kongsi sama sama.

assalamualaikum.

garu garu kaki,mukadimah pun dah tak reti nak buat.lama gila kentang oii aku tak update blog ni.fuh fuh fuh!memang bukan setakat sarang labah labah je dah memenuhi ruang,sarang tebuan,sarang semut,sarang burung,sarang badak tengah menari samba pun semua ada hahhh.kau ado?

kalau nak ikutlah,banyak cerita nak kasi korang dengar.biar sampai cair taik telinga tu.tapi mampu kau nak baca?buku sejarah separa tebal tu pun tak habis baca lagi.dah dah yang nak SPM tu tak disyorkan untuk baca.gi study lagi bagus.

cerita raya aku?tak payah tahu.dah basi dah semua tu.eh tapi nak bagitahu jugak,duit raya tahun ni Alhamdulillah banyak sikit dari tahun lepas.tips dia senang aje bro,kalau ada orang nak bagi duit raya,cepat cepat lah kau beratur belakang sedara mara yang masih sekolah tu.make sure muka kasi nampak inesen sikit sesuci embun pagi,budak baru nak akil baligh katakan.tahun depan ikut tips ni okay?

aku terlalu busy.test terlalu banyak.esaimen macam nak bunuh aku.kalau aku ni lemah semangat,dah lama aku mintak berhenti pastu suruh ibu kahwinkan aje aku ni.eh?itu bukan lemah semangat,itu menggatal namanya.takdelah ibu,kita gurau je.*bunyi petir* tukar topik tukar topik study week dah nak dekat weyh,maknanya korang tahu tahu lah kan final exam pun dah nak dekat.korang doakan aku eh.dan kawan kawan aku.mana aci kita tak doa untuk kawan kawan kita kan.nanti kita doa sama sama okay?

oh ya,sepanjang sem ni aku dapat belajar sesuatu yang baru.macam macam sangat berlaku.insyaAllah akan amik iktibar dari semua tuh.pertama,mati itu pasti.tak mengenal usia,tak mengenal kau pangkat apa,tak mengenal rupa.baru baru ni,aku dapat berita seorang kawan sekolah rendah aku telah meninggal dunia.innalillah hiwainnailaihiroji'un.takziah aku ucap untuk keluarga dia.MUHAMMAD FADHIL BIN RAJELIN,semoga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Al Fatihah.

tak lupa juga untuk arwah YASMIN JOHAN EUSOFFE atau YASMIN HUNWICK.korang pun mesti kenal kan blogger cantik ni?aku baru kenal,tapi selepas dia dah tiada.sekarang ni selalu jenguk blog arwah sebab yang control blognya sekarang ialah ibunya.umur 17 tapi Allah lebih sayang dia.bulan june telah pergi menghadap Pencipta.Al Fatihah.

sebab itu kena sentiasa bersedia,mati tak mengenal masa.kematian tak tunggu kita.insyaAllah mari sama sama kita siapkan bekalan untuk dibawa semasa menghadap Pencipta kita nanti.

yang dah pergi,biarkan ia pergi dengan tenang.yang masih hidup,mari teruskan perjuangan.aku nak kongsi satu blog dengan korang lah.blog ni betul betul bagi inspirasi.cepatlah buat muka teruja sikit.kita nak kongsi benda best nih! jom ke blog encik abil ni.seorang suami yang ada seorang isteri.eh,mestilah ada isteri kan.apa aku taip nih?okay encik abil ni mempunyai seorang isteri yang menghidapi brain damage.dulu isteri dia sihat walafiat,tapi isteri dia diserang asma.aku pun belum khatam baca blog dia lagi.tapi,ikut teori aku yang ntah pape ni mungkin waktu isteri dia diserang asma tu,oksigen tak sampai ke otak,sebab tu menyebabkan brain damage.entahlah sesuka hati aku buat teori.

ya Allah.siapa je yang tak sedih kalau orang yang dicintai tiba tiba jadi macamtu.aku yang baca ni dok kesat kesat je air mata hahhh.tapi make sure orang kiri kanan takde,nanti kantoi nangis.haha.aku syorkan korang baca sebab encik abil ni seorang yang tabah,penyabar,susah senang masih di sisi isteri dia.boleh kira macam suami mithali lah.sebabtu Allah bagi dugaan begini untuk encik abil,sebab Allah takkan beri ujian yang berat kalau kita tak mampu.aku hanya mampu berdoa semoga isteri dia cepat sembuh.kawan kawan pun jom lah kita doa sama sama!dan semoga encik abil dikurniakan pahala yang banyak banyak banyak atas kesabaran dia tu1 ^^

eh eh ibu ayah jangan jeles,ibu ayah tetap selalu dalam doa kita.

okaylah menaip panjang panjang pun aku tahu yang bacanya tetap dak asilah si empunya blog tu.korang mampu ke nak baca blog aku panjang panjang lebar ni?takpe lah kasi can sikit aku dah lama kot tak update.

kbai.



11 coratcoret:

fifie said...

Lama nya tunggu entry dari ascil. hehe.

ascil.punye.lah said...

@fifie

wuwuwuwuwuw nak baldi lah gini.ada jugak orang tunggu eh?

syafiqa said...

ada doa aku dak?
bz nak test midsem semua la wehhh

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

insyaALLAH
kenang daku dalam doa mu=)

ascil.punye.lah said...

@Afasz

=)

ME CTCT said...

bila nak dah lame xupdate, mmg bnyak crita nak dikongsi kan...

takziah untuk keluarga ur friend n pada keluarga yasmin...semoga mereka ditempatkan ngan orang2 beriman...

kepada encik abil...semoga dia tabah menghadapi ujianNya :')

ascil.punye.lah said...

@Siti K-------

tu la pasalnya siti.

jom sama2 doakan mereka.semoga mereka sentiasa di bawah rahmatNya.

Anonymous said...

paRT ABGG ABIL TU MMG BETUL2 BERI INSPIRASI^^

ascil.punye.lah said...

@El-Janna

tau takpe. =)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

terima kasih ingatkan...huhuhu..

ascil.punye.lah said...

@zulhilmi tempoyak

samasama lah kita saling ingatkan=)