dua berita ^^

assalamualaikum.

apa khabar pakcik leman,pak mail,nek kiah?hahh,sihat?tahu dah.kalau tak sihat takdenye nak ngadap blog kan.

hari ni kitewwww bawak dua berita gembira.satu berita boleh tahan lah gembiranya,satu lagi memang gembira habisss.so,geng nak dengar mana dulu?

ahhh toksah pilih pilih.nak taknak dua dua kena dengar jugak ye dakk?

first sekali,berita boleh tahan gembira.semalam kakak kitewww yang kerja part time kat caltex tu,yang pergi kerja jalan kaki tu,yang maki customer balik bila customer maki dia tu.aah,yang tu lah. balik balik kerja terus dengan muka selamba yaya je "shila,aku ada job untuk kau"what the.time tuh aku buat bodo je,tahu dahhh nak suruh basuh pinggan.ahhh terus pura pura khusyuk online.

"kau dengar tak ni,shila?" ya,dia panggil aku shila.aku pun tanya lah kerja apa.muka dia masih selamba.nak kata serius pun tak, nak kata tak serius lagilah tak.
"designkan kad kahwin kawan aku" hahhh??memang terbeliak habis bijik mata aku.lima minit terbeliak rasa macam mata ni taknak kembali kepada normal.lepas lima minit,aku ketawa guling guling.hape dia ingat soal kahwin ni bole buat main main ke.(even pasal kad kahwin pun)

pastu dia bagi kertas,ada nama pengantin lelaki,pengantin perempuan,nama mak pak pengantin,siap peta lagi hahh.hoiiii rupanya dia serius.aku ingat main main je.apa ni kakngahh?apa nihh?apa nih?

last last dengan teragak agak,aku pun terima jelah.tolong orang apa salahnya.tapi,bab peta,aku suruh kakngah aku yang lukis.gila apa.kalau aku lukis kang,tak memasal je semua orang tak jumpa jalan ke rumah pengantin.tak berani lah mak nak amik risiko.so,kakngah kasi settle itu peta.aku settle muka depan kad aje.total masa design,lukis peta,printing lebih kurang 6 jam.kalau aku buat sorang rasanya 6 jam untuk peta aje.wahahaha.takpelah kali pertama mencuba, 6 jam pun 6 jam lah labuuuuu~ janji siap.

ini designnya.



gambar bila dah jadi kad lupa nak amik.nanti kalau ada,kitteww upload eh.


so,ada sesape yang masih berani nak suruh saya designkan kad kahwin??hahaha,berani cubalah.kang gambar hidung senget benget,mata sepet sebelah,jari ada enam hahhh tak ke naya tu.

ok lupakan.

kita teruskan ke berita kedua ya tuan tuan dan puan puan.berita diberi nama "berita gembira habisss".ntah apa yang gembira nau ntah dak ascil ni.eh gembira tau,hari ni kakak kitewww yang kerja part time kat caltex tu,yang pergi kerja jalan kaki tu,yang maki customer balik bila customer maki dia tu.aah,yang tu lah. (kopipes ayat atas) kakak kittewww tu birthday tau hari ni.kemain lagi sambut birthday dekat tempat kerja.elehh ingat kitorang tak tau ke.bau kek sampai ke sini tahu?

takpe lah,nak harap dak ascil tu buat kek sampai ke sudah,dah bole nyanyi lagu sudah cukup cukup sudahhh,cukup sampai disini saja~ ahhh baik pergi beli secret recipe seketol.tunggu si ascil buat,janggut kambing pon dah tumbuh lebat,cukur,pastu lebat balik,cukur balik.ntah berapa kali cukur,tumbuh,cukur,tumbuh ntah.

ehemm meh kita bagi acapan eh maksud saya ucapan.
kepada kakngahku yang hitam manis (tetiba hitam manis) selamat hari jadi yang ke doploh dua.tua bangka dah kau ya.harap pasni boleh jadi lebih matang,jadi manusia yang berguna sikit,tolong kemas rumah contohnya.semoga murah rezeki selalu bole belanja kitorang adik beradik,pastu semoga dipanjangkan umur.hahhh sweet tak haku?kemain tau ucapan kittewww.



nahh kek imaginasi je reti buat.jemput lah makan ya. ^^

okay lah tu je dua berita kitewww hari ni.sorry lah kiteww gedik sikit hari ni sebab tadi terhantuk pintu.pastu terlupa pulak yang kittewww tak suka bahasa dabeliyu.mencikk!

bai korang! ^^




p/s : entry jalan jalan ke Penang takde mood nak buat.nanti ada masa update lagi.










20 coratcoret:

syafiqakarim said...

ada bakat si ascil ni
pandai dia lukis

wny said...

Pandai dw buat. haha. Boleh buat lagi tuhh.

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

toksah nak bakat sangat aih.memain je ni.pakai bedal orang kata. ^^

ascil.punye.lah said...

@wny

hahaha pandai tak pandai kita main hentam je wani.asal jadi.

ellynadyra said...

wawawawawa ada bakat budak ascil nih

si robot comel said...

nnt aku kawin, eh silap aku tunang aku nak kau buat kad aku,wajib! cun weh,aku pun terkial nak lukis,sobs

ascil.punye.lah said...

@ellynadyra

wawawawa Alhamdulillah.tp tak terer mana pun,baru nak cuba2

ascil.punye.lah said...

@si robot comel

waaahaahaha nampak sgt takde org da yang berani suruh aku buatkan kad kahwin.kad tunang aku bole jugakla amik risiko.tp kat kahwin,tolonglahh~ hancurrr.hahaahah

ehemmmm bila kau tunang wehh?amboiii gatai hg. ^^

TUGAU GATES said...

pergghh,lawa giler kad kau buat.haha.kreatip2

Atiqah Wadiah said...

heeee~comel je kad kawen tu..nnt tlg design kat sy jgk eh..hiks :)

ascil.punye.lah said...

@TUGAU GATES

tp utk jadi kad kahwin,aku rasa tak.kalau jadi kad birthday anak jiran sebelah rumah bole lah.

ascil.punye.lah said...

@Atiqah Wadiah

bole bole utk membe2 charge lebih.wahahaha

Siti K------- said...

amboiii...kad kawen doodle...hehehe...
eppy besday jugak kt akk kamu ye :D

ascil.punye.lah said...

@Siti K-------

takdelah doodle sangat.dodol adalah.

akak cakap thanks. ^^

Nyamuk Terbang said...

ececey pndai lukis woot

ascil.punye.lah said...

@Nyamuk Terbang

lukis pakai bedal je nye punnnn.

Selendang Merah said...

perghh..ada bakat ang nie..nnt wat kad tuk aku boleh? he2

ascil.punye.lah said...

@Selendang Merah

bole bole! membe2 kita bagi harga double.wahaha

Siti Nurazlinda said...

nanti hari jadik kita, lukis patung macam tu jugak aww. suweettt :))

*rajin komen blog kita. mekasihh!!

ascil.punye.lah said...

@Siti Nurazlinda

insyaAllah linda oiii.

*rajin ke?heshh takde lah. ^^