamana kandungan kau?mana dia nak dapat vitamin.ceitt!jauhnya pikir.aku harap time aku mengandung,aku mengidam makan buah buahan dengan sayur sayuran banyak banyak.yalah,baby yang nak makan,kan?

bila masuk PLKN,juruletih eh salah, jurulatih tanya awak allergic tak?aku dengan muka tak bersalahnya cakap saya allergic makan buah dengan sayur.otomatik,diorang gelak!ini bukan allergic lah sambil gelak gelak lagi.dushh aku rasa macam kalah pertandingan lari dalam guni je time tuh.apasal diorang gelak?aku jawab betul apa.

kulit?tak payah cakaplah derr.kulit kusam tak bermaya.ecece,ayat tak bole bla.tapi,pedulik hape aku.asalkan aku sihat walafiat hidup aman bahagia sudah.sistem pencernaan?Alhamdulillah,setakat ni belom lagi sembelit ke hape,proses berjalan seperti biasa.HAHA. 

sekarang nih,aku nak tanya.korang ade alergi dengan apa apa tak?buka elegi sepi eh.tak mau,tak mau.hah,lagi satu sapa yang tak makan buah buah and sayur sayur macam aku?nak sepp sikit!