cita cita!

assalamualaikum.

disebabkan aku kekeringan idea,maka aku malas nak update.nak kata kerja banyak, takde lah sangat. Alhamdulillah boleh manage lagi. kerja sampingan lagi banyak sebenarnya. oh,actually kerja sampingan tu ialah aktiviti-merenung-dinding-sampai-tembus dan tidur-gaya-bebas.bukan kerja part time sambil belajar ye.bukannn. biasalah, student. tipulah kalau korang tak macam tu.takkan aku sorang je ABNORMAL. =_____=

ehem.harinih kita bercerita tentang cita cita ya tuan tuan dan puan puan.ya,cita cita bukan cercita,cercita.mau kena lempang.saya percaya lagi yakin tuan tuan dan puan puan serta pondan pondan sekalian,eh?,anda mesti punya cita cita kan?tipulah kalau kecik kecik takde cita cita nak jadi polis,atau cikgu,atau bomba,atau pilot.semua nak hebat je cita cita.taknak kalah.

dun worry,happy go lucky.bukan korang je macam tu.aku dulu pon terjebak jugak dengan cita cita hebat-taknak-kalah.kalau kawan sebelah nak jadi cikgu,aku nak jadi lecturer.kalau jiran depan rumah nak jadi polis,aku nak jadi ketua polis.yes,mana boleh kalah dengan anak si senah! dengki. haha.

jadi,apa cita cita korang masa kecik kecik dulu?

masa sekolah rendah,ingat lagi tak kena tulis form ke ape ntah.mesti dia tinggal kan tiga  ruangan kosong untuk cita cita.ingat tak?ingat tak?tolonglah angguk mail sebelum aku hentak kepala kau kat bantal gebu nak kasi ingat.*eh,gengsternya wa!
ehemmmm,

*bertukar semula kepada mode sopan santun*

wahai tuan tuan dan puan puan.tahukah anda masa isi tiga ruangan kosong tu masing masing dusta belaka.gara gara nak penuh kan ruangan tuh.masing masing tulis cita cita hebat belaka tanpa berpikir.

contohnya masa darjah satu:

cita-cita utama : polis
cita-cita kedua : cikgu
cita-cita ketiga : pereka fesyen

tapi,bila masuk darjah dua,

cita-cita utama : pensyarah
cita-cita kedua : model
cita cita ketiga : bomba

darjah tiga kena isi lagi. =="

cita-cita utama : businesswoman
cita-cita kedua : cikgu
cita-cita ketiga : akauntan

ceittt setiap tahun kena isi,maka ulang balik cita-cita darjah satu. dah tak larat nak pikir nak jadi apa. bagi budak budak kecik, common lah nak jadi cikgu,polis,tentera.kan?

aku lah salah sorangnya. selalu tanya kawan sebelah, hey kau isi apa? kawan sebelah pon baik hati jawab kau isi je apa yang patut.maka,dua dua isi suka hati sambil makan kacang.huh! soalan kacang je nih. takde yang lagi adventure ke dari tanya cita cita?

tapi ketahuilah anda,aku sebenarnya nak jadik cikgu.japppp! jangan gelak dengan cita cita aku.aku tau aku tak reti mengajar.suara pon slow slow tak bervoltan tinggi.selalu kena buli dengan adik,heyy ascil nanti kau kena buli dengan student kang.wakluu?bak tang lahh.

gengster lagi. =="

*tukar semula ke mode sopan santun*

jadi,untuk kedua kalinya.apa cita cita anda?

hah,jawab jangan tak jawab.aku tanya dua kali soalan yang sama.ini bermakna aku tengah serius bertanya nih.takde yang lebih serius melainkan yang serius.*muka habis ketat dah.tolonglah bayang*

ok itu saja.bai! =)

26 coratcoret:

Siti Nur Aisyah said...

haha,kelakarlah.:)

ascil.punye.lah said...

@Siti Nur Aisyah

aik apa yang kelakar?kita serius nih. =)

syafiqakarim said...

aku nak jadi peguam dan lect. tp peguam kelulusan ada.
tp,xlayak gamaknya.
tp tp tp,aku tgh berusaha nak jadi lecturer.harap makbul

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

insyaAllah jadi punyaaa.aku yakin kau bole jadik lecturer.doakan aku juga.

nasha sanza said...

cita2 nak jadi peguam tapi tak dapat..jadi merawat orang pun..jadilah..

ascil.punye.lah said...

@nasha sanza

ala oke lettew.banyak pahala tau merawat orang.

Sekamar Rindu said...

salam...

bila teringat cita2 masa sekolah dulu...bukan main lagi banyk nya..hehe..

alhamdulillah tercapai cita-cita bila dah dewasa..:)

ILA HonEyBuNNy said...

amboiiii siyes bebenar neh..
takoot nak jawap.hahha..

lau kecik2 cita2 jadi polis n guru glamer kan..hehe

cita2 nak jadi pensyarah..ehheh

ascil.punye.lah said...

@Sekamar Rindu

salam,Alhamdulillah lah kalau cita2 tercapai=)

ascil.punye.lah said...

@ILA HonEyBuNNy

kenapa takot?hahaha.

amboiii nak jadi pensyarah ek?

Daddylicious said...

nak jadi kuat dan bertenaga lagi...hehe

ascil.punye.lah said...

@Daddylicious

amboiiii.hahaah.semoga berjaya=)

kim heeruul said...

mase2 kecik2 kuat berangan.
dulu cita2 gua nak jd pilot.

ascil.punye.lah said...

@kim heeruul

hg memang kuat berangan pon.haha.wowww pilottt.

budak penjara said...

cita-cita aku berubah-ubah setiap tahun.. klu dulu, penah la jugak cite2 nk jd otromen..haha

ascil.punye.lah said...

otromennn??murni sungguh cita2 kau.

Ain Atika Zailani said...

kite nak jadi ermmm... isteri mithali...hehekss..gatai.

ascil.punye.lah said...

@Ain Atika Zailani

ehemmmm bagus cita2 awak!

cik wanie Lovela (CWL) said...

hahaha aku setuju dgn situasi nie sbb aku besa jadi budak aku phm hehehe

si ngokngek said...

aku teringin jd fotographer..tp hampes..hahaa

ascil.punye.lah said...

@cik wanie Lovela (CWL)

kan?masa budak2 dulu cita cita nak hebat je.

ascil.punye.lah said...

@si ngokngek

kenapa hampes pulak?ala,mesti bole punya.beli kamera,jadi fotografer aku.hikhikhik.

si robot comel said...

kenapa kita serupa?aku sebjik macam kau,haha.

amy syahirah said...

perenggan kedua kelakar . haha !

ascil.punye.lah said...

@si robot comel

serupa?haishhh ada jodoh dengan abang kau nih.hahaah.biasalah tu bukan kita dua je serupa.diorang pon sama,cuma taknak ngaku lettew.=)

ascil.punye.lah said...

@amy syahirah

pernggan kedua?aik kita serius lah.mana kelakar2 nih.=)