semuanya BERTAMBAH.

assalamualaikum.

cenggini lah ye wahai blog.lama tak update bukan lah bererti dah tak sayangkan kau.sayang sangat.tapi aku busy makanya engkau aku anaktirikan.halohh sekejap aje.esok esok aku dah tak busy,aku jadikan kau anak emas aku semula.jangan lah merajuk wahai blog ='(

mukadimah je dah macam orang tak betul.cakap sensorang dengan blog.macamlah blog bole cakap semula.kang kalau blog bercakap,mau tak cukup tanah kau lari.jadinya,sebabkan aku busy *mata juling,tangan di dada* maka kita pendekkan lah sependek yang mungkin entry ni.

kau tahu lah kan,sekarang dah masuk tahun baru wohooooo tahun baru weyh padahal malam tadi aku tahun baru sambil buat assignment kottt.huh buat hape nak sambut.antara tengok bunga api dengan tidur,aku pilih tidur lagi.eceyhhh padahal nak sedapkan hati sebab tak dapat tengok bunga api malam tadi.duk celah tingkap kolej ni pun still tak nampak lagi tsk tsk tsk.dah jangan cerita keseornokan tengok bunga api dekat aku.ada kang aku yang meletup.

orang kata,masuk tahun baru maka umur kau pun akan bertambah satu lagi.ehh yeke? selagi belum bulan sepuluh,umur aku still doploh.ahh tak kira.apa apa pun,makin melangkah ke tahun baru,bukan saja umur kau bertambah,segala gala nya pun bertambah tau.kalau buat baik,inshaa Allah pahala pun bertambah.kalau buat jahat dosa pun bertambah. nauzubillah,minta dijauhkan. moga kita semua sentiasa menjadi umat manusia yang semakin baik dari sehari ke sehari.lepastu, tanggungjawab,amanah semua tu makin lama makin bertambah,ye dakk?ni hahhh,bukan takat tu.kalau makan banyak,berat pun bertambah.oh tidak asilah tidakkk.sila azam kuruskan badan.kau dengan tong drum pun orang takleh nak beza.

eceyhhh dari dulu azam yang sama.naik muak dah dengar =="

jadi,kita pendekkan lagi entry ini. saya,nur asilah binti abdul ghani yang baik lagi sopan santun *uhukk uhukkk batuk sopan* ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013.dengar citer tahun ni tahun ular ya?teringat haritu mimpi ular.eh eh ada orang nak minang ke ni?wahahahahahahha!habislahhh kalau ibu baca blog ni.

kbai.



24 coratcoret:

syafiqakarim said...

aku tak g memana pun celeb weh :(


err berat aku btambah.
err umur pun.

err



selamat tahun batu

ascil.punye.lah said...

@syafiqakarim

samalah weyhhh =( aku busy.

berat aku berkati kati.

ezasunflower said...

selamat tahun baru ye.. semoga tahun baru lebih baik dari sebelumnya... amin... =)

ascil.punye.lah said...

@ezasunflower

awak pun=)

aamin.

Nor Farhana Binti Maleki said...

hey selamat tahun baruu. :)

ascil.punye.lah said...

@Nor Farhana Binti Maleki

selamat tahun baru kakyong! =)

TUGAU GATES said...

selamat tahun baru cik akak :)

ascil.punye.lah said...

@TUGAU GATES

selamat tahun baru juga cik adik.

hafiz hafizol said...

Sy pun nak ucap slamat tahun baru kat awak wpun skrg dah 7 Januari.. hehe

ascil.punye.lah said...

@hafiz hafizol

happy new year! haloh 7 januari tu still in the first week untuk tahun ni.

Umie Artoqiemie said...

tahun ular.. emmm, maksud tahun orang kawen la ye?
umur kite same kikiki.

ascil.punye.lah said...

@Umie Artoqiemie

ntah la.setiap tahun pun org kawen,aku je yg belum kawen.haha.

inche hlovate said...

selmt thun baru gak

elly nadyra said...

mimpi ular??????????????????
ohhhhh boleh pengsan ibu kamu dengar tau!

ascil.punye.lah said...

@elly nadyra

hahahah kenapa pulak?nak terima menantu ke hahaha

ascil.punye.lah said...

@inche hlovate

selamat tahun baruuuu =)

zulhilmi tempoyak said...

ok. selamat tahun baru jugak..

dah 20 ribulan ni. masih tahun br jugak ke..?? hahaha

ascil.punye.lah said...

@zulhilmi tempoyak

ni tahun kurang baru namanya=)

Hanim Irsyad said...

Hehe. Selamat taun baru gak. Same la kite blog tak berupdate..

ascil.punye.lah said...

@Hanim Irsyad

hahahah malas gila nak update.sekarang busy final year.

CTK e-Diary said...

selamat tahun baru..hihi...lme hilang..dh online, tgur ct kt blog ye :D

ascil.punye.lah said...

@CTK e-Diary

ishhh malunya kita dah lama tk update.

El-Janna said...

dah lama x tgk dia kat sini^^

.izzati liyana. said...

okaylah tu buat assignments. kita sambut new year dengan pgg buku sebab nak final kot. sobsss. apapun benda tu dah berlepas. lantaklah.

tak terlambat lagi nak wish kan? baru february. so, happy new year!