aku dan makanan.makanan dan aku.

assalamualaikum.

sila jawab ye kawan kawan.terima kasih.

balik ke rumah memang gila awesome macam tetibe sesat dalam dunia magika kan.*eh tersebut nama blog sendiri pulak.lepuk mulut sendiri*

okay okay.aku nak nyatakan disini.
aku dah balik!anda bila lagi?
*uhuk3! sila jeles dengan kadar segera.

oh ya!satu je benda yang aku kurang pasti benda nih best ke tak bila balik ke rumah.

berat aku akan naik berganda ganda!

ibu masak macam macam,tak boleh tahan lah nak diet.
sia sialah diet aku selama dekat penang.balik rumah jadi tong dram balik.tong dram pon masih nampak lagi slim nye.

tapi,

kalau tak makan,rasa rugi and membazir pulak.kesian makanan semua macam merayu rayu nak mintak penyepak aku makan mereka.ish,teringat pesan ustazah.tak baik membazir tau.bukan ustazah je cakap.kak senah,kak kiah,kak salmah hatta mail lambung sekalipon cakap macam tuh.jadi,itu adalah fakta!jangan membazir makanan ye kawan kawan.

eh ok lah.ok lah.

nak pegi makan lagi nih.

kepada diri sendiri,takpelah ek kalau tak diet seminggu.alah seminggu je pon.paling paling pon naik  5 kilo je.pastu kau balik penang,jangan makan apa apa sampai sembelit terbelit belit usus kau tuh.mana tau boleh kurus balik.

ok,tekad makan banyak banyak sementara dekat rumah nih.

jangan kata apa apa ya kawan.kalau nampak lemak terlebih ke,double chin ke,tak larat nak bawak diri sendiri ke,korang buat tutup mata je.ingat!jaga hati kawan itu penting.=p

ok lah babai!

mood : makan lagi dan lagi.




0 coratcoret: