sweet sangat korang ni!

assalamualaikum.

kita semua tahu budak diploma sekarang berhempas pulas baca buku sebab final exam. tapi,yang sorang ni berhempas pulas baca blog. eh,cakap dgn cermin ke? well, gap lima hari memaksa aku buat perkara takde pekdah. online dan main game,contohnya.

tapi, ada satu benda insya Allah berpekdah sikit. semorang tahu cuti sem haritu aku bergelumang dgn benda ni.






ya, card doa doa harian dan bookmark guna teknik quilling. quilling halohh yang gulung gulung kertas pastu jadi bentuk bunga bunga tuuuu. sebabkan aku ni pesen cuti tak reti nak gi kerja,duk lepak kat rumah makan tido je,jadi idea nak meniaga ni mula menari ballet di kepala. aku pun syiokk syiokk je layan,maka terhasil lah idea nak buat mende alah ni.

aku ingat nak meniaga waktu cuti je.ntah cemana aku bole proceed meniaga dekat u. tapi dekat u, bila ada tempahan je baru aku buat.gila ko, dah lah final year bole lek lek nak bisnes lagi.orang kata, rezeki ada di mana mana. Alhamdulillah, boleh tahan lah tempahan yang diterima.

aku tak berapa minat meniaga tapi aku minat seni! bila minat,semua benda yang kita buat jadi best. banyak kenangan yang aku dapat sepanjang bisnes benda alah ni tau! ishhh macam geli pulak panggil bisnes padahal waktu belajar ETR3OO, nak hafal maksud entrepreneurship pun susah =='

first first buat bookmark dulu,aku try test jual kat jiran jiran aku. haha bole tahan sweetlah jiran aku ni. ada makcik tempah bookmark untuk anak anak sedara dia.pastu,ada geng budak budak kecik ni,kengkonon beli sebagai tanda persahabatan.comel je tulis nama kawan baik atas bookmark tuu. benda ni haku dah agak dah budak budak mmg suka sebab warna warni and ada macam macam bentuk.so,time tu target market aku,budak budak kawasan rumah aku lah. haaaa kan dah terkeluar ETR siap target market bagaiii.

lepastu,time sedara aku kahwin,aku bawak balik kampung time tu pikir ada rezeki,ada lah.Alhamdulillah adik adik sedara,orang orang kampng semua beli.satu tupperware aku bawak,Alhamdulillah laku semuanya.paling sweet,sorang budak laki ni beli bookmark aku hasil duit upah basuh bilik air.sanggup tau nasib baik mak tak marah.HAHA.dia beli semata mata nak tilik,macam mana bunga itu terhasil dari kertas. pening dok pikir, maka kemana aku pergi pun dia mengendeng,"kak shiela macam mana nak buat bunga ni kak shiela" begitu curious budak itu.

lagi lagi sweet bila bawak balik kampus,ramai juga beli walaupun ada sikit sikit unsur peras ugut.tak beli,takmo kawan.haha. tapi, bila dekat kampus,mana ada orang berkenan dekat bookmark.itu budak kecik minat lah.ahhh salah target market disitu. nasib baik ada kengkawan yang nak beli untuk adik adik dierang,takde ah rasa sedih sangat dah kenapa takde orang minat penanda buku ni wuwuwuwuw nangis setangki haku. selalu dierang order card doa doa harian contohnya doa untuk ibu bapa,doa belajar,zikir harian.Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk hambaNya,bersyukur aku. itulah yang paling sweet.

aku tak kisah sangat bila dapat duit hasil daripada jualan tu.takde kira pun cash inflow cash outflow bagai.kan dah kata kat atas tadi,tak minat meniaga.tapi, aku puas bila dapat gembirakan hati orang lain dengan seni.walaupun takdelah seni sangat. senang citer aku happy,bila orang lain happy. puas hati,tahu?

akhir kata, eceyhhhh ayat kemain. aku nak ucap ribuan terima kasih kepada semua orang yang sudi order card doa and bookmark dari aku. korang dah berjaya buat aku happy.sengih sensorang bila bayang masa mula mula buat bunga tak rupa bunga.ntah rupa apa ntah. tapi,practice makes perfect omputeh kata. TERIMA KASIH SEMUA! entry ni tiada unsur menunjuk nunjuk atau riak.sekadar share pengalaman betapa happy buat sesuatu yang kita suka dan orang lain pun suka.

sekian.

eh apsal ayat kejung je dari tadi.macam nak berpidato gamaknya.dont worry aku still nur asilah. kbai.

6 coratcoret:

Izzati Liyana Sabri said...

fuhyo, rajin tu buat. dah final ni belajar, jgn nak berseni sgt. tunggu cuti nanti okayyy!

elly nadyra said...

eh eh patut paper etr 300 tu ko wat proposal niaga benda alah ni tau ascil...anyway cute nampak! wat la tutorial!
perghhhhhhhhhhh lumayan la kan, masyukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

ascil.punye.lah said...

@Izzati Liyana Sabri

hahahaha customer degil,orang dah tutup tempahan pun dia nak jugak.so,kena buatkan jugak.bukan salah kita cik zati wuwuwwuuw.

ascil.punye.lah said...

@elly nadyra

hahaha tutorial mende nya kak,mana reti.yang ni pun main balun je buat,asal ada rupa bunga,adalah.

syafiqakarim said...

gegirl nyewwww

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

eh mestilahhh kitewww an gegewrllll hikhik