asrama dan rumah.

assalamualaikum.

selamat pagi kawan kawan! lepas subuh gigih aku tak tidur balik sebab nak siap kan dua lab report.hah nampak tak ada kerajinan tersembunyi kat situ?nampak tak?nampak tak?ok fine,aku lapar sebenarnya =="dah lebih seminggu aku tak update,terlupa pulak yang aku nih ada blog.nasib blogger izzati liyana ingatkan aku untuk update blog.terima kasih ya.

pagi ni,adik aku yang last tuh pergi daftar diri kat mrsm, serting.bahahaah.aku nak gelakkan dia puas puas.padan muka kena masuk asrama!baru form 1 dah kena masuk asrama.aku dulu masuk teknik masa form 4 pon dah menangis sampai KL banjir.siap homesick lagi.bukan seminggu homesick,bukan jugak sebulan, tapi tiga bulan beb!ni kalau aku lah yang masuk asrama time form 1 nih aku rasa satu dunia kena siap sedia hadapi banjir lah nampaknya.

tapi adik,alang tahu kau kuat.kau pandai berdikari,beli sari,makan kari.semua kau boleh.jangan jadi lembik macam kaklang kau nih.hidup asrama bukan macam kat rumah.



semua benda kena berkongsi.yang paling tak best kalau kat asrama tak bole guna toilet dengan aman.yelah,kalau kat rumah kau mandi setengah jam,kat asrama jangan harap ah!baru siram air dua tiga gayung dah ada orang ketuk ketuk pintu.bila keluar toilet,hahh tudiaa punya lah ramai tunggu giliran.mencangkung depan toilet,towel kat bahu,pegang baldi,sampai tersengguk sengguk tunggu kau mandi.ni biasanya berlaku kat orang orang yang bangun lambat lah.tapi,kalau orang yang selalu bangun pukul 4 pagi semata mata nak mandi (aku lettew) memang kau nak mandi sampai sejam pon takpe.tapi kena berani lah.suasana 4 pagi serius seram,bunyik air setitik setitik pon kita bole dengar.tapi,demi nak mandi lama lama,sanggup nihhh!daripada kelam kabutt tunggu giliran. =="

lepastu,kalau time makan kau jangan nak banyak songeh.apa yang orang sediakan kau bedal aje.lagipon,ibu dah bayar duit makan,kalau tak makan rasa membazir pulak.memang lauk tak sesedap macam kat rumah kan,tapi daripada tak dapat makan langsung?hah,ni aku lah dulu dulu,semua tak makan.sayur tak makan,buah tak makan,ikan tak makan.sudahnya pergi sekolah macam zombi berjalan.tak bermayaaa je.dalam kelas tidur,waktu prep petang tidur,waktu prep malam tidur.waktu kat bilik tidur.semua nak tidurrr je.ntah bila aku tak tidur pon aku tak tahu.

kalau bab kawan kawan memang ketara berbeza antara kawan kat sekolah biasa dengan sekolah asrama.kalau kat sekolah biasa kita jumpa masa sekolah je.tu pon kawan dalam kelas.kalau luar kelas siapa yang peramah terlebih tu untunglah dapat ramai kawan.kalau yang jenis diam,confirm orang yang kenal kau cuma budak budak kelas je (tu pun kalau aktif dalam kelas),kalau tak aktif memang budak sebelah meja,depan meja dengan belakang meja je lah yang kenal kau.kalau perempuan,depa selalu buat geng waktu kat sekolah.geng yang kautimm punya siap boleh open table nak bergosip.tapi ni dah cukup dikira kawan baik ke?

kalau kat sekolah asrama,pergi sekolah jumpa kawan,balik sekolah jumpa kawan,dekat asrama jumpa kawan.so,kita dapat ramai kawan kawan.kat asrama,kita lebih kenal kawan kawan kita.yalah,dah hari hari jumpa orang yang sama.tidur sama sama,basuh baju sama sama,makan sama sama,pergi sekolah sama sama,homesick sama sama.semuanya sama sama.kalau tak kenal jugak,buta hati lah tuu.lagipon,hidup kat asrama,kalau kau menyombong,dipersilakan lah untuk dapat tiga lori caci maki dari kawan kawan.lagi lagi senior.

hah ni lagi satu.bab senior-junior.kat asrama memang nampak ketara lah bab bab nih.menyampah pulak.memanglah untuk buatkan junior hormati senior dan tak buat perkara perkara yang dilarang.tapi,dah kalau senior sendiri tak reti hormat junior,sama je.porak peranda jugak.ini boleh cipta jurang antara senior dengan junior.nak beramah mesra dengan senior pon rasa macam takde mood.lagi lagi junior yang baru masuk asrama tu.elok elok budak tu duduk diam tak menangis,dapat pulak senior macam monster terus rasa nak lari balik rumah.lepastu homesick.malam malam nangis bawah selimut.kesian tau.

kalau belajar,aku rasa suasana asrama lagi efisien kot.tapi,bergantung jugak lah dengan siapa kita berkawan.kalau dengan orang yang kuat belajar,kita pon serba sedikit terikut sekali.dah kalau semua orang study pastu taknak layan kau merepek,takkan kau nak bercakap dengan meja pulak kan.otomatik terus bukak buku dan pura pura belajar.kalau kat rumah mana bolehhh.banyak dugaan.dengan sinetron petang petang,cerekarama malam malam,lepastu cerita seram lagi.doplohpat jam cerita best,celah mana kau nak study?belum kira internet super laju,sms tak henti,dengan adik adik buat bising lagi.kan?

senang cerita asrama dengan rumah dua dua ada kelebihan dan kekurangan sendiri.kalau nak list memang tak habis.ni pun aku rasa dah macam nak buat karangan SPM tajuk "perbezaan duduk di rumah dan di asrama".hah! sesuka hati aku je nak bagi tajuk kan.eh eh eh aku rasa macam pes time je buat entry yang ada ilmu sikit.takde lah ilmu sangat.tapi siapa yang dapat asrama tu boleh le tahu serba sedikit kehidupan kat asrama kan.sobsobsob,berjaya jugak aku buat entry sebegini.yalah,selama nih entry aku banyak yang sampah!

terimakasih pada sesape yang baca sampai habis =)




30 coratcoret:

MéuzAngelo™ XXIII said...

duk asrama sng nk siapkan kerja sekolah.. kalo kat rumah, mmg tak buat la jawabnye.. tu dulu, mse saya form 5 tujuh tahun yg lalu.. :)

syafiqakarim said...

haha hg suka betul bila berjauhan dgn adik
tp bguih adek hg noh.hahaha...
sek.taman tasek ke. :p

err.aku nak try buat krangn tu.

ascil.punye.lah said...

@MéuzAngelo™ XXIII

tau takpe.duk rumah menganga tengok tivi jelah jawabnya.

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

bukan suka sebab berjauhan.suka sebab dia dapat rasa apa yg aku rasa time duk asrama.haha.

eh try lah.try lah.nanti cikgu ascil tanda kamu punya karangan ya=)

kim heeruul said...

toilet dekat asrama lu sebijik je ke? keh keh keh keh..

ascil.punye.lah said...

@kim heeruul

dok aih.kalau dah ramai sangat dok bangun lambat,kenalah tunggu giliran nak mandi.

budak penjara said...

eh klu ak kat asrama leh wt ape je..nk mandi lama pon xde org berani ketuk..sebab kami senior..haha..klu ketuk, kelak kami ketuk kepala dia la

ascil.punye.lah said...

@budak penjara

kau budak penjara,memang lah diorang tak berani.=)

Raden said...

aku rapat dgn abg..sgt sgt sgt rapat..owh rindunye..da la sgt nsem. bngge jd adek bradek

| cik azeya | said...

hahaha, teringat duk asrama dulu. peh memang heaven ah -_-

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

zuan lg suka dok umah dr asrama :D

hamzah ian said...

rindu asrama kuuuuu

ascil.punye.lah said...

@Raden

eh eh promote abg pula.meh aku jadik kakak iaq hg meh =)

ascil.punye.lah said...

@| cik azeya |

memang heaven rasa macam nak cakor cakor je muka orang.

ascil.punye.lah said...

@Muhammad Saiazuan Norhalik

sape je yg suka dok asrama zuan?sobsobsobbb.aku tak suka!

ascil.punye.lah said...

@hamzah ian

errr adakah anda betul2 rindu asrama?

Ain Atika Zailani said...

hahahhaaa sonok pe masuk asrama.. banyak kawan2.

ascil.punye.lah said...

@Ain Atika Zailani

seronok lah jugak=)

.izzati liyana. said...

haha. alang yang sengal. perlulah state nama org kat situ kan. taknak buat lagi panjang ke? letih baca. fuhh. smoga adik tu tabah. alang gedik. tu nangis2. ceh, ckp org kan. haha.

ascil.punye.lah said...

@.izzati liyana.

alaaaa panjang sangat eh?pas ni nak buat lagi panjang lah=)

El-Janna said...

dok asrama best.. tp bila ingt rumah rindu^^

ascil.punye.lah said...

@El-Janna

haah rindu gilaaa time kat asrama.

.izzati liyana. said...

haha. buat lah. mana? tak buat pon. balas kunjungan ni. hee. :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

huhu tak suke pun, trima je la :)

ayanuts said...

bl bc entry ni teringt balik zamn duduk asrama dl

Liza Razak said...

dulu masa saya first time masuk asrama pon home sick sebulan...lps tuh keluar asrama penuh masuk sekolah harian biasa..haha.padan muka diri sendiri

ascil.punye.lah said...

@Muhammad Saiazuan Norhalik

memang kena terima lahhh.hahaaaaa.

ascil.punye.lah said...

@ayanuts

best tak dulu duk asrama?

ascil.punye.lah said...

@Liza Razak

oh yeke?laaa ruginyaaaa.duduk asrama memang tak best,tapi kalau dah separuh jalan pergi,tetap kena habiskannn.

ascil.punye.lah said...

@.izzati liyana.

alaaa kita tengah busy gila sekarang.taktau bila nak update.