test,exam,salah chapter,henset punya hal.hah!panjang tak title aku?

assalamualaikum.

awas!entry ini sangat panjang.

hai kawan kawan semua.kawan lama,kawan baru,tak kire lah!semua aku ucap hai!

hah lamakan aku tak update blog?serius busy minggu nih.dah nak dekat final ingatkan makin free,rupanya makin busy.dengan esaimennye,testnye.kemain lagi.haishhh bayangkan,minggu depan pon aku ade lagi dua test.sedangkan,final exam dah nak start dah.oh man!separuh gila jadinya.nasib separuh lagi otak aku nih masih waras.tapi,jangan risau lah.aku tak gila sepenuhnya lagi.janganlah malu nak kawan aku.kita kawan kan kan kan?

update kali ni penuh cerita sedih.jadi,tolonglah bagi sedikit simpati kepada tuan punya blog nih.sobsobsobbbb.*muka tak malu mintak simpati*tolonglah,tolonglah,tolonglah.tak berenti sampai ada orang baling kasut.oh,ini bukan simpati yang aku dapat,tapi kasut.takpelah,tau tau je kasut pergi kelas aku dah haus tapaknya.jalan jalan asyik licin nak terjatuh je.serius rasa nak kaki ayam pergi kelas.

eh,tengok tu.apa yang aku merepek pon tak tau.

ok sambung cerita.semalam hari sabtu aku ada dua test iaitu ECM dengan CSC dan!ada dan ya murid murid.dan juga aku ada exam JPAM.hah tau tak JPAM tu apa?subjek koko kitorang iaitu pertahanan awam.serius menyibuk.kalau semalam takde exam JPAM kompom aku boleh fokuskan bijik mata dekat CSC yang bapak susah dengan ECM yang abah susah tu.

malam sebelum tu,aku bacalah ECM yang memang perlukan kita untuk membaca kalau tak,kompom kaupergihantarkertasdanbalikjelah.huh!aku pon dengan khusyuk dan tawadhuknya membaca,dan baca,dan baca.sampai lah aku dah habis dua chapter baru aku perasan salah satu chapter yang aku baca ialah chapter yang SALAH!terus aku nangis sebab ada lagi dua chapter aku tak cover lagi.pulak tu,aku tak baca lagi CSC dan JPAM.jadah apa aku baca salah chapter!

lepas dah kena tendang,eh,kena tenang dengan kengkawan aku yang semua berlagak nak jadi super mak untuk tolong aku,maka aku pon ok semula dan terus baca dan baca dan baca sampai lah pagi sabtu tu.kalau nak tau,aku tidur satu jam setengah je.tak bagus ye anak anak.jangan tiru aksi ini.kalau ada exam atau test esok hari,tolonglah jangan tido lambat lambat.nanti otak blurrr.pesanan khidmat masyarakat nih ditujukan khas untuk anda anda semua.eh,termerepek lagi.sambung balik!

pukul 10 pagi,aku pergi test CSC.Alhamdulillah,dengan kuasa pakai hentam yang aku ada sejak azali lagi,dengan cool nya aku menjawab soalan tu.yalah,pakai hentam kan.apa pon boleh.eh jap,tak sangka aku berbakat dalam 'ilmu pakai hentam' nih.hah sape nak berguru dengan aku?

kemudian,pukul 2.30petang pulak aku pergi menjawab soalan JPAM.dengan muka bajet perwira negara aku pergi menjawab.ya,aku ahli pertahanan awam yang sangat berdedikasi ya.maka,setengah jam aku menjawab dan selebihnya aku qada tido aku yang malam tadi tu.nasib tak berdengkur kuat kuat macam kelas tu tok abah aku yang punya.tak pon, tido tak hengat sampai dah macam naek roller coaster dah berpusing 360 darjah.eh,sorry sikit.aku tidur sopan ya.air liur basi pon segan segan je nak keluar.

3.30petang habis paper JPAM terus berlari marathon *sumpah tipu* eh aku terus berjalan ke laman perdana sebab pukul 4petang pulak aku ada test ECM.ya,aku ingat lagi aku duk kat tangga laman perdana tu baca balik nota nota dan cover balik chapter yang aku tersalah baca tu.dah macam melukut di tepi tangga pulak.sebelum aku masuk dewan nak menjawab.*eh takdelah dewan sangat* aku sedar henset aku hilang!ya,macam tak percaya je aku akan kehilangan henset aku tu.sedangkan pergi memana pon aku tak bole tinggalkan henset tu.tiap saat kalau boleh.


inilah henset aku yang hilang tu.sejibik weyhhhhh.rindunya!
ok aku tau ini henset cikai.bai!

aku tak sempat nak cari,terus masuk dewan nak menjawab.masuk dewan tak boleh tahan.rasa nak nangis kuat kuat siap dengan hentak hentak kaki lagi.tapi,kalau nak pelempang free cuba jelah kau buat.hah siap ada extra kerusi lagi.'eh kerusi ni dari langit ke?'pelik.lepas dua saat,baru sedar.oh,ada orang baling kerusi rupanya.huh,aku taknak amik risiko macam tu.jadi,aku tahan jelah.paper tu sepatotnya dua jam tapi sebabkan aku asyik pikir pasal henset aku sampai aku lupa apa yang aku belajar,satu jam je aku hentam buat dan terus keluar dari dewan.

aku pergi cari henset kat semua tempat yang aku pergi.tapi,tak jumpa.terus aku balik. menangis terus!gila weyh.itu henset pertama kesayangan aku.henset tu pon tak birthday lagi tau.birthday dia akan datang tak lama lagi.sebab aku beli henfon tu bulan 9 tahun lepas.tak sempat dia setahun dengan aku.cis cis cis!

lepas menangis dua baldi,aku terpikir pulak.betapa penatnya aku study ECM sampaikan aku tak tidur,aku tak dapat jawab pon test.semua sebab asyik dok pikir henset kat mana,henset kat mana.padahal soalan semuanya senang.aku tau aku baca malam tu tapi aku tak ingat apa apa.terkilan weyh.lagi terkilan bila aku tak dapat kol mak aku.aku dah set dah.habis test nak kol ibu.tapi,tak sangka camni jadinya.

malam tadi baru aku kol ibu guna henset kawan aku.sebabnya,petang tu aku tak de keberanian lagi nak bagi tau kat ibu aku pasal benda nih.dan,malam tadi aku dah buat pon report kat pak guard.harap harap jumpa.terima kasih kawan sebab kasi pinjam henfon.

pagi tadi,aku dah macam meracau dah bangun bangun tidur terus raba raba bawah bantal.lepastu,terus tanya "mana henset aku ea?" dush!tepuk dahi.lupa yang henset aku dah hilang.sekarang asyik sindrom seluk poket pastu gelabah cari henset.tepuk dahi lagi sekali.ascil,kan henset kau dah hilang.oh man!baru sehari aku dah rindu kau henset.harap kita berjumpa lagi.sobsobsobbb.



p/s : aku terpikir.ini baru henset yang hilang.dah meracau tak tentu hala.aku tak boleh 
         bayangkan kalau kita hilang orang yang kita sayang.contohnya,orang yang hilang anak 
         tu,macam mana lah perasaan diorang kan?bersyukur.dugaan aku ni baru seciput.orang 
         lain lagi lah dugaan mencabar.bersyukur ascil,bersyukur.
p/s lagi : eh aku dah nangis dua kali.tulah,selama ni susah menangis.sekali,hambik kau!

ok lah bai!






7 coratcoret:

indonesiatooverseas said...

Inilah hidup teman, kadang kita tertawa bahagia, senang, kadang ada episode sedih, bertemu hal-hal yang tak menyenangkan hati. Tapi selama kita meyakini bahwa Allah selalu memilihkan yang terbaik buat kita, no problema. Semangat, kawan !

indonesiatooverseas

Kgibs said...

Banyak2kan bersabar ok. Lumrah hidup penuh dgn dugaan. Mungkin de hikmah kot awak hilang phone. Mane tahu ade org nak bagi awak phone baru ke kan hihi.

ascil.punye.lah said...

indonesiatooverseas : ya,betul tu.ini ujian dari Allah.nak tengok macam mana saya hadapi nya.yalah kadang kadang bila susah baru ingat Allah.waktu senang selalu lupa.ada hikmahnya.

kgibs : tu lah pasal.awak nak belikan kite henpon baru ke.hikhihkhik

sifu im said...

beli je la tpon baru...kn korang dpt ptptn..haha

ascil.punye.lah said...

duit pt mmg untuk beli henfon pon kan?

Umie Artoqiemie said...

ada hikmah disebaik hp hilang tuh..

ascil.punye.lah said...

ye,hikmahnye umie nak bagi henfon baru kan?alaaaa tau da.ahaha