hantu kuih dah mai dahhh!

assalamualaikum.

selamat pagi,terima kasih pampers.adik tidur lena sentiasa,lalala.

dushhhh!melalut.ok,selamat pagi semua.eiii rindunya dekat blog nih.dah berapa hari, berapa malam tak dapat nak update.ni semua gara gara berukband ni lah yang dah mula tunjuk perangai beruk dia lagi.

haishhh,nasib badan.

semalam pergi rumah pakcik aku di bertam.ya,dah lama aku tak ke sana.busy gilalah sem nih.aku pon tak tau sebab apa busy.korang tau sebab apa aku busy?hah,korang pon tak tau kan.abaikan jelah.

eh,jap.sebenarnya aku nak cerita ape ek?

ok ok ,sebenarnya aku nak cerita aku buat kuih raya.gila tak gila!muka stok tak reti masak nih buat kuih raya.pigidahhhh!tapi,ini kisah benar tapi pelik.serius.buat muka serius sikit.hah,mula mula buat kuih cornflake madu.disebabkan dah berbuka time tuh ,jadi satu buat,satu masuk mulut,dua buat,dua masuk mulut.sudahnya,masuk mulut lagi banyak dari masuk oven.nasib lah!sape suruh ajak hantu kuih raya buat kuih,kan dah lebih masuk perut.

esok paginya,jengj jeng jeng.

hah,buat kuih lagi.tapi puasa beb.tak boleh nak curik curik masuk kuih dalam mulut.cis,cis cis!teka lah kitorang buat kuih ape.eleh,pagi pagi malas nak main teka teka lah tu.ok lah,ok lah.aku bagitau.kitorang buat kuih denmark.ape?denmark?terkejut den,mak!mula mula pon aku dok heran.kuih pekejadah le nih.aku tak pernah dengar pon.tapi bila dah buat kuih tu rasa macam "eh,penah nampak lah kuih ni,tapi di mana ya?".serius,kuih nampak familiar je,tapi nama kemain hebat lagi.menangis orang denmark tengok kita makan kuih dia.

then,buat kuih sarang semut.ala biasa dah.sape tak kenal sarang semut,pergi terjun lombong lah!cis.eh,kelakar pulak aku tengok buku resipi makngah aku.dia bukan tulis 'kuih sarang semut' tapi 'kuih telur semut'.haha.nasib bukan telur kutu.kalau tak,sumpah tak makan!kuih ni aku rembat satu bekas bawak balik kolej.perghhh sedap siot.nak sikit?hah,buat sendiri.jenuh tau.aku tak kire dah makngah aku kata jangan letak banyak banyak dalam cup tuh nanti dia mengembang.sebabkan dah penat and nak cepat habis punye pasal,aku taruk je banyak banyak.puas hati!

tapi,tu lah.kat rumah tak dapat buat kuih raya,merasa buat kuih raya dekat rumah orang pon apa salahnya kan.sobsobsobbsob,bagaikan melukut di dapur orang.cis!

eh,gedik lah u nih,ascil.buat kuih pon nak cerita dalam blog kew.auw aww,gedikkkx taw.hah,sape berani cakap camni.meh,aku lempang karang.suka hati aku lah.

eh tak mau,tak mau gadoh.salam meh salam.peace!

ok lah nak ke kelas.



hai nama saya ascil.sayalah hantu kuih raya.kihkihkih*mengilai*



blah ah kau ascil.kesian sape yang baru bangun tidur tuh.terkejut tengok muka kau nih.adoii.

7 coratcoret:

Kgibs said...

kuih cornflakes madu & sarang semut best kan2....

sifu im said...

sarang semut..aku suka je..tapi tu semut merah ke hitam??haha

ascil.punye.lah said...

kgibs:memang best.terutamanya cornflake madu tu.gila tak tahan.rasa cam nak raya setiap hari je.

sifu im:tak tau lah merah ke hitam.yang penting ratu semut.hee

.izzati liyana. said...

hahahaha. lawak kot. eh, same dengan kgib. suka cornflakes dengan sarang semut. eh, korang kawan ke?

ascil.punye.lah said...

kawan blogger.tak pernah jumpa di alam nyata pon.

.izzati liyana. said...

oh. ingat kenal.

ascil.punye.lah said...

tak.baru kenal kan kgibs??hai kawan baru!