kena ada title ke?

assalamualaikum!!!!

pehhhh berdebor rasa nak menaip sampai title pun tak tau nak letak apa dah berapa lama weh aku tak update blog ni? lama. tahap cipan punya lama. almaklum le sekarang dah ada stegram lupa dah kat blog. baidewe, masih kenalkah ascil si dunia magika ituuu? tidak? tak mengapa. eh aku dulu kemain suka kengkawan panggil hai ascil si dunia magika! hai ascil magika! dan sebagainya. sekarang entah kenapa malu gila even orang sebut magika pun dah malu. tak tau. mungkin sebab umur dah nak masuk doploh dua tahun ni halahhhh kamonn dunia magika tu macam budak kecik je apa niii please lah. ascil dah besar kot. 

nanti pikir apa nama sesuai kita nak bagi kat blog ni. hmm.

hah sekarang aku tengah cuti sem duduk rumah goyang kaki makan tidur habiskan boreh je. omputeh kata like a boss. oo kau mengata aku malas ya? piat telinga kang. malas tu malas jugak lah. tapi aku ada je buat something,macam biasa  iaitu trengggg teng teng tengggggg hah suspens tak? okay tak suspens. aku duk rumah buat ilustrasi je. hahaha. macam poreber alone duk bilik buat ilustrasi tak bersosial dengan kengkawan ke? duit takde buat cara duit takde. duk rumah je diam diam. okay sambung pasal ilustrasi. hmm kengkonon nak improve lah ilustrasi. konon konon. tapi aku rasa masih di takuk lama. takpe cuba perlahan lahan lagi. 

ooo aku ada jual jugak tau ilustrasi. RM5 je untuk ready made punya. haha macam main pondok pondok je cara aku meniaga. sebab aku takde business skill. ke laut. tapi Alhamdulillah ada jugak lah orang beli. ingatkan takde orang nak. haha. nak tengok aku jual ilustrasi apa?

ni hahhh! taraaaaaa.


OOTD 1

OOTD 2

OOTD 3

OOTD 4

OOTD 5

OOTD 6


hmm semua ready made ni RM5/ illustration. korang nak tukar kaler ke background ke bole bagitau je. semua ni based on imaginasi sendiri je tu yang macam hampeh tuu almaklumlah aku bukan reti berfesyen pun. cuma suka tengok orang yang berfesyen je. cam best je hari hari baju lain, kasut banyak, handbag pun banyak. pastu pandai mix and match pulak. pehhhh best. 

selain ilustrasi cenggini, aku buat jugak ilustrasi untuk simpanan sendiri. saja lukis lukis. mak aku kata saje membanyakkan lagi bil api kat rumah ni laptop bukak lelama. hahahaha. rilex mother,mother rilexxx~~

inilah ilustrasi ituuuu.



taraaaaa! emma maembong yang tak jadi ni. last last jadi mail lambong muka dia. 
jadilah tu labuuuu~


manakah kita bila sering bertentangan sahaja~~~
pehh sumbang. korang sambung lah sendiri lagu dia. well hajat hati
nak lukis tiz and izzue. tak tau lah jadi ke tak. muka izzue out terus aku rasa. tak sama.


sebab malam tadi kan final masterchef so macam tetiba nak buat ilustrasi
juri juri dia pulak. haha tak terasa macam nak lukis peserta.
muka chef zubir paling senang lukis and muka chef adu paling susah. fakta tu.


hahhh yang ni pulak itu hari kawan aku ada tempah. pehhh malu sebut tempah. macam tak sesuai je dengan dak ascil yang baru setahun jagung buat ilustrasi guna microsoft excel tuu. orang lain dah guna software advance kotttt. 


tempahan dari siti.

yang ini pulak dariiii rahsia. tuan dia suruh rahsia.hikksss
takut kantoi kat mak lettew.


okayyy aaa itu je. aku nak pi sambung main game masak masak. nak masak betul betul tak tau. so main game je lah. sebelum tu siapa nak pandai buat ilustrasi guna microsoft excel boleh ke blog nurdani younique pehhh artwork dia sumpah awesome. sampai sekarang masih kagum. macam lama tak ke blog dia. nanti nak jengah lah. blog kengkawan lain pun dah lama tak pi. kalau pi pun just baca je. rindu jugak sebenarnya nak aktif macam dulu.
tunggu lahh aku singgah blog korang eh. jap bagi aku main game masak masak ni dulu.

bai korang!







6 coratcoret:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

cantiknyer, awk lukis ke? :)

ascil.punye.lah said...

Alhamdulillah. thank you awak! ^^

merahitujambu said...

cantiknya awak lukis dear..pasni lukis gambar sy pulak.hehehe

elly nadyra said...

haaaaaaaaaaaa ada pun budak nih tau!
ingat mana pi lama menghilang.
ada masa buatkan gambar akak plak ye!
siyes nih, charge pun ok!

ascil.punye.lah said...

@merahitujambu

yeayyy mommy to be! insyaAllah kakk ^^

ascil.punye.lah said...

@elly nadyra

ada masa je skarang ni cuti sem.antara rajin atau tak je hahahaha. insyaAllah kakk