persiapan wedding awesome !

assalamualaikum seluruh jagat raya.

fuiyooo kemain bahasa.aku baru balik dari penang oiii.huishh,bukan pergi penang untuk sem 5.itu lambat lagi.tapi,atas alasan urusan paduka baginda yang teramat penting.urusan yang tak bole tangguh.ahhh sudahhh membohong je keje kau ascil.aku ke penang sebenarnya sebab urusan perkahwinan abang sedara aku sekaligus merupakan cucu nenek yang pertama tama sekali kahwin.ya.cucuk nenek belah ibu yang pertama sekali kahwin! kemain bersungguh ni aku explain.

sebelum tu,sorry lah kalau entry ni panjang sesangat. macam biasa lah kan. ^^
mohon kentalkan mental dan fizikal sebelum baca.

jumaat lepas,pagi pagi lagi kitorang dah bertolak ke Penang.lebih kurang pukul 9 camtu.tapi yang tak bestnya kaklong,kakngah dengan adik aku yang last kat asrama tu tak ikut sebab masing masing exam kan.so,tinggal kami dua beradik.sampai ipoh,amik sepupu aku pulak sebab dia study kat situ.lepastu dah terus gerak penang.ntah berapa kali berhenti ntah.berhenti makan satu hal,berhenti buang air satu hal.


sampai sampai terus pergi rumah ayahngah (bapa pengantin) tolong tolong lah apa yang patut.ayahngah pulak bahagi bahagi kan tugas kat kitorang.petang tu settle kan doorgift je.yang lelaki pasang khemah.khemah import dari melaka.ya,busu saya memang sediakan perkhidmatan sewa khemah.so,sape nak kahwin belum ada khemah tu boleh le bagitau eh.ahahaha sempat promote.yang mak mak pulak kat dapur tolong uruskan bahagian masak masak.aku memang tak amik tau lah hal masak memasak nih.


sebelum maghrib kitorang balik homestay.ayahngah aku sediakan beberapa homestay untuk kitorang sedara mara yang datang nih.senang sikit kan.kitorang punya homestay tu tak jauh pun jalan kaki dari rumah ayahngah limablas minit je.ketiak pon tak sempat lecak.rumah teres dua tingkat.memang selesa lah orang kata.dah siap siap mandi,pergi balik rumah ayahngah makan malam dan tolong tolong apa yang patut.senang cerita memang kerja kitorang asyik ulang alik je dari homestay ke rumah ayahngah.malam tu sedara mara dari melaka ramai gila dah datang.yan belah makngah dari penang pun semua ada.kitorang berkumpul ramai ramai.best! bukan selalu kan.




ahh sudahh.apsal maklong gerak.dah macam berkepala dua dah gambar dia.


tudiaaa ! paklang malu nak tangkap gambar berdua dengan maklang.meh lah kita import dua orang lagi meh.halohh memalu pulak dia.


ini semua orang melaka ni. hai orang melaka !

esok paginya awal awal pagi pukul 8 cemtu dah pergi rumah ayahngah. tolong pasang sarung kerusi,ikat riben,letakkan doorgift,kuih muih semua kat meja meja,macam macam lagilah.yang ibu pulak kena buat lauk pengantin.memang selalu pon ibu kena buat tugas nih.ahahaha.


beliau memang pakar. macam anak beliau. uhuk uhukkkk =="


ini geng lauk pengantin.hamboiii kemain ya maklang. ^^
yang tengah tengah tu konon fokus weyh katanya.tapi muka senyum senyum jugak.


kenal kan nenek saya. say hai to nenek ! haiiiiiiiii!


sape lah yang bertanggungjawab amik gambar sampai senget nih. - -'


tempat makan untuk vip.ewahhh ! kelass kau,meja tepi kolam.agak agak air minum dah habis,bole terjun kolam ek.


suka gila tempat basuh tangan dia. rasa nak curik bawak balik rumah.
konon.tak sedar rumah tak berapa nak besar ada hati nak hangkut benda alah ni bawak balik rumah.


sudah terang lagi bersuluh tak payah torchlight lagi dah.sah ! mama ana belum mandi lagi.KANTOIIII.


meja makan untuk yang tak berapa nak vip.ahaha.ok lettew ada tapai sepinggan,apam polkadot sepinggan,tisu seplastik,kerepek sekuali.hamboiiii kemain hiperbola.

okay lah ni cuma persiapan je yang aku cerita.entry akan datang aku cerita masa majlis berlansung eh.rasa macam nak muntah warna warni pulak.ingat nak update full story tapi cam banyak sangat je.haku pun dah macam pening pening lalat ni tengok gambor penuh kat laptop.

nantikan! kalau taknak nanti pun takpe.ada mak kisah??ahahahha.

bai kengkawan semua!






















12 coratcoret:

syafiqakarim said...

tema aku pun biru+putih.


ceh.haha
mak nanti kan ni jah

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

hahhhh??kau nak kahwin dah ke wehh tak sabar wehhh nak tengok kau kahwin.

kura said...

peh. mmg style la tempat basuh tgn dia wo :0

ascil.punye.lah said...

@kura

kan kan kan?kau nnti kahwin buat le style cenggini.

cha'e said...

nanti aku nak kawen atas air. .haha
pengantin duduk atas pelampung. giloss

ascil.punye.lah said...

@cha'e

kitorang yang tetamu ni kena duduk atas pelampung jugak ke acane?

ellynadyra said...

cantik tema blue tuh...sama ngan sis masa sis kawin dulu

ascil.punye.lah said...

@ellynadyra

haah biru nampak lembut je.suka tengok!

si robot comel said...

biru sedap mata memandang weh,tmpt basuh tgn dia penuh dengan kestyle-an cool!

ascil.punye.lah said...

@si robot comel

tau takpe.rasa nak cilok je. ^^

Wawa Tasliman said...

stress, happy, nervous, semua feeling ada time ni kan?.. suka wedding preparation.. :)

ascil.punye.lah said...

@Wawa Tasliman

tau takpe awak.memang happy habis lah lagi2 berkumpul ramai2