sekolah dan kereta lembu.

assalamualaikum kawan kawan.

kadar mengupdate aku makin lama,makin berkurang.silap silap tak update langsung sampai bila bila.cis! apsal malas sangat eh?

kemon ascill,kemon!

fuhhh!

penat jugak nak bagi semangat kat diri sendiri.

hmm,sabtu lepas aku pergi sekolah rendah aku semula.bagi aku,banyak dah berubah.tapi bagi adik aku pulak,eh apa berubahnya?mana ada apa apa berubah.LOL.mungkin sebab dah lama tak pergi mesti ada rasa camtu kan.kau tu pergi sekolah hari hari,memanglah tak rasa perubahannya.

nasib lah kereta lembu ada lagi,kolam kura kura ada lagi.kalau tak mesti tak kenal dah sekolah sendiri.eh,dulu masing masing berebut nak duduk kat kereta lembu tuh tau.dia macam pondok tapi replika kereta lembu,tahu?amboi eksaitednye aku explain satu satu pasal kereta lembu.

aku rasa macam nak bagi cadangan bernas pulak dekat guru besar.beliau tak tahu ke kereta lembu tuh tempat fevret kitorang?apa kata buat banyak banyak sekeliling sekolah.ini tak.satu je mana cukup.muridnya beribu.yang satu tu pon naik reput dah.mana taknya,semua dok berebut nak makan nasi lemak dengan mihun goreng kat situ.haishhh.

eh cerita banyak,kitorang pergi sekolah harituh sebab nih.




adik bongsu aku dapat anugerah.cis,anugerah lah sangat.ala cemana nak cakap eh?ok la kot perkataan 'anugerah' tu.eh pentas tu tak senget tau,orang yang amik gambar tu yang senget.maafkan beliau.




yang tengah tu adik aku.yang sebelah tu tentu tentu kawan dia,bukan kawan aku.
cis tiba tiba rasa macam gambar ni satu penghinaan.kenapa aku sama tinggi dengan budak darjah 6?




aku tak tau kenapa ibu dengan ayah pandang tempat lain.mesti ada anasir lain yang nak amik gambar mereka jugak.ohhh mentang mentang kamera kitorang cap ayam serama je,ibu ngan ayah tak mau pandang sini eh.hahah.mati aku kalau ibu baca kang.



ini lagi.




ya! ini tugu versi baru.aku rasa aku memang dilahirkan untuk bergambar secara berdiri tegak tangan di sisi.ah pedulikan.kalau nak tau dulu zaman aku mana ada tugu kejayaan siap ada jam nih.yang ada cuma baldi baldi bergantungan.kenapa mereka ada jam,kami cuma ada baldi?kenapa?



tiga kali naik pentas,tiga kali gambar blur.bukan atas alasan parkinson tapi adik aku tu jalan laju sangat.ibu berkali kali pesan suruh berhenti pandang kamera.rupanya,cikgu dia pesan lebih awal dari ibu,jalan cepat sikit ya atas pentas tuh,ramai lagi nih.=="

maka,atas sebab tak puas hati gambar atas pentas takde yang elok,sanggup tunggu majlis habis .pastuh buat macam pentas tu macam abah kita yang punya.



tak cukup takat tu.kat rumah pun sempat lagi.cis,memory full lah.




Alhamdulillah.apa apa pon tahniah kat adik aku berjaya mendapat nombor satu dalam kelas,pelajar terbaik pemahaman dan pelajar terbaik penulisan.hoiii aku dulu mana pernah hoiii,pernah sekali je naik pentas masa darjah satu.itu pon dapat nombor tiga.cis tarak guna.

adik,jangan lupa.tolong sampaikan cadangan kaklang kau nih kat guru besar.fuhhh mana tau esok esok datang,kereta lembu dah banyak.silap silap dengan lembu lembu sekali dia hangkut letak kat sekolah.amboii,perli nampak,guru besar.

itu aje cerita basi untuk hari nih.

bai!









16 coratcoret:

Sireh Puteh said...

hahahaha..
nk masok skola rendah ker?
da lulus kelayakan ketinggian da tu..
hehehe...

ascil.punye.lah said...

@Sireh Puteh

haha SP gurau kasar nampak.hahaha.

kim heeruul said...

rindu kat skewl rendah la tu

Miss Eiza said...

hahaha..saya pun sama tinggi ngan adik sy darjah 4 tu..adoiii......

ascil.punye.lah said...

@kim heeruul

rindu tak rindu jugaklah.rindu kereta lembu je.haha.

ascil.punye.lah said...

@Miss Eiza

haha,lagilah.diorang ni genetik hape ha?sume tinggi2 blako

Fara E's said...

cayalah , haha

Umie Artoqiemie said...

kau takda snap gambar kereta lembu kenapa.. haha..
tahniah kat adik kau.. genius betul .. mesti karangan dia super ohsem..

ascil.punye.lah said...

@Fara E's

hahah terimakasih.

ascil.punye.lah said...

@Umie Artoqiemie

sebab kat keta lembu tu tengah ramai orang.nampak org dr kereta lembu.so,tak pyah lah.

terimakasih dari pihak adik.

Pendamba Mawar said...

wah byk nye anugerah

ascil.punye.lah said...

@Pendamba Mawar

nama pun hari anugerah,mesti banyak anugerah.kalau hari makanan pulak,mesti banyak makanan kan?hee~

ILA HonEyBuNNy said...

tahniah untuk adik.....;-)

jom kita kembali ke sekolah...hehehe

ascil.punye.lah said...

@ILA HonEyBuNNy

terimakasih dari pihak adik.haha.

eh?masuk sekolah?taknaklah=p

CTK said...

wah...tahniahhhh2...dpt anugerah lg...bangga2..hahaha

ascil.punye.lah said...

@CTK

terima kasih terima kasih.=)