jom lukis lukis!

assalamualaikum.

duduk rumah goyang kaki like a boss sebenarnya tak lah best mana.tapi,bersyukur jugak tak payah pikir study,esaimen,tutorial yang kena buat kalau kita dekat u kan.bila dah lama lama cuti ni,kerja aku asyik makan,tidur,makan,tidur lagi,makan lagi,tidur lagi lagi.bosan gila jadi nur asilah.hoiii sape yang cakap bosan tu??

tapi,memang bosan pun.

sebab itu,aku sambung semula hobi aku yang tertunggak tunggak sebabkan setiap kali sem tak sempat nak buat hobi aku ni.bila cuti,barulah nak terhegeh hegeh.apa lagi hobi aku kalau bukan MELUKISSSSS! hah siapa suka lukis kat sini?angkat ketiak cepat! woiiii busuk gila sape tak pakai deodoren nih woiii!

erkk,okay okay.boleh turunkan tangan tu.sekarang siapa yang tak tau nak buat apa,boring boring kat rumah asyik duk tenung dinding pastu duk usha anak dara jiran sebelah ahhh adalah lebih baik korang join aku melukis lukis.tak payah pakai duit pun.cuma,perlukan sedikit minat,seulas tenaga, sekeping masa hahh kemudian campak semuanya ke dalam kuali ya tuan tuan dan puan puan.eh?maaf ya tuan tuan tetiba darah masterchef mengalir pulak dalam diri saya.

okay,kembali semula ke sri pentas.jap jap jap sebelum tu,siapa yang belum kenal nurdani younique cepat terjah ke blog beliau.aku belajar tutorial microsoft excel dari blog dia lah! kalau korang pergi,korang bole tengok ya artwork dia.memang sangat sangat cantik.nak banding dengan aku ni hahhh bagai matahari dengan pluto,jauh beza woiii.jadi cik nurdani,boleh saya jadi anak murid awak? *kelip kelip mata*

ni hahhhh anak murid awak nak tunjuk hasil kerja.mohon komen,bole saya improve lagi.hekhek.



ni kalau bagi quiz cuba teka ni sape kompom ramai tak dapat jawab.
asalnya nak lukis maher zain tapi acane tah aku tengok macam remy ishak pun ada,
macam ashraf muslim pun ada,ahhhh bak kata elyn ini bukan 
maher zain,ini anuar zain.a'ah,jadi mari saya perkenalkan,
ini maher zain baru lepas cukur jambang,mata tak cukup tidur sebab nak buat lagu baru.
hensem tak beliau?



adik aku kata,boleh lah,ada le jugak rupa wardina tu.ada ada ada,wardina versi seram =="
korang tak rasa ke wardina yang ini nampak garang gila?
rasa tak apa yang aku rasa?




yang ini birthday card untuk kawan aku.yalah ascil,yalah. mentang mentang
dah reti guna excel,birthday card pun nak guna excel.hek helehhh sape yang cakap 
tu.aku cepuk kang baru tau.
kata ilmu harus dipraktikkan.ye dakk?




yang ini yang terbaru.agak selekeh sikit lukisannya,sebab aku dah ngantuk gila.aku ni memang cepat bosan 
sikit.buat apa pun kalau rasa ngantuk,memang aku takde mood.nasib dia ni cantik.
oh,yang ini kenalkan indah nada puspita .
fashion blogger dari indonesia.sangat cantik dah fashionable.
jom lah jenguk jenguk blog dia =)


jadi,walaupun tak secantik lukisan lukisan orang lain,tapi aku nak berterima kasih jugak pada nurdani sebab buat tutorial tentang excel ni.at least aku ada jugak kerja kat rumah ni.takdelah asyik renung cicak dekat siling je kan.TERIMAKASIH DANI!








14 coratcoret:

kura said...

indah nada puspita!

Rara Nasiha said...

perrhhh, kreatif :)

ascil.punye.lah said...

@kura

indah cantek bangettt! =)

ascil.punye.lah said...

@Rara Nasiha

halohhh kamu pun kretip,jom jom kita lukis2

nurdani said...

cantiknya ascil!
teruskan melukis, lama2 nanti ascil akan ke arah shadow pulak. :D

ascil.punye.lah said...

@nurdani

ke arah shadow tu apa?tak paham lah cikgu.lagi satu,acane nak buat shadow tu?

syafiqakarim said...

bila nak lukis muka akuuuuuu

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

kau kasi lah gambar,meh aku lukis! hikhik.

syafiqakarim said...

malu lewwwww hihi

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

alaaa ngadewww lewww awaxxxx =D

Siti K------- said...

wah cntik2...lukis muka ct ley? hihi

ascil.punye.lah said...

@Siti K-------

in shaa Allah cik ct=)

elly nadyra said...

Sis punya turn bila lak?

ascil.punye.lah said...

@elly nadyra

in shaa Allah =)

tepek le gambo besau gedabak.best sikit nak melukis.