aku ada diari.kau ada?

assalamualaikum sekalian alam.

hari nih hari rabu.sepatutnya nak buat wordless wednesday.tapi,tak jadi lah.sebab nanti tak boleh nak membebel banyak banyak.eh,membebel sikit sikit pon tak boleh.wordless wednesday tak boleh membebel langsung ya tuan tuan dan puan puan.

aku ada satu kelas je hari nih.baru nak bergumbira atas katil qada' tidur yang tak berapa nak cukup.sekali petang nih ada kelas ganti untuk lab concrete daaa.bukan petang je kiahhh.malam pun ada kelas ganti.wahhh,ini sudah parah nih.*pengsannn*

hmm,apa nak cerita tadi ek?perlu ke aku menyimpang cerita pasal kelas?

ok masuk isi penting.perenggan keempat baru isi penting?jadahnya.takpe,sabar mail.hari nih aku nak cerita pasal diari.korang korang semua ada diari tak?baik ngaku cepat.haaa.lagi lagi lelaki.mesti taknak ngaku kan.biasanya pompuan je dok buat diari nih.kalau lelaki ada diari,aku berdiri tabik spring!serius nihhh.


ini diary aku! gambar webcam je.sebab tu blurr dan nampak 
macam buku terbalik. =)


semalam aku duk cari cari buku dalam box yang dah lama tak bukak tuh.sekali terjumpa pulak buku diari aku.haishhh.terus pandang kiri kanan make sure takde orang nampak.kan dah tak hensem dah aku ada diari.cis.aku bukak bukak,selak selak,khusyuk gila baca cerita dulu dulu.rasa macam geli mat,geli mat,geli mat mat matttt pulak bila baca.ya,geli.tapi aku takdelah tulis jiwang jiwang dalam diari tu.jangan bayang aku tengah tulis diari sambil senyum,menangis mahupun ketawa terkekek kekek.itu bukan lah aku.jangan bayang pelizzz.

aku pelik macam mana lah aku boleh ada diari dulu.nak kata takde kawan nak bercerita,kawan ramai.tapi,tu lah.tak semua benda kita boleh cerita and kongsi dengan orang lain kan?contoh,kalau kau suka dekat mail lambung.takkan kau nak cerita kat si jemah,kiah dan bedah betapa kau sukanya dekat mail lambung.kalau cerita sekali tak apa.kalau banyak banyak kali?aku rasa diorang pon tak perlu beli cotton bud nak korek telinga.sebabnya,taik telinga cair sendiri.dah asyik dengar kau bercerita pasal si mail je.

ataupon,kau tak suka kan si peah.takkan nak cerita kat timah sedangkan timah dengan peah kawan baik.kamcing gila kecik kecik main guli sama sama.mengumpat dah satu hal.kalau luah kat diari takde sape tahu.kecuali ada orang curik curik baca.

hah cakap pasal curik curik baca,ni nak habaq mai nih.sape yang curik curik baca diari aku,mesti pastu tobat taknak curik lagi.HAHAHA.gelak jahat.sebabnya aku tulis perkatan secara kecik kecik dan rapat rapat.
contoh : ngantukgilaakuharinihtaktausebabapablablablablaaaaa
tanpa noktah atau koma atau tanda soal atau apa apa jelah.aku rasa korang baca lima perkataan pon dah cukup insaf taknak lagi baca diari aku.aku je yang paham.

kalau dapat failed addmath atau physics,gigih tulis dalam diari.lepastu sorok diari dengan harapan orang lain tak tau aku failed.padahal kalau  failed satu kelas bole tau kot.kalau frust bercinta pon tulis dalam diari.setakat nak buat hajat kat toilet pon sanggup tulis dalam diari.hah,kau mampu jemah?mampuuu??

sekarang,aku tak berdiari lagi.dah maju bak kata orang.ada belog pulak.tapi,kat blog tak boleh luah perasaan banyak banyak sebab orang akan baca.jadi kat sini,kelebihan diari terserlah ya tuan tuan.lebih misteri.=)


eh,terbalik lagi!


tapi beza sangatlah diari dengan blog.aku tulis diari pendek pendek je,tapi blog aku entry semua panjang panjang tak nak kalah.lagi satu perbezaan yang amat ketara lah.tulisan diari. nauzubillah.apsal lah buruk benorrr.lagi lagi time marah,tulisan dah ghupe cakor ghimau dah.kalau blog,taip taip je.mana orang tau tulisan buruk ke cantik ye dakk?

tapi masing masing blog ataupun diari.dua dua ada kelebihan dan keburukannya.aku ada dua dua.jadi saling melengkapi lah kita ya wahai diari dan blog.mungkin aku kena aktif balik berdiari supaya nanti aku dah kahwin,bole tunjuk kat suami.bang,ini diari saya bang.dulu saya selalu kutuk abang.tak sangka abang suami saya.hahhh! takmo gitu kiahh.kalau suami kau tu orang yang selalu kau kutuk dalam diari tu,cepat cepat lah pergi bakor diari tuh ye.

hah.penat dah taip taip,aku nak pergi sambung baca diari.haha.aku pon konpius sebenarnya apa yang aku tulis.tak paham. =="






16 coratcoret:

Dya Ariel said...

hahhaha!! aku nk bce diary kau.. skrg gak aku dtg kristal!! kau tggu!! :D

ascil.punye.lah said...

@Dya Ariel

eh mana bole,mana bole
haha

syafiqa said...

dulu ada diary.tp kakak aku dok baca. -.- then sejak masuk hostel
ni aku buat blog.kehkeh.xde private2.
malas nak simpan dlm hati.

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

tak best oh kalau orang baca.oh kira kau lagi dah lama buat blog la nih?wowwwwww!

Hirdayu Rahmat said...

wah ! ayokk, maya gitau ascil ade hati kat mail lambungg ^^ kantoi sudeyh !!

ascil.punye.lah said...

@Maya Lisa

mayaaa shhhh diam diam jew.malu lah tittew kalau mail taw.wuwuwuuw~

Pendamba Mawar said...

diari...aih xpandai tulis diari ..sebab penuh ayat jiwang je

ascil.punye.lah said...

@Pendamba Mawar

yeke ni PM?alaaa baru nak tabik spring

syafiqa said...

ahahah.itu lah pasal.err,tak juga 2010 aku mula kan blogging.
dan terusan.dan 1 family aku baca.
dan,aku tak kesah.haha

ILA HonEyBuNNy said...

ahhh dulu masa muda2 ada diari..sekarang berblog ja..lau hal perasaan kdg2 tulis dalam draft ja..ehheh

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

aku pon tak kisah orang baca blog aku.tapi kalau diari,pantang betul aku.

ascil.punye.lah said...

@ILA HonEyBuNNy

sama lah.tapi kita dah beli diari baru.

cik ika said...

hahaha..bila bce diari zaman sekolah ce malu sgt2..budak2..hahaha

ascil.punye.lah said...

@cik ika

haah malu kan?ayat tak matang,cerita merepek.hahaha.samalah kita.

kim heeruul said...

budak bermata sepet adalah dairi kesygn gua. =)

ascil.punye.lah said...

@kim heeruul

maknanya takde diari la nih?=p