AZAM anak makcik limah.eh?AZAM di tahun baru=)

assalamualaikum.

hai kawan kawan yang menawan! seperti yang kita semua maklum ya kawan kawan,kita sekarang sudah berada di tahun baru.ya,tahun baru!katak bawah tempurung pun tahu.apa tak nya,bunyi bunga api berdentam dentum,mau tak terkejut melompat lompat katak bawah tempurung tuh.maka,tahulah beliau tahun baru sudah tiba.

tahun baru,semua pon nak baru.yang paling ketara perlu ada dalam buku nota masing masing mesti AZAM kan?hey,bukan azam anak makcik limah belakang rumah tuh.azam tuh nak buat apa,buat calon suami boleh lah.kita sekarang bercerita tentang azam di tahun baru.semua orang ada azam kan.tak lupa juga aku nih.azam taknak kalah.

azam aku?hmm,aku rasa kena cerita sikit dekat entry kali nih biar kasi ingat bila terlupa.mana le tau kalau terlupa kan,terus godek godek entry satu haribulan satu duaribuduabelas.oh hai azam! saya terlupa awak.maaf.


ok kita teruskan dengan azam ya kawan kawan.


diri sendiri


ok,mengenai diri sendiri.aku nak kasi sedar diri sikit.umur dah doploh tahun nih.maka,aku nak menjadi lebih matang.*serius* selama nih mereka mereka suka kata aku macam budak budak,ntah bila nak matang.meh kita tengok meh nur asilah yang sudah matured.saya takkan menari guling guling dan main sep sep tom tom dengan anak jiran sebelah lagi.oh ya! belajar memasak sepatutnya berada di top list.lupa pulak umur dah doploh.hikhikhik.





family


aku nak jadi anak yang baik,kakak yang baik dan adik yang baik.korang tahu kenapa perenggan ini semua nya nak baik baik?yalah,untuk family,semuanya nak terbaekkk kan.oh ya! masukkan semula list belajar memasak dalam perenggan nih.biar depa tahu aku nih reti memasak cuma malas tunjuk bakat je.hewhewhew.habislah kena pelangkung kalau ibu baca perenggan nih.terus beliau hambat aku ke dapur suruh masak ayam masak lomak cili padi.hah,mampu kauu?





study


erk study nih takmo cakap lebih lebih.takot apa yang diazam tak terbuat.cukup lah untuk aku berazam nak menjadi konsisten.aku taknak result naik terlalu tinggi kerana takut akan turun terlalu rendah pula.kawan kawan,doakan aku dapat yang terbaik dalam pelajaran.eh eh eh,seriusnya ayat budak doploh nih.





cinta


wow! cinta pon kena ada azam ke?dulu azam untuk cinta takde dalam list aku.tapi,bila umur dah doploh dan dalam kira kira lagi lima tahun aku dah boleh kahwin,jadi list untuk cinta dah diwujudkan ya kawan kawan.aku harap aku tak terjebak dalam cinta monyet.ini zaman skolah skolah dulu boleh lah cerita kan.sekarang,aku hanya berharap dengan jodoh yang Allah dah tentukan untuk aku.biarlah sekali bercinta,terus hingga ke syurga.ewahhh!yang ini pon,kalau ibu baca habislah aku.sembunyi dalam lemari terus.





blog


ehemmm aku nak cuba untuk tak mengabaikan blog yang tak reti reti nak tukar header nih.hee,bukannya apa korang.aku suka tengok header pelangi nih.sayang pulak nak tukar.papepon,aku hargai orang orang yang membaca blog nih walaupon aku tau blog aku merepek.terimakasih korang.lebiu!ahahaha.





itu aje.kang list banyak banyak kang mau tercirit nak buat satu satu kang.dun worry azam di awal muharam haritu sedang dilaksanakan dengan sungguh sungguh.moga ia tercapai.


jangan lupa letakkan azam "menjadi hamba Allah yang lebih baik" dan "cuba patuhi suruhanNya dan jauhi laranganNya" di top list anda.ingatlah,makin bertambah tahun,makin bertambah usia,makin bertambah juga dosa dosa yang mungkin kita tak sedari.solutionnya,kembalilah semula kepada Allah.jangan mencariNya ketika susah je,waktu senang Dia dilupakan.


semoga kita menjadi yang lebih baik di hari hari mendatang.peringatan untuk diri sendiri dan kawan kawan jugak.renung renungkan~


SELAMAT TAHUN BARU KAWAN KAWAN!




p/s : kepada yang kekal zuhud,aku doakan kau kekal zuhud selama lamanya.=)
p/s lagi : all pictures credit to Google,ewahh.





30 coratcoret:

Gua said...

moga semua azam terlaksana. happy new year. :)

ascil.punye.lah said...

@Gua

haha,okay okayyy.kamu pun.

syafiqa said...

kalau dulu azam aku tiap tahun nak belajar elok2.nak maintain 3.5.
alhamdulillah.
tp thn ni azam belajar dah xde.kena
keje elok2.act,dah tua rupanya.haha

cik ika said...

semoga impian anda terlaksana..amin~

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

tu lah.bagus azam kau tercapai.aku harap azm kau kali nih pon tercapai=)

ascil.punye.lah said...

@cik ika

aminn.semoga impian anda juga terlaksana.=)

Dya Ariel said...

all is well.. all is well..
masyaAllah.. masyaAllah..

ascil.punye.lah said...

@Dya Ariel

kenapa nadia?kenapa?teruk sangat ke azam aku?=(

kim heeruul said...

lu tak pernah bercinta yerk ? hihih
selamat tahun baru..=)

ascil.punye.lah said...

@kim heeruul

cepumas gila soalan lu.haha.happy new year=)

cimöt said...

let ur dreams come true!! aminnnn..
jom laaa join my contest!!

ascil.punye.lah said...

@cimOt

aminn.=)

eh insyaAllah kalau free join sebab agak busy sekarang.

budak penjara said...

bukan men bnyk ye azam baru ko najwa latif..last2 smpai bulan 2..ilang terus azam ko smua ni..haha

si robot comel said...

selamat tahun baru,moga azam semoga dah ditunaikan,amin :)

ascil.punye.lah said...

@budak penjara

haha patah semangat aku mendengonyeee.cis.

ascil.punye.lah said...

@si robot comel

insyaAllah,aminn.selamat tahun baru=)

Akim Iqbal said...

<3 <3

ascil.punye.lah said...

@Akim Iqbal

yeah dapat dua bijik lep!=)

Rtp Farra Arisha said...

good luck for your good intentions :) happy nu year :)

P/S: actually, itu bukan arisha, and she's my little sister :) arisha tadinya typing errors! sorry ;)

ascil.punye.lah said...

@Rtp Farra Arisha

happy new year jugakkk.lahh i ingat you tadi.

si ngokngek said...

semoga azam tercapai,happy new year..

jiran rumah sebelah nama azam..hehee

ascil.punye.lah said...

@si ngokngek

happy new year jugak!!

eh jiran sebelah rumah kamu ke,sebelah rumah kita?konpius2.hee=)

Liza Razak said...

happy new year & good luck !!

ascil.punye.lah said...

@Liza Razak

happy new year jugaaa!terima kasih awakkk=)

Siti Nurazlinda said...

wahh ~ semua orang nak jadik matang kan ? ;)

ascil.punye.lah said...

@Siti Nurazlinda

sape je yg taknak jadi matang kan?hee~

Anonymous said...

hueh7888 heppy new.. jgn tinggalkan azam cm tu je tauu:)

ME CTCT said...

smoga dapat cinta cepat2 :D

ascil.punye.lah said...

@El-Janna

teima kasih janna ingatkan.happy new year!

ascil.punye.lah said...

@CTK

doakan lah ya=)