wedding awesome !

assalamualaikum ibuk ibuk bapak bapak siapa yang punya anak,bilang aku,aku yang tengah malu sama teman temanku~

demm,asal aku bole ternyanyi nih. =="

okay masih ingat kah saya berhutang satu entry dengan korang.ya,entry berepisod.cemane ni bole terepisod,aku pun tak tahu lah derr.pes time buat entry sambung sambung nih,tahu?

halohhh kamonn guys! takkan dah lupa.masih ingat persiapan wedding awesome ? hahh yang wedding warna biru biru terkois tu. ya,yang baru citer separuh jalan tu. yes. yang itulah.mari lah mari kita start semula.tak tahu nak start cemana.




fuhh okay lah,memula sampai je,aku dah kena jaga DOORGIFT.macam biasa lah,muka aku ni mana lagi nak letak kan.jadi tukang bagi doorgift jelah.memang tebal pipi pastu.asyik dok senyum je kat tetamu yg datang.takkan nak buat muka mak lampir pulak,kang tetamu angkat kain terus lari pecut tak pandang belakang dah,sape nak jawab?




ini GENG DESSERT.macam macam yang ada eh tuan tuan dan puan puan.ada bluebeghi cheese tart,ada apam polkadot ke ladybird ke apam hape ntah,pastu ada tapai,you know tapai?bukan adik beradik tupai eh.gila kau nak makan tupai?kalau nak,pasni bole order kat catering untuk sediakan tupai goreng cili padi untuk korang.nak?




dah toksah cakap.ini lah tempat perkumpulan budak budak seluruh taman.kumpul kat situ sambil buat muka seploh sen "pakcik nak eskrem vanila satu. hahh adik saya nak cekelet punya perisa. ayah saya nak strawbeghi tau." lepas lima minit datang lagi, " pakcik nak eskrem lagi" okay fine.penat lah ayah aku dok melayan budak budak ni nak aiskrim.jadi,inilah GENG AISKRIM.sepatutnya aku jaga sini,tapi takut tahap kesabaran memuncak melayan kerenah bebudak ni,so aku larikk.btw,jangan salah paham.aku penyayang sebenarnya. ^^




ini GENG MARHABAN. bebudak sekolah rendah bertam.aku bagi cekelet kat bebudak ni sekali cikgu dia pun nak.mintak sambil sipu sipu malu.hah yalahhh,nah cekelet! ambik lahhhh cikgu oiii.




mak aku?macam biasa lah.GENG LAUK PENGANTIN.tadi dah siap kan lauk pengantin,sekarang kena serve pengantin pulak.haaa nasiblah.aku nak serve pengantin memang tak ahh.silap haribulan aku dok join sekaki makan dengan pengantin pulak.yalah kan,tengok cam sedap je lauk pengantin.hikhikhik.




GENG ROJAK dengan GENG GUESTBOOK aku tak tau lah sape.gambor pun tak sempat amik.mak busy nak oii! punya lah ramai tetamu.konsisten.tak pernah kurang.setiap masa ada je orang datang.so,kitorang yang geng doorgift ni tak sempat nak duduk,baru cecah montot kat kerusi,dah ada orang datang.




inilah makngah ayahngah saya.alololo senyum pehlisss.ni curik curik amik gambar dorang ni sementara photog tu tengah amik.kalau tak,tak sempat nak snap.busy kemain diorang nih.dok salam sana,salam sini.




hahh pengantin nak mai daa,nak mai daa.teruja aku! pes time tengok wedding askar.what a noob ascil. =="agak teruja kat situ.ni pun gambar suruh orang amik kan.kalau aku amik sendiri,memang tenggelam dalam lautan orang ramai.ewahhh ayat kemain lagi.hape taknya semua orang nak amik gambar,tinggi tinggi belaka.aku ni celah ketiak diorang je.last last mengalah,fadhil kau tolong lah amikkan gambar.ya,sepupu aku fadhil namanya.tinggi pun tinggi.so,lepas lah nak amikkan gambar ni.




halohhh pengantin pun sampai terus pi makan beradab.gelojoh tau uolls.ahahahaha takda lah.memang cemni pun aturcaranya,lagipun kitorang belah pihak lelaki takdenya nak buat pelamin bagai.pastu renjis sana,renjis sini.tak perlu semua tuhh.yaa ibu and si cantik kak dira tengah serve pengantin.




dah makan ayuh lah kita berpedang pedangan memotong kek.nahh kemain ayat kau ascil.kesalahan tatabahasa ni bak kata cikgu BM haku.halohhh sekali sekala takpe ek cikgu?




pastuhh,kitorang dah macam zombi tak cukup vitamin dah terus curik masa nak makan.tapi tempat tak cukup,orang ramai sangat.ahhh! alang alang dah curik tulang kan,kiterang pon pergi lah kuis kuis karpet merah dengan kaki sambil buat muka dua ringgit limaploh sen.nak amik gambar dengan pengantin punya pasal.hehhh kitorang pun nak pemes jugak.





pastu amik lah gambo dengan dak kecik yang susah senyum ni.nasib kau comel opie.kalau tak dah lama aku cubit sorok sorok nak paksa kau senyum.ahahaha,mak dia kalau baca ni terus pasnih taknak kasi aku dekat dengan anak dia.takut aku cubit.habislah kau ascil.




gambar satu family jangan lupa.wajib ada.haishhh rugi rugi sebab tak semua adik beradik kitorang ada.kaklong kakngah,adik nanti kita photoshop ya gambar korang kasi ada jugak.




hahhh ni family pengantin.sorang takde sebab tercampak nun jauh kat russia.abang irfan,jangan buat air mata pulak kalau terbaca entry nih.kang habis pulak sekotak tisu kat rumah tuhh.nanti photoshop jugak gambar kasi ada kat sebelah pengantin ek.wahahha.




masih ingat wedding sempoi ? ingat lagi kak kiah ? ingat lagi adik beradik dia yang cuns melecuns? tak ingat nah tempek seketol gambor diorang.



ni gambar family belah ayahngah.halohhh apesal seciput cenggini?padahal ramai kot.ramai takde sebab kitorang tengah lelap mata lima nam minit kat dalam.hah tu lahhh tido aje koje nye,lima nam minit tu berharga tahu?tengok gambar kita dah takde dah dalam family portrait nih.wuwuwuwwu,kali ni nak photoshop diri sndiri pulak lah nak kasi ada jugak =(





yang ini family belah makngah.hambik kauu,lengkap! siap tambah lagi dua orang terselit kat situ.sape lagi kalau bukan ibu dengan mama ana.hamboihhh pantang nampak kamera eh korang.kemain lagi.





dah lah,last sekali meh lah kita kasi tunjuk sikit muka masing masing yang dah tak rupa orang dah.lunyai habis.lepas kemas meja,kena tolong busu lipat langsir langsir khemah pulak.lepas tu kena pulak ke belakang basuh periuk.memang lunyai habis lah orang kata.baju kurung oren dah jadi hitam hitam dah kena montot periuk.ni belum tunjuk gambar basuh periuk ni.memang kain pun dah terangkat habis.sandal putih jadi cekelat dah.nasib tak sental mekap kat muka,kalau tak mesti mekap dah cair.ada kang eyeliner dah luntur jadi macam air mata berdarah.ahh sudahh zombi resign lah cenggini.




jap,sebelum tu nak jugak merasa duduk kat kerusi pengantin.hikhikhik.




ok lah untuk abang izwan dan kak mimi,selamat pengantin baru (takde lah baru sangat.entry je yang lambat nak diupdate) semoga bahagia hingga ke syurga.semoga dapat baby comel comel.wahahaha.

"sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri."

thanks korang sudi baca.lepasni aku bawak korang jalan jalan Penang eh.tunggu next entry.Assalamualaikum. 




26 coratcoret:

syafiqakarim said...

ascil,
kau kelihatan comel.aku harap lps
majlis tu ada mana2 mamat bertukar
number dengan kau..

ascil,
nanti aku kawen jadi mak andam aku ya
pelis.lalalalaaa..

ascil,
hihi

hafiz hafizol said...

Wah.. meriah gilerr... GENG MAKAN-MAKAN takde ?? Hahahaha :P

paan kecik said...

chomel..
meriah betolll!!

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

perghh kau ni nak buat puisi ke apa.hahahaha.mak andam kejadah aku mana reti mekap.

ascil.punye.lah said...

@hafiz hafizol

hg nak isi borang jadi geng makan makan?

ascil.punye.lah said...

@paan kecik

meriah meriah lah paan.awww i panggil you paan lah ana.

Nyamuk Terbang said...

lma ouh xmkn knduri

Hanim Irsyad said...

ouwwhhh.. bestnyeee.. bawah pedang.. mcm sedara kawen dulu.. mmg ohhsemm sangat!

Rara Nasiha said...

sekarang memang musim orang kawin kan. comel je :)

ascil.punye.lah said...

@Nyamuk Terbang

haha jemput makan mehhh.

ascil.punye.lah said...

@Hanim Irsyad

eksaited gila babeng time tuh.pes time tengok lah katakann.

ascil.punye.lah said...

@Rara Nasiha

haah tahu takpe. ^^

Liza Razak said...

suka betul tgk gambar-gambar wedding ni..cute.x sabar nk tunggu entry penang pulak :)

ascil.punye.lah said...

@Liza Razak

wahahahaha kiterang tak pro,amik gmbo pakai tibai je.

okay tk tau bila nak update.

Afasz said...

meriah nye...

sy nak tanya...guest book tu , buat sndiri ke beli di mana2? masih mencari guest book ...

salam singgah n follow sini

dr
afasz.blogspot.com

LaLa mhdnor said...

kawen bawah pedang tu :)

ascil.punye.lah said...

@Afasz

guestbook tu buat sendiri.yg adik beradik cuns melecuns tu yang buat.

ascil.punye.lah said...

@LaLa mhdnor

wahahaahh lala kahwin nnti bawah apa pulak?

cimöt said...

my dream wedding..married with army..

hehehe

ascil.punye.lah said...

@cimöt

wuhuuuu then cariklah army sorang ^^

si robot comel said...

ewah ewah kau mcm budak2 belasan aku tengok ni,comel nau kau,jujur aku cakap tau.hehe

ascil.punye.lah said...

@si robot comel

aku memang belasan kott.baru 19.

*doploh tahun tu belum tiba masanya lagi.wehihihihiiii

si kiut lavender said...

whoa...weweiitt..

biru gitu..

hek...nanti ascil kawen pastikan lebih meletop yerk..:D

ascil.punye.lah said...

@si kiut lavender

nak meletup acane tuuu?kita tengok bajet dulu wahahaha.

*jeling tabung kat tepi katil

ellynadyra said...

belah kek bawah pedang....cun!

ascil.punye.lah said...

@ellynadyra

belah sampai habis kek tu. ^^