kuku oh kuku

yawww!assalamualaikum kawan kawan.
ya,kawan kawan.bukan sawan sawan.huh,mintak dijauhkan.

terasa nak mengurangkan kadar mengupdate blog.sobsobbb.ni semua gara gara kakak sendiri yang sedarah sedaging,tapi lemak lain lain.beliau kata beliau tak pernah baca blog aku sebab beliau tak suke baca blog perempuan.cis,kau bukan perempuan jugak ke?*nangis sambil hentak hentak kaki*

ahhhh!ade aku kesah.janji aku ade jugak follower,yang sudi baca blog aku,pengalaman aku,cite merepek aku,gosip gosip dengan aku,dan tak takut nak masuk dunia magika aku.ok,yang ni,harus lempang.tak habis habis dunia magika dia.

jadi,terima kasih lah kepada melati,senah,joyah,pak sood bin bongek,jabit,dan semua semua yang sudi membaca blog yang terang terangan tidak berilmiah nih.terima kasih.jap,lap air mata guna hujung lengan baju.

ok ok,bukan itu yang nak diceritakan sebenarnya.ini yang aku nak citer ni senah,kiah.semalam aku pergi ikot family aku pegi jalan jalan pusing key ellll.cara cakap harus slang sikit ya."key elll".

eh,itu intro je.ceritanya,semalam adik aku mintak beli waffle sebab rasa lapar pulak jalan lama lama.aku pon belikan jela.aku kan kakak yang baik.*sila puji,kalau tak nahas kau*

aku pon mintaklah kakak yang jual tuh.aku tak tau nama akak tu memandangkan keje sebagai pembuat waffle tak memerlukan dia untuk memakai name tag.jadi,aku bagi name untuk dia.senang sikit korang ingat.aku bagi nama dia zabedah.ya,nama glamer dia kak bedah okayy.sila berkenalan dengan kak bedah.*shake hand*

"nak waffle blubeghi campur coklat satu dengan peanut campur butter satu"

kak bedah tu pon angguk angguk.macam tak mesra alam je aku nengok dia tuh.muka tawar hebehhh,sikit pon tak senyum.

takpelah,time dia syok syok buat waffle,tibe tibe aku tengok.argghhhh kuku dia panjang gile.oh tidak!aku ni dah lah penggeli sikit.walaupon dia tak guna tangan,tapi aku tetap geli.nk cancel order tapi kak bedah dah nak siap buat dah.jadi,aku pon tutup mata jela dan anggap dia dah  baru lepas pergi manicure pedicure kejadah tu semua pagi tadi.


macam kuku bedah.

ni kalau dapat kat adik aku yang second last tuh,kompom dia ajak kak bedah bersila pastu tolong potongkan kuku dia.jangan tanya kenapa,dah memang itu hobi adik aku.
memotong kuku.

aku rasa adik aku tak perasan.yalah,yang dia pikir waffle,waffle,waffle.dasar perot tong macam kakak dia jugak.tau makan je.

dah selesai tuh,aku pon bayar.5 hinggit weyh untuk waffle kak bedah.kalau beli karipap kak kiah kat simpang tuh kompom dapat limablas ketol.huh!adik oh adik.keje kau memang rabakkan poket kaklang kau ni je kan.takpe,takpe.

adik aku pon girang kemain dapat waffle.dalam keta dia teros makan.dia jemput semua orang makan,tapi kurang mendapat sambutan.lagilah seronok dia tedas benda ala tu sorang sorang.eh,jap.aku makan jugak tau.tapi,sikit je pasal lapar sangat dah.

hmm.maka,habis riwayat seketol waffle.

lepas tuh,kami pergi carrefour pulak.kak ngah nak carik henpon baru.kat situ henpon murah murah lah gak.aku dulu pon beli kat situ.lepas survey survey,akhirnya sampai lah satu kedai nih.tokey dia tuh boleh dibawa runding and mesra alam semesta sikit daripada sanak saudara dia yang dekat kedai lain lain tuh.apek nih aku bagi nama dia ah chong je lah.senang sikit korang nak sebut.

masa tengah runding runding harga sambil kenyit kenyit mata tuh,aku tak pandang benda lain dah.aku pandang,KUKU dia!dan,aku buat muka pelik lepastu senyum lebar lebar kalah patung mekdi.

kuku dia pendek!


ini kuku ah chong.baru potong pagi tadi agaknya.

sampaikan,terkial kial dia nak bukak sim card,bateri,pastuh nak letak skin protector tuh kat henpon.dalam pikiran aku,selalunya orang jual henpon kuku nya panjang.kadang kadang aku yang jadi cuak takot henpon bercalar.tapi,ah chong tak begitu.dia kemas je orangnye.

aku pon duduk sambil pikir pikir.orang yang jual bukan makanan pon reti potong kuku lah daripada orang yang jual makanan.

entri nih khas untuk kau kak bedah.cube tengok si ah chong tuh.dia pon reti potong kuku.yang kau nih jual waffle tak reti reti jaga kebersihan.kuku kalau bersih tak pe,tapi kotor!
*ish!malangnye,kau tak baca blog nih.

lepas taip taip nih,aku baru terpikir.salah aku jugak.beli tak tengok tengok dulu kebersihan orang tu.pengajaran,pengajaran.lepas nih.tengok kuku dia.lagi geli,kalau orang tuh pakai cincin jari kiri .dalam kepala otomatik terus terbayang bayang dia baru keluar dari toilet kendian terus menguli tepung nak buat karipap.oh kiah,harap kau tak begitu. 

hmmm,itu je ceritanya.sila ambil pengajaran ya.ok,habis dah.tepuk tangan semua.

sekian,trimas!

enjoy reading.



kalau kak kiah jual karipap tu kuku dia macam nih,apa korang buat?

2 coratcoret:

LITTLE NUUR said...

errrr kalau k.kiah jual karipap kuku mcm tu..
alamatnya aku tak beli karipap dia la
malah aku dengan BERMURAH HATInya menghadiahkan sedozen pengetip kuku khas untuk ulang tahun dia HAHA

ascil.punye.lah said...

itu tak boleh ketip guna pengetip kuku dah..kene guna gergaji pokok ohhh.

sila hadiahkan beliau gergaji okayy