aku si kosong.

assalamualaikum.

ya,sekarang hormon berblogging tak stabil.aku pon tak tau kenapa.mungkin celaru umpama ikan cencaru gamaknya.

pfttt,ayat ntah pape je.

ok la ok la,takde mood sekarang.kosong.sama kosong macam poket aku.sama kosong jugak macam beg duit aku.nama je beg duit.tapi dalam takde duit.kad kemain banyak pulak.kenapa tak bagi nama 'beg kad' aje?simpati dekat diri sendiri.

semalam pergi jusco.nak cepat punye pasal,tak sempat nak cuci mata sampai juling tengok sales segala.nak beli baju raya,seluar raya,beg raya,kasut raya,langsir raya,sofa raya?huh,jauh sekali.yang aku sempat beli=syampu raya,sabun basuh baju raya,shower cream raya,maggi raya.pfftttt semua barang keprluan harian aku.cis,cis,cis!nasib setiap hujung perkataan ade tambah perkataan raya.dapat jugak aku feeling feeling raya.

yang paling tak boleh bla,lagu raya memang dah sana sini terpasang.siap selang seli dengan lagu merdeka lagi.hah,lagilah tambah efek haru biru celaru dalam jiwa kosong si kosong nih.gua rasa nak balik rumah time time tuh jugak derr.sobsobsobbbb.

balik je bilik malam tadi,terus dapat mesej dari bebudak kelas.ajak aku berbuka dekat pulau.mak aihhh,jauhnyeee.sini takde kedai makan agaknya?tapi,takpe terharu jugaklah aku.bunyik pon cam best je.bukan selalu dapat berbuka sama.yang manjadi persoalannya ye tuan tuan dan puan puan sekalian *nada serius sambil betulkan spek*
ok,yang menjadi persoalannye,DUIT!

aku bukan kedekut.tapi aku rasa dah terlampau banyak aku gunakan duit untuk minggu ni saja.lepas tu,roomate pulak duk ajak berbuka puasa dekat luar rabu nih.dan,aku setuju.roomate lah katakan.serius,sepanjang berpuasa ni aku tak pernah berbuka dengan diorang.haisshhh,simpati lagi sekali.

jadi,terpaksa amik keputusan.

sory geng,aku tak dapat nak join korang pergi pulau selasa nih.*ini ayat terpaksa,tahu?*

kalau sesape rasa simpati sila taip ON simpati beserta amaun yang anda nak derma kepada saya dan hantarkan ke 44444.hulurkan duit,ringankan poket.bantuan anda amatlah dihargai.

rasa nak luku kepala sendiri je.hey pesal kau mengarut banyak sangat eh,ascil?cis!

ok lah bai.








p/s : entry kosong takde gambar.kasi feeling sikit cemana rasanya jiwa kosong nih.








10 coratcoret:

LITTLE NUUR said...

TAIP ON ASCIL KE 44444

HAHAHA ;P

ascil.punye.lah said...

ahahaha pemes aku cenggini

hamzah ian said...

aku taip dia makan kredit..

ascil.punye.lah said...

ahah kredit kau da masuk dalam akaun aku.

.izzati liyana. said...

pulau mana lah pulak tu. huhu.

jusco mane tuh? hari tuh pon kite pergi jusco jugak. selang seli lagu jugak. ikut nyanyi same. last2 fahaman konfiusme muncul. ni lagu raya ke lagu merdeka ni. biol otak.

beg kad? style tuh. hihi.

ascil.punye.lah said...

yaww pulau pandan jauh ke tengah yaww.

jusco perda.tau?

style??nak tak beg kad?tapi kena exchange lah.zati bagi kite beg duit,kite bagi zati beg kad.deal?

.izzati liyana. said...

perda? err..tak tahu.

exchange pulak? ingat nak bagi je. tak jadilah macam tu. haha.

ascil.punye.lah said...

perda dekat dgn uitm pulau pinang.

sifu im said...

wahh kosong..tapi panjang gak menaip..haha

ascil.punye.lah said...

biasalah aku kalau dah menaip takde hujung pangkal.