hai kawan kawan baru,selamat berkenalan okayyyy.*salam*
jap,ada bau bau cemburu lah kat sini.oh,terlupa pulak!hai jugak dekat kawan kawan lama.tak mau jeles jeles.hari nih kan hari jumaat.buang sikap jeles jeles tuh okayy.bukan setakat jumaat,hari sabtu pon tak boleh jeles,hari ahad pon tak boleh jeles hatta hari hari apa sekalipon.paham ye murid murid?
.
.
.
sedih lah weyh.esok nak sabtu dah.lepastu,kompom kompom ahad pulak menjengukkan diri.tak suka,tau?
ahad dah nak balik penang dah.ah!mula dah,mula dah.sobsobbbsobb.*lap hingus sebab air mata dah kering*
lepas ni tak dapat rasa masakan ibu yang sedap kemain tuh.tak dapat nak bergurau dengan ayah.tak dapat jugak nak gaduh gaduh manja mintak dilempang dengan kaklong,kakngah,kakak,adik.pulak tu,tak dapat aku nak bergosip dengan orang kampung,senah,markonah,latipah dan mail lambung sekalipon.nak makan kuih karipap yang kak kiah jual tu apatah lagi,kena tunggu cuti sem akan datanglah gamaknya.
tengok,betapa ruginya kalau cuti yang diberi secoet cuma sampaikan nak betul betul hirup oksigen tercemar bersih dekat kolumpo ni pon tak sempat.pasar malam pon sempat pergi sekali je.tu pon sebab nak puaskan nafsu makan apam balik cheese yang gila awesome tu.kalau tak,haram tak pegi joyah oiii.lebih afdal badan ni dibiarkan rehat je untuk persediaan mental dan fizikal untuk ahad nanti.apa taknya,ahad kena angkat beg yang berpikul pikul.kalah orang nak berpindah.padahal,midsem seminggu je.ini normal ye,kawan kawan.jangan buat muka pelik.
cemane aku nak angkut nanti?huhhhh*mengeluh sambil lap dahi*
takpelah kawan kawan.doakan aku selamat dalam perjalanan dan selamat sampai jeti penang .macam tu aku naik bas,macam tu jugaklah aku turun bas.
cuma kalau gemuk time aku naik,harap harap kuruslah bila turun bas nanti.kan best?
p/s :aishhhhh,kena on diet balik next week.
1 coratcoret:
tenkiu nurulhuda=p
Post a Comment