route 69

assalamualaikum.

hai semua semua yang dok intai blog nih.kalau takde orang intai,aku pura pura lah intai blog aku sendiri.jadi,hai kepada aku!

tadi berbuka kat mana?hah,jangan kata dekat rumah.jeles,tahu?aku puasa ke 27 nanti baru dapat berbuka dekat rumah.insya Allah.doakan aku selamat balik rumah.aku berbuka tadi dekat route 69.first time aku dengar.nama je duduk penang dah tiga sem.route 69 yang tertempek dekat perda tu pon aku tak pernah tahu.aku?biasalah,ascil si puteri katak di bawah tempurung.mana nak tahu hal hal yang takde kaitan dengan aku.buat semak hidup je.

bila elyn ajak berbuka dekat situ,dalam kepala hotak aku "alamak dekat pulau ke?"cis,kompom tak dapat pergi.last last,bila dia bagitau tempatnya cuma kat perda je.eh,hek eleh.macam lah aku tak pernah ade kelas dekat perda.tapi,apsal macam tak pernah nampak eh?magik,magik.hmm,abaikan.takpe lah.kita layan gambo je lah okayy.aku penat lah nak menaip.dah naik kurus jari aku.badan tak kurus kurus pulak.haishhh.




aku dengan nad.muka sembelit tunggu elyn dengan syiera bersiap.
ingatkan diorang pakai songket bagai sampaikan siap berjam jam.haishhh.

eh eh jangan pikir bukan bukan.khusyuk bukan bermakna tengah layan bukan bukan.
*tiada sebarang unsur lucah,kalau unsur lucu,itu mungkin.*



seram tak seram?ni semua nad punya kerja.seni lah konon,nad?puii.



tengok!dah lah datang lambat,nak gesel gesel kat aku pulak.geli mak,nyah!



dah sampai route 69.see?cuma sekangkang beruk je tempat tuh.naik bas rapid
harga singgit patplohsen.puiii!sen sen pon nak berkira.
elyn muka macam singa lapar je.tunggu masa nak melahap sampai belahak.cis!



eh nad.orang dah tau lah kita dekat route 69.tak perlu nak angkat cawan tu.
letak,letak.kang pecah kang kena pulak duduk dapur belakang basuh pinggan.
elok pergi cantik macam hana tajima,balik muka dah rupa hano tojimon pulak kang.



tu diaaaa,tu diaaa.bila dah tunjukk rupa makanan.mulalah aku menaip entri sambil 
kesat air liur.pergh,perghh dan perghhh.
ok fine,basah bantal.*lap lap mulut guna baju*


cawan nama ascilpunye takde ke?grrrr,marah ni!



tengok gambar last nih dah tau gambar sape.
mestilah gambar si gemuk yang jeling tajam sambil mintak makanan.
bahaya kalau tak bagi makanan kat dia nih.maunye mengamuk tak tentu hala.



hmm,tu lah antara gambar gambar yang tak berapa nak berkualiti tapi still jugak nak tunjuk kat orang.peduli ape kan.ahahah.saje je nak cerita kat orang kampung semua,hari nih berbuka puasa dekat luar.cis!macam lah tak pernah sebelum nih.

padahal,sebenarnya aku,nad dengan su menumpang je majlis berbuka puasa anjuran bebudak kelas S.hah,ni lah pokok pangkalnya.kalau muka tak tau malu,inilah akibatnya.kepada bebudak kelas S,anggap je lah kitorang nih tetamu undangan yang wajib hadir.huahuahua.

makan kenyang,belahak sampai pat lima nam tujuh kali.bertuah punya budak.giant pon boleh bersara macam nih.

ok lah orang kampung semua.kena tido dah sekarang.bai!


p/s: esok speaking test.haishh lemah betul aku dengan bahasa penjajah nih.




















7 coratcoret:

e l y n said...

awat ada nama aku hahhh?!??!

.izzati liyana. said...

hai. haha. saya buka kat rumahhhh. :P

kalau sen tak berkira, tak dapat lah ringgitnye cik ascil. btw, saya pon jenis duduk dalam kotak jugak.

ascil.punye.lah said...

elyn : bukan kau lah!macam lah nama hang sorang elyn.ahahah

zati:jeles ohhh,jangan cakap lagi.
saya tak duduk dalam kotak lah,saya duduk bawah tempurung.=p

sifu im said...

klu de cawan name ascilpunye aku nk sebijik tau hehe

ascil.punye.lah said...

boleh boleh.tapi bayar ah!cawan jenama aku mahal tau.ahahah

.izzati liyana. said...

ah. awak ni berfikiran sempit betul. kotak dan tempurung yang sama pon tak tahu. :P

ascil.punye.lah said...

tak nak jugak.tengok ejaan dengan sebutan pon dah lain.