cerita cuti.

assalamualaikum.

pekabo orang kampung?lama bebenor kita tak berjumpa ye.jom borak borak gosip gosip makan makan!

eh,jap jap.sebelum korang baca terus terusan,awal awal aku nak cakap,entry ni tak penting jadi dengan secara hormatnya siapa nak baca sila teruskan,siapa tak nak ehemmm paham paham lah eh.hewhewhew.

so,sekarang cuti sem.ya,cuti sem yang sangat panjang.lama gila tak cuti panjang panjang nih.aku baru jejak kaki ke rumah petang semalam.Alhamdulillah,sampai dengan selamatnya.ya,aku ulang lagi sekali,SAMPAI DENGAN SELAMAT!bayangkanlah dari penang berbekalkan duit dua hengget dengan takde kreditnya kalau apa apa berlaku camana nak gitau family nih,camana??nasib ayah topupkan lepas dapat tahu aku takde kredit.berani betul ascil si bendul nih jalan jauh tapi takde duit kat tangan.banyak kali dah ibu dengan ayah pesan,kalau jalan jauh jauh make sure ada duit buat spare part kalau ada apa apa berlaku nanti.tapi,biasalah kan,budak ascil ni kan tak reti bahasa sikit.

kau tahulah 31hb ramai budak u habis paper,mesti parents ramai amik masa 31hb kan,aku pon beli tiket 1hb dengan harapan jalan takdelah sesak sangat.hmm,tak sesak lah kau cakap,dengan jalan yang jem dari penang ke kolumpo,stuck dekat perak.berapa kali dah tidur,bangun,tidur,bangun apenihhh apsal kat perak lagi nii???pastu mulalah nak emo siap hentak hentak kaki lagi.rupanya bila bukak langsir,pandang jalanraya masyaAllah banyak betul kereta.aku ingat pakcik bas tu yang bawak lambat.ha itulahhh tidur aje tau kan.mintak maaf eh pak mat.ingat pak mat drive 80 km/h sambil dengar lagu dangut.rupanya tak. ==" ahh gasak!sesuka hati aku je bagi nama pakcik tu pak mat kan.nasiblah.

balik balik je terus carik muffin yang kakngah gembar gemburkan dua hari sebelum aku balik.kemain lagi masa dekat fesbuk dia kata dia buat muffin untuk aku.mana?mana?tunjuk sikittt.letak beg terus pergi dapur.YA,memang wujud muffin tu weyhh.aku ingat dia main main je.terperanjat maimon tau, sejak bila you rajin buat kerja dapur ni nyahhh?kelasss~ so,
aku pon malas nak banyak soal terus makan je lah.hmmm rasa boleh tahan tapi rupa dia masyaAllah! senget benget.muffin dia naik sebelah je.tergelak gelak aku tengok. bila aku tanya kenapa,dia boleh jawab "alaaa macam proses fotosintesis lah,daun pokok berebut pergi ke arah cahaya.muffin aku berebut rebut pergi arah api lah agak nya."lol,sejak bila buat muffin ikut kaedah sains pulak ni.=="


amaran keras! tengok tu siap smash meja lagi. ada sape lagi 
berani nak komen muffin dia?


dah dah.lepastu malam buat laksa,harinih pulak buat rendang ayam.apa nih?apa nih?hari nih hari raya ke?weyhhh nak buat rendang kena waktu hari raya je ke.terus sentap jiran sebelah bau rendang dari rumah kitorang.dah lah dua dua orang tu duduk berjauhan dari keluarga.mesti teringat family kat kampung kan kan.hakhakhak jangan sentap kak senah oiii nah rendang semangkuk! yang aku ni pulak kerja makan aje.semalam bukan main semangat cerita ibuu,berat orang dah turun dua kilo.nah! sekali balik penang takkan nak kata kat ibu,ibu berat orang dah naik doploh kilo.mahu tak menangis kau.apa taknya,dari mula mula sampai rumah,makanan macam macam dah terhidang.kalau lapar,bukak peti ais,bukak tupperware ibu,bukak lemari,kompom jumpa makanan .hahhh kat kolej mana ada cenggitu,memanglah kurus senah oii.

lagi?aku dah tak tahu nak cerita apa,asyik cerita makanan aje kang pak mat baca blog nih meleleh pulak air liur kan siap lap lap dekat lengan baju lagi.jadi,kita tutup kisah makanan.bukak pula kisah kerja.cuti dua bulan takkan asyik nak ternak lemak berkualiti aje kan.mesti lah nak kena kerja.lagi lagi bila dapat tahu sem depan ada banyak site visit pergi sana sini. ( eh,tak sabar nak cerita lagi kat korang pasal site visit! ) masalah sekarang ni,ibu suruh duduk rumah ajar adik matematik.adoii,aku ni dah le sawan bila nampak nombor.kena pulak jadi cikgu tak bertauliah kat rumah.takpe lah ibu,nanti akan saya pertimbangkan* sambil usap usap dagu.ehemm, nampak professional betul.

jadi,kepada korang yang tengah cuti sem tu,cercita sikit cemana korang isi masa cuti korang tu.kerja jugak ke??ke kena jadi cikgu tak bertauliah jugak macam aku??


p/s : kakngah jangan sentap pulak kalau terbaca entry nih.takpe first attempt memang selalu tak jadik.percubaan kedua pulak selalunya rupa cantik,tapi rasa pulak kureng.jadi,kau kena buat tiga kali.kali ketiga kompom perfect punyalah!hikhikhik.mau kena pelangkung ni kang kalau kakngah baca.



20 coratcoret:

Dya Ariel said...

haha nseb baek la aku balek naek train... tk twu lak aku jalan nga jam... so cuty ni, kerjaaaaa... tp aku still nk mewaraskan diri lagi.. absolute pressure masih terngiang-ngiang..
bio rehat puas2 dulu ye bro... :)

ascil.punye.lah said...

@Dya Ariel

lol.tolonglah jgn disebut absolute pressure natang semua tuh.stresss hahaha! aku nak kerja weyh=(

si robot comel said...

selamat bercuti,peewwit.

aku pun baru smpai semalam,penat tak hilang lagi pastu nafsu makan aku membuak-buak,acane ni weyh?Haha

aku tak boleh kerja,sedih tak? :(

syafiqakarim said...

hahah lama nau mak jah ni menyepi
tup tup da cuti dan makan2
ahahha

weh,aku gemok kot skng.pp...nauzubillah malu nak kuar.
hahah.bjimba la woiiii

ascil.punye.lah said...

@si robot comel

yeahhh sama lah kita.cuti asyik nak makan aje.gemok nanti barulah terpekik2 nak diet.

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

haah menyepi le nak exam kann.eh gemok ke?tipulahhh tak caya aku.

Maya Lisa said...

KAKNGAH ! PELANGKUNG JE ASCILAH NI ^^

weeehihihihihi ^^ lama nye dia tak update belogg ^^

ascil.punye.lah said...

@Maya Lisa

hahaha kakngah syg kita.tak berani dia nak pelangkung

haah busy exam lah maya=(

kura said...

amboi... seronoknyaa dah bercutiii :0

Princess Feyqa said...

cuti dh ek?? jelesnyeeeee

ascil.punye.lah said...

@kura
tu lah pasal.seronok gilaaaa.

ascil.punye.lah said...

@Princess Feyqa

alololo jangan le jelesss.meh buat cuti sendiri

Liza Razak said...

cuti sem ni apa kata selain dari jadi cikgu matematik..awak belajar baking..nanti boleh berniaga kecil-kecilan :) boleh kaya woo :)

ascil.punye.lah said...

@Liza Razak

nice idea.tp tulah kita ni masak megi je reti.

Rtp Farra Arisha said...

well, practice makes perfect! that's why we are encouraged to do something that we want to! nanti bila your sis buat muffin lagi, you can upload the photo and give some recipes, how to do, etc on blog! :D

ascil.punye.lah said...

@Rtp Farra Arisha

insyaAllah we'll try more and more.kalau jadi cantik baru bole upload kalau senget lagi,kita buat makan je lah ye.=)

thanks for the idea arisha!

Warna Warni Kehidupan said...

selamat bercuti..

ascil.punye.lah said...

@Warna Warni Kehidupan

terimakasih awak=)

Maya Lisa said...

hahah ! masak megi je retii ? apo nak jadi niii ? ni bila nak kawen niiii.... hihih ~

(saja cari gaduh ngan silah )

hihi

ascil.punye.lah said...

@Maya Lisa

ala megi jelah maya.itupun kira baik lettew.haha.kawen lambat lagi lah maya.chillax=)