entry jalan jalan lagi : MINI MALAYSIA MELAKA.

assalamualaikum!

hoiiii orang kampung semua apa khabar?? dah jangan cakap banyak,hari ni kita nak bawak semua orang kampung jalan jalan. gi siap cepat. eceyhhh dah lah lama tak update tetiba je ngko nak  bawak jenjalan pulak kan.

nak gi mana ni gi mana gi mana? halohhh pak mat bising. tak seprais ah gitau awal awal.



okay taraaaaaaa!! ini mini malaysia melaka.
 takyah pening pening. sampai aje kita beli tiket dulu.
harga tiket dewasa rm5 tak silap. kanak kanak rm3. baby takyah bayar. sudah.

kat sini kan,semua jenis rumah hado. kau nak tengok rumah apa? perlis kedah melaka terengganu kelantan sabah sarawak segala atok abah punya rumah pun ada. lagi lagi yang kekurangan bajet nak melancong seluruh negeri kat dalam Malaysia ni kan (cakap dengan cermin) tempat ni memang sesuai lah. pergi satu tempat je tapi bole tengok kesuluruhan Malaysia. ewahhh.



ini contoh rumah. rumah negeri mana aku tak tau. dah semua pun 
rumah tradisional pening kepala aku nak hapal.

dont worry mak masak kari adik goyang kaki~~~ mende ternyanyi pulak.okay dont worry semua rumah pun kau bole naik and amik gambo.amik lahh banyak mana pun sampai memory card 16gb habis pun takpe.yang penting,semua rumah pun kau kena tanggalkan kasut okay. adat tuuuu,ingat! jangan feeling omputeh pulak dok pakai kasut dalam rumah.



dah sampai rehat dulu. rindu betul dengan kerusi jonkang jongket ni
eh sesuka hati aku bagi nama kat dia.



pastu kita main congkak sat. kalau tak de guli pakai aje bijik mata
pak mat tuuu.dari tadi bising.



"manisahhhhh apa yang kau buat tuuu dari pagi hingga
malam asyik gedekk gedekk gedekkkk aje"



"dah manisah lebih baik kau pergi masakk hahh tiup manisah TIUPP"
Eh sejak bila manisah bole bertukar wajah, bole berubah suara~~
layankan aje pedulik hape aku. penulisnya aku.



"dah siap makanannya bapakkk, mari makan!"

 "apa yang kau masak ni manisahhhh?? kosong je bawah tudung saji ni"
tapi sebab nak amik gamba punya pasal senyum kan aje ehhh tudung saji tu 
jangan angkat dulu. kantoi nanti.



"brpppp kenyang dahhh makan angin perut pun masuk angin dah gi kemas
dapur" arah si bapak. 
takpe bapak demi bapak pinggan mangkuk pun kita pura pura basuh.



haaaaa kan dah kemas.






dah ni je yang kita sempat bawak. mintak maap orang kampung semua kita ni dah tua uhuk uhukk semputtttt lain kali kita bawak jenjalan dekat melaka lagi eh. melaka, negeri bersejarah. pusing semua pun tak habis jalan banyak sangat tempat best. kalau korang gi time holiday mak aihhhh simpan aje niat nak masuk dalam bandar melaka. lebih baik duduk rumah diam diam tidur. lagipun melaka panas, pekena coconut shake klebang pun best jugak.



akhir kata awal tak kata, lain kali kalau rajin insya Allah kita update entry 
jenjalan lagi untuk orang kampung semua.
dah,kita nak berehat dulu ni timah bedah pak mat rosnah. lain kalii lah ye.


kbai.







7 coratcoret:

hafiz hafizol said...

Amboi... kalau la bawah saji tu ada lauk bebetul kan syok heheehehe

ascil.punye.lah said...

@hafiz hafizol

kalau ada lauk siapa pulak yang masaknya jengjeng jenggggg

elly nadyra said...

tu dia jalan2 ke melaka ye...sis last pi sini masa tahun 90 an hahahahhahaha mesti dah byk berubah kan!
pe sket sangat cite ni, malas la tu!
eh buat apa skang?

ascil.punye.lah said...

@elly nadyra

sama je semua cuma patung patung dah takde lagi. rindunya dengan sis. sekarang ni kerja lagi dekat farmasi tu hahhhh

elly nadyra said...

Pssstttt cik adik duk langkawi ke?

ascil.punye.lah said...

tak lah akak, selangor je. awat?

elly nadyra said...

Huhuhu silap orggggg