perut.

assalamualaikum.

kami datang nak beraya!!!

oh man,*sambil tepuk dahi*bebudak ni dah mai dah.takpe takpe.jemputlah masuk ke dunia magika saya!dah nama pon magika kan?duit raya pon magika lah ek.tutup mata dan bayangkan je.

apa?nak duit raya real?oh tidak!aku pon tak dapat duit raya banyak gara gara tertidor (memang tido mati) masa tetamu tetamu datang.pfffttt burn berpuluh ringgit,tido punye pasal.
eh eh ascil,apa nih?niat nak dapat duit raya je ke?astaghfirullah.almaklumlah syaitonirrajim dah terlepas.perangai tamak haloba tu pon datang lah!
*dah lah,dah lah,kalau dah memang dasar tamak haloba tu tak payah nak selindung selindung.

aku dah sampai penang sekarang.ingatkan nafsu nak buat esaimen tu melonjak lonjak.rupe rupenye sama je.kerja tak gerak gerak.hantuk sikit kepala dekat lantai.

disebabkan aku dah sampai penang,nafsu raya aku pon dah takde.haishh.tengok header pon dah bertukar semula gara gara takde semangat nak raya.ingatkan nak letak header hari raya tu selama sebulan beraya.tapi,tak senang hati lah kalau bukak bukak blog tak dapat tengok budak kecik tengah mewarna pelangi,tapi tengok budak pakai shawl senyum ayu konon bajet cun la tuh.oh,ini sungguh tak best.untuk mengelakkan efek makan rendang sampai tercirit,lebih baik aku remove header hari raya tuh.

ok,remove dah.sekarang,lebih selesa.

kepada kengkawan.makan ketupat rendang segala jangan banyak banyak.kang tercherry berry sape nak tanggung.habis pulak duit raya nak kena beli pil chi kit teck aun.ini kejadian benar ye.selalu berlaku pada minggu pertama beraya.pernah tak alami apabila jamban rumah anda dah rupa jamban awam kat stesen minyak?penuh orang beratur.penat berpikir "oh,ini jamban rumah i rupenye."aha,pernah la tuh.baik mengaku.

jadi,moral of da story yaww,sayangilah perut anda setiap hari.*iklan vitagen*


nak jaga perut?hah nah hambik nih.


ok chowww!

16 coratcoret:

El-Janna said...

parot ni da buncit da~

ascil.punye.lah said...

maknanya kena minum vitagen la.cepat beli,cepat beli.

Golden Rose said...

mmg suka minum vitagen

ascil.punye.lah said...

oh suka minum ek?good good!saya suka jugak.

sYafIk-wAy said...

saya sayang perut saya ! , muahahhaa

ascil.punye.lah said...

sayang perut??ya!marilah minum vitagen sesudah makan rendang.perghh,cer try.

Heidi Shafiq said...

habis la roboh jamban tu.. haha..

ascil.punye.lah said...

belum lagi roboh tapi hampir.mengamuk nanti tuan punye jamban.

.izzati liyana. said...

haha.ade eh makan rendang sampai ceri beri? haha. tu perut tak leh terima. tak pun terkejut tuan punya badan makan byk sgt.

ascil.punye.lah said...

ye la zati.diorang balas dendam la tu sebab dah setahun tak makan rendang.waktu raya ni lah nak makan ketupat rendang kan.terlupa perut tu dah terover.kan dah cherry berry.

.izzati liyana. said...

haha. mak dengan adik kite kena gk mase raye kedua. tapi bkn sbb mkn rendang. sbb salah mkn masa raya first. mkn kat rumah org kan. semua masuk.

ascil.punye.lah said...

oh yeke? haah kan makan kat rumah orang.boleh jadik punca jugak tuh.

indonesiatooverseas said...

Semasa anak-anak dulu memang begitu. Sekarang dah tua, tak lagi lah.
Saya dah join this blog, i invite you to follow mine. Thanks.

indonesiatooverseas

ascil.punye.lah said...

memang!budak kecik lah selalu makan banyak

.izzati liyana. said...

takde entry baru? busy ye? hee. saya balas kunjungan.

ascil.punye.lah said...

takde.serius busy kalah kak limah.blogwalking pon sempat separuh separuh je.