test,kawad dan jiwang

assalamualaikum.

mengantok.masih cuba bukak mata luas luas.tapi,masih belum cuba membuka buku ECM.kenapa ye?aku sendiri tak dapat jawab.rumit,rumit.*sambil geleng geleng kepala*

ya,esok malam aku ada test ECM.kenapa?tolong jangan tanya kenapa aku tak study sambil buat muka pelik.serius rasa nak lempang.

sebelum lempang,lebih baik aku yang jawab dulu."aku takde mood la der nak baca baca."

tetibe

*panggggggg!*

aku yang kena lempang.

hey u olls,sakit tau.*muka kerut kerut tahan rasa nak berak*.teruk betul korang lempang.bini 'the rock' ke hape nih?

takpela,biar aku pergi cari mood sambil korek hidung kat tepi tingkap.mane tau cepat je ilham sampai.

oh ya!sebelum tu.seronok jugak pasang earphone and dengar lagu jiwang karat tahap air berkarat sambil kawad.huh!KAWAD.kalau ditanya manusia mana paling benci kawad,sila tunjuk ke arah aku ye.manusia spesies cengginilah selalu bertuah dapat pergi PLKN.jadi,silalah pura pura suka kawad walaupon takde sebesar zarah pon rase suka tuh.

seronok je aku dengar lagu padahal jurulatih asyik terpekik pekik "baris sediaaaa!","senang diri!","kanan lurus,ya paras ye paras!"bila gabung semuanya,boleh jadik satu muzik.yang aku pulak terkumat kamit menyanyi.lepas tu,orang buat lain,aku buat lain.orang ke kiri,aku ke kanan.orang buat bunyik lagu zapin,aku pulak dengan dangdut rege rege.dasar spesies manusia yang tak paham bahasa manusia.

hmm,ade ape dangan KAWAD ye??kau orang kawad lame lame tuh tak berdisiplin jugak aku tengok.kucing tepi jalan pon lagi berdisiplin and tepati masa.waktu berak pon dia jaga.
pelik.pelik.

hah!tapi,yang aku tau.aku dah  addict pulak dengan lagu lagu jiwang besi berkarat.kalau besi kena air lama lama pon takde berkarat macam nih.jangan jangan otak aku pon karat sama.oh,mintak dijauhkan.

eh takpelah.takpelah.aku kalau dah mula menaip,bila nak berenti pon tak tau.output nye takde pon.melalut je lebih.

maka,kesimpulannya aku kena stop sekarang.nampaknya,operasi mencari mood hampir berjaya.

asilah,sila bukak buku.oh tak,tak.bukan buku.sila bukak handouts dan notes yang ade dan BACA!



oh ya!korang jadi cheerleaders kat tepi sambil  bagi semangat kat aku untuk belajar.terima kaseh.












2 coratcoret:

June Usri said...

mood korek hidung ? i like you teddy bear . mood paling best !

ascil.punye.lah said...

dpt korek hidung itu satu nikmat.=p