selamat tengahari nak masuk petang.ni kalau sape belum bangun ni sila sila lah sedar ek.bak kata orang tua tua matahari dah terpacak steady punya atas kepala kau tak reti reti nak bangun lagi.kang rezeki pon segan segan je nak masuk.hahh tak tauu tak tau.
padan muka korang.awal awal entry dah kena bebel dengan aku.padan muka.ahakkk!
papepon,dont worry lah ni short entry je.mesti bersyukur gila senah,kiah dengan mail.tak payah kena baca panjang panjang.eceyhh padahal memang takde orang baca pon.takpe aku syok sendiri pon takpe jugak kan. selain syok sendiri depan cermin.eh?
okay lah.aku nak wish selamat hari jadi kepada lelaki yang istimewa dalam hidup aku.hahhh jeng jeng jeng!
spoil betul senah.bila pulak aku dah bertunang.calon pon takde.=="
tak tak.ini entry bukan pasal pakwe ke tunang ke suami ke.mano hado! ni untuk lelaki yang bergelar AYAH.ya!ayah saya yang handsome tu, alaaa yang ada misai. takkan tak kenal kott.serius tak kenal?alaa yang kecik kecik kalau aku tertidur kat sofa mesti dia yang angkat aku masuk dalam bilik.macam badang ohhh anak dia dah lah berat.pastu hari hari yang hantar aku dengan adik beradik pergi sekolah tu.alaaa dia yang pergi kerja cari nafkah tu.kenalll??halohhh kenal pon.penat explain.*lap peluh
meh jom kenal dengan ayah saya!
apa pandang pandang?
hah tudiaaaa.ni lah ayah aku, encik abdul ghani.hensem tak,mail?hensem tak??hensem lagi dari kau mail.eh,ayah jangan tanya pulak mail ni siapa.mail ni kawan imaginasi aje.ntah sapa sapa ntah.okay lah,SELAMAT HARI JADI AYAH!!! semoga panjang umur,murah rezeki,bahagia selalu hingga ke anak cucu.anak dah ada,cucu belum ada lagi.doa doa lah kitorang cepat kahwin.bole dapat cucu.ahaahaha!
terimakasih untuk segala galanya.segala pengorbanan akan kitorang adik beradik kenang sampai bila bila. =')
last sekali,moga sentiasa cool macam ascil cool.eh?tersalah ucapan pulak.okay semoga sentiasa diredhai Allah SWT dan sentiasa berada di bawah rahmatNya.
jangan lupa doakan ibu bapa kita selalu. ^^
okay bai korang!
19 coratcoret:
ooo. Happy Birthday juga papa. ehh? hahha
@kura
ahahaha hamboihhh.terimakasih.
selamat hari lahir bapa ascil.
panjang umur.murah rezeki.
pakcik,tolong jaga ascil.dia ni nakal
sgt.hahaha.
selalu birthday ayah aku,aku sms dia
(time dkt hostel) then minta dia belanja.hahah
happy bday ayah ascil....semoga dia panjang umo, murah rezeki, diberkati dan dirahmati.
@syafiqakarim
eh eh iqa,bila pulak aku nakal ni heh.btw,terimakasih iqa ^^
@ellynadyra
terimakaih awakkkk =)
happy birthday untuk encik abdul ghani..semoga panjang umur & murah rezeki !!
happy birthday untuk encik abdul ghani..semoga panjang umur & murah rezeki !!
@Liza Razak
terimakasih kak liza ^^
pakcikkkkk !!! hepi birthday pakcikkk !! jaga asilah bebaik pakcikk ^_^ dia nakal, sunat je pakcik. muegehehe
@Maya Lisa
maya ni nak kena sunat nampaknya.
eh terimaksih ye.dari anak pakcik ^^
selamat ultah buat ayah sis. semoga tetap sehat dan sukses!! :)
@Rtp Farra Arisha
terimakasih arisha! ^^
happy birthday pakcik..
syg abah hehe
happy belated birthday to ayah kau ea :)
@cik ika
terimakasih dari anak pakcik ^^
@cik wanie Lovela (CWL)
syg ayah =)
@si robot comel
terimakasih robot =)
Post a Comment