kecik kecik.

assalamualaikum.

ok kecik kecik adalah zaman yang paling gembira.aku tak tau lah itu dikire gembira bagi aku ke tak.takdelah sangat sangat best tapi berbanding dengan sekarang,oh dulu sangat awesome!

ok itu intro.

''kompom ibu tak dapat carik saya,kalau saya sorok kat sini''


sebelum tu,mari kita semua masuk dalam DUNIA MAGIKA ascil lagi ye.ok jap.nak keluarkan pintu-suka-suka-hati dari poket kain baju kurung aku nih.doraeman bagi pinjam sebab dia fikir aku kawan baik dia.mana taknya,rupa aku dengan dia dah lebih kurang sama dah.sekali imbas,aku ni macam doraemon malaysia dah.takpe,redha.lagipon,mana tau boleh femes satu hari nanti kan.

ok dah.dijemput masuk.

kita akan kembali pada zaman aku masih 120 cm tinggi mungkin,zaman masih main anak patung barbie,ataupon main mak-mak,atau jugak zaman main jambatan-sudah-roboh,sape yang tak reti main dengan tahap kelajuan yang maksima kire loser lah tu.

kecik kecik bila pikir balik teruk jugak aku nih.macam macam perangai.sabarnye lah ibu ayah aku nak jaga aku kan.patut dan wajib dibalas.asilah,jangan jadi anak derhaka ye,pesan pada diri sendiri.

benda bodoh,pelik,gila yang aku pernah buat :
  1. kecik kecik suka sangat main patung barbie.kalau pergi shopping ibu tak beli,mesti merajuk tak mau jalan.mogok harus dibuat ye.rasa nak lempang diri sendiri je bile ingat balik.ni satu benda bodoh.bazir duit ibu ayah je.kalau anak aku nanti merengek rengek mintak patung,aku bagi je dia patung chucky,kompom dia tobat tak mau mintak beli anak patung lagi.*jimat duit aku*
  2. dah dapat patung barbie,bukan reti nak bersyukur dan beringat yang duit ibu guna beli mainan tuh bukanlah diimport dari daun pokok belakang rumah.boleh pulak aku cabut segala anggota badan barbie tuh.kalau sampai dekat aku,rambut barbie tak sah kalau tak kusut.konon lah nak mandikan,last last kusut kemain.lepastu sikat sampai tercabut rambut dia.jadi,barbie yang cantik dah jadi hodoh.ok,kejelitaan itu sementara.pengajaran nih.tapi,bazir lagi duit mak aku kena beli yang baru.
  3. tiap petang,usung kereta sorong bawak anak patung keliling flat kawasan rumah aku tuh.sampaikan,kakak kakak aku malu nak mengaku aku adik.diorang kate,aku nih dah rupe orang meroyan dah bawak kereta sorong tak tentu hala.bila fikir balik,aku sendiri malu nak mengaku itu aku.eii,pelik!
  4. umur 5 tahun pernah mintak beg dragon ball kaler hijau waktu pergi padang besar.sumpah ngade ngade!tak dapat,tak mau jalan sampai ayah kena dukung aku.gila weyh,aku dah besar kot time tuh.aku tak tau lah apesal aku nak sangat beg tuh.tak cantik pon.sekarang,beg tu dah humban dah dalam tong sampah.mungkin dah terlupus terus dari bumi ni.maka,tamatlah riwayat sebuah beg dragon ball.
  5. tak suke pergi tadika sebab dekat tadika ada budak india gemuk suka buli aku.weyh pompuan pulak tuh.kecik kecik dah bajet diva.benci aku dengan si gemok tuh ntah sekarang cemana lah perangai dia.ntah hidup lagi ke tak.geram nih geram!kesian dekat diri sendiri sebab dungu lembik loyak tak reti nak protect diri sendiri masa tu.
  6. tak suke kena bangun pagi pergi tadika.akibatnya,kadang kadang aku terlelap sambil berus gigi lepastu mimpi dah sampai sekolah.rupa rupanya masih kat bilik air lagi.jadi,jangan pelik dari mana aku mewarisi sifat suka mengantok ni.tentulah dari diri sendiri sebab telah ditanam sejak kecil.
  7. darjah satu sampai tiga jahat kemain.dapat markah exam sikit,terus keronyok keronyok sampai jadi kecik pastuh simpan dekat zip beg paling kecik.kalau ibu tanya,cakap cikgu tak bagi lagi.sampai lah terbongkar semua rahsia,bile ibu cek beg.time tuh peluh keluar mencurah curah ke ladang gandum.perghhh cuak sangat sangat sampai sakit perut dua hari.
  8. oh ya!kecik kecik jarang main benda benda kotor.ibu marah.jadi,kami selalu main kat dalam rumah jelah.maka,bila ibu dengan ayah takde kat rumah,masing masing mula keluar tanduk atas kepala.habis selimut,sepit baju,tali bersepah.ni semua gara gara nak buat khemah dalam rumah.nak tambah efek terbaik,tutup semua lampu.biar jadi gelap macam dalam hutan.lagi real bile time hujan.konon adventure. =_____=
  9. selalu main cinderella dengan kaklong and kakngah.main dekat tangga flat kitorang tuh.lagi feeling jadi cinderella bila konon konon dah tepat pukul 12 malam,terus lari turun tangga sampai tertinggal satu kasut.paling tak boleh bla,kasut tak tertanggal pon,tapi,berusaha jugak untuk pura pura tertanggal.yang membengangkan mereka,bila turn aku jadik cinderella,aku nak main,tapi bile turn diorang mesti aku cakap,''penat lah,kita main besok jelah nak?''maka,menyiraplah mereka.
  10. paling macam haram,mula ade minat kat seseorang time kecik kecik.macam bodoh je kecik kecik nak bercinta.tapi,time tuh aku takdelah terpikir nak bercinta.cuma,dalam kelas terutamanya kelas english,mulalah kitorang ubah kerusi macam pengantin,pastu berlakon jadi pengantin.dia lah pengantin lelaki aku.dia tak nak jadik,aku paksa jugak!yang sedihnya,kawan baik aku time tuh merana kena paksa jadik pengapit.ish.kesian.apelah,kecik kecik dah gatal aku nih.
itu lah antara pengalaman aku.so,kategori kenangan indah ke bukan nih?aku rasa tak mau ingat semua tuh.tapi,macam best.kalau takde aku yang dulu,maknanya takdelah aku yang sekarang.pengalaman kan mematangkan kita.

so,aku dah cerita.korang pulak,bila nak citer nye pengalaman korang tuh?share lah,mane tau lagi terok dari aku ke.

ok lah.thanks teroka dunia aku.dah kembali pada abad ke-21.kali nih kite naik mesin masa pulak ye.




ok dah nak sampai.


selamat malam semua!

2 coratcoret:

Yuyu said...

kite time kecik2 main lumbe kereta ngan abang.adventure.hihi

ascil.punye.lah said...

oh...gila ah..kite xpenah maen kereta..konon gugurl la kan..lagipon xde adk bradik laki..semua pompuan..=p