si kuat makan! cis,bukan aku lah.

assalamualaikum.

dari tadi aku blogwalking sana sini dan sini sana serta sinun jua.cis,ayat FAILED!tapi,bukan itu yang nak diceritakan.takde mood nak komen.mintak maaf kawan kawan.bukan nak menyombong,tapi tekanan tau.dari semalam aku tak boleh bukak fesbuk aku.pehal eh?ngada ngada betul.

ya,memang takde mengena.apa pasal pulak tak boleh bukak fesbuk tapi entri kitorang kau tak nak komen?hah tu diaaa,senah dah marah.bukannya apa senah,benda benda remeh camni boleh pengaruhi mood orang tau.lagi lagi orang tu AKU.hah,memang sah bengang balik rumah ingatkan boleh terlentang online dari pagi sampai ke malam dan bawa ke pagi balik,tapi kusangka panas sampai ke petang rupanya ribut di tengah hari.
cis!masalah pulak fesbuk nih.

ok la ok la,daripada marah marah meh lah aku cite pasal si demuk sorang nih.




perghhh bibir nak seksi je kalah angelina jolie!




sape si demuk nih??hah yang pasti bukan anak mak ayah aku,jauh sekali anak aku.ya itu yang pasti!ini anak jiran aku lah.ijan namanya.ijan okayy(bukan nama sebenar)
*ok ijan,salam kakak kakak ngan abang abang blogger nih.selamat berkenalan!

ini budak yang selalu masuk mimpi aku kalau aku kat kolej.yang selalu jugak aku tanya bila aku kol ibu, ibu sidemuk ada datang rumah hari nih? pastu kalau aku balik rumah mesti aku tunggu dia datang.ya,dia macam adik aku dah.*dusshhh tetiba tersedar adik aku dua orang kat rumah ni pon aku tak terlayan.

aku sayang gila dekat si debab nih walaupon dia bukan adik aku.ya lah,kemain pandai lagi.dia selalu je datang rumah aku.almaklumlah rumah sebelah sebelah kan.kadang kadang sampai tak masuk rumah sendiri dulu.balik balik dari rumah nenek dia,terus masuk rumah aku.hah,tak kenal pintu rumah sendiri le tu.ewahhh kau.

ok tengok fizikal dah tau ya budak debab nih kuat gila makan.sua je lah apa pon makanan,kompom masuk mulut punya.pedas tak pedas belakang cerita.semua dia tibai.comel sungguh.lagi best,rumah aku dah lah jual segala jenis jajan,apalagi,mengampu lah dia nak dapat keropok mamee free.cis,tau dah taktik.

hah kau,jangan tak tau senah.dia kalau main bola kemain kuat lagi tendang.almaklumlah,orang banyak tenaga dalam perut.padu gila dia tendang bola.takpe lah,jangan sampai kasi pecah pasu mak aku sudah.eh,rumah kitorang ada pasu ke?*garugaru kepala*takde kot.buat bela nyamuk je ade pasu pasu bagai.haishhhh.tapi,seronok lah ayah aku kan.kitorang pon takde adik beradik laki,main bola dengan ijan pon jadi lah kan,ayah?

aku tengok dia membesar.dari dia baby baby baru lahir,sampailah sekarang setahun lebih.dari tak reti jalan sampai lah reti jalan,dari tak reti cakap sampai lah reti cakap.hah!dari makan nestum sampailah semua benda dia bedal.kalau boleh aku nak dia kecik je selalu.kalau dah besar mesti dah tak boleh main dengan dia dah.yalah,dah pergi tadika takkan nak main dukung dukung ngan suap suap makan lagi kan.huh,takda maknanya.

umur dah nak dua tahun.tolonglah jangan panggil saya ABANG lagi.haishhh semua orang dia panggil abang.mak aku pon ABANG,ayah aku pon ABANG dengan kitorang kitorang sekali jadik ABANG.meh sini cikgu ascil ajar.ececeee.make sure before aku balik penang nanti,dia dah reti panggil aku KAKLANG.hah,tengok menjadi ke tak.

papepon,semoga kamu menjadi anak yang baik ya ijan!







p/s: aku suka budak budak.apa macam dah bole kahwin tak?







6 coratcoret:

El-Janna said...

oraitss dah boleh kawen la tu^^

ascil.punye.lah said...

@El-Janna

erkkk,bole eh?hahaha kalau reti jaga budak tapi tak reti masak cemana eh?bole kahwen tak?

Syazwan Che Deraman said...

kuat makan = comel.

ascil.punye.lah said...

@Syazwan Che Deraman

comel kan si mok nih?ye dia kuat makan sangat2.

budak penjara said...

hebat org skang..fb xleh buka.. line x laju.. manusia merana..haha

ascil.punye.lah said...

@budak penjara

takde lah merana sangat.=(