aku nak bawak korang jalan jalan ni.JOM!

AWAS! ENTRY INI SANGAT PANJANG.


assalamualaikum.

yes,update lagi.nasiblah kalau korang nak baca,dah bagi warning siap siap kat atas.sebabkan haritu dah dok sedih sedih pikir result kan.harini taknak pikir dah.kan dah kata nasik dah jadi bubur,kalau pikir bukan boleh kasi undur masa kan?doraemon pon takdenye nak tolong dalam waktu waktu cenggini.busy katanya.

jadi,harini nak bawak korang jalan jalan.teruja tak??nak ikut tak???hahhh kalau nak ikut,pi siap cepat.kita dah nak gerak ni.pakai baju cantik cantik pastu dok depan laptop baca warkah ini.ewahhhh kelas kau bedahhh! warkah tu,tak menahan.

dah.toksah mekap mekap.cair jugak jap lagi.

kali ni aku nak bawak korang pergi bukit malawati,kuala selangor okayy.adoinya punnn ingatkan nak bawak pergi paris ke italy ke.hoii bedah mano ado duit hoii.bukit malawati tu pun okay apa.sebagai orang selangor kalau tak tau mana tempat tempat best kat selangor dah bole pergi terjun swimming pool ya.eheh.aku lettew.ni pun baru tahu.

memandangkan baru baru ni semua ahli keluarga dah lengkap,jadi sekali sekala bole ahh sesama pergi jalan jalan kan.bukan senang nak berkumpul ramai ramai camni.kalau kaklong cuti,aku pulak tak cuti.kalau aku cuti,kakngah pulak tak cuti.hah macamtu lah lebih kurang.jadi,ahad lepas kitorang gerak ke bukit malawati (lepas dah search kat google) ahaha penat malam tu search dulu. gigih tuuuu.siap lukis lagi mambang monyet,mambang sawah padi,mambang keretapi.ahh sudahhh! jom nanti lambat pulak.

okay bila korang dah sampai kat bukit malawati tu kan,ada yang menyambut korang tau.kat sini save bajet sikit sebab dia tak guna tenaga manusia jadi penyambut tetamu.dia guna tenaga ini >>



yaaaa selamat datang tuan tuan puan puan!!!! beli makanan untuk saya pehlisss


seriously,korang kalau datang memang monyet ni banyak gilaa.lagi lagi kat situ ada orang jual makanan monyet,pastu ramai beli bagi diorang ni makan.hmm macam biasalah bila dah bagi makanan mesti ah dia bawak geng ramai ramai.dah boleh bikin filem "monyet monyetku gangster" dah.tapi,dont worry,dia tak kacau orang lah.asal kau bagi dia makan,dah cukup.aku??memang tak ahhh.takut kot.berjalan pon dok pegang kepala je takut dia panjat kepala.ahahha.

lepastu lepas dah berpoya poya dengan monyet,korang pergi beli tiket keretapi ya.halohh pak mat punn.bukan tiket keretapi nak balik perak tu pakmat oiii.ni tiket keretapi yang macam kat zoo tu.pon pon pon ponnnn!!!! hahh gituuu.rm3 setiap orang.tambah lagi rm2 kalau nak pergi ke bahagian akuarium.kitorang beli yang rm5 sekali dengan akuarium tuh.



pon pon ponnnn! meh naik korang.kang tertinggal pulak.

masa nak naik nih,korang kena ada semangat kesukanan yang tinggi okay! siapa yang terer lari tu memang kena cop kan tempat lah.orang malaysia kan,bukan reti nak beratur.pakai serbuu je.menyirap aku.sepatutnya ada orang kena jaga kat situ,make sure semua beratur naik ikut giliran.lupa pulak aku nak bagi cadangan kat abam shahrukhkhan si tukang kumpul tiket tuh. =="



tengok! gembira hati cik jah dengan cik ghani naik keretapi.


lepastu nanti keretapi nih berhenti kat satu stesen tau.korang kalau rasa nak turun,turunlah.kalau tak turun buat rugi duit je.rm5 pon kalau lapan orang dah berapa kan?dah dah turun.jangan malas!jom tengok pemandangan dari bukit ni.ada replika menara api,ada muzium,ada mariam eh meriam.pastu ada monyet lagi.hamboihhh! mana mana ada monyet.gila famous betul si monyet nih.



hahh kalau terer teka lah mana satu anak pertama,anak kedua,anak ketiga,keempat dan kelima?jap jap jangan salah paham.yang laki tu bukan adik beradik kitorang eh.
garu garu kepala pulak si bedah nanti,sejak bila pulak si jah dengan ghani ada anak lelaki.



hamboiihh suka ya dapat jugak feeling feeling genting highlands,ye dakk?


replika menara api.


dia ni memang gila sikit.hahhh 
cer teka benda alah tu apa?
aku ingat kereta lembu ke kereta kuda ke guna enjin kuasa turbo.
rupanyaaa,
ALAT PEMADAM API!!
ahahaha.bak kata kakngah aku,dok tarik benda alah ni,rumah pon dah
terbakar hanguss.ahaha berat wehh.



korang masuk lah muzium nih nanti,ada cerita sikit sikit pasal
menara api,perigi beracun,bukit cherakah.ahah paling ingat asal usul nama bukit cherakah.asalnya dari chilakaaa hoii apa ni ajar orang mencarut.
jangan lupa masuk tau tau tau?ingat! rm5 tu bermakna.

lepas tu korang dah habis jalan jalan,dah penat hambik gambo posing posing jom naik lagi keretapi pon pon ponn.kita ke stesen kedua pulak.sebenarnya kitorang pon tak habis jalan lagi kat atas tu.ingatkan keretapi tadi jalan naik atas lagi.rupanya tak.dia patah balik ke tempat yang korang naik memula tadi.baru kitorang tahu kena jalan kaki sendiri kat atas sana tu.halohh bukan nak bagitau awal awal abam shahrukhkhan ni.

oh lupa,masa nak naik keretapi tu.ish aku tak bole lupa.KENANGAN KENANGAN.kau tahu lah aku ni agak kaki bangku sikit.setakat lari dalam guni tu bole lah jugak.kalau nak lari cop kerusi tu memang mak aku lagi terer aku rasa.hasilnya,aku hampir tertinggal keretapi ==" ya,agak malang.aku tahu.toksah nak gelak sangat lah.bila kakngah aku menjerit "shilaaa kereta api dah gerak" aku dengan automatiknya melompat naik duduk atas pangku ayah aku.tersembur ayah aku tengah makan cendol apa nihh apa nihh.siot punya abang ehsan si tukang bawak keretapi.eh?suka hati je bagi nama dia ehsan.nasiblah.kaklong aku kata abang tu muka dia macam si ehsan kawan sekolah dia dulu.

dah diam.

masa keretapi tu berhenti kitorang tak turun sebab nak terus ke tempat akuarium.jadi,korang kalau beli tiket rm5 tu,jangan turun kat stesen ni okay.duduk je diam diam dalam keretapi si ehsan tu.



ikan apa ntah.mulut macam buaya.



burung merak takde mood haritu.penat aku suruh dia kembangkan bulu bulu 
dia yang cantik tu.

kat sini ada tempat lepak lepak.sesape yang bawak bekalan tu.hahhh keluarkan semua.perut dah kebulur dah pun.tu yang tupperware tu bedah.jangan sorok sorok.keluarkan! makan sama sama baru lah best.dont worry lah,sakit perut ada toilet.nak solat,surau pun ada.dah habis jalan jalan semua jom naik keretapi lagi.nak balik dah ni.halohhh tahu dah ketiak semua dah lecak,mekap dah cair.tahu dah tahu dah.jom tunggu keretapi datang!

lepastu?

itu saja.dah habis dah.boleh balik.rm5 kan?kau nak yang macam mana lagi bedah?takkan lah nak yang best best macam genting highlands semua tuhh.

oh ya! masa nak balik tu kitorang singgah kedai cendol.almaklumlah panas kan?masing masing dah buat muka jeruk dah.pucat habis air bawak sebaldi pon semua habis.jom singgah lah kejap kedai cendol durian borhan dekat tanjung karang.borhan tu nama orang ya,bukan nama cendol.kat sini ada banyak jenis cendol.ada cendol durian pulut,cendol durian labu,cendol durian jagung ahh macam macam lagilah.



aku punya yang biasa je.aku kan tak makan durian.sedap jugak lah.
cendol dia tu dia buat sendiri.lembut je.
pakcik borhan,dah tolong promote nih.nak royaltiii! ^^


okay lah.dah penat kan?tapak kaki pon rasa nipis je duk jalan jalan.masing masing dah lunyai alololo kesian lah.jom lah kita balik.

sapa yang baca sampai habis wa salute sama lu.panjang ni! aku yang menaip ni pun naik lunyai dah.

ok lah korang.bai!




next time kita jalan jalan lagi okay?



















13 coratcoret:

syafiqakarim said...

bila nak review zoo negara?
hahaha

si robot comel said...

camnilah kawan kan,bukan nak ngajokk

kura said...

sy tahu apa nama ikan tu.
ikan itu bernama aligatogar! :0

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

aku dah hagakkk dahhh.mesti kau tanya pasal zoo negara.zoo aku dah tak ingat lah.kalau aku pergi,aku review okay.

ascil.punye.lah said...

@si robot comel

bukan taknak ngajakkk.kereta pon dah penuh,terpaksa tumpang orang lain tau.sobsobss

ascil.punye.lah said...

@kura

eh yeke kura?yeke yeke???

Maya Lisa said...

ha ! sekang ni sapaaa yang tak ajak jalan hah ?? kakhkahkha

ascil.punye.lah said...

@Maya Lisa

eh haah lah maya.alamakkkkk!

Liza Razak said...

saya pon tak pernah sampai lagi ni..nk ajak mr kudud pegi la nnti :)

ascil.punye.lah said...

@Liza Razak

nanti pergi lah kak.amik gambo banyak banyak ^^

El-Janna said...

hahhak part paling best mkn cendol wktu pnas mcm ni ascil. tp mmg seronok mcm bt lawatan skolah lak kan^^

ascil.punye.lah said...

@El-Janna

cendollll sedap gila.janna nanti jom janna belanja cndol!

Siti K------- said...

wah...besnyer dia g jalan2...jeles2..
uit...monyet-monyetku gangster????wahahahaha

*thank 4 the wish