buku ke mana,tuannya ke mana.

assalamualaikum.yaww,orang kampung semua!

apamacam hari nih?hah,pose ke tak pose?tak pose tanpa sebab,meh sini.nampak sepatu nih?luku kepala baru tau.dushhh!

zalim sekejap.

hmm,aku suka bila dah nak raya.suka sampai nak terkinja kinja.tapi,sedih jugak.bulan Ramadhan yang penuh rahmat ni nak pergi berlalu.sedih tahu?entah sempat nak berpuasa tahun depan lagi ke tidak.sobsobsobbbb. = ____ =

jadi,perbanyakkanlah amalan di hujung hujung Ramadhan nih.moga kita semua diberkati.*iklan sebentar.peace!*

ok lah.dengarlah sini kiah,senah dan joyah.aku tak tau lah ni dikire masalah ke tidak.bagi aku,masalah!besar punye masalah.kalau tak nak dengar,takpe.tak mau kawan lima minit.huh!

ok,jom!kita pergi ke masalah aku.kenapa lah final exam lepas raya?ya,aku dah pon tulis kat status fesbuk tentang nih.aku kan spesies manusia yang pergi berak pon nak bagitau dekat fesbuk.cis!nak buat cemana.hobi sejak azali.jangan hemtam aku.



ahahah bangunlah dikau dan . . . pergi studyyy!!


lepas raya aku kena hadap semua test.dah lah tu,paling tak boleh blah,naik cuti terus exam.maka,anda boleh bayang tak raya saya macam mana?mungkin tangan kanan dok main bunga api sambil tangan kiri menulis nota *aku kan man kidal*
ataupon,makan kuih raya sambil mata jeling handout.pastikan sampai juling.mungkin juga beraya rumah sedara-mara-belah-bapak-belah-mak sambil pikul beg.bukan beg tangan raya yang gila awesome ye senah tapi beg yang dipikul ke kelas hari hari tuh.

oh tidakkkk!aku bukan jenis macamtuh.

dan aku bukan jenis orang yang belajar awal awal.cis,cis,cis!

aku putuskan,aku taknak bawak balik apa apa buku.
kenapa?nampak macam pemalas kan?garfield pon takde malas ini macam.

ade sebabnya.

sebab yang paling jelas.aku bukan belajar pon dekat rumah.nak bukti kukuh?ok fine,buktinya,cuti mid sem hari tuh kemain banyak aku bawak balik buku.senget sebelah bahu pikul buku.cehcehceh,sejuk mata ibu memandang.last last bukan buku yang aku baca.tapi,muka buku.walaupon bukan doplohpat jam aku tepek mata dekat mukabuku,tapi tetap!ya,tetap hampir doplohpat jam.

aku bukan tak cuba.cuba sangat sangat.tapi,bukak buku terus masuk alam mimpi.aku pon tak tau cemana aku termasuk alam tuh.sedar sedar,buku yang baca aku.amboi,advance kan buku sekarang?pandai baca tuannya.

serius,masalah besar.

cemana aku nak buat untuk taknak bawak balik buku dekat rumah?study awal awal?cis,kompom aku lupa.ataupon bawak sikit sikit je.lepastuh dok risau kat rumah.alamak aku tak bawak buku nih,buku itu.buku sekian sekian.ataupon tak payah bawak langsung?ahahah senang hati aku.*gelak gelak macam orang kaya*

korang rasa?

ok fine,korang tak rasa apa apa.

takpelah,nak cuba-try-test study sungguh sungguh malam nih.k bai!








7 coratcoret:

Kgibs said...

that's true. before nak blk umh, mmg beriya-iya. abes sume buku nk bwk blk. tp bile smpai je umh, buku lnsung tak sntuh puh.. kite same lh hehehe

hamzah ian said...

study elok elok.. hehe

ascil.punye.lah said...

kgibs:waaa ada geng lah.kasi sepp sikit!

hamzah ian:makasihhh pakk!=p

.izzati liyana. said...

pernah kot kena macam ni gak. naik-naik cuti raya terus exam. peh. membantutkan proses nak raya betul. serius ah nak raya takde mood. tapi buku tak bukak bukak jugak. asyik pikir je cmne ni tak bce lg. cmne ni. tak tak jugak bace. haha!

common ah bawak balik buku tak bukak tu. adat student. satu beg tarik tu penuh buku, satu beg tu jugak lah bawak balik u tanpe mengusiknya. haish. den takleh nak bantu ah. kalau nak lulus dgn jayenye, tpkse ah bawak dan baca buku di rumah. kalau tak, berserah. baca time dekat u nanti.

ascil.punye.lah said...

saya nak berjayaaaa!

nampaknya kena bawak balik buku jugak lah =___=

.izzati liyana. said...

depends. :)

ascil.punye.lah said...

ahahah azam kemain lagiiiiiiii