ya!hasil sudah nampak.

assalamualaikum.hai hai hai kawan!

seronok weyh.lagi seminggu nak mid sem.jadi,keterujaan untuk pergi kelas terover daripada biasa ye.bukan nak kata rajin.tapi,kalau pergi kelas dan pura pura sibuk boleh buatkan masa rasa macam pantas je berkejar kejaran sambil berpacaran kan.

kalau cuti,aku bukan buat apepon.duduk je kat meja belajar.konon nak study tapi haram!pandang board sampai tembus dinding.habis nampak segala konkrit,reinforcement dan batu bata bagai.dah bosan teroka isi perut dinding,aku pergi tingkap pulak.tengok luar tingkap sambil feeling feeling ade kat oversea.tunggu masa pulang ke tanah air,teringat mak ayah,adik beradik,sedara mara,jiran jiran sekampung.ok jap.lap air mata sekejap.

*sila letak efek lagu ayah dan ibu*

kepada orang kampung semua,jangan bersedih.ni hah heroin kampung pinang sebatang dah nak balik.jadi,sila bentang karpet merah sampai depan rumah saya.terima kasih.
*silap silap karpet rumah kak senah jadi mangsa.tak sempat nak guna time raya nanti.hoi mengamuk si senah hoiiiii!*

takpelah.yang penting sekarang,aku nak balik tanpa bawak pulang lemak.biarlah lemak ni bersepah je di penang.siapa nak lemak berkualiti,sila kutip disini.bayaran tidak dikenakan.

aku nak kurus weyhhhhh.tolonglah.makanan semua nampak sedap.bila kunyah pulak tak mau berhenti.ish magik!magik!


tapi!tapi!hah dah ade orang kate aku dah kurus weyhhhh.tiba tiba terkembang kempis hidung macam tak cukup nak sedut oksigen je.oh perasaan riak,sila pergi jauh dari aku.shuh!shuh!apa apa pon terima kasih lah cik dayang.kau je yang sudi puji aku.sayang kau!

pesanan kepada lemak,terima kasih sudi singgah di perut aku.ye,aku sayang kau tapi aku tak sanggup nak bela kau sebab kau buatkan aku susah nak bawak diri sendiri berjalan.jadi,aku akan tinggalkan kau.bukan untuk sementara waktu ye,tapi selama lamanya.aku harap kita lost contact teros.jangan carik aku lagi lemak.aku nak kurus.tolonglah,kalau kau sayang aku,jangan ikot aku lagi.sila nyah dari sini.terima kasih LEMAK.

semoga lemak memahami bahasa manusia.

ok bai.


2 coratcoret:

Unknown said...

ko kurus la watpe nak diet *pujian ikhlas ye*
HAHAHA

ascil.punye.lah said...

oh terkembang lagi hidung nih.
wahai hidung tolong lah cover sikit.
terikut teori tisha pulak