tuntut ilmu.

assalamualaikum.

hahhh update lagi.habislah habislah mintak mintak lah budak ascil ni tak update pepanjang.fuhhh fuhh!

ok fine.

harini memang kontot aje entry.dont worry lah dont worry.aku nak bawa korang berpikir sejenak.sejenak je bukan dua jenak mahupun tiga jenak apatah lagi pat jenak.ahh sudah! korang cuba bayangkan jeng jeng jengggg! hamboihhh kemain.ok lah bayangkan sekejap masa korang belajar di universiti atau sekolah atau tadika atau mana mana lah.tutup mata jap dan bayang.

bayangkan tengah dalam kelas lecturer tengah mengajar,kita pula tengah pura pura fokus.lepastu kalau masa sekolah pulak, kemain bawak buku menimbun sampai beg setiap tahun kena tukar sebab koyak (skema bak kata orang tua tua).bayangkan lagi,pagi pagi bangun terus terkejar kejar pergi kelas.nescafe pon tak sempat bancuh.yalah bangun 7.59 kelas pukul 8.00 ==" lepastu bayang lagi korang balik bilik atau rumah,ulangkaji balik apa yang lecturer ajar.sampai migrain migrain dok belajar.

ok dah bayang? bagus.

sebenarnya semua yang korang buat tu untuk apa?pernah terpikir tak korang pergi belajar tuntut ilmu semua untuk apa?untuk nak lepas exam je ke?untuk nak puaskan hati mak ayah je ke?yalah mak ayah dah bayar belajar mahal mahal kan.ke sekadar nak jumpa kawan kawan?kira macam habis rindu lah kalau sampai lima minit tak dapat jumpa. 

tahu kah korang.ewahhh ayat hakuu.sebenarnya semua benda yang kita buat dalam dunia nih kita kena niat kerana Allah SWT.nak tuntut ilmu,bukan setakat nak dapat pointer tinggi je niatnya.macam solat jugak,kerana apa?niat kerana Allah.amik wudhuk,kerana Allah jugak.tolong orang yang dalam susah,kerana Allah jugak.semuanya kerana Allah SWT.bukan untuk menunjuk nunjuk atau dapat nama kan?samalah konsep dengan menuntut ilmu.

kalau boleh lepasni pagi pagi bangun je tidur sebelum pergi kelas,kita dah niat sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah SWT.mudah mudahan apa yang kita belajar tu mudah nak dihadam.sebelum ni,aku pun sama.belajar rerajin (takde lah rajin sangat sebenarnya) semata mata nak lulus exam aje.tak pernah pon nak berniat.jadi,sama sama lah pasnih kita bertukar niat kita,menuntut ilmu kerana Allah.bak kata kawan aku nur azriena,insya Allah kita akan DEKAN DUNIA,DEKAN AKHIRAT juga.



jom baca doa ni.doa yang kita hapal masa sekolah rendah dulu tuuu~




aku masih cuba improve lukis guna paint.insyaAllah sambil sambil 
tu,ada mesej yang akan disampaikan.


terimakasih korang. ^^





16 coratcoret:

syafiqakarim said...

aku belajar sebab nak ilmu.ilmu
perlu di cari,di kongsi.tuntutan tu.
dan seimbangnya demi ibu bapa.result yg bagus menjamin masa tua dan bole balas jasa. :)


lawa kau lukis!aku tak pandai pun

cha'e said...

dulu aku belajar sebab nak dapat flying colour untuk exam. .tapi memang tak ke mana la. so sekarang bila dah tua *eh* aku belajar sebab aku nak tuntut ilmu :)

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

betul tu iqa.selain tu belajar kena ikhlas,walau mula2 tu rasa terpaksa.baru senang nak paham.aku ni selalu gi kelas malas,acane nak berjaya?haishhh.

ascil.punye.lah said...

@cha'e

bagus bagus.eh?dah tua ke?hikhikhik ^^

kura said...

belajar itu kan ibadat. hehehh

ascil.punye.lah said...

@kura

pandai pon kura.nah sayur kangkung!heheh.

Black Jeepsu said...

haha.. ascil tak boleh malas2 ni.. tuhan marah! :)

ellynadyra said...

dulu2 pun sis belajar sebab nanti takut tak pandai, takut sebab nak cari kerja susah nanti, tapi bila dah tua2 ni, belajar tu ibadah sebenarnya...tuntutan agama....hehehhehhehehehe alhamdulillah sempat sedar diri lagi nih

ellynadyra said...

dulu2 pun sis belajar sebab nanti takut tak pandai, takut sebab nak cari kerja susah nanti, tapi bila dah tua2 ni, belajar tu ibadah sebenarnya...tuntutan agama....hehehhehhehehehe alhamdulillah sempat sedar diri lagi nih

ellynadyra said...

dulu2 pun sis belajar sebab nanti takut tak pandai, takut sebab nak cari kerja susah nanti, tapi bila dah tua2 ni, belajar tu ibadah sebenarnya...tuntutan agama....hehehhehhehehehe alhamdulillah sempat sedar diri lagi nih

Liza Razak said...

kalau menuntut ilmu niat kerana Allah SWT pasti berkat

ascil.punye.lah said...

@Black Jeepsu

haha tahu takpe.hang pun jangan malas malsa nooo. ^^

ascil.punye.lah said...

@ellynadyra

tulah pasalnya kak.kita asyik nak belajar sebab nak lulus je.

ascil.punye.lah said...

@Liza Razak

ya! yakin dengan Allah =)

budak penjara said...

sebenarnya klu kita tul2 leh fokus 97% pe yg lec or cikgu ajar, kita dh x perlu buka buku utk study da kn..hehe

ascil.punye.lah said...

@budak penjara

tudiaaa cikgu penjara mai daaa.tak habis habis dgn statistik dia.hahah.